Categories
Berita Semasa

Abbas Bakal Bertemu Erdorgan Pada Isnin

Selasa, 05-09-2017 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba pada malam Ahad di ibu negara Turki, Ankara untuk lawatan selama tiga hari. Abbas dan delegasinya yang dijadualkan akan bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan pegawai kanan Turki pada hari Isnin.

Menurut agensi berita Wafa, kedua-dua pihak akan membincangkan cara untuk memperkukuh hubungan dua hala dan mengenai isu kepentingan bersama. Lawatan itu atas usaha Turki untuk memulihkan perdamaian Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Ratusan warga Israel turun ke jalanan membantah “Netanyahu yang korup”

Selasa, 05-09-2017 – Sekitar 1,500 orang membantah kerajaan rasuah pada Sabtu malam di Bandar Israel Petah Tikva, berdekatan kediaman Peguam Negara Avichai Mendelblit.

Menurut sumber akhbar Israel, ratusan pembantah berkumpul di hadapan kediaman Peguam Negara Israel pada Sabtu bagi menuntut agar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu didakwa atas kesalahan rasuah.

Bantahan-bantahan tersebut merupakan pelopor kepada gerakan protes ke atas salah laku kewangan hubungan haram dengan para eksekutif media, perniagaan antarabangsa dan Hollywood.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel lanjutan tempoh penahanan Shabana.

Selasa, 05-09-2017 – Rejim Israel bertindak melanjutkan tempoh penahanan Mahmud Shabana buat kali ke empat. Menurut Pusat Tahanan Palestin, tempoh hukuman tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan itu telah dilanjutkan untuk tiga bulan lagi.

Beliau ditahan sebanyak 11 kali dan telah menghabiskan 21 tahun hidup di penjara Israel, termasuk 17 tahun di bawah tahanan tanpa bicara dan kali terakhir beliau ditahan ialah ketika berada di rumah pada 20 Julai, 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Loji kuasa Gaza menggunakan turbin ketiga selepas menerima bahan api

Selasa, 05-09-2017 – Pihak berkuasa dan tenaga sumber Palestin di Semenanjung Gaza hari ini berkata, loji kuasa itu mengendalikan turbin ketiga setelah menerima penghantaran bahan api Mesir.

Dalam siaran akhbar, pihak berkuasa tenaga menambah bahawa program bekalan tenaga harian akan disokong secara beransur-ansur selepas menjalankan turbin ketiga, mengesahkan bahawa ia akan meneruskan usahanya untuk meningkatkan perkhidmatan elektrik di Gaza.

Sehubungan itu, jam semasa pengagihan elektrik akan meningkat dan menggantikan jadual harian bekalan kuasa selama empat jam dan pemadaman selama 12 jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pihak pendakwaan Israel akan membuat pendakwaan ke atas Syeikh Raed Salah

Isnin, 28-08-2017 – Mahkamah Israel harini memutuskan untuk menyambung tahanan ke atas Sheikh Raed Salah, pemimpin gerakan Islam di kawasan jajahan 1948 sehingga Khamis depan.

Sheikh Salah dituduh menyebarkan ‘keganasan dan kebencian’ dan menyertai pertubuhan yang diharamkan undang-undang. Peguam Sheikh Raed Salah, Khaled Zabarqa memberitahu Quds Press bahawa tuduhan tersebut adalah berikutan sebuah kenyataan Sheikh Raed Salah yang dilakukan dalam ruang lingkup kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan.

Beliau mengesahkan bahawa Sheikh Salah masih berada dalam keadaan bersemangat walaupun kekasaran dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau dan beliau turut yakin bahawa beliau tidak melanggar undang-undang. Pada 14 Ogos yang lepas, Polis Israel menahan Sheikh Salah selepas menyerbu rumah beliau dan semenjak itu, tahanannya telah dilanjutkan untuk beberapa kali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Pertempuran di Kem Pelarian Ain Al-Hilweh

Isnin, 28-08-2017 – Pertengkaran bersenjata berlaku lagi pada petang Isnin di kem pelarian Ain al-Hilweh di bandar Sidon di Lebanon antara Gerakan Fatah dan kumpulan ekstremis Bilal Bader. Menurut Reuters, satu kecederaan dilaporkan dalam pertempuran yang berlaku selepas kesepakatan gencatan senjata dicapai.

Dalam padal itu, Agensi Berita Kebangsaan Lubnan mengatakan bahawa pertempuran sengit berlaku pada waktu pagi. Empat orang Palestin terbunuh, lebih daripada 15 yang lain cedera dan beberapa rumah rosak sebahagiannya dalam pertempuran yang bermula Khamis lepas. Berpuluh-puluh keluarga di kawasan tersebut terpaksa berpindah keluar dari rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perang semakin hampir.

Isnin, 28-08-2017 – Pergerakan Perjuangan Islam Hamas menyeru penduduk Palestin di Baitulmuqaddis agar berdiri teguh menghadapi perancangan tersusun pihak Yahudi ke atas kota tersebut.

Seruan Hamas itu dinyatakan sempena sambutan ulang tahun ke 48 bagi memperingati peristiwa pembakaran Masjidil al-Aqsa oleh seorang pelampau Yahudi, Michael Rohan. Pergerakan itu juga mengingatkan bahawa masjid itu berkemungkinan akan terus diserang pihak Yahudi.

Pertubuhan itu memuji penduduk dan warga Palestin yang tinggal di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang menunjukkan tanda sokongan pada masjid al-Aqsa, baru-baru ini dan menekankan akan kepentingan perpaduan negara dalam melindungi tempat suci itu dan seterusnya mempertahankan negara Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel menodai kesucian perkuburan di Baitulmuqaddis

Isnin, 28-08-2017 – Jentolak Israel mencuba memusnahkan sebahagian kawasan Perkuburan al-Yousfiya Cemetery, yang bersebelahan dengan tembok sejarah Baitulmuqaddis.

Ketua jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas perkuburan Islam Baitulmuqaddis, Mustafa Abu Zahra, berkata yang jentolak perbandaran Israel cuba merobohkan tembok barat di perkuburan al- Yousfiya. Abu Zahra menambah yang jawatankuasa itu telah menghentikan proses pemusnahan itu yang dikatakan oleh rejim ianya dilakukan untuk membina taman-taman dan ruang menghala ke Gunung Zaytoun bagi para pendatang Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel mengharamkan Imam Muslim dari Baitulmaqdis

Isnin, 28-08-2017 – Pihak Berkuasa Israel (IOA) telah membebaskan Imam Palestina, Sheikh Nour al-Deen al-Rajabi pada Isnin lalu, namun mereka mengenakan syarat yang beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Baitulmaqdis serta perlu membayar denda sehingga 5,000 syikal.

IOA memutuskan bahawa Sheikh al-Rajabi diusir dari Baitulmaqdis dan Kota Lama selama satu minggu dan menyebabkan beliau tidak dapat berhubung dengan beberapa orang rakan yang disenarai hitamkan selama satu bulan.

Pihak Israel akan memanggil Sheikh al-Rajabi untuk disoalsiasat di pusat tahanan al-Mascoubiya. Dia kemudian ditahan dan remannya dilanjutkan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Jihad Islami : Sebab Kami Menolak PNC di Ramallah

Selasa, 22-08-2017 – Pergerakan Jihad Islam mengumumkan penolakan menyertai mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) yang akan diadakan di Ramallah dan menganggapnya sebagai permulaan kepada peminggiran gerakan penentangan rakyat Palestin dari mana-mana projek nasional yang akan datang.

Menurut pernyataan oleh beberapa wakil Fatah sejak kebelakangan ini, presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, memutuskan secara unilateral untuk mengadakan mesyuarat PNC di Ramallah pada bulan September. Jihad Islam memanggil Pergerakan Fatah dan PA untuk mematuhi perjanjian yang dicapai di Kaherah dan dalam mesyuarat jawatankuasa persediaan PNC di Beirut.

Pergerakan Hamas serta Barisan Popular dan Demokratik untuk Pembebasan Palestin menyatakan sebelum ini penolakan panggilan Fatah untuk mengadakan mesyuarat PNC di Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin diculik rejim Zionis

Selasa, 22-08-2017 – Tentera Israel yang melakukan penyamaran bertindak menculik seorang pemuda Palestin di Kem Pelarian Shu’fat, di utara Jerusalem Warga Palestin, Daoud Houshiya diculik tentera Israel dalam satu siri serbuan di Kem Pelarian Shu’fat selepas beliau diburu selama 6 bulan. Mangsa berada didalam sebuah kereta bersama tiga yang lain sebelum beliau diculik dan dibawa ke sebuah lokasi rahsia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penangkapan Salah, percubaan paksa penduduk tunduk pada dasar baru.

Selasa, 22-08-2017 – Jurucakap Pergerakan Perjuangan Hamas, Husam Badran berkata, penangkapan Sheikh Raed Salah yang merupakan pemimpin pertubuhan Pergerakan Islam oleh pasukan polis Israel menggambarkan bahawa rejim itu telah mengamalkan sistem apartheid dan ingin menjadikan tokoh-tokoh Islam serta para pejuang nasionalis di Garisan Hijau sebagai sasaran utama mereka

Melalui kenyataan medianya, beliau menegaskan bahawa tindakan mengepung Sheikh Salah yang turut melibatkan anggota polis serta pasukan cawangan khas menunjukkan kecenderungan untuk memaksa penduduk Palestin supaya tunduk dan patuh pada dasar baru yang mahu dikuatkuasakan di wilayah tersebut.

“Tuduhan ke atas Sheikh Salah itu adalah tidak benar dan hanya bertujuan untuk menghalang sebarang aktiviti atau pergerakan yang boleh mendedahkan pihak rejim telah mengamalkan dasar apartheid,” kata Badran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Duta Sudan : Kami Akan Kawal Pergerakan Israel di Afrika

Selasa, 22-08-2017 – Duta Sudan ke Jordan, Kamal Ali Osman Taha, mengumumkan bahawa negaranya sedang berusaha untuk menghadapi langkah-langkah Israel di Afrika di bawah payung Pertubuhan Kesatuan Afrika. Kenyataan Diplomat Sudan hadir bersama memo kepada sekretariat Persidangan Popular Rakyat Palestin di Luar Negara yang mengecam bahaya mengadakan Sidang Kemuncak Israel-Afrika.

Memo turut menegaskan bahawa Sidang Kemuncak Israel-Afrika tidak hanya mengecam isu Palestin, tetapi juga mampu mempengaruhi penduduk Afrika yang mengalami dasar apartheid dan dipelopori kini oleh Israel.

Bekas duta besar Palestin dan ahli sekretariat Persidangan Luar Biasa Palestin di Luar Negara, Rebhi Halloum, mengatakanusaha perlu dikerahkan untuk menghalang sidang kemuncak tersebut yang akan diadakan pada 23-24 Oktober di Togo.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin Al-Idrus

Categories
Berita Semasa

Hamas menamatkan lawatan 4 hari ke Iran

Khamis, 16-08-2017 – Delegasi Hamas menamatkan lawatan 4 hari ke Tehran pada Khamis lepas dalam usaha memperbaharui persefahaman dalam menghadapi penjajahan Israel.

Delegasi Hamas melakukan lawatan ke Tehran sebagai membalas jemputan rasmi presiden negara tersebut dan pada masa yang sama menghadiri majlis pertabalan Presiden Hassan Rouhani. Delegasi yang menghadiri kunjungan ini adalah Ezzat al-Resheq, Osama Hamdan, Saleh Al-Arouri, Zaher Jabarin, Mohammad Nasser dan wakil HAMAS di Tehran; Khaled al-Qaddoumi.

Lawatan delegasi membincangkan banyak perkara semasa tempoh lawatan termasuklah perkembangan terbaru di kawasan Jerusalem dan masjid Al-Aqsa, kepungan ke atas Gaza, kebangkitan Intifada di Jerusalem dan juga langkah dalam memperbaiki hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.

Delegasi HAMAS bertemu Menteri Luar Iran; Muhammad Javad Zarif, Speaker Parlimen Iran; Ali Larijani, Penasihat Kementerian Luar Iran dan juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Strategik Luar Negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh, timbus 41 buah rumah sejak Oktober, 2015.

Khamis, 16-08-2017 – Rejim penjajah Israel telah melenyapkan sejumlah 41 buah rumah milik penduduk Palestin sejak meletusnya Intifada di Baitulmuqaddis yang bermula pada Oktober, 2015. Demikian lapor Pusat Kajian Abdullah al-Hourani.

Laporan dari hasil kajian pusat tersebut menunjukkan bahawa kira-kira 31 rumah kediaman telah diruntuhkan, manakala 4 lagi telah ditimbus bahagian dalamnya dengan konkrit sementara 5 lagi telah dikimpal pada bahagian pintu dan tingkapnya

Ketua Pusat Kajian itu, Sulaiman al-Wari berpendapat, dasar meroboh bangunan kediaman yang diamalkan oleh pihak rejim itu merupakan suatu bentuk hukuman kolektif terhadap warga Palestin. Terang beliau lagi, hukuman itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang antarabangsa malah telah melanggar Konvensyen Geneva.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali