Categories
Berita Semasa

Rejim Israel culik 2 rakyat Palestin di Tebing Barat dan B.Maqdis.

Rabu, 13-05-2020 – Rejim Israel telah menculik dua orang pemuda Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat pada pagi Khamis yang lalu. Pusat Maklumat di Wadi Hilweh, Silwan mengatakan, pasukan polis Israel menyerbu kawasan tengah di daerah Silwan, Baitulmaqdis dan menculik seorang kanak-kanak bernama Yahya Zagheer dari rumah mereka. 

Di Tebing Barat pula, sumber tempatan berkata, rejim Zionis menculik seorang pemuda bernama Ahmed Zuhour selepas menyerbu rumah beliau di bandar Beit Kalil, barat laut kora al-Khalil. Malam tadi, pasukan polis telah menyerbu kejiranan Ein al-Lozeh di Silwan dan melepaskan tembakan peluru getah secara rawak tanpa sebab dan memerikasa dokumen pemandu kereta.

Mereka juga menyerbu daerah Issawiya di Baitulmaqdis dan kawasan di jalanan sebelum menyoal siasat pemuda tempatan dan mengeluarkan hukuman berbentuk kewangan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Tindakan Nasional Bersama Menentang Rancangan Penambahan Israel

Rabu, 13-05-2020 – Gerakan Hamas menggesa untuk diadakan suatu tindakan bersama di peringkat nasional untuk menghadapi projek penambahan pihak Israel di tanah terjajah di Tebing Barat.  

“Projek penambahan di Tebing Barat adalah rancangan Yahudi paling berbahaya yang menyasarkan tanah Palestin, dan ini merupakan perampasan 38 peratus Tebing Barat,” kata jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanua.

Qanua menambah bahawa Israel akan memberikan dirinya “pengesahan palsu di atas lebih dari 70 peratus daripada kawasan penempatan tersebut.”

Jurucakap itu meminta Pihak Berkuasa Palestin untuk memberi tindak balas kepada projek penambahan berkenaan dan menarik balik perjanjian Oslo yang telah dimeterai dengan negara penjajah tersebut serta memberikan pihak penentang Palestin kebebasan untuk mempertahankan rakyat dan tanah air mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Syria : Depot dan pusat penyelidikan jadi sasaran serangan udara Israel.

Selasa, 12-05-2020 – Agensi berita Syria, SANA melaporkan pertahanan udara Syria malam tadi telah memintas serangan peluru berpandu Israel ke sebuah pusat penyelidika di wilayah barat laut Aleppo.

Menurut SANA, sebuah pesawat pejuang Israel telah menyerang depot ketenteraan di Kawasan Safirah, timur Aleppo. Pertahanan udara Syria juga diaktifkan sebagai tindak balas.

Usaha bagi menilai kerosakan dan kerugian bagi serangan tersebut telah dijalankan, tambah SANA. Selama bertahun-tahun, kawasan yang dikawal rejim Syria telah berulang kali diserang Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

MP Attoun minta negara Islam pertahan Baitulmaqdis dan Aqsa.

Jumaat, 08-05-2020 – Ahli parlimen Palestin, Ahmed Attoun berkata bahawa Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa sedang melalui tempoh paling sukar dalam sejarah, terutamanya ketika bulan Ramadan.

Jelasnya,  Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa merupakan sebahagian yang diimani umat Islam, beliau mengesa negara-negara Islam perlu bertindak bagi mempertahankan kota suci dan masjid  itu serta melindungi kepercayaan mereka.

Anggota parlimen itu berpendapat bahawa penduduk Baitulmaqdis sangat menderita akibat dua epidemi iaitu penjajahan rejim zionis Israel dan koronavirus, seterusnya menegaskan bahawa gangguan ke atas solat berjemaah di masjid itu sebagai satu peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan suatu yang sangat menyedihkan bagi mereka yang sering mengunjunginya, terutamanya semasa bulan Ramadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu bandar Baitulmuqaddis, menculik seorang warga emas

Jumaat, 08-05-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Isnin menyerbu bandar al-Isawiya dan Kafr Aqab di Baitulmuqaddis dan menculik seorang lelaki warga emas dari kediamannya.

Sumber tempatan menyatakan IOF menahan Haj Awni Atiya setelah memecah masuk kediamannya dan mencetuskan kekacauan di al-Isawiya.

Manakala, IOF turut menyerbu bandar berdekatan Kafr Aqab, dan menyerang warga Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan. Sejumlah warga Palestin menderita kesukaran bernafas dan dirawat di lapangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Facebook Padam Akaun Aktivis dan Wartawan Palestin

Jumaat, 08-05-2020 – Facebook pada petang Isnin lalu telah memadam puluhan akaun yang dikendalikan oleh aktivis dan wartawan Palestin tanpa pemberitahuan awal.

Beberapa akaun dipadamkan tanpa alasan dan pengguna lain diberitahu bahawa akaun-akaun tersebut telah “melanggar polisi laman”.

Pusat Sosial Sada pada hari Selasa lalu memberitahu bahawa ia telah menerima puluhan laporan dari pengguna-pengguna Facebook Palestin bahawa akaun mereka telah dihapus secara sewenang-wenang.

Pusat Sosial Sada mengatakan akaun yang dipadamkan adalah akaun aktivis dan wartawan Palestin yang menggunakan laman sosial tersebut untuk menyiarkan berita harian.

Pusat berkenaan sedang membuat senarai akaun yang telah dipadamkan untuk menghubungi pentadbiran Facebook supaya menghidupkan kembali akaun-akaun tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel penjarakan semula aktivis Baitul Maqdis selepas dibebaskan

Rabu, 06-05-2020 – Pihak berkuasa pendudukan Israel telah menahan semula aktivis Baitulmaqdis, Mihad Zagheer, 42, selepas dibebaskan dari penjara Gilboa.

Jawatankuasa Keluarga Tahanan Baitulmaqdis berkata, pihak berkuasa pendudukan Israel telah menahan semula Zagheer selepas beliau selesai dipenjarakan selama 35 bulan tetapi telah ditahan semula setelah beliau meninggalkan Gilboa.

Zagheer ditahan pada 5 Jun, 2017 setelah kembali dari trip Umrah di Arab Saudi. Mahkamah Israel telah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sebanyak 10’000 Shekel atas tuntutan palsu oleh pihak pendakwaan Israel yang menuduh beliau memegang jawatan tertinggi didalam sebuah organisasi Pemuda Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Likud memfailkan bil Knesset untuk menguasai Palestin

Rabu, 06-05-2020 – Ahli Golan (Likud) pada Ahad menyerahkan bil menyeru penekanan penguasaan Israel ke atas Lembah Jordan, utara Laut Mati dan Tebing Barat.

Menurut Saluran 7 Israel, menteri ekonomi dan ahli Knesset Eli Cohen (Likud) turut menyertai inisiatif itu dan menyatakan sokongannya.

“Ini merupakan kawasan politik, keselamatan dan asset ekonomi, dan terdapat ribuan zionis Israel dan perintis sebenar yang merupakan sebahagian penting Israel,” Golan mendakwa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera ditembak Israel di kem penempatan Aqabat Jabr.

Rabu, 06-05-2020 – Seorang pemuda Palestin cedera selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arahnya. Kejadian berlaku di kem penempatan pelarian Aqabat Jabr, selatan bandar Jericho, Tebing Barat.

Menurut kata saksi, seorang pemuda cedera terkena peluru di salah satu belah kakinya selepas seorang anggota tentera rejim melepaskan tembakan ke arahnya ketika mangsa berada berdekatan tanah perkuburan yang terletak di selatan kawasan kem tersebut.

Pemuda itu telah pergi segera ke hospital bagi mendapatkan bantuan perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu Qalandiya, Tembak Gas Pemedih Mata

Rabu, 06-05-2020 – Konfrontasi ganas meletus pada pagi Isnin ketika tentera zionis (IOF) menyerbu kem pelarian Qalandiya di utara Jerusalem yang dijajah dan menyerang penduduk Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan kejutan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera IOF dalam jumlah besar menyerbu kem pelarian Qalandiya pada awal pagi dan menembak gas pemedih mata dan bom tangan kejutan ke arah rumah Palestin.

Sementara itu, IOF menutup Pusat Pemeriksaan Kontena antara kawasan selatan Tebing Barat dan bandar al-Ezariya di sebelah timur Jerusalem yang menghalang pergerakan warga Palestin.Pusat Pemeriksaan Kontena, yang dibangun di atas tanah Palestin yang dirampas dari kampung as-Sawahira ash-Sharqiya, merupakan satu-satunya jalan untuk kenderaan Palestin yang melintas di antara Ramallah, Jerusalem, Bethlehem dan al-Khalil sejak pembangunan tembok apartheid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tiada Kes Baru Corona di Semenanjung Gaza

Rabu, 06-05-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan petang Isnin (4/5) tidak ada kes baru akibat virus Corona di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra dalam pernyataanya mengatakan, laboratorium Pusat di Jalur Gaza telah melakukan 339 ujian saringan dan semuanya negatif. Namun beliau menyebutkan, sejumlah besar sampel masih dalam pemeriksaan.
Kementeriannya dalam hal ini akan menamatkan kuarantin terhadap 250 warga yang baru kembali ke Semenanjung Gaza berdasarkan SOP yang telah ditetapkan untuk mengawal penyebaran pendemik terhadap warga yang dalam keadaan sihat.

Beliau menjelaskan, kementeriannya ketika ini sedang dalam proses pengaturan prosedur untuk menamatkan tempoh kuarantin 362 kes baru dalam beberapa jam lagi setelah menyelesaikan ujian laboratorium yang diperlukan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnahkan Fasiliti Pertanian Palestin di Lembah Jordan

Rabu, 06-05-2020 – Pasukan rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah merobohkan empat fasiliti pertanian Palestin di kampung al-Jiftlik di utara Lembah Jordan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa rejim Zionis menyerbu kawasan al-Aqaba di kampung tersebut dan telah merobohkan bangunan pertanian milik warga Palestin Murad Jaber.

Proses merobohkan tersebut telah berlaku sehari setelah mahkamah Israel menolak petisyen yang difailkan oleh peguam Jaber untuk membantah perintah tentera Israel untuk merobohkan bangunan beliau.

Rejim Zionis seterusnya telah memusnahkan telaga air, gudang dan kolam di kawasan yang sama.

Berdasarkan keputusan Israel yang baru, warga Palestin yang menerima perintah perobohan tidak diberi tempoh masa yang cukup untuk memfailkan petisyen, bahkan mengosongkan bangunan mereka yang terlibat.

Kerajaan Israel sedang bersiap sedia untuk menyita ribuan dunum tanah pertanian di Lembah Jordan sebagai persiapan untuk menambah sepenuhnya penempatan Tebing Barat ke tanah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyekat jalan utama di bandar Kafr Malik Tebing Barat

Rabu, 06-05-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Sabtu menyekat kemasukan utama ke bandar Kafr Malik di timur Ramallah.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel mendirikan pusat pemeriksaan ketenteraan menuju ke bandar dan menghalang kenderaan Palestin daripada keluar masuk.

IOF telah mempertingkatkan langkah ketenteraan sekitar bandar itu baru-baru ini dan mendirikan pusat pemeriksaan di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

PPS: 12 wartawan Palestin masih berada di penjara Israel.

Rabu, 06-05-2020 – Ketika seluruh dunia menyambut Hari Kebebasan Media, rejim Israel masih terus menahan 12 wartawan Palestin di penjaranya dalam keadaan yang ditekan teruk.

Di antara mereka yang paling lama ditahan adalah Mahmud Isa, di tahan selama tiga kali umur hidup atau 45 tahun, Basem Khendoggi (tiga kali umur hidup), Munther Mefleh (30 tahun) dan Ahmad Saifi (17 tahun), demikian kata Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

“Pihak rejim mengamalkan dasar menangkap wartawan dan aktivis dalam usaha melemahkan peranan mereka di bidang sosial, budaya dan politik serta mencegah mereka dari mendedahkan perbuatan jenayah pihak rejim,” kata PPS dalam kenyataannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap 3 warga Palestin serta merampas peralatan pertanian mereka di Tebing Barat

Selasa, 05-05-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik tiga warga Palestin dan merampas peralatan pertanian mereka di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menangkap pemuda Palestin, Diaa al-Zamel dan Ezzat Awwad di bandar Awarta, selatan Kota Nablus, dan memindahkan mereka ke penempatan Yahudi yang berdekatan, Itamar.

Warga Palestin ketiga yang identitinya belum diketahui ditangkap berdekatan tembok pemisah di kampung Fir’oun di selatan Bandar Tulkarem. Tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai kejadian itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul