Categories
Berita Semasa

Tembakan sambil memandu ke arah kereta para pendatang di Nablus

Rabu, 16-10-2019 – Sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan pendatang Yahudi terbakar pada petang Sabtu di Nablus, utara Tebing Barat.

Menurut media Hebrew, kereta itu ditembak dari sebuah kereta yang dippecut pada puku l 9 malam di jalan dekat kawasan ladang Gilad, barat Nablus.

Laporan berita lain mendakwa seorang lelaki bersenjata menunggang motorsikal dan melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta warga Israel di selatan Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Petani Palestin cedera dalam serangan di Tebing Barat

Rabu, 16-10-2019 – Tiga orang petani Palestin cedera pada hari Sabtu dan Ahad lalu dalam suatu serangan oleh peneroka-peneroka haram ketika menuai zaitun di Ramallah dan Bethlehem.

Sumber-sumber tempatan menyatakan bahawa dua petani Palestin yang dikenali sebagai Mus’ab Da’mas dan Tareq Da’mas, mengalami kecederaan sederhana pada petang Sabtu selepas diserang penduduk haram Israel ketika mereka memetik buah zaitun di kampung Ras Karkar, di barat Ramallah.

Pada hari Ahad pula seorang petani Palestin yang berusia di dalam lingkungan tujuh puluhan cedera selepas dibelasah oleh peneroka haram Israel di Bethlehem.

Aktivis Hasan Breijiya mengatakan bahawa sekumpulan peneroka haram Israel telah menyerang petani Palestin Fadel Hamdan apabila beliau bersemuka dengan mereka semasa mereka sedang mencuri buah zaitun di tanah Palestin di kampung al-Jab’a.

Hamdan telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Presiden Tunisia Yang Baru Dipilih, Qais Said Janji Sokong Palestin

Rabu, 16-10-2019 – Presiden Tunisia yang baru dipilih, Qais Said, Ahad  13 Oktober menegaskan sokongannya terhadap isu Palestin. pada awal pidato kemenangannya dalam pemilihan presiden pada pungutan suara kedua, Said berjanji akan bekerja menyokong isu Palestin secara adil.

Presiden menegaskan bahawa isu Palestin merupakan agenda pertamanya di luar negeri dan beliau berharap sekiranya bendera Palestin dapat berkibar di samping bendera Tunisia.

Presiden Tunisia mengulangi kenyataan bahawa normalisasi dengan penjajah zionis merupakan sebuah pengkhianatan, sikap ini ditegaskannya ketika debat bersejarah dengan pencabar beliau, Nabil al-Qarawi dua hari menjelang pemilihan presiden.

Di hadapan pendukungnya, Said mengatakan: “sekarang merupakan fasa bersejarah, dimana Tunisia telah selesai berada di masa pengawasan dan agenda yang perlu dilakukan adalah memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Said menyebutkan bahawa kunjungan luar negeri pertamanya akan dilakukan ke Algeria, kemudian berharap dapat mengunjungi Libya serta  menyampaikan apresiasi kepada rakyat Palestin, dengan menegaskan bahawa Tunisia akan meneruskan peranannya di forum antarabangsa untuk menyokong Palestin.

Gerakan perjuangan Islam Hamas menyampaikan ucapan tahniah atas terpilihnya Dr. Said sebagai Presiden Tunisia.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik lima rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerus Salem.

Isnin, 14-10-2019 – Rejim Zionis Israel (IOF) pada pagi Rabu menculik lima rakyat Palestin semasa kempen di Tebing Barat dan Jerusalem.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel mendakwa lima orang tahanan diminta oleh pihak berkuasa regim kerana terlibat dalam kegiatan melawan Israel.

 Menurut sumber tempatan, IOF menculik Mohamed Abu Diya, 16 tahun di rumahnya di kampung Khirbet Safa berhampiran bandar Beit Ummar di utara al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kanak2 Palestin cedera terkena gas pemedih mata Rejim Zionis

Isnin, 14-10-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan oleh askar Rejim Zionis Selasa lalu, semasa rusuhan di perkampungan al-Janiya barat Bandar Ramallah.

Pihak akhbar Quds yang memetik sumber tempatan melaporkan bahawa Rejim Zionis telah menyerbu perkampungan al-Janiya dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom pegun secara rambang dan bertubi-tubi.

Sumber tempatan mengatakan bahawa kanak-kanak berkenaan mengalami lecuran di beberapa bahagian badan setelah terkena kanister gas pemedih mata ketika sedang berada di halaman rumahnya.

Kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan ke Kompleks Perubatan Palestin untuk rawatan, dan kecederaannya telah dikatakan sebagai “sederhana”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pencemaran Aqsa oleh para pendatang perlukan reaksi warga Palestin

Isnin, 14-10-2019 – Gerakan Hamas telah menyelar pencerobohan ke atas Masjid Aqsa oleh para pendatang Yahudi yang semakin menjadi-jadi dan menyifatkan ia sebagai keganasan ke atas rakyat Palestin dan negara Muslim dan Arab. Tindakan itu disifatkan sebagai bertujuan untuk menerapkan unsur Yahudi di kawasan suci Islam.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menekankan perlunya reaksi yang jelas dan berkesan oleh rakyat Palestin daripada pelbagai lapisan untuk membela Masjid Aqsa daripada jenayah yang dilakukan oleh para pendatang Yahudi.

Berhoum merayu Liga Arab dan Pertubuhan Negara Islam agar menjalankan peranan mereka bagi menamatkan keganasan Israel ke atas Masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati


Categories
Berita Semasa

Tahanan sakit di hospital Ramla berisiko mati perlahan.

Isnin, 14-10-2019 – Suruhanjaya bagi Hal Ehwal Tahanan Dan Bekas Tahanan Palestin berkata bahawa tahanan yang berada di hospital penjara Ramla sedang berhadapan dengan risiko mati secara perlahan-lahan setiap hari kerana mereka telah dinafikan dari mendapat rawatan perubatan.

Menurut Suruhanjaya itu, keadaan kesihatan 10 tahanan di hospital tersebut sangat teruk dan ramai yang tidak boleh bergerak kecuali berkerusi roda. Begitu juga tentang tahanan lainnya bila bercakap tentang kesukaran mereka untuk mandi, tukar pakaian, makan minum dan lainya.

Tambah Suruhanjaya itu lagi, tiga tahanan yang mengadakan mogok lapar di hospital tersebut telah diasingkan dan keadaan kesihatan mereka sangat teruk dan terganggu akibat mogok lapar dalam tempoh lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Buruh warga Palestin cedera ditembak tentera Israel.

Isnin, 14-10-2019 – Seorang buruh warga Palestin cedera terkena peluru selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakkan ke arahnya. Kejadian berlaku berhampiran tembok pemisah di utara Tulkarem.

Menurut kata saksi kepada pemberita Palestinian Information Center (PIC), seorang pemuda yang dikenali sebagai Abdul Salam Khalil, berkerja sebagai buruh dan berasal dari perkampungan an-Nazla al-Gharbiya yang terletak di utara Tulkarem telah cedera akibat ditembak tentera rejim ketika cuba menyeberang masuk ke Israel dengan memanjat pintu tembok pemisah sempadan di bandar Zeita.

Tambah sumber itu lagi, tentera Israel bertindak pantas menutup kejadian itu dengan mengangkat mangsa ke dalam ambulan dan meningkatkan kehadiran lebih ramai anggota tenteranya di sekitar kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalam Israel mengenakan larangan perjalanan ke atas 4 orang aktivis

Khamis, 10-10-2019 – Kementerian Dalam Israel pada Isnin mengeluarkan larangan perjalanan ke atas 4 aktivis termasuk 2 wanita untuk tempoh sebulan.

Keputusan Israel itu dikeluarkan ke atas para aktivis pro-Aqsa: Mohamed al-Shalabi, Ameen al-Shuweiki, Khadija Khuwais dan Hinadi al-Halawani.

Menurut keputusan bertulis itu, kementerian dalam mendakwa yang perjalanan 4 orang aktivis itu boleh mengancam keselamatan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menangkap 10 Orang Warga Palestin di Tebing Barat

Khamis, 10-10-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik 10 rakyat Palestin di waktu Subuh selepas menyerang rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sumber tempatan melaporkan bahawa 10 warga Palestin tersebut ditangkap di Ramallah, al-Khalil, Qalqilya dan Baitulmaqdis.

Mereka menambah bahawa seorang pemuda Palestin kurang upaya adalah antara yang ditahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul


Categories
Berita Semasa

Israel sekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat

Khamis, 10-10-2019 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah menyekat perjalanan 16 warga Palestin dari Tebing Barat melalui sempadan al-Karama dengan Jordan.

Pihak Pentadbiran Am bagi Urusan Sempadan dan Pintu Sempadan Palestin menyatakan bahawa 6,283 penumpang berjaya menyeberangi sempadan di kedua-dua arah melalui sempadan al-Karama pada hari Isnin.

Pada hari yang sama 16 orang warga Palestin diperintahkan untuk berpatah balik atas “alasan keselamatan”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan dua warga Palestin di pintu sempadan Karama.

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis Israel menahan dua pemuda warga Palestin di pintu masuk sempadan antara Tebing Barat dan Jordan.

Menurut kata saksi kepada PIC, pihak rejim menahan Islam Fayad dan Naim Jaradat ketika mereka dalam perjalanan balik ke bandar Jenin, Tebing Barat dari Jordan. Selepas ditahan, kedua-dua mereka telah dibawa ke tempat lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Kementerian Waqaf menyelar keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi

Rabu, 09-10-2019 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel untuk menutup Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil pada Ahad dan Rabu hadapan bagi membenarkan para pendatang Yahudi untuk mengadakan sambutan di dalamnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian itu turut menyatakan rejim berniat untuk menyerbu masjid itu pada Selasa dari pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Husam Abul-Rab menekankan keperluan untuk segera bertindak bagi menyelamatkan Masjid Ibrahimi dan menamatkan segala pencemaran Israel ke atasnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik 10 warga Palestin di Tebing Barat

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis pada awal pagi hari Isnin telah menahan 10 warga Palestin ketika serbuan di kediaman-kediaman di beberapa kawasan Tebing Barat yang berbeza.

Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis menahan 10 warga Palestin di Ramallah, Bethlehem, Jenin, Salfit dan al-Khalil.

Puluhan askar IOF menyerang sebuah pusat kebudayaan di perkampungan Kifl Hares, ke barat Bandar Salfit, dan menimbulkan kekacauan di sana.

Pada malam Ahad rejim Zionis disertai dengan anjing polis, menyerbu sebuah hospital Palestin di Gunung Zaitun di Baitulmaqdis, menyerbu beberapa bilik di bahagian rawatan kanser, dan mengasari pesakit-pesakit di sana atas alasan kononnya untuk mencari senjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pertembungan Tercetus Ketika Warga Israel Memecah Masuk ke Makam Yusuf

Rabu, 09-10-2019 – Rejim Zionis telah menyerbu kawasan timur, Bandar Nablus untuk mengiringi rakyat Israel yang ingin masuk ke Makam Yusuf.

Para saksi menyatakan bahawa beberapa jip tentera Israel mengelilingi tapak dan kawasan kejiranan itu untuk memberi laluan kepada serangan pengganas.

Rempuhan kuat berlaku setelah rejim Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah ke arah penduduk Palestin yang berdepan dengan serangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul