
Rabu,23/4/2008 – Gerakan Hamas berkata kenyataan Menteri Perang Zionis, Ehud Barak bahawa mereka gagal mencapai impian Zionis, Amerika, dan Eropah untuk menghapuskan Hamas merupakan petanda yang jelas mereka sebenarnya gagal dan ini merupakan satu kemenangan untuk Hamas dan impian mereka tidak akan tercapai selama-lamanya.
Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut. 
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.









