Isnin, 30-09-2019 – Seorang pendatang Israel dikatakan cedera pada petang Rabu dalam satu kejadian tikaman di barat Ramallah.
Yedioth Ahronoth melaporkan yang seorang pendatang Israel berusia 20an mengalami kecederaan kecil setelah ditikam oleh seorang remaja Palestin di persimpangan Maccabim.
Tentera rejim kemudiannya bergegas ke tempat tersebut dan menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. Tiada maklumat lanjut diberikan sama ada remaja tersebut ditembak sebelum ditahan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Isnin, 30-09-2019 – Ahli Parlimen Jamal al-Khudari, ketua Jawatankuasa Popular terhadap Pengepungan, berkata bahawa 2,000 unit rumah di Semenanjung Gaza belum dibina semula sejak ia musnah sepenuhnya dalam peperangan Israel pada tahun 2014.
Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Khudari menjelaskan bahawa kekurangan dana adalah alasan untuk tidak membina semula unit-unit ini, menggambarkan keperluan untuk pembinaan semula sebagai permintaan moral, kemanusiaan dan undang-undang.
Beliau merayu kepada semua pihak yang berjanji untuk menderma kepada pembinaan semula Gaza untuk memenuhi komitmen kewangan mereka dalam hal ini, terutama sejak beratus-ratus keluarga tidak mempunyai rumah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Isnin, 30-09-2019 – Khamis lalu Rejim Zionis telah menahan sekumpulan warga Palestin berdekatan sempadan Shuweika di pagar pemisah Tulkarem di utara Tebing Barat, dan telah membawa mereka ke sebuah tempat yang tidak diketahui.
Sumber tempatan memaklumkan kepada pemberita Pusat Maklumat Palestin bahawa tentera Israel telah menahan sekumpulan penumpang Palestin yang terkandas di tanah terjajah Palestin setelah mereka dibenarkan untuk menyeberang melalui sempadan al-Shuweika, yang telah dibuka untuk beberapa hari dan ditutup kembali malam kelmarin.
Sumber yang sama juga memberitahu bahawa pihak tentera telah menahan semua penduduk yang berada di dalam kawasan berpagar berkenaan dan telah mengumpulkan mereka sebelum dibawa pergi menaiki bas.
Ramai warga Palestin lain turut ditahan malam kelmarin di kawasan yang sama dan telah dibawa ke pusat-pusat tahanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Isnin, 30-09-2019 – Ketua Otoriti Palestin, Mahmud Abbas menyatakan tarikh pilihan raya umum Palestin akan diumumkan sekembalinya dari New York sama ada di Gaza, Tebing Barat mahupun Al-Quds.
Dalam ucapannya di hadapan sidang umum PBB ke 74 di New York, Abbas meminta PBB dan pihak antarabangsa berkaitan pilihan raya untuk memantau pilihan raya umum nanti.
Menurut Abbas, pihaknya berharap tidak ada kumpulan yang berusaha untuk menggagalkan pilihan raya umum Palestin.
Sementara itu gerakan Hamas menyatakan persetujuan tanpa syarat atas inisiatif kumpulan-kumpulan Palestin untuk menghentikan perpecahan.
Visi nasional untuk menamatkan perpecahan mencakupi pembentukan pemerintahan bersatu sebelum akhir tahun ini iaitu dengan menyatukan undang-undang pilihan raya bagi badan-badan berkaitan, pembentukan jawatankuasa pilihan raya nasional melalui perwakilan serta mengadakan pilihan raya pertengahan tahun hadapan.
Kumpulan yang menyampaikan pandangan dan visi mereka adalah Jihad Islami, Front Rakyat Demokratik, Partai Rakyat, Inisiatif Nasional, Fada, Komando Umum dan Halilintar.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 30-09-2019 – Anggota Knesset dan bekas ketua Shin Bet, Avi Dichter pada Rabu pagi menyifatkan halaman Masjid Aqsa di bawah perlindungan polis yang ketat.
Menurut sumber tempatan, Dichter memasuki masjid bersama perampas lain dan melawat halamannya.
Baru-baru ini, kumpulan Yahudi menghasut pengikutnya untuk mencemarkan masjid secara beramai-ramai untuk meraikan acara agama mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Jumaat, 27-09-2019 – Rejim zionis Israel menahan 8 orang warga Palestin termasuk seorang menteri dalam operasi yang diadakan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Satu kenyataan yang dikeluarkan pihak tentera rejim menyatakan bahawa tujuh penduduk Palestin telah ditangkap di Tebing Barat atas alasan mengancam keselamatan.
Sementara itu, polis rejim telah menyerbu al-Suwana dan menahan Menteri Hal Ehwal bagi Baitulmuqaddis, Fadi al-Hadmi di rumahnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 27-09-2019 – Presiden Turki Recep Erdogan pada Selasa menyelar rejim Israel kerana merampas tanah Palestin dan meneruskan perluasan tanah haram.
Berucap pada perhimpunan agung PBB di New York, Erdogan menunjukkan imej perubahan Palestin yang jelas menampakkan kerakusan Israel selama berdekad.
“Di manakah Israel pada tahun 1947 dan di manakah ia sekarang?” kata beliau sambil menayangkan peta di mana tanah Palestin ditandakan dengan warna hijau yang dirampas oleh Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 27-09-2019 – Rabu lalu Rejim Zionis telah memusnahkan dua fasiliti warga Palestin di bandar al-Khalil di Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, jentolak Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan milik Palestin yang digunakan untuk menyimpan peralatan pertanian di kawasan Sahl al-Baq’a di Bandar al-Khalil.
Selain itu, jentolak Israel juga telah memusnahkan sebuah kediaman dua tingkat warga Palestin di kawasan al-Hajra di dalam bandar yang sama, atas alasan kononnya tidak mempunyai lesen yang sah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 27-09-2019 - Seorang penduduk pendatang Israel tercedera pada Rabu (25/9/2019) malam dalam serangan tikaman yang terjadi di barat kota Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.
Surat khabar Israel Yediot melaporkan bahawa seorang penduduk Israel cedera ringan dalam serangan tikaman berdekatan persimpangan Maccabim di sebelah barat Ramallah.
Media Israel tersebut menyatakan bahawa seorang warga Palestin menikam seorang pendatang Israel berusia 20 tahun yang mengakibatkan cedera ringan. kejadian berlaku di persimpangan Maccabim di barat daya Ramallah.
Sumber Israel menyatakan bahawa pasukan militan penjajah Israel tiba di lokasi kejadian dan mengambil tindakan menyiasat pelaku sebelum menangkapnya tanpa memberikan perincian lebih lanjut sama ada suspek ditembak atau tidak.
Sumber-sumber Israel menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap suspek remaja Palestin berusia 14 tahun.
Sebelumnya 8 orang warga Palestin cedera akibat terkena peluru yang ditembak pasukan penjajah Israel dalam pertembungan yang terjadi di pintu masuk utara Al-Bireh di sebelah utara Ramalah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Khamis, 26-09-2019 – Rejim zionis Israel mengumumkan akan menutup pintu masuk sempadannya dengan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat untuk beberapa hari bermula Ahad, 29 September sempena cuti umum Yahudi.
Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar, Pentadbiran Sempadan dan Pintu Sempadan menyatakan, pintu masuk sempadan Karam Abu Salem yang terletak di selatan Gaza akan ditutup selama tiga hari bermula Ahad depan dan akan dibuka semula pada Rabu, 2 Oktober.
Pintu masuk sempadan Beit Hanoun (Erez) di utara Gaza pula turut ditutup pada masa. Semua warga Palestin tidak dibenarkan melalui laluan tersebut kecuali untuk urusan kecemasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis, 26-09-2019 – Kira-kira 1,200 penduduk haram Israel telah menceroboh Makam Yusuf di timur Bandar Nablus pada awal pagi Selasa lalu, dengan diiringi oleh seorang menteri Israel dan beberapa orang rabai.
Sumber tempatan memberitahu Akhbar Quds bahawa beberapa bas yang membawa hampir 1,200 penduduk haram Israel telah memasuki kawasan berkenaan dengan diiringi oleh pihak tentera.
Menurut sumber, pertembungan ganas tercetus antara berpuluh-puluh belia Palestin yang cuba bersemuka dengan penceroboh-penceroboh berkenaan, dengan askar Zionis yang telah melancarkan gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah ke arah mereka.
Rejim Zionis dan penduduk haram Israel hampir setiap minggu menceroboh kawasan timur Nablus untuk mengadakan upacara-upacara di Makam Yusuf, yang mereka percayai adalah tempat bersemadinya Nabi Yusuf. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan dan ahli-ahli sejarah Palestin telah mengesahkan bahawa makam berkenaan adalah sebenarnya milik seorang pemimpin Islam zaman dahulu kala bernama Yousef Dweikat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Khamis, 26-09-2019 – Ahli Parlimen al-Khudari, ketua Jawatankuasa Popular menentang pencerobohan, telah menyeru penyelaras khas PBB Nickolay Mladenov agar berusaha menghantar konvoi bantuan perubatan ke Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, Khudari menyifatkan amaran Mladenov tentang situasi kemanusiaan yang makin meruncing di Gaza sebagai penting dan realistik, namun ia tidak cukup dan perlu lebih praktikal.
Khudari merayu kepada Mladenov agar mengarahkan semua institusi kemanusiaan dan kesihatanan PBB dan antaabangsa agar menghantar bantuan perubatan ke Gaza melalui udara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis, 26-09-2019 - Jamal Khudhri, ketua Jawatankuasa Rakyat untuk Melawan Sekatan, Selasa (24/9/2019), mengatakan bahawa sebanyak 2000 unit rumah di Semenanjung Gaza telah musnah sejak serangan dan pencerobohan Israel pada musim panas tahun 2014 lalu.
Beliau menambah bahawa unit-unit rumah tersebut belum dibangun semula meskipun sudah lebih lima tahun serangan berlaku disebabkan kekurangan dana.
Beliau menegaskan bahawa pembinaan semula adalah tuntutan moral, kemanusiaan dan undang-undang terutama kerana ribuan keluarga mangsa serangan Israel masih terlantar dan menjadi pelarian.
Dalam Persidangan Pembinaan Semula Gaza yang berjalan di Kaherah, Selasa 24 September, Khudhri meminta kepada para penyumbang untuk memenuhi komitmen kewangan mereka kepada para pemilik rumah yang musnah keseluruhannya dan belum dibangun sama sekali.Beliau juga meminta para penyumbang utama persidangan iaitu Mesir dan Norway untuk mengambil langkah praktis dan memberikan komitmen bagi menamatkan penderitaan keluarga mangsa serangan Israel.
Jamal Khudhri mengatakan, "Semenanjung Gaza mengalami tragedi sekatan dan serangan. Para pemilik rumah yang musnah mengalami penderitaan hidup dengan berpindah randah dan menjadi pelarian, ditambah dengan derita sekatan, serangan dan situasi ekonomi yang sukar".
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Rabu, 25-09-2019 – Penduduk Yahudi dari penempatan haram Adei Ad meratakan tanah yang luas pada hari Ahad milik Palestin di bandar Turmus Ayya, utara Ramallah di Tebing Barat yang dijajah.
Datuk Bandar Turmus Ayya, Rifaat Lavi berkata, peneroka Adei Ad meratakan sekitar enam dunam tanah pertanian milik keluarga Abu Kafya.
Ini adalah kali keempat dalam tempoh dua bulan peneroka haram yang sama menjalankan kegiatan meratakan tanah di bandar itu, kata Datuk Bandar Lavi, sambil menambah bahawa amalan sedemikian berlaku di bawah perlindungan tentera Zionis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen