Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menangguhkan perbicaraan tahanan Palestin untuk kali ke 12

Rabu, 25-07-2018 – Mahkamah tentera Israel Ofer pada Isnin menangguhkan keputusan tentang nasib seorang tahanan Palestin Areej Houshiyyeh, 19, hingga 8 Ogos. Pejabat Media Tahanan Palestin berkata yang rejim zionis menahan Houshiyyeh pada 28 Disember 2017 ketika beliau cuba melindungi saudara perempuannya yang mempunyai Down Syndrome ketika dia tersalah jalan di pos pemeriksaan Qalandia.

Pejabat itu menambah yang mahkamah Israel telah menangguhkan perbicaraan Houshiyyeh’s sebanyak 12 kali sejak beliau ditahan sehingga pertuduhan disediakan ke atas beliay. Beliau sekarang ini ditahan di penjara Hasharon.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Satu-satunya Stesen Janakuasa di Gaza di Tutup

Rabu, 25-07-2018 – Loji janakuasa tunggal Semenanjung Gaza telah berhenti beroperasi bermula Ahad lalu, menyebabkan kawasan persisiran pantai mengalami krisis tenaga yang teruk.

Pengarah Perhubungan Awam Syarikat Pengedaran Elektrik Gaza, Mohamed Thabet, menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Tenaga tidak memberitahu mereka tentang sebab penutupan loji kuasa tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa dengan itu tempoh pemotongan kuasa dijangka melebihi 16 jam sehari dan penduduk di kawasan yang dikepung akan menerima kurang daripada empat jam elektrik sehari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Serangan udara rejim Israel cederakan 2 penduduk Gaza.

Selasa, 24-07-2018 – Dua penduduk Gaza cedera berikutan serangan udara tentera rejim zionis Israel yang mensasarkan sekumpulan warga Palestin di timur Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Laporan berita Palestinian Information Centre (PIC) menyatakan bahawa dron rejim melancarkan sekurang-kurangnya sebutir peluru roket ke arah sekumpulan pemuda Palestin dan peluru itu jatuh berdekatan perkhemahan yang mereka dirikan sempena perhimpunan Great March of Return di timur Jabalia. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, dua pemuda Palestin cedera dalam serangan itu, bagaimana pun kecederaan mereka tidak teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mesir akan menutup sempadan Rafah.

Selasa, 24-07-2018 – Pihak berkuasa Mesir akan menutup sempadan Rafah yang menghubungkan semenanjung Gaza dengan semenanjung Sinai pada Isnin depan. Pihak berkuasa Mesir mengumumkan bahawa penutupan berkenaan adalah bersempena ulangtahun Revolusi 23 Julai.

Sempadan Rafah telah dibuka sejak bulan Ramadhan lepas dan akan terus dibuka sehingga hari raya Aidil adha. Sempadan Rafah adalah terminal utama bagi dua juta penduduk Gaza melakukan perjalanan ke luar negara. Beribu-ribu rakyat Palestin sedang dalam keperluan mendesak untuk keluar dari wilayah Palestin bagi tujuan pekerjaan, pelajaran, bertemu ahli keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Jordan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan besar-besaran Israel di Masjid Aqsa

Selasa, 24-07-2018 – Jordan berkata pada Ahad yang ia membantah keganasan Israel di Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis apabila ratusan pendatang Israel memasuki kawasan itu secara paksa.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kerajaan Jumana Ghunaimat berkata yang kedutaan Jordan di Tel Aviv telah membuat aduan rasmi ke atas kementerian luar Israel di atas perlakuan ganas tersebut.

“Perlakuan tersebut mencemarkan kesucian kawasan suci itu dan mencetuskan kemarahan mereka yang beribadah dan juga umat Islam seluruh dunia,” beliau berkata dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Petra.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel gubal undang-undang berbaur perkauman yang menetapkan negara itu secara eksklusifnya untuk orang Yahudi.

Isnin, 23-07-2018 – Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang berbaur perkauman yang secara rasmi mentafsir negara Israel sebagai tanah asal bagi bangsa Yahudi dan menegaskan hanya kaum Yahudi sahaja yang berhak menentukan masa hadapan negara itu (wilayah yang dirampas dari penduduk Palestin sejak 1948).

Rang undang-undang itu diluluskan setelah mendapat 68 undi menyokong, manakala 55 lagi menentang. Dua ahli dewan, Benny Begin (Parti Likud) dan Orly Levy-Abekasis tidak hadir.

Ahli-Ahli Parlimen berketurunan Arab melakukan bantahan dengan melaungkan perkataan “rasis” dan “apartheid” serta mengoyak kertas rang undang-undang sebaik sahaja proses pengundian selesai menyebabkan Speaker Dewan, Yuli Edelstein mengarahkan ahli-ahli berkenaan supaya keluar dari dewan persidangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Belon bawa api, diterbangkan dari Gaza cetus kebakaran di 23 lokasi di Israel.

Jumaat, 20-07-2018 – Sejumlah belon membawa api yang diterbangkan dari Gaza telah mencetuskan kebakaran di beberapa lokasi di penempatan haram Yahudi berhampiran sempadan berpagar Israel dengan wilayah Semenanjung Gaza yang terkepung itu.

Menurut akhbar berbahasa Yahudi, Maariv Hebrew, belon dan layang-layang yang diterbangkan dari Gaza itu telah menyebabkan kebakaran di 23 lokasi di Israel sejak pagi Rabu, kelmarin.

Belon dan layang-layang berapi itu telah membakar pokok, ladang Kacang Kuda dan berpuluh kotak ternakan Lebah Madu di kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan sempadan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  zainuddin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Memusnahkan 350 Pokok Buah-Buahan di Barat Salfit

Jumaat, 20-07-2018 – Rejim Zionis (IOF) telah memusnahkan 350 pokok buah-buahan di perkampungan Salfit di Deir Ballout, Tebing Barat Utara.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa jentolak milik Israel telah memusnahkan kira-kira 350 pokok zaitun, tin dan badam
selama 72 jam di kawasan Bab al-Marj di bandar Deir Ballout, yang dimiliki oleh Idris Abdullah. Tentara IOF juga menyerahkan satu perintah untuk memusnahkan struktur di kawasan itu bagi tujuan
projek pembangunan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Polis Israel halang pekerja wakaf dari masuki Masjidil al-Aqsa.

Khamis, 19-07-2018 – Unit perisikan polis Israel menghalang seorang wanita Palestin yang bekerja dengan Jabatan Wakaf Islam, Baitulmuqaddis dari memasuki ruang sembahyang di dalam Masjidil al-Aqsa untuk tempoh tiga hari.

Sehari sebelumnya, unit perisikan polis Israel telah mengarahkan pekerja itu, Najwa al-Shakhshir hadir ke sesi soal siasat di bilik siasatan polis di Qashalaeh yang terletak di Bab al-Khalil, Kota Lama Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel. Selepas disoal siasat, wanita itu telah dibebaskan tetapi ditahan semula untuk disoal siasat dan kali ini lebih lama sebelum diperintahkan untuk tidak memasuki ruang tersebut.

Seorang lagi pekerja wanita di masjid itu, Bayan al-Shaikh turut menerima nasib yang sama, di mana dia telah diarahkan untuk menghadiri sesi soal siasat di tempat yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel meluluskan undang2 “memecahkan kesunyian”

Khamis, 19-07-2018 – Undang-Undang “Memecahkan Kesunyian” yang dicadangkan Menteri Pendidikan Israel; Naftai Bennett and Menteri Perumahan Israel; MK Shuli Mualem-Refaeli telah diluluskan oleh parlimen Israel pada Isnin lepas selepas pembacaan kedua dan ketiga.

Undang-undang berkenaan menyatakan mana-mana pertubuhan hak asasi manusia yang beroperasi tidak selaras dengan objektif pendidikan dan kehendak tentera Israel adalah dilarang bagi memasuki kawasan sekolah dan bertemu para pelajar.

Breaking the Silence adalah organisasi perajurit veretan Israel. Organisasi berkenaan menyelar undang-undang berkenaan dengan berkata “Selepas proses pengagamaan menjadi agenda bagi menutup mulut para pelajar, kementerian pendidikan terlalu takut kepada gerakan ini sehingga meluluskan undang-undang bagi menutup suara mereka yang menentang penjajahan. Menteri Pendidikan hanya mahu kelas-kelas di sekolah untuk mengajar doktrin mereka”. Pertubuhna berkenaan turut berkata kepada media, “Ianya adalah dibolehkan bagi menembak mati kanak-kanak Palestin yang berumur 8 tahun, tetapi undang-undang Israel melarang pengusiran peneroka dari penempatan haram”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Dua terkorban, seorang parah dalam letupan di Gaza.

Selasa, 18-07-2018 – Satu letupan kuat yang berlaku di Gaza pada pagi Ahad, kelmarin telah mengorbankan dua penduduk Palestin, manakala seorang lagi cedera parah.

Letupan itu terjadi beberapa jam selepas kerajaan Mesir mengumumkan persetujuan untuk menjadi orang tengah dalam siri berbalas serangan roket terbaru antara pejuang Palestin dengan pihak rejim zionis Israel. Menurut Kementerian Kesihatan, mangsa yang terkorban dikenali sebagai Ahmad Hassan, 35 tahun dan anak lelakinya Louay, 13 tahun. Polis Palestin di Gaza berkata, mereka masih menyiasat punca letupan yang berlaku di bahagian tengah Bandar Gaza itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin mulakan mogok laparnya.

Isnin, 16-07-2018 – Tahanan warga Palestin, Rajae Abdul Kader memulakan mogok laparnya selepas pihak jawatankuasa bagi pembebasan awal tahanan di penjara Eshel, Israel membuat keputusan menolak pembebasan beliau yang sebelum ini telah diperintahkan supaya dibebaskan.

Peguam yang mewakili Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Yusef Nasasra berkata bahawa pihak jawatankuasa penjara mendakwa keadaan kesihatan Abdul Kader tidak serius, oleh itu beliau tidak perlu dibebaskan dengan segera.

Abdul Kader, 35 tahun dan berasal dari Bandar Deir Ammar berdekatan Ramallah menderita penyakit kanser hati dan paru-paru. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan beliau didapati semakin buruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera telah dibebaskan oleh rejim Israel

Isnin, 16-07-2018 – Rejim zionis pada petang Selasa membebaskan seorang budak lelaki Palestin setelah menahannya selama tiga minggu. Adam Salem, 15 tahun dari Semenanjung Gaza telah ditahan oleh rejim zionis dekat sempadan timur Jabalia. Beliau ditahan setelah ditembak oleh rejim zionis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendakwaraya Israel mulakan dakwaan ke atas pemudi Turki.

Rabu, 11-07-2018 – Pendakwaraya Israel telah membuka fail pendakwaan terhadap seorang warganegara Turki, demikian lapor akhbar harian Israel Haaretz. Ebru Ozkan, 27 tahun ditangkap polis Israel di lapangan terbang Ben Gurion pada 11 Jun, 2017 ketika dalam perjalanan untuk kembali ke Turki atas urusan yang didakwa bertujuan ada kaitannya dengan “kumpulan pengganas”.

Kata peguam Ozkan, pihak polis rejim menuduh anak guamnya itu telah bekerjasama dengan anggota Hamas di sebuah pusat penyelidikan di Turki tetapi dinafikan sepenuhnya oleh wanita muda tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel akhirnya pulangkan 3 jenazah warga Palestin.

Rabu, 11-07-2018 – Mahkamah Tinggi Israel membenarkan tiga jenazah warga Palestin dilepaskan dari simpanan pihak Israel, keputusan yang menolak permintaan keluarga Hadar Goldin, seorang tentera rejim Israel yang sedang dijadikan tebusan oleh pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Keputusan penghakiman itu dibuat berpandukan kenyataan bahawa ia selaras dengan peraturan yang telah diputuskan oleh kabinet Israel yang tidak membenarkan pembebasan mayat sekiranya mayat itu dituntut oleh pihak Hamas atau mayat pejuang yang telah melakukan serangan maut.

Hamas menolak untuk memulakan rundingan pertukaran tahanan yang baharu dengan pihak rejim Israel selagi pihak rejim masih menahan dan enggan melepasan semula lebih 50 tahanan pejuang Palestin yang dipersetujui akan dibebaskan dalam rundingan Wafa al-Ahrar yang diadakan pada tahun 2011.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali