Categories
Berita Semasa

Bardawil: Kejayaan Lawatan Menteri Bergatung Kepada Abbas

Jumaat , 02-01-2015 – Pegawai Kanan Hamas, Salah Bardawil berkata bahawa kejayaan lawatan delegasi kerajaan ke Semenanjung Gaza bergantung kepada betapa seriusnya presiden Mahmoud Abbas untuk melaksanakan perjanjian penyatuan, dan sejauh mana beliau menghormati prinsip penyatuan kebangsaan.

“Lawatan delegasi kementerian Palestin tidak akan berjaya tanpa dua perkara; iaitu betapa seriusnya Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas tentang penyatuan itu, dan bidang kuasa yang beliau (Abbas) berikan kepada delegasi itu untuk melaksanakan perjanjian penyatuan itu,” Bardawil berkata pada Pusat Media Bayan pada Isnin.

“Perkara kedua bergantung kepada sebanyak mana Fatah dan Pihak Berkuasa Palestin berusaha ke arah konsep penyatuan kebangsaan kerana penyatuan ini bermaksud perkongsian dalam semua perkara tanpa mengabaikan pihak lain untuk kepentingan sesebuah pihak yang lain,” tambah pegawai Hamas itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kapal tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan Palestin

Jumaat , 02-01-2015 – Kapal tentera laut Israel melepaskan tembakan machinegun berat ke arah bot-bot nelayan Palestin di luar pantai Semenanjung Gaza pada pagi Selasa.

Sumber Palestin memberitahu Quds Press bahawa kejadian itu berlaku di luar pantai utara Gaza dan mujurlah tiada kecederaan yang dialami akibat daripada tembakan itu. Mereka berkata , bagaimanapun, tembakan yang berat itu memaksa nelayan untuk kembali ke pantai. Insiden itu ternyata melanggar lagi perjanjian gencatan senjata yang masih baru yang dicapai dengan puak Palestin di Gaza di bawah pengantaraan Mesir pada 26 Ogos lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Resolusi PBB tentang Palestin dihantar semula dengan perubahan besar

Jumaat , 02-01-2015 – Versi yang diubah daripada draf resolusi Palestin-Arab yang dihantar semula oleh Jordan pada Isnin akan diundi pada Selasa termasuk perubahan besar, demikian menurut agensi berita Anadolu.

Draf akhir resolusi itu merangkumi perubahan ke atas yang asal difailkan oleh Jordan pada 17 Disember berkenaan isu tahanan politik, penempatan haram, tembok pemisah dan status Baitulmuqaddis. Ia menyeru agar akhir tahun 2017 merupakan tarikh akhir bagi penarikan diri Israel dari wilayah Palestin yang dijajahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

SMC selar draf resolusi cadagan rakyat Palestin

Jumaat , 02-01-2015 – Majlis Tertinggi Orang Islam (SMC) di Jerusalem melahirkan rasa kesal pada hari Isnin apabila draf resolusi Cadangan Rakyat Palestin tidak didedahkan kepada rakyat Palestin sebelum dihantar kepada majlis Keselamatan PBB.

Pihak SMC menekankan di dalam kenyataan akhbar bahawa kenyataan akhbar yang bocor telah mengesahkan bahawa di dalam draf akhir resolusi Rakyat Palestin telah merujuk bahagian timur bandar Jerusalem yang dijajah sebagai bandar yang dikongsi antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA). Kenyataan tersebut dilihat sebagai menghentam keras tindakan PA yang mengenepikan rakyat Palestin dan Jerusalem khasnya setelah ia tidak mendedahkan butiran draf akhir resolusi sebelum dihantar ke Majlis Keselamatan PBB.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Dovutoglu dan Mishaal berbincang tentang isu Palestin di Konya

Rabu , 31-12-2014 – Perdana menteri Turki, Ahmet Dovutoglu bertemu dengan ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal pada petang Sabtu di rumahnya di bandar Konya, Turki sambil membincangkan perkembangan terbaru hal ehwal Palestin terutamanya di Gaza dan Baitul Maqdis.

Pejabat perdana menteri Turki itu mengeluarkan kenyataan media bahawa kedua pihak itu berbincang selama 4 jam tentang beberapa isu yang berkaitan, termasuklah bantuan kemanusiaan Turki kepada Gaza, dan langkah diplomatik Turki untuk menghalang perlanggaran Israel di Baitul Maqdis.

Pejabat itu juga menambah bahawa Dovutoglu dan Mishaal bercakap tentang lawatan presiden Mahmoud Abbas ke Turki yang akan berlaku tidak lama lagi, sambil menyatakan bahawa pertemuan antara Mishaal dan Dovutoglu membuahkan hasil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Takatka dalma keadaan kritikal

Rabu , 31-12-2014 – Keadaan kesihatan tahanan, Amal Takatka di Hospital Hadassah Ein Karem masih lagi kritikal, menurut peguam tahanan Palestin pada hari Ahad. Takatka cedera parah akibat beberapa tembakan sewaktu tahanannya sebulan yang lalu dan telah melalui beberapa siri pembedahan pada bahagian badan, perut dan kaki kirinya. Peguam tersebut berkata di dalam suatu kenyataan bahawa dia masih perlu melakukan satu pembedahan pada tangannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

3 orang awam cedera akibat peluru tembakan IOF di perarakan aman Gaza

Rabu , 31-12-2014 – 3 warga Palestin menderita akibat cedera di tangan disebabkan tembakan peluru tentera rejim (IOF) di utara Gaza pada petang Ahad ketika menyertai perarakan aman menentang pengepungan Gaza.

Dr. Ashraf al-Qidra, jurucakap kementerian kesihatan di Gaza, memberitahu wartawan PIC yang 3 warga cedera dalam tembakan oleh IOF ketika perarakan dekat laluan Beit Hanun (Erez) di utara Semenanjung Gaza. Ribuan rakyat Palestin menyertai perarakan “Hari Kebangsaan Menentang Pencerobohan” yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islamik di kawasan yang terlibat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menahan 10 warga Palestin di Tebing Barat

Isnin , 29-12-2014 – IOF menahan 10 warga Palestin pada subuh Khamis dari pelbagai kawasan di Tebing Barat. Sumber media Israel menyatakan, “10 orang yang dikehendaki termasuk 3 ahli gerakan Hamas telah ditangkap semalaman dan dibawa ke pusat penyiasatan.”

Penangkapan tersebut dilakukan di Jenin di mana 3 tahanan ditangkap, manakala 2 lagi ditahan di Ramallah. 2 tangkapan dilaporkan di Qalqilia and Tulkarem, manakala 2 lagi ditahan di al-Khalil and Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Al-Wafa melancarkan konvoi bantuan untuk pelarian Palestin

Isnin , 29-12-2014 – Kempen al-Wafa eropah menyatakan keinginan mereka untuk mengadakan kempen baru untuk memperbanyakkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di Palestin di Palestin , Syria Lubnan dan Turki menjelang kedatangan musim sejuk.

Ketua Kempen Eropah, Amin Abu Rashid menjelaskan bahawa “Kempen Bersama Memanaskan Musim Sejuk” adalah konvoi bantuan kemanusian diadakan untuk membantu membekalkan pertolongan kecemasan kepada pelatian Palestin yang kekurangan keperluan asas insan pada musim sejuk ini. Bantuan kempen dijangka diagihkan dalam empat negara utama disebabkan keadaan kehidupan yang miskin dan susah yang dialami oleh pelarian yang dipaksa keluar ini, Tambahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Pelarian Palestin di Jordan ingin kembali.

Isnin , 29-12-2014 – Pelarian Palestin di Jordan terpaksa menghadapi kesukaran dan keadaan hidup yang sukar dengan harapan dapat kembali ke tanahair mereka, Palestin. Di Jordan terdapat 13 kem, 10 daripadanya diiktiraf UNRWA. Statistik terkini menunjukkan bilangan pelarian di Jordan melebihi 3.3 juta orang yang merupakan jumlah pelarian tertinggi berbanding negara-negara lain.

Kathem Ayesh, pengarah pertubuhan “Hak untuk Kembali” menggambarkan bahawa keadaan hidup yang sukar bagi pelarian-pelarian di kem-kem tersebut menyatakan ” penduduk di kem-kem tersebut adalah paling teruk dalam semua kem-kem pelarian Palestin. ” Kem-kem di Jordan sangat sesak, kebersihan langsung tidak diambilpeduli, sampah menimbun di tepi-tepi jalan dan keadaan rumah yang tidak sesuai untuk didiami.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

HAMAS, 27 tahun kemudian, lebih kental.

Khamis, 18-12-2014 – Hamas adalan penambahan yang paling bermakna dalam perjuangan Palestin dalam tiga dekad yang lalu, dan tepat pada 14 disember 1987, kelompok warga palestin yang komited, kebanyakan mereka dibunuh dengan kejap pada tahun-tahun berikutnya oleh Tentera Penjajah Israel, berhimpun di Gaza dan memutuskan ianya saat penting untuk memulakan gerakan untuk menbetulkan halatuju perjuangan.

Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Abedelaziz Al-Rantisi, Dr. Ibrahim Al-Maqadmah, Eng. Ismail Abu Shanab dan ramai lagi adalah contoh kepimpinan HAMAS yang mengorbankan segala apa yang ada kearah Palestin yang bebas dan untuk menamatkan penekanan dan ketidakadilan yang dikenakan ke atas warga Palestin oleh Penjajah Zionis Asing atau proksi mereka dalam Pihak Berkuasa Palestin (P.A)

HAMAS adalah aset tidak ternilai bagi perjuangan sosial, ekonomi, dan bersenjata Palestin untuk kebebasan dan hak asasi manusia.
Sejak dahulu, Ulangtahun penubuhan hamad disambut oleh puluh ribuan orang pada awal 90an dan kini ratus ribuan dalam beberapa tahun yang lepas, berhimpun untuk memberi sokongan pada HAMAS dan fahamannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Beberapa rakyat Palestin diculik pada waktu subuh di Tebing Barat dan Jerusalem

Khamis, 18-12-2014 – Regim Zionis Israel ( IOF ) pada waktu subuh Isnin menyerbu bandar Jenin , kem pelarian dan kawasan yang berbeza di timur Yerusalem dan menculik beberapa rakyat Palestin dari rumah mereka.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel di atas kapal kereta perisai menyerbu bandar Jenin pada 03:00 pagi dan telah menculik dua lelaki muda yang dikenali sebagai Ahmed Adarbi dan Mohamed al – Turki dari rumah mereka. Sepanjang tempoh kempen ini , tentera menyerang dan menggeledah beberapa rumah di bandar, keluarga dipaksa secara ganas keluar rumah dalam keadaan sejuk untuk beberapa jam dan menduduki bumbung beberapa buah rumah tambah sumber itu lagi.

Tentera juga menyerang kem pelarian Jenin , meronda kawasan-kawasan perumahan yang berbeza dan pusat pemeriksaan, dengan tiada tangkapan dilaporkan .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Semua pilihan dibuka untuk menghentikan sekatan Gaza

Khamis, 18-12-2014 – Pengerusi biro politik Hamas Khaled Mishaal berkata dalam kenyataan akhbar yang semua pilihan dibuka untuk menghentikan sekatan di Semenanjung Gaza dan menyalahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan kerajaan perpaduan sebagai bertanggungjawab di atas kelambatan proses pemulihan.

Dalam temuramah ekslusif di akhbar al-Resalah pada Isnin, Mishaal menyalahkan kerajaan perpaduan atas penangguhan pemulihan Gaza. “Adalah tidak masuk akal bagi Gaza yang telah berjuang dengan berani ketika penjajahan, masih belum dapat menyaksikan pembinaan semula,” kata beliau.

Mishaal menyatakan yang Hamas bekerja dalam dua perkara secara selari, perkara pertama adalah untuk menyeru PA dan kerajaan perpaduan untuk memikul tanggungjawab proses pemulihan. Perkara kedua ialah bekerja dengan institusi tempatan bagi menyumbang ke arah pemulihan semula Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Zahhar : Kerajaan Bersepadu gagal dalam misi mereka

Khamis, 18-12-2014 – Ahli Biro Politik Hamas Mahmoud Al Zahhar menyatakan bahawa Kerajaan bersepadu Palestin yang diketuai oleh Rami al Hamdallah telah gagal sepenuhnya dan langsung tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

Di dalam seminar di saluran satelit Al Aqsa pada hari Ahad, Zahhar menyebut bahawa badan perundangan Palestin tidak memberi keyakinan ke atas kerajaan yang diketuai oleh Hamdallah kerana ia adalah satu kes yang telah gagal.

“Tanggungjawab sebuah kerajaan termasuk menjalankan pilihanraya, mencapai penyesuaian sosial dan penyatuan sistem keselamatan, tetapi mereka tidak melaksanakan tanggungjawab yang diharapkan daripada mereka dan tidak mempunyai agenda politik.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Pemeriksaan bedah siasat menyelar Israel di atas kematian Abu Ein

Isnin , 15-12-2014 – Satu autopsi yang dijalankan semalaman pada Rabu mendapati rejim Israel bersalah di atas pembunuhan menteri Palestin Ziyad Abu Ein, yang menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama selepas lehernya direnggut oleh seorang pegawai rejim dalam satu protes di Tebing Barat pada pagi Rabu.

Menteri hal ehwal awam, Hussein al-Sheikh, memberitahu radio rasmi Palestin bahawa autopsi yang dijalankan semalaman dan dihadiri oleh pegawai perubatan Palestin, Jordan dan Israel menunjukkan Abu Ein meninggal akibat terhidu sejumlah besar gas pemedih mata ditambah pula dengan kelambatan penghantaran ke hospital oleh rejim Israel. Beliau turut berkata yang pakar forensik Israel yang hadir ketika bedah siasat bersetuju dengan penemuan autopsi yang disifatkan sebagai professional.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati