
Rabu, 22-04-2015 – Seramai 700 orang dikhuatiri terbunuh selepas sebuah bot nelayan yang memuatkan pendatang karam di luar pantai Libya Sabtu lalu, sebagaimana dilaporkan berkemungkinan bencana buruk yang melanda Mediterranean menyebabkan beribu-ribu rakyat miskin dan mangsa perang melarikan diri ke Eropah.
Menurut akhbar Times of Malta, pengawal pantai Itali berjaya menyelamatkan 28 mangsa setakat ini selepas bot terbabit karam kira-kira 120 kilometer dari selatan kepulauan Itali di Lampedusa.
Kemalangan dilaporkan berlaku apabila pendatang melihat sebuah kapal dagang dari jauh dan berebut-rebut untuk menarik perhatian, sekali gus menyebabkan kapal gagal diimbangi. Darurat diisytiharkan pada tengah malam Sabtu berikutan 700 pendatang terbabit dikhuatiri terbunuh dalam kemalangan kapal tragis itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman












