Categories
Berita Semasa

Kes Corona di Gaza meningkat dengan 87 kes positif dalam tempoh 24 jam.

Jumaat , 11-09-2020 –  Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan jumlah positif corona hari ini meningkat menjadi 1233 kes terdiri dari 1228 kes tempatan dan 5 kes import.

Kes sembuh adalah 114 dari 1356 kes yang di rekodkan sejak awal wabak pada March lalu. Kes kematian kekal 9 kes terdiri dari 8 kes warga tempatan dan 1 kes import.

Kementerian menyeru orang ramai menjaga prosidur kesihatan; memakai penutup muka, mencuci tangan, menjaga jarak, menghindari tempat-tempat orang ramai, melindungi warga emas dan yang senang terdedah penyakit, kanak-kanak, mereka yang rendah imunisasi agar tidak keluar rumah kecuali dalam keadaan terpaksa.

Penyebaran virus corona menambah krisis warga Gaza, yang berdepan sekatan setiap sudut darat udara dan laut rejim zionis sejak 14 tahun lalu.

Usaha membebaskan Gaza keluar dari sekatan masih belum berhasil.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rumah Putih Bersiap Menjadi Tuan Rumah MOU Emirat-Israel

Jumaat , 11-09-2020 –  Perasmian kesepakatan normalisasi antara Emirat dan Israel akan diadakan di Rumah Putih, pada 15 September akan datang, seperti dinyatakan beberapa sumber Amerika dan Israel.

Acara perasmian akan dijalankan bawah pengawasan Presiden Amerika, Donald Trump yang akan dihadiri delegasi Israel dipimpin PM Benyamin Netanyahu dan delegasi Emirat dipimpin Menteri Luar Abdullah Bin Zayed (Saudara kandung putera mahkota Abu Dhabi).

Dalam kenyataan akhbar yang disampaikan pegawai tinggi Rumah Putih, Presiden Trump akan menjadi tuan rumah bagi perasmian kesepakatan diplomatik bersejarah iaitu normalisasi antara Israel dan Emirat pada 15 September akan datang.Perasmian ini menjadikan Emirat sebagai negara Arab ketiga yang melakukan hubungan diplomatik dengan Israel setelah Mesir tahun 1979 dan Jordan tahun 1994.

Penandatanganan dilakukan setelah sebulan deklarasi normalisasi antara Abu Dhabi dan Tel Aviv pada 13 ogos lalu.

Kesepakatan normalisasi mendapat kecaman luas dari faksi-faksi dan pimpinan Palestin. Mereka menganggap Emirat khianat dan menikam perjuangan bangsa Palestin. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Para pendatang pelampau menyerbu Masjid Aqsa dengan diketuai Glick

Khamis , 10-09-2020 –  Rabbi pelampau Yehuda Glick bersama puluhan pendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa Mosque pada Isnin dari pintu Magharaba dengan perlindungan ketat oleh polis.

Jabatan Waqaf Islam di Baitulmuqaddis menyatakan polis rejim menutup pintu Magharaba setelah 89 pendatang termasuk Glick dan 35 pemuda Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa.

Kenyataan itu menerangkan yang para pendatang melakukan provokasi di dataran Masjid Al-Aqsa, dan menerima penerangan tentang kononnya ia merupakan kawasan kuil, dan ada di kalangan mereka melakukan ritual Talmud di dataran itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kami Pentingkan Keselamatan Lubnan

Khamis , 10-09-2020 –  Ismail Haneyya, ketua biro politik Hamas, bertemu Walid Jumblatt, ketua Parti Sosialis Progresif Lubnan, pada hari Isnin dan mengesahkan bahawa gerakannya mementingkan keselamatan dan kestabilan Lebanon.

Haneyya menghargai sikap Jumblatt yang menyokong terhadap kesatuan Palestin dan kesediaannya bekerja untuk mencapai kehidupan yang sempurna bagi pelarian Palestin di Lubnan.

Dia menegaskan hubungan Hamas yang unik dan seimbang dengan semua komponen Lebanon, dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman Lebanon, dan selalu berusaha untuk meningkatkan hubungan persaudaraan Palestin-Lebanon.

Haneyya mengulangi pendirian Hamas untuk menolak proses normalisasi dengan entiti Israel, serta projek-projek yang bertujuan untuk membubarkan perjuangan Palestin di atasnya perjanjian abad ini dan rancangan perampasan tanah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas meminta sokongan antarabangsa menyelamatkan tahanan dari Corona

Khamis , 10-09-2020 –  Gerakan Islam Hamas mengingatkan peningkatan kes wabak corona di kalangan tawanan Palestine di penjara Israel dan meminta sokongan antarabangsa membantu menyelamatkan kehidupan mereka.

Jurucakap Hamas, Abdul Latif Qanu dalam kenyataan media beliau menyatakan “ Peningatan kes covid 19 dI kalangan tawanan Palestin di beberapa penjara Israel dengan 7 kes terbaru memberi isyaratbahaya yang mengancam”.

Peningkatan kes ini menuntut campurtangan segera lembaga antarabangsa dengan memberi tekanan kepada penjajah Israel untuk menyelamatkan kehidupan para tawanan di tengah pengabaian pihak penjara Israel dan tidak adanya prosidur pencegahan menghadapi corona.

Forum Peduli Tawanan Palestine yang di adakan pada Selasa, 8hb Sept merekodkan 7 kes baru covid 19 di kalangan tawanan Palestine di Penjara Ofer Israel. Penjara Ofer Israel terletak di Ramallah Barat.

Ini menambah jumlah keseluruhan kes positif covid 19 di kalangan tawanan Palestina menjadikan jumlah 24 kes.

Terdapat sekitar 4700 rakyat Palestine yang di tahan di penjara Israel. Angka ini termasuk 41 wanita, 160 kanak-kanak dan 365 tawanan tanpa dakwaan ketika Palestine sedang menghadapi gelombang panas terik sejak beberapa hari lalu dan peningkatan wabak corona.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar & Osman Rasip

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memaksa keluarga warga Baitulmaqdis untuk merobohkan kedai mereka

Khamis , 10-09-2020 –  Pihak berkuasa Israel (IOA) memaksa keluarga warga Baitulmaqdis untuk merobohkan lima buah kedai mereka di Jabal Mukabbir di sebelah tenggara Baitulmaqdis dengan alasan tiada lesen.

Abed Sarry, salah seorang pemilik kedai, mengatakan bahawa perbandaran Israel memaksa dia dan keluarganya untuk merobohkan kedai-kedai yang menjadi punca pendapatan mereka walaupun telah sepuluh tahun berusaha untuk mendapatkan lesen.

Dia mengatakan bahawa keluarga itu membina kedai-kedai itu empat tahun yang lalu setelah usaha berterusan mendapatkan lesen gagal, dan menambah bahawa mereka didenda 60,000 shekel, yang masih mereka bayar hingga sekarang secara ansuran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mistaravim tahan pemuda dekat kem Shu’afat.

Khamis , 10-09-2020 –  Pasukan unit khas Israel “Mistaravim” menangkap seorang pemuda berdekatan pos kawalan kem Shu’afat, utara Baitulmaqdis, Isnin semalam.

Saksi kejadian berkata, sekumpulan anggota Mistaravim menyerbu kem tersebut dan mengejar seorang pemuda yang belum dikenal pasti serta menahannya di dalam sebuah bangunan kafeteria berhampiran pos kawalan.

Mistaravim merupakan unit rahsia persendirian yang berkerja bersama pasukan polis rejim Israel dan digelar dengan pelbagai gelaran termasuk skuad pembunuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Haneyya Minta Kerajaan Perpaduan Selesaikan Perpecahan Palestin

Rabu , 09-09-2020 –  Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, meminta untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan nasional Palestin dengan tugas-tugas khas untuk mengakhiri perpecahan.

Dalam wawancara dengan TV Palestin rasmi dari ibu kota Lubnan pada hari Ahad malam, Haneyya mengatakan sebuah kerajaan perpaduan nasional di Tebing Barat dan Jalur Gaza akan ditugaaskan dengan tiga objektif utama untuk mengakhiri perpecahan Palestin.

Haneyya menjelaskan bahawa tugas kerajaan adalah menyatukan institusi-institusi Penguasa Palestin di Tebing Barat dan Gaza dan membuat persiapan untuk mengadakan pilihanraya dan presiden yang akan diikuti oleh Majlis Nasional. Tugas ketiga berkaitan dengan mengakhiri pengepungan Israel di Jalur Gaza dan menghadapi penjajahan dan rancangannya di Tebing Barat yang dijajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Haneyya berbincang tentang perjanjian abad ini dengan Nasrallah

Selasa , 08-09-2020 –  Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, dan delegasi pengiringnya pada Ahad bertemu Hassan Nasrallah, setiausaha agung parti Lubnan Hezbollah.

Nasrallah menerima Haneyya, Sheikh Saleh Al-Arouri, timbalannya dan delegasi pengiringnya di pejabat peribadi beliau untuk membincangkan beberapa isu tentang Palestin.

Ketika mesyuarat, kedua-dua pihak mengulas perkembangan politik dan ketenteraan di Palestin, Lubnan dan serantau serta bahaya yang mengancam perjuangan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Lima kematian terbaru akibat korona, 632 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam

Selasa , 08-09-2020 –  Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lima kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 632 kes baru dikesan positif, dan 341 pemulihan di kawasan Palestin, termasuk Semenanjung Gaza, dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan harian kementerian, dua daripada mangsa baru COVID-19 berasal dari Gaza (berusia 36 dan 55), dua lagi dari Bethlehem (kedua-duanya berusia 67 tahun) dan seorang dari al-Khalil (berumur 75).

31 pesakit yang sedang kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan intensif, dan empat daripadanya telah ditempatkan di ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Ikrimah Shabri Ingatkan Kemungkinan Al-Aqsha Ditutup Oleh Israel

Selasa , 08-09-2020 –  Ketua Lembaga Tinggi Islam di kota Al-Quds terjajah, Khatib Masjidil Aqsha, Syekh Ikrimah Shabri mengingatkan kemungkinan penjajah Israel memanfaatkan wabak corona untuk menutup Masjidil Aqsha al-Mubarak, untuk mengosongkannya dari semua warga Al-Quds dan memudahkan para pendatang zionis untuk memasukinya.

Dalam keterangan akhbarnya, Syekh Shabri menegaskan, penjajah Israel menjadikan wabak corona sebagai alasan untuk mengendalikan keadaan di Masjidil Aqsha, dan menerapkan rancangannya menghapuskan bidang kuasa Wakaf Islam untuk mengelola Al-Aqsha dan kemudian menutupnya. rancangan ini tidak akan kita biarkan, ungkap syekh Shabri.

Syekh Shabri mengatakan, “Al-Aqsha ketika ini terabai dan tidak menjadi prioriti bangsa Arab dan kaum muslimin, kompas sudah melencong dari Al-Quds.Apa yang kita lihat di lapangan mencerminkan semua itu.”

Sejumlah media Ibrani mengungkap rancangan Israel untuk menutup Masjidil Aqsha, dan melarang kaum muslimin menunaikan solat di dalamnya, dengan dalih untuk mencegah penyebaran wabak corona.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lucut Kewarganegaraan Bekas Tahanan Baitulmaqdis

Isnin , 07-09-2020 –  Rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah menyerahkan keputusan bertulis kepada Salah al-Hamouri untuk melucutkan dokumen kewarganegaraan Baitulmaqdis beliau.

Amjad Abu Asab, ketua jawatankuasa keluarga tahanan Baitulmuqaddis, mengatakan bahawa Rejim Zionis telah memberitahu Hamouri, seorang warga asal Baitulmaqdis, bahawa dia akan dilucutkan dokumen kewarganegaraannya dan hak tempat tinggalnya, dan memberinya 30 hari untuk membantah tindakan tersebut.

Hamouri menghabiskan kira-kira lapan tahun di penjara Israel kerana kegiatan bantahan damainya menentang penjajahan Israel. Dia berkahwin dengan seorang wanita Perancis yang telah dihantar pulang oleh Israel pada tahun 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pertemuan Pimpinan Faksi Palestin: Jawatankuasa Dibentuk Untuk Menamatkan Perpecahan

Isnin , 07-09-2020 –  Pertemuan para pemimpin faksi-faksi Palestin pada Khamis 3/9, mencapai keputusan untuk membentuk jawatankuasa bagi membincangkan visi menamatkan perpecahan dan menyumbang dalam wadah organisasi pembebasan Palestin.

Cadangan pertemuan yang dibuat bersama di Ramallah dan Beirut bersetuju untuk hidup dengan satu sistem politik, satu otoriti dan satu undang-undang.

Disebutkan bahawa jawatankuasa pembangunan akan mula bekerja dalam tempoh lima minggu untuk menjayakan misi pertemuan ini.

Dalam konteks berkait, semua pihak Palestin menolak sebarang projek yang berusaha menghapus isu Palestin.

Ketua otoriti Palestin Mahmud Abbas mengatakan di akhir pertemuan bersama pemimpin faksi-faksi Palestin, “Beberapa jawatankuasa telah dibentuk dan disepakati untuk menghadapi sejumlah momentum.”

Mulai hari ini, faksi-faksi Palestin akan terus membentuk jawatankuasa untuk memulakan kerja mereka. Tidak boleh ada pihak  memonopoli keputusan yang telah dibentuk jawatankuasa tersebut, ungkap Abbas.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik beberapa warga Palestin dalam satu malam

Isnin , 07-09-2020 –  Tentera rejim Israel (IOF) malam semalam dan pada Subuh menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis dan menculik beberapa warga Palestin.

Menurut sumber tempatan di Baitulmuqaddis, polis rejim menculik jurugambar Mohamed Qarout setelah menggeledah rumahnya di daerah Issawiya district dan merampas kamera serta barang lain milik beliau.

Seorang remaja bernama Muntaser Sabta turut diculik oleh polis rejim dari rumahnya di Issawiya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memaksa keluarga Palestin agar memusnahkan rumah mereka di Baitulmuqaddis

Jumaat , 04-09-2020 –  Tentera rejim Israel (IOA) pada Isnin memaksa dua warga Palestin bersaudara agar memusnahkan rumah mereka di bandar Beit Hanina Baitulmuqaddis.

Mereka berkata mereka dipaksa menggunakan jentolak untuk memusnahkan rumah mereka bagi mengelak membayar denda ribuan shekel kepada Perbandaran Baitulmuqaddis Israel.

Sejak penjajahan Baitulmuqaddis pada tahun 1967, Israel telah memusnahkan lebih 1,900 warga Palestin di kota itu sebagai sebahagian daripada polisi pengusiran warga Palestin secara paksa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati