
Khamis, 22/01/2009 – Osama Hamdan wakil Hamas di Lubnan mengatakan Hamas tidak menentang sebarang usaha untuk mengadakan dialog sesama kumpulah di Palestin untuk tujuan penyatuan.
Hamdan memberitahu terdapat perasaan yang mendalam dalam hati rakyat Gaza bahawa ketua Fatah Mahmoud Abbas dan kumpulannya condong ke arah Israel di samping itu tidak bertindak positif dalam menghentikan serangan kejam Israel tempoh hari di Gaza.












