Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Palestin menjatuhkan hukuman MP Jarrar 15 bulan penjara

Khamis, 10-12-2015 – Sebuah mahkamah tentera Israel telah menghukum ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) Khalida Jarrar 15 bulan penjara.

Mahkamah tentera menjatuhkan hukuman ke atas ahli parlimen Palestin Khalida Jarrar hukuman penjara 15 bulan atas sebab-sebab politik semata-mata , menurut suaminya, Ghassan Jarrar . Jarrar telah ditangkap oleh tentera Israel di rumahnya di bandar Tebing Barat al- Bireh , pada 2 April 2015.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Dua penduduk Palestin mati dibunuh di Hebron

Khamis, 10-12-2015 – Dua penduduk Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di Tel Armida di Hebron, selatan Tebing Barat pagi Jumaat, 4 Disember lalu selepas mangsa didakwa cuba mencederakan askar zionis.

Laman web Hebrew mengatakan tentera Israel melepaskan tembakan ke atas kedua penduduk Palestin selepas mereka menikam salah seorang anggota tentera itu di Tel Armida. Kedua-dua penduduk Palestin itu mengalami pendarahan dan ditinggalkan berjam-jam lamanya
sebelum mereka diisytiharkan mati, manakala askar yang ditikam itu cedera ringan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Rafah Dibuka Selepas 105 Hari Ditutup Pemimpin Mesir

Khamis, 10-12-2015 – Pemimpin Mesir pada Khamis lalu (3/12) akhirnya membuka laluan darat Rafah dari kedua dua arah, setelah lebih dari 3 bulan laluan ini ditutup. Ini merupakan sejarah tutup yang paling lama.

Beribu-ribu orang yang ingin keluar dari Gaza berkumpul. Semua kenderaan telah disiapkan bergantung kepada jumlah orang yang telah mengajukan permohonan untuk keluar kepada pihak terbabit dalam Palestin di Gaza.

Dalam hal ini ada disebut, kenderaan yang telah tersedia untuk membawa para musafir, telah mula bergerak menuju sempadan Mesir. Hal yang sama dari arah Mesir sudah mulai bergerak menuju ke Gaza. Pemimpin Mesir telah menutup laluan ini selama lebih kurang 318 hari. 105 laluan pula telah ditutup kekal. Hanya 19 hari laluan tersebut dibuka iaitu pada bulan Zulkaedah, dan berlaku dalam jarak yang berjauhan untuk keperluan kemanusiaan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas bantuan dari Eropah untuk Palestin

Selasa, 08-12-2015 – Rejim Israel (IOA) merampas beberapa khemah yang didermakan kepada rakyat Palestin di Lembah Jordan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis.

Aktivis tempatan, Mutaz Basharat mengesahkan pada pagi Khamis yang tentera rejim tiba di al-Hadidiya di utara Lembah Jordan dan merampas puluhan khemah yang didermakan kepada penduduk oleh EU setelah IOA memusnahkan rumah mereka. Manakala, IOA telah megarahkan agar kerja pembinaan jalan di kawasan al-Dir yang ditaja oleh EU dihentikan. 2 lagi khemah telah dialihkan di al-Hadidiya, sumber tersebut menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir buka semula pintu sempadan Rafah setelah ditutup selama 105 hari.

Selasa, 08-12-2015 – Pihak Berkuasa Mesir, dijangka akan membuka semula pintu masuk sempadan Rafah, sempadan Mesir dengan Gaza, pada hari Khamis, di kedua-dua arah untuk 2 hari selepas ditutup secara berterusan selama 3 bulan, satu tempoh paling lama dalam sejarah.

Kementerian Hal Ehwal dan Keselamatan Dalam Negeri di Gaza dalam satu kenyataan yang dipetik sebagai berkata, “Bas membawa ramai penumpang mula bergerak masuk ke Mesir.”

Pintu masuk sempadan Rafah telah ditutup selama 318 hari pada tahun 2015, di mana 105 hari darinya ditutup terus. Kemudian, ia dibuka semula hanya untuk 19 hari dalam masa 11 bulan. Penutup pintu sempadan Rafah yang terlalu lama telah mengundang bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang terkepung itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemu delegasi Presiden Hal Ehwal Turki

Selasa, 08-12-2015 – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya bertemu dengan delegasi peringkat tinggi Hal Ehwal Agama Turki di Semenanjung Gaza, Khamis lalu.

Pertemuan bersama delegasi Turki yang dipimpin Ketua Turki Hal Ehwal Agama Hassan Kamel Yilmaz itu, membincangkan mengenai cara untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin termasuk menyelesaikan beberapa krisis dan dilema di Semenanjung Gaza yang dikepung.

Haneyya turut mengalu-alukan kedatangan delegasi Turki berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin dari segi kemanusiaan dan politik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Israel cuba menghalang kebenaran pembunuhan keluarga Dawabsheh daripada terbongkar.

Selasa, 08-12-2015 – Saluran 10 Zionis berkata, adanya perkembangan dramatik berkaitan siasatan dalam serangan kejam puak yahudi terhadap keluarga Palestin di Tebing Barat yang telah menggegarkan rantau ini beberapa bulan yang lalu.

Menurut saluran itu, pihak keselamatan Israel kini bekerjasama dengan pihak tentera dan panglimanya untuk tidak mendedahkan dalang di sebalik pembunuhan keluarga Dawabsheh yang malang itu dan cuba untuk menghalang siasatan daripada dijalankan.

Saluran itu mengatakan kemungkinan pembunuh keluarga Dawabsheh sudah ditangkap namun masih tidak menyiarkan berita lanjut berkenaan siasatan dan hukuman yang dikenakan terhadap pembunuh itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Arab akrab dengan saya: Netanyahu

Selasa, 08-12-2015 – PM Zionis Benjamin Netanyahu berkata bahawa dia telah bertemu dengan beberapa susuk pemimpin Arab di ruang KTT ibu kota Paris di Perancis. Dia tidak mendedahkan nama pemimpin arab tersebut.

Seperti dilapor surat khabar Zionis iaitu Ha’aretz, pada Selasa lalu(1/12). Netanyahu berkata, “Para Pemimpin Arab mendekati dan bersalam dengan saya di hadapan seluruh dunia. Saya bukan saja bersembang dengan pemimpin yang mempunyai perjanjian saja, tetapi juga dengan yang lain.

Tentang isu jabat tangan antara dia dengan Presiden Tertinggi Palestin Mahmud Abbas, Netanyahu menegaskan bahawa itu hanyalah satu bentuk protokol dan tidak mencerminkan perubahan dalam hubungan antara dua belah pihak.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin ditahan di Qalqilia

Selasa, 08-12-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan seorang warga Palestin pada petang Selasa di pusat pemeriksaan dekat Qalqilia. Sumber tempatan mengenalpasti tahanan itu sebagai Anas Bakir. Manakala, puluhan kecederaan dilaporkan apabila pertelingkahan tercetus di kejiranan Naqar, barat bandar itu. Ketika pertelingkahan, sebuah rumah telah dibakar hangus akibat tembakan bom gas oleh IOF.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

3 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran di Tebing Barat

Jumaat, 04-12-2015 – Sekurang-kurangnya tiga pemuda ditembak dan cedera kerana terkena tembakan pendatang Israel petang Selasa akibat pertempuran yang meletus di Tulkarem dan al -Khalil di Tebing Barat.

Seorang pemuda berusia 22 tahun itu menerima tembakan secara langsung di kakinya semasa pertempuran Tulkarem . Dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan. Di Al- Khalil, IOF melepaskan tembakan ke arah dua pemuda Palestin , mencederakan kedua-dua mereka di Jabal Rahma di kawasan al- Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Israel luluskan projek terbesar di plaza al-Buraq

Jumaat, 04-12-2015 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk mempertimbang semula keputusan yang telah dibuat untuk menggantung kelulusan projek pembangunan di plaza al-Buraq dalam Masjid al-Aqsa.

Projek kontroversi Beit Haliba itu dianggap salah satu projek penempatan terbesar di Baitulmuqaddis. Jawatankuasa Daerah Israel bagi Perancangan dan Bangunan telah membincangkan perancangan itu selama tiga jam tanpa mendedahkan apa-apa maklumat. Sumber memberitahu, keputusan muktamad berhubung perancangan itu dijangka diumumkan pada Selasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Farra: Rundingan damai dengan Israel hanya buang masa

Jumaat, 04-12-2015 – Duta Palestin ke Belgium Abdul Rahim al-Farra berkata, rundingan damai yang mana tidak menghormati hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri hanya membuang masa.

Farra membuat kenyataan itu dalam majlis Persatuan Persahabatan Belgium-Palestin di Brussels pada sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-40. Beliau menyatakan, kesemua perjanjian antara Palestin dan Israel termasuk Perjanjian Oslo, sudah mereka dipenuhi.
Farra yang juga duta ke Luxembourg dan Kesatuan Eropah, mengesahkan penglibatan rakyat Palestin dalam mana-mana rundingan damai akan datang akan mengenakan syarat untuk mengiktiraf hak mereka menentukan nasib sendiri dan sebuah negara Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Google nafi adakan perjanjian dengan Israel padam video YouTube.

Jumaat, 04-12-2015 – Google menafikan dakwaan dibuat Kementerian Luar Israel bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan kerajaan rejim Israel untuk memantau mana-mana video YouTube yang menjejaskan pihak Israel.

Menurut berita laman web International Business Times, pegawai Google bersetuju dalam satu pertemuan yang diadakan baru-baru ini dengan Tzipi Hotovely, Timbalan Menteri Luar untuk bekerjasama bagi mengujudkan mekanisme bagi memantau bahan-bahan online termasuk sebarang video yang boleh mengancam kepentingan atau berbaur hasutan supaya menentang pihak penjajah Israel.

Menurut kata, jurucakap Google kepada agensi berita AFP, pertemuan antara Hotovely dengan para pegawai kanan Google itu merupakan salah satu dari banyak pertemuan yang diadakan antara pembuat dasar dari negara berlainan dengan syarikat internet itu untuk menjelaskan dasar-dasarnya terutama berhubung mana-mana kandungan yang dianggap kontroversi, tidak menarik dan perlu ditarik balik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Keluarga Aqabi melancarkan mogok lapar sehingga diserahkan mayat.

Jumaat, 04-12-2015 – Keluarga kepada syahid Muhannad al-Aqabi (21 tahun), dari perkampungan Negev. Hura telah melancarkan mogok lapar berpanjangan ekoran keengganan Israel menyerahkan mayatnya sejak Isnin lalu.

Menurut Arab 48, keluarga terbabit bakal mengadakan tunjuk perasaan yang lebih hebat sekiranya pihak Israel masih berdegil. Dalam peristiwa yang sama, mahkamah majistret di Beersheba telah melepaskan abangnya, Omar al-Aqabi setelah mendapati beliau tidak disabitkan kesalahan pada Isnin yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Netanyahu : Tiada wilayah akan dipindahkan kepada rakyat Palestin

Rabu, 02-12-2015 – Perdana Menteri Negara Haram Israel, Benjamin Netanyahu Ahad berkata tiada wilayah akan dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

“Tidak akan ada apa-apa pemindahan wilayah kepada rakyat Palestin , bukan sahaja 40,000 dunum atau 10,000 dunum bahkan tidak walaupun satu meter, ” kata Netanyahu , semalam. Walla laman web Israel mendedahkan bahawa Netanyahu membuat kenyataan itu semasa mesyuarat untuk parti Likud di Knesset Israel. *dunum merujuk kepada pengukuran untuk tanah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada