Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk meninggalkan Gaza menuju ke Kaherah

Ahad, 01-02-2015 – Ahli biro politik Hamas, Mousa Abu Marzouk meninggalkan Semenanjung Gaza untuk ke Kaherah melalui Rafah. Pemimpin Kanan Hamas itu yang pada asalnya menetap di Kaherah, pulang ke Mesir untuk menyertai beberapa mesyuarat bersama pegawai-pegawai keselamatan negara Mesir.

Abu Marzouk telah menetap di ibu kota Mesir, Kaherah sejak pemimpin Hamas hidup dalam buangan dan meninggalkan Syria pada tahun 2011. Abu Marzouk mula melawat Gaza sejak April tahun lalu untuk perbincangan perdamaian bersama gerakan Fatah yang diketuai oleh beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Daif hantar surat takziah kepada Hezbollah

Ahad, 01-02-2015 – Mohammad al-Daif, Komander Utama sayap ketenteraan Hamas, Briged Qassam menghantar surat tazkiah kepada Setiausaha Agung Hezbollah Hassan Nasrallah atas pembunuhan pemimpin-pemimpin Hezbollah pada minggu lepas dalam serangan udara Israel di Syria.

Rangkaian TV Al Manar menunjukkan gambar surat yang ditandatangani oleh Daif dan menyeru semua pejuang agar bersatu menentang kekejaman Israel.

Rangkaian TV itu juga menyebut yang Ismail Haneyya, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas turut mengutus surat serupa kepada Nasrallah sebagai tanda takziah kepadanya dan juga keluarga para syuhada. Seminggu lepas, serangan Israel ke atas Syria membunuh 6 pemimpin Hezbollah termasuk Pengawal Utama Revolusi Iran Mohammad Ali Allahdadi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

15 Banduan Sakit Menderita Keadaan Yang Mampu Mengancam Nyawa di Klinik Ramla.

Jumaat , 23-01-2015 – Menurut Kementerian Hak Asasi Banduan, 15 orang banduan rakyat Palestin sedang berada dalam keadaan yang tenat di hospital penjara Ramla kerana kecuaian pihak penjara Israel.

Selepas lawatannya ke Klinik Ramla, peguam kepada kementerian, Heba Musalha mengesahkan bahawa kebanyakan banduan yang sakit ditahan di dalam klinik kerana mereka secara fizikalnya tidak mampu untuk bergerak. Walaupun keadaan mereka sangat serius, banduan yang sakit hanya menerima ubat tahan sakit dan ubat pelali yang tidak mampu memberikan kelegaan. “Mereka (banduan) terpaksa tidur selama 22 jam sehari untuk mengelakkan kesakitan yang tidak dapat ditahan.” tambah peguam itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Raddad Pindah ke Hospital

Jumaat , 23-01-2015 – Keadaan kesihatan banduan Mutasem Raddad telah menjadi lebih buruk dan memerlukan pemindahan segera ke hospital. Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan penjara melahirkan kebimbangan mereka tentang statusnya.

Suruhanjaya Palestin Tahanan dan Bekas tahanan berkata, dalam satu laporan pada hari Rabu, Raddad berusia 32 tahun telah mengalami pendarahan usus selama beberapa tahun. Pendarahan dan kesakitan telah naik secara mendadak, katanya.

Raddad, yang berasal dari Tulkarem, dijatuhi hukuman 20 tahun dan dianggap salah satu penghuni yang paling kritikal sakitnya di penjara Israel. Beliau telah menghidap kanser usus sejak 2009. Ini menyebabkan penurunan berat badan yang akut, osteoporosis dan pucat. Tangan kirinya adalah separuh lumpuh juga. Raddad telah menerima suntikan kemoterapi sekali setiap bulan bersama-sama dengan empat ubat-ubatan untuk jantung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Serangan tanda harga dilaporkan di kawasan yang ditakluk.

Jumaat , 23-01-2015 – Di dalam satu serangan tanda harga, lebih kurang 12 biji kenderaan milik penduduk tempatan di Kampung Beit Safafa di Jerusalem yang Ditakluk telah dirosakkan pada waktu subuh hari Rabu oleh Penjajah Israel.

Penjajah menyembur slogan-slogan yang berbaur perkauman termasuk ” keluar dari kawasan”. Serangan ini adalah yang pertama seumpamanya. Penjajah Ekstrem Israel bertegas dalam serangan berbaur perkauman mereka terhadap penduduk Jerusalem dan harta benda mereka di dalam bandar suci yang berada di bawah kawalan Tentera Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Hamas Tolak Tawaran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu

Jumaat , 23-01-2015 – Pergerakan Islam berhaluan kiri Hamas, berkeras bagi menolakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk kembali kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Bersatu berhubung dengan tawaran yang diberi kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) bagi mendapat kenegaraan oleh PBB.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, dalam satu kenyataan pada hari Selasa, pengumuman yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Majlis Keselamatan PBB adalah tidak sah dan ditolak di peringkat kebangsaan.

Abbas yang mengumumkan sebelum ini pada hari Isnin bahawa beliau akan melawat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa untuk mendapatkan hak rakyat Palestin , kebebasan, dan kemerdekaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan kampung Araqib di Negev

Jumaat , 23-01-2015 – Jentolak Israel beserta tentera rejim memusnahkan kampung “al-Araqib” di Negev pada pagi Rabu di selatan wilayah itu.

Sumber tempatan menyatakan, sejumlah besar tentera rejim menyerbu dan menyekat kemasukan ke kampung itu setelah para lelaki keluar bekerja. Wanita dan kanak-kanak terpaksa berlindung di perkuburan kampung meski cuaca sejuk melampau untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera rejim.

Pemusnahan kampung itu merupakan sebahagian daripada perancangan Israel untuk mengusir 120 ribu warga Palestin dari kediaman mereka untuk membina penempatan Yahudi yang baru di atas runtuhan perkampungan Palestin yang kononnya tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Sepanyol Rancang Lawat Gaza

Khamis , 15-01-2015 – Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Garcia-Margallo dijangka melawat Semenanjung Gaza pada hari Selasa, untuk memeriksa keadaan di Gaza, semasa lawatan beliau yang juga akan membawanya ke Jordan, Israel dan Tebing Barat.

Jurucakap Bantuan dan Kerja Raya Agensi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Adnan Abu Hasnah memberitahu Agensi Anadolu bahawa Menteri Luar Sepanyol akan mendapatkan idea tentang keadaan wilayah dan keperluan rakyat Gaza.

Dia juga akan berusaha untuk mengetahui keperluan rakyat terjejas oleh serangan Israel yang terbaru ke atas Gaza, tambah Abu Hasna. Menteri Luar Sepanyol memulakan lawatan Timur Tengah pada hari Sabtu untuk mendapatkan maklumat secara langsung kepada keadaan semasa di rantau ini. Ini bertepatan dengan status Sepanyol sebagai anggota tidak tetap di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, menurut satu kenyataan daripada Kementerian Luar Sepanyol.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Nelayan Palestin dikuatiri maut setelah bot terbalik akibat laut Gaza yang bergelora

Khamis , 15-01-2015 – Seorang nelayan Palestin hilang dan tiga lagi cedera setelah bot yang mereka naiki terbalik dalam keadaan laut bergelora berhampiran dengan kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Bot berkenaan dilaporkan membawa empat orang nelayan telah terbalik sewaktu dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan akibat keadaan cuaca yang buruk dan hujan lebat di dalam kawasan Gaza Strip. Pemuda berusia 22 tahun, Haithem Ibrahim al Akraa didapati hilang setelah bot tersebut terbalik, sumber keselamatan Palestin berkata kepada PIC.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Perhimpunan Anti-Israel Memaksa Jerman Menyertai Usaha Mengangkat Kepungan Gaza

Khamis , 15-01-2015 – Perhimpunan Rakyat Palestin di Jerman menyeru kerajaan Jerman untuk menyertai usaha dalam kempen mengangkat kepungan yang dilaksanakan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza selama 8 tahun berturut-turut ini.

Surat bantahan telah disampaikan kepada Kementerian Luar Jerman pada hari Jumaat yang menyeru kerajaan Jerman dan mereka yang berkuasa untuk bertanggungjawab terhadap keadaan tragik dalam kepungan Gaza, dan berkerja dalam usaha untuk mengangkat kepungan itu secepat mungkin.

Ketua Perhimpunan Palestin, Suheil Abu Shamala berkata bahawa surat bantahan itu menekankan keperluan untuk mendesak dalam mempercepat pembangunan semula, memberikan hak kepada Gaza untuk membuka pelabuhan, dan membuka laluan di sempadan untuk pengunjung dan bantuan kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pertahanan awam Gaza hulur bantuan kepada rakyat Palestin dalam keadaan cuaca teruk

Khamis , 15-01-2015 – Perkhidmatan pertahanan awam Palestin di Semenanjung Gaza memaklumkan bahawa pihak mereka telah menjalankan 303 misi untuk membantu rakyat Palestin dan membersihkan jalan dalam keadaan cuaca teruk yang melanda sejak beberapa hari yang lepas.

Dalam satu sidang akhbar pada hari Sabtu, kementerian dalam negeri di Gaza mendesak kerajaan bersepadu di Ramallah untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam perkara ini dan menyediakan perbelanjaan dan bayaran gaji operasi supaya kementerian tersebut dapat memikul tanggungjawab mereka dengan sempurna.

Kementerian tersebut turut menambah bahawa oertahanan awam telah mengosongkan rumah 152 keluarga yang dilanda banjir di Rafah, Khan Younis dan Wadi Salaqa serta menjalankan 79 tugasan membersihkan air banjir, sisa-sisa kotoran, pokok-pokok, tiang dan papan tanda di pelbagai kawasan dan jalan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Bantahan sebagai tanda sokongan kepada Gaza diadakan di Jerman dan Itali.

Khamis , 15-01-2015 – Ratusan warga Eropah, Arab dan Palestin menyertai 2 bantahan sambil duduk untuk Gaza pada Ahad. Satu diadakan di Dortmund di Jerman dan satu lagi di kota Milan, Itali. Kedua-duanya diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan oleh kempen Eropah untuk Mengakhiri Sekatan ke atas Gaza.

Di Jerman, komuniti Palestin dan Arab mengadakan bantahan sambil di kota Dortmund city di barat negara itu. Para peserta menyeru pembinaan semula Gaza, pembukaan laluan Rafah dan membina Pelabuhan Gaza. Manakala, di utara Itali sebagai sokongan kepada Gaza, satu bantahan sambil duduk diadakan diiringi nyalaan lilin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Haniyah Bincang Penyelesaian Krisis Gaza Bersama Pimpinan Jihad Islam.

Isnin, 12-01-2015 – Wakil Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Ismail Haniyah Isnin (5/1/2015) bertemu dengan delegasi pimpinan gerakan Jihad Islam. Bersama delegasi Jihad Islam, Haniyah membincangkan aspek kerjasama serta isu dan krisis yang terjadi di Semenanjung Gaza.

Pejabat Haniyah dalam pernyataannya menjelaskan bahawa kedua-dua pihak membincangkan realiti politik dan mekanisme kerjasama. Mereka turut membahasakan beberapa krisis kehidupan yang berlaku di Semenanjung Gaza dan jalan keluar daripada krisis tersebut.

Pihak Pejabat Haniyah menyatakan bahawa Semenanjung Gaza mengalami krisis elektrik yang sangat parah, dimana waktu pemutusan bekalan elektrik mencapai 18 jam setiap hari. Sementara itu Kerajaan Perpaduan menolak untuk memikul tanggungjawab terhadap krisis yang berlaku di Gaza, terutama berkaitan dengan pintu masuk ke Gaza, para pegawai dan sektor kesihatan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Bet Shin Dakwa Tangkap Kumpulan Daash

Isnin, 12-01-2015 – Shin Bet, Agensi perisikan dalaman Israel, mendakwa ia telah menangkap pada November lalu dengan kerjasama tentera Israel kumpulan Palestin di bandar al-Khalil bergabung dengan kumpulan Daash di Iraq.

Shin Bet berkata anggota sel mengaku ada kaitan dengan Daash (ISIS) dan merancang operasi terhadap Israel. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi perisikan ini, ahli-ahli sel adalah Ahmed Shahadeh, 22, Mohamed al-Zaro, 21 dan Qusi Meswadeh, 23.

Shehadeh didakwa mengaku semasa soal siasat untuk mewujudkan sel tentera Daash berkaitan dengan bantuan dua orang anggota lain untuk melancarkan serangan terhadap sasaran Israel. Shehadeh bersama-sama dengan Meswadeh mengaku kepada Shin Bet penyiasat bahawa mereka telah membuat beberapa peranti letupan dan digunakan salah seorang daripada mereka semasa serangan yang gagal ke atas seorang peronda tentera Israel.

Mereka juga merancang untuk membunuh askar Israel dan menggunakan senjata dan seragam tentera untuk menjalankan serangan tembakan terhadap Israel. Tiga lelaki muda telah didakwa menjadi ahli kumpulan pengganas dan aktiviti haram dan akan dibicarakan tidak lama lagi di hadapan mahkamah tentera di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Festival Besar di London Untuk Gaza dan Masjid al-Aqsa

Isnin, 12-01-2015 – Forum Palestin di Britain menganjurkan satu festival besar-besaran pada petang Ahad di London sebagai tanda solidariti kepada Masjid al-Aqsa dan Semenanjung Gaza. Festival ini sebahagian daripada aktiviti ‘Kempen Eropah untuk Menamatkan Kepungan Gaza’.

Ketua Forum itu, Ziyad al-Aloul dalam ucapan alu-aluannya menekankan kepentingan untuk mengangkat kepungan di Gaza sebagai cara untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin di sana.

Beliau juga menyeru agar masyarakat Arab dan Islam melihat sendiri projek yang dilakukan oleh Israel untuk menguasai bandar suci Baitul Maqdis. Festival ini turut memuatkan persembahan beberapa artis Palestin termasuk penyanyi terkenal Abdulfatah Owinat dan Kefah Zaraiqi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz