Selasa , 20-10-2020 – Hari Ahad yang lalu, kementerian kesihatan Palestin melaporkan terdapat enam kematian baru akibat dari COVID-19. Manakala, 389 kes positif terbaru dilaporkan dan 336 dilaporkan pulih sepenuhnya di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza selama 24 jam terakhir.
Menurut laporan harian kementerian tersebut, lima dari mangsa baru yang meninggal dunia akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat dan seorang dari Semenanjung Gaza.
40 pesakit kritikal juga dimasukkan ke unit rawatan rapi dan enam darinya telah diberi bantuan alat pernafasan. 87.5 peratus dari jumlah kes telah pulih, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.7 peratus dan kadar kematian adalah 0.8 peratus dari jumlah kes.
Selasa , 20-10-2020 – Tahanan Maher Al-Akhras, 49, dari Jenin meneruskan mogok lapar terbuka pada hari Ahad untuk hari ke-84 berturut-turut menolak penahanan pentadbirannya walaupun di ambang maut akibat kesihatan yang merosot.
Akhras dirawat di hospital Kaplan Israel dalam keadaan kesihatan yang sangat membimbangkan kerana dia mengalami keletihan dan tekanan yang teruk, sakit pada sendi, perut dan sakit kepala yang kerap di samping penurunan berat badan dan gangguan keseimbangan.
Dia juga tidak dapat bergerak, kehilangan banyak cecair dan garam. Deria pendengaran dan pertuturannya terjejas. Doktor memberi amaran akan kerosakan pada beberapa organ tubuh Akhras, seperti ginjal, hati dan jantung, dan berisiko mati secara tiba-tiba.
Organisasi hak asasi manusia dan parti politik Palestin memberi amaran bahawa Akhras akan mati bila-bila masa kerana dia memasuki tahap membahayakan nyawa.
Akhras berkata, “Saya komited dengan keputusan saya dan hanya akan makan makanan di rumah saya, dan saya tidak akan melanggar kehendak saya. Saya sekarang di Hospital Kaplan, saya tidak minum apa-apa kecuali air, dan saya akan terus melakukannya sehingga saya kembali ke rumah saya. “
Pada 12 Oktober 2020, mahkamah Israel telah menolak lagi permintaan pembebasan segera yang dikemukakan oleh peguamnya. Mahkamah mengemukakan cadangan yang menunjukkan kemungkinan melanjutkan penahanan pentadbirannya dan tidak memperbaharuinya dengan syarat menghentikan mogoknya. Akhras menolak cadangan ini dan menyatakan bahawa dia akan meneruskan perjuangannya hingga kebebasannya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Selasa , 20-10-2020 – Beberapa pendatang Yahudi menceroboh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad lepas dengan diketuai oleh pendita ekstrimis Yehuda Glick dan Farid Assaf, jurucakap bagi Persatuan Kuil Yahudi dengan kawalan ketat polis dan menjalankan upacara Talmud.
Sumber tempatan melaporkan Yehuda Glick , ketua yayasan Mount Heritage dan Farid Assaf, jurucakap persatuan kuil yahudi menyerbu masuk ke kawasan Al-Aqsa dengan kira kira 50 pendatang yahud.
Menurut sumber tempatatan lagi, siaran langsung dipancarkan ketika serbuan Glick dan Assaf ke dalam kawasan Masjid Al-Aqsa. Satu pertembungan dan timbul kekecohan antara Glick, perkerja Masjid Al-Aqsa dan tetamu masjid Al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 20-10-2020 – Pasukan rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah memusnahkan sebuah rumah, bangunan pertanian dan rangkaian air milik rakyat Palestin di Masafer Yatta, di selatan al-Khalil.
Pegawai tempatan Rateb al-Jabour memberitahu bahawa jentolak Israel yang dikawal oleh pasukan askar merobohkan sebuah rumah seluas 70 meter persegi dan memindahkan penduduknya di kawasan al-Fakhid di Masafer Yatta.
Jabour menambah bahawa rejim Zionis juga memusnahkan dua gudang pertanian serta isi kandungannya di kawasan yang sama.
Kediaman dan bangunan pertanian berkenaan adalah milik penduduk tempatan bernama Akram Abu Sabha.
Rejim Zionis juga memusnahkan jaringan air yang menampung masyarakat Badwi di sepanjang kawasan tersebut dari Khilat al-Daba hingga al-Mafqara di Masafer Yatta.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Zionis telah meningkatkan pencerobohannya di Masafer Yatta dengan merobohkan rumah dan bangunan milik keluarga miskin, serta menghalang mereka untuk mendirikan bangunan, mengusahakan tanah dan menternak lembu, dan memutuskan sumber air untuk memaksa mereka meninggalkan wilayah tersebut.
Selasa , 20-10-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menangkap seorang bekas banduan dari bandar Beit Ummar, di utara al-Khalil.
Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menangkap bekas tahanan, Muhammad Murshid Al-Zaqeq, 24, ketika dia berada di kota Al-Zaeem, timur Baitulmaqdis.
Sementara itu, ramai orang awam Palestin mengalami kesukaran bernafas termasuk tiga kanak-kanak setelah tentera IOF melepaskan gas pemedih mata di dalam sebuah bangunan di kem pelarian Al-Aroub, di utara al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Isnin , 19-10-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis , melaporkan lapan kes kematian terbaru akibat COVID-19 , 442 kes positif dan 281 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Berdasarkan laporan harian kementerian, kesemua mangsa yang meninggal akibat viru berasal dari tempat yang berbeza di Tebing Barat manakala 81 kes baru berasal dari Gaza. 36 pesakit tenat telah dipindahkan ke wad rawatan kritikal dimana enam dari mereka ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin , 19-10-2020 – Pihak keselamatan penjara menyerang tahanan Palestin di penjara Eshel di Beersheba pada hari Selasa.
Menurut Persatuan Banduan Palestin , pihak penjara Israel menyerbu masuk ke dalam 10 bahagian di penjara dimana 20 tahanan telah di ikat dan dipukul bertalu talu. Persatuan Banduan Palestin melaporkan ada diantara tahanan di dalam bahagian itu mempunyai masalah kesihatan yang kronik.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin , 19-10-2020 – Satu acara bertajuk “My Return Tournament” telah dilaksanakan oleh ”Olive”, satu organisasi belia Palestin d UK, dengan kerjasama kempen “My Return” dalam satu langkah menyuarakan hak pelarian untuk kembali ke Palestin.
Lapan pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di kota London itu. Setiap pasukan mewakili sebuah kampung atau kem Palestin dalam usaha merapatkan belia dan kanak-kanak dengan tanah air mereka. Risalah yang mengandungi maklumat sejarah tentang kota-kota dan bandar turut diedarkan kepada para peserta.
Kanak-kanak dan belia mengangkat bendera Palestin dan melaungkkan “Bebaskan Palestin” dan “Hak kami untuk kembali.”
Isnin , 19-10-2020 – Gerombolan peneroka haram Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis pada hari Khamis pagi menodai Masjidil Aqsa di Jerusalem yang dijajah.
Menurut Jabatan Awqaf Islam, 29 peneroka haram yahudi memasuki Masjid secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya di bawah pengawasan polis.
Sebilangan peneroka dilaporkan melakukan ritual semasa mereka berada di tempat suci Islam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Isnin , 19-10-2020 – “Saya mahu hidup bebas dan bermaruah serta hanya satu yang ingin saya sampaikan, ‘Saya mahu hidup di rumah tanpa rasa terancam,” demikian kata tahanan warga Palestin selepas melakukan mogok lapar masuk hari ke 80.
“Sejak hari pertama mogok lapar, saya tetap menolak penahanan biar sehari. Samada saya hidup bebas seperti burung atau mereka boleh letak saya di penjara atau hospital atau hukum mati itu terserah pada mereka,” kata Akhras seperti dipetik saluran satelite al-Mayadeen.
“Kami mahu kebebasan. Kami tidak mahu penghinaan mereka. Saya hanya mahu dibebaskan. Cukuplah apa yang telah berlaku pada diri saya,” tambah beliau lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin , 19-10-2020 – Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan memberitahu bahawa negaranya tidak pernah menghalang usaha negara-negara Arab untuk memulihkan hubungan dengan Israel.
Namun, dalam perbincangan tertutup dengan pegawai dari Kesatuan Eropah di Brussels yang diadakan baru-baru ini, Farhan menegaskan bahawa Riyadh akan menyertai usaha tersebut hanya setelah selesai perjanjian damai antara Israel dan Palestin.
Sementara itu, pegawai Saudi berkenaan mengulangi pendirian negaranya terhadap Iran, dan menuduhnya sebagai menyokong kumpulan pengganas dan menimbulkan ancaman besar terhadap kestabilan di wilayah itu melalui program peluru berpandu dan nuklearnya.
Beliau mengatakan bahawa Arab Saudi akan terus menghadapi apa yang dianggapnya sebagai ketidakstabilan di wilayah tersebut oleh Iran.
Dalam perkara ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi atas sokongan mereka terhadap perjanjian diplomatik antara Israel dan dua negara Teluk baru-baru ini, dan mendesak Riyadh untuk juga menjalin hubungan sendiri dengan Israel.
“Kami berharap Arab Saudi juga mempertimbangkan untuk memulihkan hubungannya, dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan yang mereka perolehi dalam menjayakan Perjanjian Abraham setakat ini,” kata Pompeo. “Kami juga berharap kerajaan itu akan menggalak pihak Palestin untuk kembali berdialog dan berunding dengan Israel.”
Pompeo membuat kenyataannya di Washington ketika penampilan bersama dengan menteri luar Saudi.
Isnin , 19-10-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menyerbu rumah seorang pemuda Palestin yang cedera dan menyerang beliau dan ayahnya di bandar Kifl Hares, utara Salfit.
Datuk Bandar Kifl Hares, Isam Abu Yaqoub mengatakan tentang keganasan IOF menerobos dan menggeledah rumah Mohamed al-Asaad (seorang remaja yang cedera) serta memukulnya dan ayahnya dengan teruk.
Abu Yaqoub menambah bahawa IOF terus mengamuk di dalam rumah dan merosakkan perabot mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Isnin , 19-10-2020 – Israel telah mengeluarkan arahan menghentikan pembinaan 7 rumah milik warga Palestine, di Masafi Yatta, Selatan Hebron.
Penyelaras Komuniti Rakyat Tolak Tembok dan Permukiman di Yatta Timur dan Hebron Selatan, Ratib al-Jabour menyatakan pasukan Zionis telah menyerbu daerah al-Buwaib, Timur laut Yatta dan mengeluarkan surat arahan pemberhentian pembangunan 7 rumah milik warga Palestine.
Tujuh rumah tersebut adalah milik, Khalil Hassan Mahaniya dan dua anak lelaki, Imran Abu Sobeih, Najeeb al-Jabari dan anak lelaki dan Keluarga Abu Ajamiya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 16-10-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi menebang tiang elektrik di bandar Jalud, selatan Nablus, pada hari Rabu.
Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau kegiatan penempatan haram di Tepi Barat utara, menyatakan bahawa peneroka haram Esh Kodesh menyusup ke wilayah timur kota Jalud dan menebang beberapa tiang elektrik kayu menggunakan gergaji elektrik.
Daghlas berkata bekalan elektrik terputus selama beberapa jam kerana serangan peneroka. Beliau menambah bahawa telah terjadi peningkatan serangan peneroka haram yang sasarkan warga Palestin dan harta benda mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Jumaat , 16-10-2020 – Seorang petani warga emas Palestin cedera di kepala setelah para pendatang Yahudi membaling batu kepada sekumpulan petani dekat kampung Na’lin di barat Ramallah pada Selasa.
Sumber tempatan menyatakan yang para pendatang membaling batu ke arah para petani dekat Tembok Apartheid di tanah perkampungan dan mencederakan seorang petani berusia 73 tahun, Khalil Umaira.
Mereka menambah yang para pendatang merosakkan tangga-tangga yang digunakan oleh para petani bagi memetik buah zaitun dan mengoyakkan penutup yang digunakan para petani.