Categories
Berita Semasa

Twitter Berpihak Pada Israel, Akaun Al-Qassam 3 Kali Dipadam

Rabu, 06-04-2016 – Kesatuan Media Tentera di Briged Izzuddin Al-Qassam benteng kuat Hamas mengecam keras pentadbiran Twitter yang menutup sejumlah akaun rasmi Al-Qassam versi Arab dan Inggeris. Ini adalah satu tindakan berat sebelah yang memenangi Israel.

Dalam kenyataannya kelmarin pada hari Khamis, “Ketika pengurusan Twitter memberikan ruang seluas-luasnya kepada tokoh dan penjajah Isarel yang mengeluarkan kenyataan yang menjurus sikap rasis, ekstrem, dan berhawa pengganas, Twitter buat kali ketiga secara berturut-turut selama 2 bulan menutup akaun rasmi Al-Qassam.”

Al Qassam menegaskan, apa yang dilakukan Twitter adalah pelanggaran hak individu dan kelompok untuk bersuara. Sikap pengurusan Twitter ini jelas berpihak penuh kepada Israel dan seharusnya mereka lebih neutral dan telus dalam hal ini.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Erdogan seru Israel henti pengepungan terhadap Gaza

Rabu, 06-04-2016 – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyeru Israel untuk menghentikan segala pengepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza semenjak 10 tahun yang lalu. Berikutan pengepungan tersebut telah mencengkam kehidupan rakyat di sana.

Erdogan berkata dalam ucapan beliau yang dibuat di Washington, DC pada Khamis lalu, bahawa kerajaannya sedang berusaha untuk menyediakan bekalan air bersih menggunakan teknologi air laut di Semenanjung Gaza, dan menyediakan penjana elektrik di sana!

Beliau juga menyatakan bahawa hubungan antara Ankara dan Tel Aviv dalam tempoh yang akan datang “akan bergerak untuk menyelesaikan semua masalah dan kami menuntut penghentian segala pengepungan ke atas Semenanjung Gaza.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi

Categories
Berita Semasa

Kenapa rakyat Palestin memperingati Hari Tanahair?

Rabu, 06-04-2016 – Rakyat Palestin memperingati ulangtahun ke 40 Hari Tanahair pada Rabu, 30 Mac dengan pelbagai acara. Untuk memahami kepentingan hari tersebut dan kenapa ia diperingati pada setiap tahun, sejarah lalu hendaklah difahami serba sedikit.

Pada tahun 1976, rejim Israel merampas sejumlah besar tanah warga Palestin di Galilee dan seterusnya mencetuskan protes besar-besaran yang mengakibatkan kematian 6 orang rakyat Palestin serta 100 orang lagi cedera.

Warga Palestin di serata dunia memperingati hari tersebut menerusi perarakan bagi menunjukkan keteguhan mereka menghadapi rejim Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penjara Israel kurung berasing 2 warga Palestin.

Rabu, 06-04-2016 – Pihak penjara Israel mengurung secara berasingan 2 tahanan warga Palestin, Isam al-Farouk dan Ramzi Ebaid atas “arahan pihak atasan” tanpa menyatakan sebabnya.

Peguam dari Pertubuhan Tahanan Warga Palestin yang melawat kedua-dua tahanan di penjara Eshel, Israel memberitahu bahawa kedua-dua mereka telah dipindahkan ke bilik kurungan berasingan sejak 12 hari bulan Mac yang lalu.

Isam Farouk telah ditahan di penjara itu sejak 2004 bagi menjalani hukuman penjara seumur hidup manakala Ramzi Ebaid ditahan sejak 2006 bagi hukuman 6 kali penjara seumur hidup dan tambah 20 tahun lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis akan membina 1435 unit rumah di Baitulmuqaddis

Rabu, 06-04-2016 – Pihak Berkuasa Pendudukan Israel (IOA) telah meluluskan pelan penempatan baharu untuk membina 1435 unit rumah di Baitulmuqaddis. Kesemua unit tersebut dijadualkan untuk dibina di bukit bersebelahan dengan kawasan petempatan di Ramot. Pelan kawasan petempatan tersebut akan memberi kesan kepada keunikan alam semula jadi kawasan bukit itu selepas ia dibangunkan dengan taman dan unit perumahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Tentera Pembunuh Syarif di Hebron Bebas Tuduhan Bunuh

Rabu, 06-04-2016 – Mahkamah Militan Zionis Khamis (31/3) memutuskan pembebasan tahanan terhadap tentera Israel yang menyebabkan kematian Abdul Fattah Sharif di Hebron Selatan Tebing Barat yang ketika itu sedang tercedera. Tentera itu juga ditahan di pangkalan militannya.

Akhbar Yedioth Aharonot menyebutkan, tentera Israel tersebut bebas dan tetap ditahan dengan tahanan luar di pangkalan militan Kfir.
Sebelumnya Mahkamah Militan Israel mendakwa tentera Israel tersebut dengan tuduhan membunuh dengan sengaja dan lalai yang telah menyebabkan kematian salah seorang pelaku serangan di Hebron.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Anak-anak al-Quds Diculik Penyamar Cekap Israel

Rabu, 06-04-2016 – Penangkapan yang berulang kali dilakukan pihak Zionis yang menyamar sebagai orang Arab, bukanlah hal yang pelik. Dahulu telah berlaku sejak bermulanya Intifada al-Quds pada awal Oktober 2015 yang dulu. Yang sepatutnya menjadi perhatian adalah tindakan mereka yang menyasarkan remaja yang berusia bawah 18 tahun.

Ketua Persatuan Keluarga Tawanan di al-Quds, Amjad Abu Ushb, kepada pihak Pusat Informasi Palestin, berkata, “Puak-Puak penyamar pada tahun lalu telah menangkap sekitar 35 remaja. Kesemuanya adalah remaja yang berusia bawah 18 tahun.”

Kes terakhir yang dilaporkan adalah penculikan 5 kanak-kanak dari desa at-Tur berdekatan al-Quds. Selalunya penculikan terjadi melalui pergelutan dan pergaduhan antara pemuda mereka.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Pelajar universiti melakukan protes tahanan politik dengan membentuk rantaian manusia

Jumaat, 01-04-2016 – Berpuluh-puluh pelajar universiti telah membentuk satu rantaian manusia di Nablus sebagai tanda protes terhadap dasar tangkapan politik terhadap aktivis di kalangan pelajar universiti pada tengah hari Ahad.

Para peserta mengibarkan kain rentang mendesak pembebasan rakan-rakan mereka yang ditahan oleh bahagian keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan juga mendesak untuk menghentikan dasar penahanan politik. Acara rantaian manusia dianjurkan oleh pelajar dari fakulti kejuruteraan dan fakulti sains ketika Pihak Berkuasa Palestin menahan tiga pelajar fakulti kejuruteraan dan seorang pelajar dari fakulti sains. Kesemua yang ditangkap ditahan selepas menghadiri aktiviti pelajar dan akademik di universiti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Bom fosforus diguna Israel ditemui di Gaza

Jumaat, 01-04-2016 – Pasukan polis Gaza terpaksa bekerja tanpa cuti bagi mengawasi sebutir bom fosforus putih yang diguna Israel ketika menyerang Gaza pada tahun 2008-2009, dahulu.

Menurut pendedahan yang dibuat oleh bahagian pentadbiran awam, unit kejuruteraan bahan letup, ibupejabat polis, Semenanjung Gaza, bom yang tidak meletup itu ditemui oleh seorang lelaki warga Palestin, tertanam di dalam tanah miliknya yang terletak di kem pelarian al-Nusairat.

Tentera Rejim Israel menggunakan serbuk fosforus putih yang dilarang penggunaannya di peringkat antarabangsa semasa menyerang Gaza pada tahun 2008 dan 2009 yang menyebabkan lebih 1,440 penduduk Palestin terbunuh, manakala beribu yang lain cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Israel di utara Semenanjung Gaza

Jumaat, 01-04-2016 – Pasukan Pendudukan Israel ( IOF) menjalankan serangan berskala kecil di kawasan sempadan utara Semenanjung Gaza pada pagi Rabu dengan menggunakan beberapa jentolak tentera.

Seorang pemerhati lapangan memberitahu Quds Press bahawa beberapa jentolak Israel, diiringi oleh kereta kebal Israel, telah meratakan kedudukan tanah berhampiran pangkalan tentera Zikim. Serangan yang sama berlaku di kawasan sempadan selatan dan tengah Gaza pada pagi hari Selasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang 18 rakyat Palestin dari menduduki Al-Aqsa, Jajahan Jerusalem

Selasa, 29-03-2016 – Pihak Berkuasa Regim Zionis Israel (IOA) mengharamkan 18 rakyat Palestin dari menduduki Jerusalem yang dijajah dalam usaha untuk menghapuskan kehadiran rakyat Palestin dan menahan mereka jauh dari bandar.

Seorang wartawan PIC memetik sumber tempatan menyatakan bahawa pada hari Selasa IOA telah mengharamkan 17 rakyat Palestin daripada memasuki Masjid suci Al-Aqsa dan Kota Lama. Bebrepa jam kemudian, IOA telah mengharamkan Hamza Melhes yang berusia 21 tahun dari Baitulmuqaddis selama empat bulan , bermula dari 27 Mac hingga 21 Julai.

Melhes berkata IOF menghalangnya di Pintu Gerbang al- Sahira dan mengheretnya ke pusat tahanan Qishleh di Kota Lama , di mana beliau telah dimaklumkan mengenai larangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan seorang warga Palestin yang dituduh menggodam drone

Selasa, 29-03-2016 – Polis Israel berkata, ia telah menahan seorang jurutera elektronik dan perisian yang yang dituduh menggodam siaran dari dron polis Israel dengan kerjasama Shin Bet.

Satu kenyataan polis menamakan yang disyaki sebagai Majd Ouida, 22 dari Semenanjung Gaza. Jurucakap polis Luba Samri berkata yang Ouida menghadapi beberapa dakwaan atas perbuatannya termasuk pengintipan, konspirasi melakukan jenayah, menggodam computer dan memindahkan maklumat kepada musuh bertujuan untuk menjejaskan keselamatan Israel.

Samri menambah, Ouida yang mengetuai “golongan berbakat Palestin” telah ditahan pada 23 Februari ketika melalui menuju ke Tebing Barat dari Gaza untuk menghadiri mesyuarat bersama calon-calon pemuda dalam pertandingan nyanyian televisyen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi banjiri Masjid Ibrahim di Hebron.

Selasa, 29-03-2016 – Beratus-ratus pendatang haram Yahudi bertindak memasuki masjid Ibrahim pada awal pagi hari Rabu, kelmarin bagi melakukan ibadah mengikut ajaran agama mereka.

Menurut wartawan PIC, pendatang tersebut berhimpun di ruang dalam masjid berhampiran makam nabi Yusof dan mengadakan upacara sembahyang mengikut agama Yahudi di situ. Selain itu, mereka turut bertindak melaungkan slogan berbau hasutan supaya semua orang Arab dibunuh dan dihalau dari tempat tinggalnya.

Perbuatan pendatang yang disifatkan sebagi menyerang itu, mendapat perlindugan sepenuhnya dari anggota tentera rejim Israel yang bertindak mengadakan benteng keselamatan di sekitar pintu masuk utama masjid dan seterusnya melarang umat Islam dari menunaikan solat Maghrib dan Subuh di masjid berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Bas terbalik, 14 jemaah umrah Palestin meninggal dan 36 cedera

Khamis, 24-03-2016 – Sebanyak 14 jemaah umrah Palestin meninggal dunia dan 36 yang lain cedera setelah bas yang membawa mereka terbalik di Kota Maan di selatan Yordania, Rabu (16/3) malam, saat berangkat ke Arab Saudi.

Pihak Yordania mengatakan bahawa kemalangan yang terjadi berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan. Jumlah mangsa yang akan meninggal dunia mungkin akan bertambah kerana banyak mangsa yang teruk cedera parah.

Wakil Pusat Informasi Palestin mengatakan, kemalangan terjadi selepas melepasi laluan al-Mudawarah ketika semuanya menuju ke tanah suci. Sementara itu Menteri Wakaf Palestin Yusuf Adeis mengumumkan, bas yang mengangkut jemaah ini terbalik di daerah al-Mudawarah di antara sempadan Yordania dan Arab Saudi.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Halangan Israel terhadap proses pendidikan Palestin pada 2015

Khamis, 24-03-2016 – Halangan yang dilakukan Israel terhadap proses pendidikan Palestin telah meningkat dengan ketara pada tahun 2015. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Quds Press, statistik rasmi mendedahkan bahawa seramai 53,998 pelajar, 3,840 guru serta beberapa kakitangan Kementerian Pendidikan Palestin dan institusinya, telah diserang oleh tentera penjajahan Israel (IOF) pada tahun lepas; serangan ini termasuk dibunuh, dicederakan, ditangkap dan ditahan, tangkapan di rumah, disekat di pusat pemeriksaan dan dihalang dari memasuki sekolah dengan selamat.

255 buah sekolah Palestin telah diserang oleh tentera penjajahan Israel dan peneroka. Serangan Israel terhadap sekolah-sekolah Palestin termasuk, serangan, tembakan dan serangan bom yang menyebabkan kerugian ketara, di samping melumpuhkan sebahagian mahupun sepenuhnya proses pendidikan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina