Categories
Berita Semasa

Abas temui al-Sisi bincang usaha penyatuan semula Palestin.

Isnin, 13-11-2017 – Presiden Palestin, Mahmod Abas telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi dalam usaha membincangkan penyatuan semula Palestin sebelum beliau bertolak ke Arab Saudi bagi menghadap Raja Salman Bin Abdul Aziz dan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Menurut satu kenyataan pejabat Presiden Mesir, dalam pertemuan itu, Abas dan Sisi telah membincangkan beberapa isu berkaitan pembangunan semasa di Palestin dan usaha-usaha yang perlu bagi mencari jalan bagaimana proses damai di wilayah tersebut dapat dihidupkan semula.

Pertemuan yang diadakan di hari kedua berlangsungnya Forum Belia Sedunia di Sharm el-Sheikh, Mesir, pihak Sisi telah menekankan betapa pentingnya usaha yang berterusan perlu dibuat agar masalah perpecahan dapat ditamatkan sepenuhnya dan seterusnya penyatuan Palestin boleh dicapai dengan segera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Euro-Med : Britain Bertanggungjawab Atas Penindasan Berpanjangan Palestin

Selasa, 7-11-2017 – Deklarasi Balfour, sebagai asas bagi penubuhan Israel di Palestin, telah mewujudkan satu siri ketidakadilan terhadap hak Palestin selama berabad-abad, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean telah menyatakan dalam satu kenyataan pada ulang tahun Deklarasi Balfour. Euro-Med menyelar Britain yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran berkaitan perjanjian tanah ketika Palestin berada di bawah jajahan British.

Britain sepatutnya mengurus negara-negara yang dijajah mereka bersesuaian dengan kepentingan penduduk negara-negara tersebut, walau bagaimanapun, Great Britain lebih banyak menggalakkan imigresen Yahudi ke Palestin, membawa pendatang Yahudi ke wilayah orang asli, serta menjual tanah besar kerajaan dan membekalkan pendatang dengan senjata, lapor Euro-Med.

Setiausaha Luar British, Arthur James Balfour, mengeluarkan janji terkenalnya dalam surat yang ditulis kepada seorang pemimpin kanan pergerakan Yahudi, Lord Rothschild, yang berjanji bahawa Britain melakukan yang terbaik untuk menubuhkan tanah air negara untuk orang Yahudi di Palestin, tanpa mengganggu hak sivil dan agama komuniti bukan Yahudi yang tinggal di Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Adwan menyeru lobi antarabangsa bagi menyanggah deklarasi Balfour oleh British

Selasa, 7-11-2017 – Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelarian Hamas Isam Adwan telah menyeru agar membentuk sekumpulan pelobi yang terdiri daripada kumpulan undang-undang, diplomatik dan media seluruh dunia agar menekan British supaya meminta maaf kepada rakyat Palestin dan menebus kesilapannya.

Adwan menyatakan demikian pada persidangan yang diadakan pada Rabu oleh sektor wanita Hamas seiring dengan ulang tahun ke 100 deklarasi Balfour yang membawa kepada Peristiwa Nakba.

Pegawai Hamas itu menyatakan kesediaan bahagian hal ehwal pelarian Hamas untuk menjadi barisan hadapan dalam proses lobi antarabangsa dan menyeru ditubuhkan satu tabung khas untuk menyokong pihak-pihak yang terlibat serta kegiatan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pertahanan Awam Palestin Minta Bantuan Palang Merah Antarabangsa Dapatkan Jenazah Syuhada

Selasa, 7-11-2017 – Pejabat Pertahanan Awam Palestin di Gaza pada hari Khamis mengatakan ia telah meminta pertolongan dari Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk terus mencari rakyat Palestin yang hilang berikutan serangan udara Isnin oleh tentera haram Israel.

Pernyataan oleh Pejabat Pertahanan Awam berkata, Palang Merah telah mengadakan hubungan dengan Israel untuk membolehkan pekerja mereka sampai ke tempat kejadian berhampiran pagar sempadan 1948 yang memisahkan Gaza dan yang Dijajah Israel.

Walau bagaimanapun, tiada jawapan diberikan oleh pihak Israel atas rayuan itu, Palang Merah memberitahu Pertahanan Awam dalam satu panggilan telefon yang dibuat pada petang Rabu.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin, Mohamed al-Maydanah, juga berkata pada hari Rabu bahawa pekerja pertahanan awam telah menggantung pencarian lima orang Palestin yang hilang akibat jarak terowong pagar sempadan dengan Israel.

Tujuh pejuang Palestin, termasuk seorang komander di Briged Saraya al-Quds dan timbalannya, bersama dua anggota Briged al-Qassam, terbunuh dan 13 orang cedera petang hari Isnin selepas tentera pendudukan Israel menyerang sebuah kawasan timur Khan Younis, selatan Jalur Gaza. Yang lain masih hilang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Jordan halang kemasukan semula duta Israel.

Selasa, 7-11-2017 – Kerajaan Jordan memaklumkan bahawa negaranya enggan menerima calon duta yang dilantik semula bagi mewakili pihak rejim Israel ke negara tersebut.

Menurut laporan media Channel 2 Israel, Jordan tetap enggan menerima calon duta tersebut selepas kejadian seorang pegawal keselamatan kedutaan Israel yang menembak mati dua warga Jordan dilihat bergambar bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kerajaan Jordan telah memanggil pihak rejim supaya melantik calon lain sebagai dutanya ke Amman. Channel 2 mendakwa, negaranya telah membuka siasatan kes tersebut dan mendapati pegawal itu melakukan serangan atas alasan keselamatan negara dan kesnya tidak akan dibawa ke mahkamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di Tebing Barat meraikan ulang tahun ke-100 Pengisytiharan Balfour

Selasa, 7-11-2017 – Beribu-ribu rakyat Palestin di bandar sekitar Tebing Barat memenuhi jalan untuk menyambut ulang tahun ke-100 Deklarasi Balfour.

Perarakan aman tersebut diadakan di setiap bandar-bandar Nablus, Ramallah, Jenin, Bethlehem, Tubas, al-Khalil dan Jericho
dengan penyertaan pasukan pengakap. Sementara itu, waktu bekerja dipendekkan di institusi kerajaan dan maraton siri pementaskan di bawah tema “Maraton Penolakan Balfour”.

Beratus-ratus peserta memakai pakaian seragam hitam dan membawa sepanduk hitam beserta bendera Palestin dan poster-poster lain yang mengutuk Deklarasi Balfour. Dalam surat yang ditujukan kepada British Council di Ramallah, para penunjuk perasaan meminta Inggeris untuk meminta maaf atas perisytiharan yang tidak adil itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Perisik Israel menculik 2 warga Jerusalem

Jumaat, 3-11-2017 – Dua pemuda Palestin diculik oleh perisik Israel pada petang Isnin lepas di kem pelarian Qalandia, wilayah Jerusalem.

Menurut saksi, perisik Israel menyerbu masuk kem pelarian tersebut dan menculik dua pelarian Palestin selain mencederakan salah seorang dari mereka. Pemuda tempatan bertindak melontar batu kepada mereka sebelum polis Israel campurtangan dengan melontarkan gas pemedih mata. Sekurang-kurangnya tiga warga Palestin cedera dalam insiden berkenaan, termasuk dua tercedera akibat tembakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Hamas: Ceroboh Gaza Israel akan terima akibatnya.

Jumaat, 3-11-2017 – Pergerakan Hamas menyatakan bahawa tindakan rejim Israel menceroboh Gaza hanya menyebabkan senarai jenayah yang dilakukannya bertambah panjang dan perjuangan menentangnya menjadi keutamaan pada pertubuhan tersebut. Hamas mènyifatkan serangan rejim telah sampai ke tahap merbahaya dan ia merupakan satu tindakan terdesak bagi menggagalkan usaha penyatuan semula rakyat Palestin.

Hamas dalam satu kenyataan menegaskan, perjuangan warga Palestin lahir secara semula jadi dan mereka berhak melakuķannya. Hamas berpendapat, para pejuang jihad yang terdiri dari kalangan ahli Hamas dan Jihad Islami menunjukkan bahawa kedua-dua belah pihak boleh bersepakat dan terus kekal bersama rakyat Palestin.

Hamas berkabung atas kematian tujuh pejuang Palestin yang gugur syahid selepas terowong yang mereka gali di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza musnah dibom tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

PRC melancarkan filem Balfour Road

Jumaat, 3-11-2017 – Pusat Kepulangan Palestin mengumumkan pada Isnin tentang pelancaran penayangan filem “Balfour Road” yang memaparkan peristiwa tragik rentetan Perjanjian Balfour yang berlaku 100 tahun lalu.

“Balfour Road” boleh didapati dalam 17 bahasa: Inggeris, Arab, Sepanyol, Denmark, Belanda, Sweden, Poland, Itali, Turki, Hindi, Urdu, Farsi, China, Russia dan Indonesia.

Filem tersebut menayangkan peristiwa kejatuhan tragis ketika Perjanjian Balfour, di mana Setiausaha Luar Arthur Balfour membenarkan penubuhan Negara Yahudi di Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Serang Pengawal di Penjara Israel “Hasharon”

Selasa, 31-10-2017 – Sumber berita Zionis menyebutkan bahawa seorang tahanan wanita Palestin menyerang pengawal penjara Zionis dengan kipas angin di penjara “Hasharon”.Menurut sumber media Zionis, seorang tahanan wanita Palestin menyerang seorang pengawal penjara Zionis dengan kipas angin, kemudian berusaha menyerang para pengawal lain pula dengan alat tajam.

Sumber militan Zionis menambah, tidak ada kecederaan dalam kalangan pengawal Zionis. Tahanan tersebut kemudiannya diikat dikatil di dalam sebuah sel asing di penjara Hasharon. Tidak ada penjelasan lanjut berkenaan identiti detail tahanan wanita yang melakukan serangan tersebut.

Sementara itu belum ada penegasan atau bantahan dari pihak-pihak Palestin yang menangani masalah tahanan di penjara Zionis.Difahamkan bahawa penjajah Zionis menahan seramai 56 tahanan wanita Palestin di penjara Hasharon dan Damon di antaranya ada yang berusia di bawah 18 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perwakilan Eropah muncul di Semenanjung Gaza

Selasa, 31-10-2017 – Satu delegasi Eropah yang terdiri daripada 12 orang ahli tiba pada Rabu di Semenanjung Gaza melalui Erez (Beit Hanoun) untuk memeriksa sempadan Rafah yang diuruskan oleh Mesir. Jurucakap Jabatan Sempadan dan Laluan Hesham Udan memberitahu PIC yang lawatan itu bertujuan bagi memeriksa situasi di terminal tersebut.

Sempadan Rafah merupakan pintu keluar utama bagi 2 juta populasi Gaza. Mesir membuka sempadan itu untuk beberapa hari setiap 3 atau 4 bulan, menyebabkan proses perjalanan bagi warga Gaza hampir mustahil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bongkar kubur tentera Iraq di Jenin.

Selasa, 31-10-2017 – Pendatang haram Yahudi dengan diiringi anggota tentera rejim Israel yang ramai, bertindak memusnahkan perkuburan tentera Iraq yang terletak di daerah selatan Jenin, utara Tebing Barat.

Menurut wakil pemberita Palestinian Information Centre, pada sebelah petangnya, tentera rejim Israel telah mengepung Dataran al-Shuhadaa dan Berkin, menutup kawasan tersebut dengan mendirikan pondok kawalan tentera dan mengambil gambar rumah serta bangunan milik penduduk Palestin berdekatan.

Pendatang Yahudi itu juga turut berada di situ dan menceroboh sama tanah perkuburan yang diguna untuk mengubur anggota tentera Iraq yang terkorban dalam perang Arab-Israel tahun 1948.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Delegasi kerajaan tiba di Gaza untuk menyempurnakan proses ambil alih

Rabu, 25-10-2017 – Dua menteri dari pihak berkuasa Palestin (PA) tiba di Semenanjung Gaza pada Ahad melalui Beit Hanoun (Erez) untuk menyempurnakan perlaksanaan syarat-syarat perjanjian damai. Wartawan PIC melaporkan yang dua perwakilan itu diketuai oleh Menteri Tempatan PA, Husein al-A’raj, dan Menteri Pengangkutan, Samih Tbeila, tiba di Gaza pada petang Ahad.

Beliau menambah yang pada hari yang sama, ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Mejar Jeneral Ismail Jaber, memasuki Semenanjung Gaza menerusi laluan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel keluar tawaran bida kerja membina penempatan di Jabal al-Mukaber.

Rabu, 25-10-2017 – Saluran berita Israel berbahasa Yahudi menjelaskan bahawa pihak Israel berhasrat mahu membina ratusan unit kediaman berhampiran kawasan perumahan di Jabal al-Mukaber, Baitulmuqaddis dan menjadi yang pertama setelah 20 tahun tidak berbuat demikian.

Menurut siaran berita Channel 2, tawaran tender itu adalah untuk membina 176 unit kediaman dan bidaan perlu dihantar kepada pihak Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Israel di Baitulmuqaddis untuk diteliti.

Rancangan itu dilihat sebagai suatu usaha pihak rejim untuk memperluaskan lagi petempatan haram Yahudi Nov Tsyion sedia ada dan akan dibina di atas tanah milik warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menamatkan sekatan di bandar Dura

Rabu, 25-10-2017 – Tentera Israel menamatkan sekatan yang dikenakan terhadap bandar Dura, Selatan Al-Khalil pada petang Ahad lepas. Jurucakap Badan Pengurusan Awam; Walid Whedan mengesahkan bahawa usaha berterusan telah dilakukan bagi membuka pintu besi yang diletakkan di pintu masuk bandar Dura. Pintu besi tersebut ditutup lebih kurang dua bulan, memisahkan bahagian utara dan selatan bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea