Categories
Berita Semasa

Tentera Israel kepung dan tahan budak lelaki warga Palestin di mahkamah tentera di Jenin

Isnin, 12-02-2018 – Tentera Israel menahan seorang budak lelaki 14 tahun, Omar al-Shami di pintu masuk mahkamah tentera Salem, utara Jenin.

Sumber ditempat kejadian memberitahu wartawan Palestinian Information Center (PIC), anggota tentera rejim bertindak menutup kawasan mahkamah itu selepas menahan budak tersebut dan menangkap sesiapa sahaja yang berada di situ termasuk keluarga tahanan serta peguam.

Laman web Israel, 0404 mendakwa bahawa pihak tentera Israel menahan budak tersebut selepas mendapati dia memiliki bom. Pakar bahan letupan yang dipanggil ke lokasi kejadian berjaya mematikan bom tersebut. Tiada yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Abbas memuji hubungan dua hala di antara Palestin dan Turki

Isnin, 12-02-2018 – Presiden pihak berkuasa Palestin (PA) Presiden Mahmoud Abbas pada Selasa memuji hubungan dua hala istimewa di antara rakyat Palestin dan Turki.

Ini disuarakan ketika perjumpaan dengan delegasi Turki yang menyertai pembukaan Program Pemuda al-Quds di kediaman Presiden di Tebing Barat kota Ramallah. Menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa, Abbas menekankan yang Baitulmuqaddis (al-Quds) merupakan ibu negara pemuda Muslim dan Kristian serta semua pendokong kebebasan dan keamanan seluruh dunia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Ratakan Kediaman Penduduk Palestin

Isnin, 12-02-2018 – Jentolak Israel telah merobohkan struktur kediaman di bandar Silwan, selatan masjid al-Aqsa pada hari Rabu. Seorang penduduk BaitulMaqdis, Mahmoud Temeh melaporkan bahawa pasukan Israel telah merobohkan rumah anaknya di kawasan kejiranan Ain al-Lawzeh dengan alasan tiada permit pembinaan.

Tambahnya lagi, perobohan rumah itu, yang dianggarkan sekitar 110 meter persegi, telah memaksa keluarga anaknya yang terdiri daripada 6 anggota termasuk kanak-kanak berpindah keluar. Beliau turut mendedahkan bahawa anaknya membayar sejumlah 100,000 shekel (29,000 dolar) sebagai denda dalam cubaan untuk mengelakkan perintah perobohan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Penahanan dan kecederaan dilaporkan ketika operasi ketenteraan Israel di Burqin

Khamis, 08-02-2018 – Dua warga Palestin ditahan manakala dua lagi ditembak dengan peluru hidup dan cedera ketika operasi ketenteraan rejim di bandar Burqin barat Jenin.

Wartawan berita PIC memetik sumber tempatan menyatakan yang tentera rejim bersurai setelah ditempatkan secara besar-besaran di seluruh kawasan tersebut selama beberapa jam. Operasi itu merupakan sebahagian daripada operasi pencarian seorang pemuda Palestin
Ahmad Jarar yang dikatakan terlibat dengan sejumlah serangan anti rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Barisan menteri melakukan bantahan di atas tindakan US memotong bantuan kepada URNWA

Khamis, 08-02-2018 – Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi Palestin melakukan protes diatas keputusan US memotong bantuan kewangan kepada UNRWA dan institusi pendidikan di Palestin.

Setiausaha kementerian, Ziad Thaber, menyertai protes berkenaan yang dianjurkan di hadapan ibu pejabat kementerian berkenaan di Gaza serentak dengan protes yang dilakukan di Ramallah, di Tebing Barat.

Para pendemonstran menaikkan kain rentang bagi menunjukkan sokongan mereka kepada UNRWA dan menyeru dunia agar menyatakan sokongan kepada agensi berkenaan dan membantu agensi PBB berkenaan.

Thaber berkata tindakan US tersebut hanya akan menggalakkan pencerobohan ke atas hak penduduk Palestin. Thabet turut menyatakan bahawa kementerian berkenaan telah menyediakan kurikulum berdasarkan saintifik dan professional standard sambil menambah, “kami menolak sebarang campurtangan US atau Israel dalam kurikulum pembelajaran Palestin”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin, umur 61 tahun sambung semula mogok laparnya.

Khamis, 08-02-2018 – Seorang tahanan warga Palestin yang berusia 61 tahun, Rizq al-Rajoub telah memulakan semula mogok laparnya bagi membantah keputusan mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atasnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Banduan dan Bekas Banduan, mahkamah tentera Ashkelon telah memanjangkan tempoh penahanan beliau kepada 6 bulan lagi.

Rajoub, penduduk tempatan dari bandar Dura, al-Khalil selatan Tebing Barat telah ditahan pada 27 November, 2017 telah diberi dua pilihan samada tinggal di luar Palestin atau terima hukuman penjara tanpa bicara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memusnahkan kediaman warga Palestin di timur Nablus

Selasa, 06-02-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) pada petang Ahad memusnahkan satu rumah yang sedang dalam proses pembinaan di bandar Beit Dajan timur kota Nablus di utara Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang tentera IOF beserta jentolak menyerbu bandar tersebut dan meratakan tiang-tiang rumah warga Palestin tersebut. Sumber tersebut turut menyatakan yang pemusnahan struktur rumah itu berlaku hanya beberapa hari selepas arahan pemusnahan rumah diserahkan kepada sejumlah penduduk bandar itu atas alasan kediaman mereka terletak di kawasan kawalan Israel, kawasan C.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tunjuk perasaan di Switzerland bantah tindakan Trump terhadap Baitulmuqaddis.

Selasa, 06-02-2018 – Beratus-ratus orang menyertai tunjuk perasaan di bandar Bern, menyuarakan bantahan atas keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara itu ke sana.

Penunjuk perasaan berarak di tengah-tengah bandaraya yang menjadi ibu kota Switzerland itu dengan membawa kain rentang meminta supaya undang-undang antarabangsa dihormati dan membiarkan rakyat Palestin menentukan hak mereka sendiri.

Menurut kenyataan akhbar pihak penganjur yang diadakan di akhir tunjuk perasaan itu, mereka meminta Swiss Federal Council (Jemaah kabinet Switzerland) mengiktiraf secara rasmi Palestin sebagai sebuah negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Peace Now : Pengiktirafan terhadap Havat Gilad berisiko untuk memberi ancaman kepada kerajaan haram Israel

Selasa, 06-02-2018 – Gerakan Peace Now yang berpengkalan di Israel memberi amaran pada Sabtu lepas akan risiko dan ancaman yang bakal dihadapi kerajaan Israel dengan pengiktirafan terhadap penempatan Havat Gilad di selatan bandar Nablus, Tebing Barat.

Gerakan itu melaporkan sejak insiden 9 Januari lepas yang menyaksikan seorang peneroka haram Israel Raziel Shevac ditembak oleh seorang warga Palestin, Menteri Perang Israel, Avigdor Lieberman telah memberi tekanan supaya pihak berkuasa Israel mengiktiraf penempatan haram Havat Gilad.

Menteri Perang Israel itu lebih berminat untuk mengeksploitasikan situasi berkenaan bagi kepentingan pihak sayap-kanan dan mendesak agar agenda 1 Israel mereka diterima daripada melakukan siasatan terperinci akan punca kes berkenaan berlaku dan membaiki tahap keselatamatan dan beban yang ditanggung penduduk Israel kerana pendudukan haram tersebut.

Peace Now menekankan ianya adalah kesilapan yang sangat besar sekiranya kerajaan Israel mengiktiraf Havat Gilad sebagai sebuah penempatan kerana beberapa sebab.

Pertamanya, ianya akan membantutkan usaha ke arah pendamaian dengan penduduk Palestin dan’2 state solution;. Kedua, ianya akan menggalakkan pertumbuhan lebih banyak penempatan haram, ketiga, ini akan menggalakkan tindakan yang melanggar undang-undang Israel kerana penempatan haram tidak pernah diiktiraf perundangan Israel dan yang terakhir, sekiranya penyelesaian ‘2 state solution’ tercapai, pendatang Yahudi di Havat Gilad akan dipaksa untuk berpindah dari perkampungan berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Perbandaran Gaza Memberi Gambaran ke arah Pengurangan Perkhidmatan

Selasa, 06-02-2018 – Sumber rasmi Palestin di Gaza menyatakan bahawa Perbandaran Gaza sedang mengalami kekurangan sumber dan pemotongan bantuan asing, yang membawa kepada pengurangan perkhidmatan yang mampu ditawarkan.

Datuk Bandar Gaza, Nizar Hejazi berkata, banyak bantuan kewangan dan geran telah digantung terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan asas seperti bahan bakar dan pengambilan pekerja sanitasi serta pemberian geran operasi.

Beliau menegaskan bahawa kemerosotan keadaan ekonomi di Gaza telah menyebabkan ketidakupayaan penduduk untuk membayar bil. Perkara ini turut memberi kesan kepada keupayaan majlis Perbandaran untuk membayar gaji pekerja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haneyya disenarai hitamkan oleh AS sebagai pengganas

Isnin, 05-02-2018 – Amerika Syarikat telah melabelkan Haneyya, pemimpin politik kanan gerakan Hamas sebagai seorang pengganas global.

Jabatan Negeri AS telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada Rabu menyatakan yang Haneyya mempunyai hubungan rapat dengan sayap ketenteraan Hamas dan merupakan penyokong kepada penentangan bersenjata. Kemasukan Haneyya ke dalam senarai pengganas akan menyebabkan sekatan perjalanan ke atas beliau, dan sebarang asset kewangan beliau di AS akan dibekukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Duduk dan bantah sebagai solidariti buat tahanan termuda di penjara Israel

Isnin, 05-02-2018 – Sekumpulan penduduk Palestin pada Khamis lepas menyertai acara duduk dan bantah sebagai solidariti buat tahanan termuda dalam penjara Israel

Wartawan PIC melaporkan bahawa acara duduk dan bantah berkenaan diadakan di rumah Abdul Rauf al-Balawi yang berumur 13 tahun di kem pelarian al-Duhaisheh, selatan Bethlehem. Kanak-kanak berkenaan ditahan dipenjara Israel selama 4 bulan dan dikenakan denda sebanyak 4,000 shekels. Abdul Rauf ditahan pada 10 Disember lepas ketika beliau sedang menyertai demonstrasi bagi menentang penajajhan Israel di pintu masuk Bethlehem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis mendakwa berjaya mengagalkan serangan di Nablus.

Jumaat, 02-02-2018 – Tentera Israel menahan seorang lelaki Palestin yang didakwa merancang untuk melakukan serangan di penempatan haram Itamar yang terletak di timur Nablus.

Laman sesawang Israel melaporkan lelaki yang tidak dikenali itu memakai pakaian tentera dan memegang alatan ketenteraan semasa beliau ditahan ketika cuba menceroboh masuk ke kawasan penempatan haram warga Yahudi. Walaubagaimanpun, suspek kedua berjaya meloloskan diri. Selepas insident berkenaan, tentera Israel mengetatkan kawalan ketenteraan dan melancarkan operasi mencari suspek yang masih lagi bebas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Briged Qassam berkabung kematian seorang pejuangnya

Jumaat, 02-02-2018 – Briged Ezzedine al-Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas berkabung pada Ahad kerana kematian seorang pejuangnya. “Pejuang Ahmed Aweida, berusia 70 tahun dari kota Rafah, selatan Semenanjung Gaza, meninggal akibat penyakit yang menjangkiti tubuhnya,” demikian menurut satu kenyataan al-Qassam. Briged itu memuji sifat rendah diri Aweida, dan menyatakan yang beliau telah berkorban jiwa dan raganya untuk membebaskan tanah air beliau yang dijajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel membina penempatan baru di utara Tebing Barat

Isnin, 29-01-2018 – Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit pada Rabu mula meluluskan pengiktirafan penempatan di utara Tebing Barat.

Rangkaian 10 Israel menyatakan yang Mandelblit akan menugaskan satu kumpulan khas untuk mengatasi masalah jalan menuju kawasan itu yang terletak di kawasan tanaman. Rangkaian bahasa Hebrew itu memetik Menteri Naftali Bennett dan Menteri Ayelet Shaked sebagai berkata yang Peguam Negara telah meluluskan cadangan untuk membina penempatan baru di utara Tebing Barat, namun ia akan dibawa ke Knesset pada Ahad.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati