Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis perintahkan untuk hentikan pembinaan 11 buah rumah di Bethlehem

Jumaat, 13-01-2017 – Pihak berkuasa Israel (IOA) telah menyampaikan perintah untuk menghentikan pembinaan 11 buah rumah untuk rakyat Palestin di kawasan Wadi Abu al-Hummus, timur bandar Bethlehem.

Hasan Brejieh, wakil Anti-Penyelesaian dan Jawatankuasa Tembok Penentangan memberitahu al-Quds.Com,sebuah unit tentera Israel diiringi pegawai-pegawai dari Pentadbiran Awam Israel telah masuk ke kawasan itu.

Pegawai-pegawai tersebut telah menyerahkan notis kepada rakyat Palestin untuk menghentikan pembinaan rumah-rumah mereka dengan alasan tiada permit pembinaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Israel Robohkan Rumah Penduduk Palestin di Negev

Isnin, 09-01-2017 – Jentolak Israel merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di Negev, di selatan wilayah Palestin, atas alasan pembinaan tanpa lesen. Sumber melaporkan bahawa jentolak Israel merobohkan rumah Salman Abu Sbeila, dari Tel as-Sabi, yang diduduki 14 rakyat Palestin, sebahagian besar daripada mereka kanak-kanak yang sudah kehilangan rumah.

Taleb Abu Arar, ahli Arab Knesset Israel, berkata bahawa memusnahkan rumah rakyat Palestin adalah respons kepada kenyataan Netanyahu mengenai usaha meningkatkan perobohan rumah-rumah Arab.`High Follow-Up Committee for Arab Citizens of Israel’ merancang demonstrasi Ahad depan untuk membantah dasar tersebut.

“Jentolak Israel memusnahkan rumah-rumah di Negev pada setiap hari,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Prof. Ashqar hadapi masalah kesihatan di penjara Israel.

Isnin, 09-01-2017 – Rejim Israel tetap menahan seorang profesor warga Palestin, Esam al-Ashqar, 57 tahun di bawah tahanan tanpa bicara walaupun menghadapi masalah kesihatan.

Menurut peguam dari Pertubuhan Tahanan Palestin yang melawat profesor itu di klinik penjara Ramleh mendapati beliau menghidap darah tinggi, sakit kepala yang kronik dan masalah buah pinggang. Tambah peguam itu lagi, sebelum ditahan beliau mengalami darah beku di otak yang menyebabkan beliau lumpuh separuh badan sebelah kanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis Israel akan menyiasat Netanyahu atas tuduhan rasuah

Isnin, 09-01-2017 – Polis rejim Israel dijadualkan akan menyiasat Perdana Menteri atas tuduhan rasuah. Rangkaian 10 televisyen Israel menyatakan pada Rabu lepas yang Peguam Negara Avihai Mandelblit mengarahkan agar siasatan dijalankan ke atas Netanyahu mengenai dua kes. Kementerian Kehakiman berkata yang pengumuman akan dibuat tentang hal tersebut pada masa yang sesuai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Keputusan kabinet Israel bersifat perkauman

Isnin, 09-1-2017 – Pergerakan Rintangan Islam, Hamas menyifatkan keputusan baharu Kabinet Israel mengetatkan sekatan ke atas tahanan Palestin dan terus-terusan menyimpan mayat para syuhada sebagai ‘agresif dan perkauman’.

Dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, Hamas berkata, keputusan Kabinet adalah berbaur perkauman dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Pergerakan menekankan bahawa keputusan itu mencerminkan ‘kejahatan’ pendudukan Israel dan ia adalah ‘fasis, dasar jenayah’ yang dilaksanakan terhadap tahanan Palestin dan mereka yang syahid lebih bertahun lamanya. Ia menegaskan bahawa dasar tersebut tidak sesekali melemahkan keazaman rakyat Palestin atau melumpuhkan semangat pejuang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Haram Israel Serbu Al-Aqsa Sambut Perayaan Chanukah

Selasa, 03-01-2016 – Berpuluh-puluh pendatang haram Israel menyerbu Masjid al-Aqsa bersama perlindungan polis ketika hari ketiga sambutan Chanukah Holiday. Saksi memberitahu Quds Press bahawa 75 pendatang haram Israel memecah masuk ke al-Aqsa pada waktu pagi melalui pintu Magharibeh sambil diiringi oleh sejumlah besar pasukan keselamatan Israel. 211 peneroka telah cuba menyerbu tempat suci itu sejak hari pertama Chanukah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Para pejuang melepaskan tembakan di laluan Jalama.

Selasa, 03-01-2016 – Sekumpulan penembak yang tidak dikenali, dipercayai dari kumpulan pejuang Palestin, melepaskan tembakan di perhimpunan para tentera di laluan Jalama, utara bandar Jenin dan melarikan diri selepas itu.

Rangkaian 10 Israel menyatakan yang tiada tentera cedera dalam serangan tersebut. Saksi mata memberitahu Pusat Maklumat Palestin, (PIC) yang para penembak tersebut menembak dari dalam kereta pada jarak dekat ke arah para tentera sebelum berlalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Aktivis gesa Abbas-PA, gantung kerjasama keselamatan dengan Israel.

Selasa, 03-01-2017 – Ahli Parti Rakyat Palestin (PPP), Khalid Mansor meminta pihak Berkuasa Palestin (PA) mengantung segala bentuk kerjasama keselamatan dengan pihak penjajah Israel.

Beliau mengulas keputusan menteri perang Israel, Avigdor Lieberman yang mahu semua hubungan dan perbincangan dengan pihak PA ditamatkan kecuali kerjasama keselamatan. Menurut Mansor, ” Pihak PA perlu mengambil peluang keemasan ini kerana inilah masa paling sesuai untuk menghentikan kerjasama menjijikkan dengan pihak penjajah Israel itu.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

32 penduduk Gaza dibenarkan melawat saudara-mara di penjara

Selasa, 03-01-2017 – Seramai 32 rakyat Palestin yang datang dari Semenanjung Gaza pada Isnin, dibenarkan melawat saudara-mara mereka di penjara Ramon Israel.

Jurucakap Palang Merah Suhair Zaqut berkata, 32 penduduk Gaza termasuk lapan kanak-kanak melawat saudara-mara mereka di penjara Israel pada pagi Isnin. Lebih 7,000 rakyat Palestin ditahan di penjara dan pusat tahanan Israel berada keadaan tahanan yang sangat sukar terutamanya disebabkan cuaca yang sangat sejuk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Wartawan Gaza Tuntut Pembebasan rakan-rakan mereka yang ditahan

Selasa, 03-01-2017 – Berpuluh-puluh wartawan Palestin mengadakan protes pada Isnin lalu di hadapan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Gaza untuk menuntut pembebasan rakan-rakan mereka yang ditahan di penjara Israel.

Mereka memegang sepanduk mengutuk tindakan Israel yang mensasarkan wartawan dan memaksa pihak Israel untuk berhenti mengganggu wartawan Palestin terutama di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Wajih al-Najjar, jurucakap Wartawan Palestin berkata pihak berkuasa Israel cuba untuk menutup mulut suara rakyat Palestin di Tebing Barat melalui penutupan media Palestin dan menangkap kakitangannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Gadis Palestin Miliki Pisau


Selasa, 27-12-2016 –
Tentera Israel (IOF) menahan seorang wanita Palestin berhampiran bandar Qalqilya, di utara Tebing Barat kerana didakwa memiliki sebilah pisau berhampiran salah satu pusat pemeriksaan di pintu masuk bandar, menurut laman web Ibrani 0404.

Laman web itu berkata, tentera Israel menahan gadis itu untuk siasatan selepas disyaki merancang cubaan menikam tanpa mendedahkan apa-apa maklumat mengenai pengenalannya.

Sejak intifadha meletus pada bulan Oktober 2015 dan sehingga hari ini, tentera IOF menahan berpuluh-puluh lelaki dan wanita muda kerana didakwa memiliki alat-alat tajam dan didakwa cuba untuk melancarkan serangan menikam tentera dan peneroka Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas selar kejadian tembak mati di bandar Karak

Selasa, 27-12-2016 – Ahli biro politik Hamas, Ezzat Resheq menyelar keras “jenayah menembak” yang mensasarkan anggota polis dan pelancong di bandar Karak, selatan Jordan pada hari Ahad lalu.

Resheq, menerusi laman Twitter rasminya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dengan menulis, “Ya Allah, selamatkanlah Jordan dan rakyatnya.”

Menurut pegawai polis Jordan, dalam kejadian terbaru itu, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila sekumpulan lelaki yang bersembunyi di sebuah bangunan lama abad pertengahan bertindak melepaskan tembakkan ke arah anggota keselamatan dan pejalan kaki di bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru selamatkan nyawa para tahanan yang mogok lapar

Selasa, 27-12-2016 – Gerakan Islam Hamas menyeru pertubuhan-pertubuhan hak asasi agar segera campur tangan bagi menyelamatkan nyawa para tahanan Palestin Anas Shadid dan Ahmed Abu Fara yang mogok lapar sejak 85 hari lepas sebagai bantahan ke atas penahanan tanpa bicara.

Dalam kenyataan akhbar pada Isnin, gerakan itu menyatakan yang rejim Israel bertanggungjawab ke atas nyawa para tahanan dan arahan mahkamah rejim Israel agar memaksa para tahanan yang mogok untuk makan adalah bertentangan dengan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Gerakan itu turut menekankan tentang kepentingan menyokong isu ini dari segenap lapisan sehingga kedua-dua tahanan itu dibebaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rapat Umum Perpaduan Dengan Banduan di Nablus

Selasa, 27-12-2016 – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Hal Ehwal di Nablus menganjurkan pada Isnin perhimpunan perpaduan dengan tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel.

Berpuluh-puluh orang awam Palestin dan keluarga banduan telah mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan menuntut pembebasan mereka terutamanya banduan yang sakit.

Samer Samara, Ketua Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Hal Ehwal di Nablus, berkata bahawa lebih daripada empat orang tawanan telah menyertai mogok lapar, menunjukkan bahawa mogok ini adalah bersifat individu.

Samara menegaskan dalam satu kenyataan kepada wartawan keperluan untuk menggiatkan usaha di pihak pejuang Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin untuk menyokong kes tahanan dan untuk mendapatkan kebebasan mereka tanpa mereka perlu membahayakan nyawa mereka dalam mogok tersebut.

Bagi beliau, Nasr Abu Jaish, anggota parti popular Palestin, menekankan dalam ucapan kepentingan menyokong tahanan dalam perjuangan maruah mereka. Abu Jaish mengkritik kekurangan sokongan yang terhadap perjuangan tahanan, sambil menambah bahawa media memainkan peranan penting dalam mendedahkan jenayah Israel terhadap orang-orang tawanan Palestin termasuk dasar tahanan pentadbiran penjajah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Palestin : Darah Zawari Tidak Sia-sia

Selasa, 27-12-2016 – Pelbagai Pertubuhan dan Negara Islam menyelar tindakan Mossad Israel dalam pembunuhan jurutera Tunisia, Mohammed Zawari, sambal menyatakan bahawa darah beliau tidak akan gugur sia-sia. Mereka turut memuji rakyat Tunisia yang terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Dalam perkembangan lain, Palestin menyalahkan Israel yang menyebabkan keadaan tahanan Palestin, Anas Shadid dan Ahmad Abu Fara bertambah teruk, sambal memohon pertubuhan antarabangsa untuk segera campur tangan menyelamatkan nyawa mereka. Mereka turut menyeru aktiviti penentangan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza harus diteruskan dengan mogok lapar yang berterusan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin