Categories
Berita Semasa

Peled: Dialog rundingan damai hanya membawa kerugian kepada rakyat Palestin

Isnin, 10-02-2014 – Pengarang warga Israel kepada buku bertajuk “Anak Jeneral: Kembara Seorang Rakyat Israel di Palestin” menyeru rakyat Palestin agar menolak dialog yang tidak membawa apa-apa melainkan kerugian kepada mereka dan keuntungan di pihak Israel.

Dalam satu symposium yang dianjurkan pada Selasa oleh perpustakaan saintifik di Ramallah, Miko Peled, pengarang buku itu menyatakan sejarah mengajar manusia bahawa pihak yang kuat tidak pernah berurusan secara sukarela melainkan keadaan mendesak.

Peled percaya bahawa rakyat Palestin sememangnya merupakany pemilik tanah yang sebenar dan kisah tanah Israel yang disampaikan kepadanya sejak kecil merupakan satu penipuan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

MP Khudari Rayu Mesir Buka Lintasan Rafah

Isnin, 10-02-2014 – MP Bebas Jamal Al-Khudari telah merayu kepada Mesir untuk membuka sempadan lintasan Rafah dengan Gaza secara kekal bagi membolehkan perjalanan rakyat yang terkandas. Khudari berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa terdapat keperluan segera untuk membuka terminal sempadan untuk membolehkan hasrat orang sakit, pelajar, dan pemegang permit kediaman di negara-negara lain tercapai.
Beliau berkata rakyat Palestin telah berharap keadaan dalaman Kaherah tidak akan menjejaskan keputusan untuk membuka lintasan itu.

Khudari juga berharap bahawa pihak berkuasa Mesir membenarkan peningkatan dalam bilangan rakyat yang dibenarkan untuk melintas sempadan Rafah-Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis dakwa menahan rangkaian Hamas di OJ

Selasa, 04-02-2014 – Pihak berkuasa penempatan Israel telah membenarkan penerbitan satu laporan berita pada malam Selasa yang lalu, mengenai penahanan beberapa warga Jerusalem atas tuduhan penglibatan mereka dalam rangkaian gerakan Hamas.

Menurut laporan sumber akhbar Hebrew itu, setakat ini di Jerusalem, ‘Sharbak’ Israel telah menahan 16 orang aktivis politik kerana membentuk kumpulan rangkaian yang dikaitkan dengan Hamas dan dipercayai kumpulan tersebut merupakan satu infrastruktur penting kepada gerakan Hamas.

Sumber tersebut menambah, ahli-ahli kumpulan tersebut berusaha untuk mengukuhkan pengaruh Hamas di kalangan penduduk Jerusalem timur dan kawasan berdekatan dengan Masjid Aqsa. Turut dilaporkan antara mereka yang ditahan adalah beberapa orang bekas banduan termasuklah dua adik beradik lelaki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menembak pemuda Palestin di Ramallah

Selasa, 04-02-2014 – IOF menembak seorang pemuda Palestin dari Al-Khalil ketika bekerja di kawasan Ein Seiniya di utara Ramallah pada Rabu. Saudara mara pemuda berusia 20 tahun itu, Mohammed Mahmoud Mubarak memberitahu PIC bahawa tentera IOF soldiers menembak pemuda itu secara tiba-tiba.

Mereka berkata Mohammed sedang bekerja membaiki jalan utama di Ein Seiniya apabila IOF yang ditempatkan berdekatan kawasan itu dan di menara kawalan tentera menembak beliau atas alasan menembak sasaran ketenteraan.

Sumber berkata bahawa IOF menghantar jenazah syahid itu yang juga anak saudara ahli parlimen Ahmed Mubarak, to ke pejabat hal ehwal Palestin. Puluhan rakyat Palestin dibunuh atau cedera dalam insiden serupa di Tebing Barat di mana IOF mendakwa pihak tentera menghalang usaha menembak dan mencederakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Roboh Rumah Penduduk Palestin di Agwar

Selasa, 04-02-2014 – Tentera Zionis Isnin (27/1) menghancurkan sejumlah rumah di wilayah Mushofah di Jaftilk, Agwar utara dengan alasan wilayah tersebut berada di bawah kuasa Otoriti Zionis berdasarkan kesepakatan Oslo.

Sementara itu, saksi yang melihat kejadian mengatakan tentera Zionis menghancurkan sejumlah rumah dan memberikan surat kebenaran meroboh kepada beberapa pemilik rumah Muhammad Ali Kaabanah dan mengumpulkan pemiliknya di tanah lapang.

Wilayah Agwar sentiasa menghadapi pelbagai tindakan diskriminasi daripada tentera Zionis dengan alasan tidak munasabah dan mengada-ngada.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF menahan pelajar di sempadan Karame

Selasa, 04-02-2014 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) yang mengawasi sempadan Karame antara Tebing Barat dan Jordan telah menahan seorang pelajar Palestin dari Tulkarem sekembali beliau ke Tebing Barat.

Sumber daripada keluarga rapat pelajar Taher Abu Bakir, 22, memberitahu wartawan PIC pada hari Selasa bahawa dia telah menelefon keluarganya pada malam Isnin selepas berjam ditahan di sempadan dan mengatakan beliau telah ditahan.

Pelajar tersebut merupakan pelajar dari Universiti Antarabangsa Pengajian Islam, Jordan dalam bidang undang-undang. Beliau adalah pelajar tahun ketiga dan pengkhususan dalam perbandingan undang-undang. Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOF) biasanya menahan pelajar di sempadan untuk menghalang mereka dalam meneruskan pembelajaran dalam bidang akademik .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Tahanan Khaddirat meneruskan mogok lapar, dan menolak pemindahan ke Gaza

Khamis, 30-01-2014 – Tahanan Abdul Majid Khaddirat, dari Tubas, meneruskan mogok lapar yang diumumkan 13 hari lalu, untuk membantah keputusan Israel mengenakan semula hukuman ditahan selama 8 tahun, Kementerian Hal Ehwal Tahanan pihak berkuasa Palestin berkata.

Susulan dari melawat tahanan yang diasingkan di penjara Megiddo pada Ahad, peguam kementerian Shirin Iraqi mengesahkan bahawa Khaddirat menolak dakwaan Israel dan menyifatkan ia sebagai penipuan yang sejajar dengan polisi balas dendam Israel ke atas para tahanan yang telah dibebaskan.

Pemogok lapar tersebut yang ditahan sejak Ogos 2013, telah menolak tawaran Israel untuk dipindahkan ke Gaza selama 8 tahun, peguam itu menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Mukhalalati: Penutupan laluan menyekat bantuan perubatan penting ke Gaza

Khamis, 30-01-2014 – Menteri Kesihatan Palestin Mufid Al-Mukhalalati berkata penutupan laluan yang berlaku menyekat Gaza daripada menerima bantuan dan perkhidmatan kesihatan yang amat diperlukan daripada perwakilan perpaduan yang sering melawat Gaza sebelum penutupan laluan berlaku.

Tambahnya lagi semasa persidangan akhbar yang berlangsung di Gaza pada Ahad lalu, penutupan laluan itu juga memberi kesan kepada projek-projek penting dalam sektor kesihatan kerana kekurangan bahan binaan yang diperlukan untuk menyelesaikan pembinaan hospital. Antara projek-projek yang terlibat adalah projek hospital Indonesia and hospital bersalin di daerah utama serta projek penambahbaikan
dan pembangunan kompleks perubatan Naser.

Beliau turut menegaskan kemampuan kerajaan untuk terus memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada rakyat Palestin walaupun menghadapi pelbagai kesukaran merupakan satu pencapaian yang besar bagi kerajaan dan kementerian kesihatan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Nur Syarira

Categories
Berita Semasa

Dweik bertegas rejim Israel yang perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan banduan yang sakit

Khamis, 30-01-2014 – Jurucakap Dewan Perundangan Palestin (PLC) Dr Aziz Dweik menyatakan pendiriannya bahawa regim zionis Israel dan pemenjara perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehidupan semua pesakit yang ditahan di penjara-penjara mereka, terutama banduan Iyad Huraibat.
Dweik membuat kenyataan itu semasa lawatannya ke khemah para pemprotes di luar rumah banduan pesakit Iyad Huraibat di kampung Sakka, barat daya bandar Dura di Al-Khalil.

Jurucakap PLC memuji kesabaran tahanan Palestin di penjara Israel dan peranan mereka dalam melindungi hak-hak negara yang berterusan dari dahulu hingga kini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Pejuang Di Gaza Tolak Keputusan Amerika Terhadap Nakhalah

Khamis, 30-01-2014 – Kumpulan Kekuatan Nasional dan Islam di Gaza menganggap keputusan Amerika memasukkan nama pemimpin Gerakan Jihad Islami, Ziyad Nakhalah dalam daftar teroris sebagai bukti sokongan Amerika terhadap penjajah Zionis dan sebagai lampu hijau untuk menahan para pimpinan pejuang Palestin.

Dalam sidang akhbar, Isnin (27/1) di Gaza, Kumpulan kekuatan Nasional dan Islam Palestin menegaskan, keputusan Amerika tersebut merupakan usaha meencampur aduk antara perjuangan sah dan terorisme yang dilakukan penjajah zionis terhadap bangsa Palestin.

Tokoh Jihad Islami, Khalid Baths menyatakan, Amerika ingin menakut-nakutkan fraksi-fraksi perlawanan dan pimpinan Palestin agar tidak meneruskan pejuangan dan perlawanan, serta mendorong mereka supaya menyerah dan merelakan konstitusi Palestin, jika tidak ingin diperlakukan seperti Nakhalah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin meletupkan peranti di dalam tentera jip Israel

Khamis, 30-01-2014 – Pejuang Palestin meletupkan bahan letupan di dalam jip tentera Israel di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, pada pagi Isnin.
Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa peranti dinyalakan apabila jip tentera telah melepasi 50 meter dari pagar sempadan.
Mereka berkata bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) bergegas ke tempat kejadian selepas letupan itu berlaku dan melepaskan tembakan rambang di bandar Qarara.

Serangan IOF ke atas Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini telah membunuh enam rakyat Palestin dan mencederakan 26 yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza menekankan hak pejuang untuk mempertahankan rakyat

Selasa, 28-01-2014 – Kerajaan Palestin di semenanjung Gaza menyatakan rejim Israel bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang awam dan kanak-kanak Palestin, serta menekankan hak pihak penentang yang mempertahankan hak rakyat Palestin.

Dalam mesyuarat mingguan, kerajaan menyeru agar serangan di sempadan dan polisi pembunuhan oleh Israel dihentikan segera seperti yang dinyatakan dalam perjanjian.

Kerajaan turut memperbaharui penolakan ke atas tekanan dari Setiausaha AS John Kerry yang menggugat hak rakyat Palestin serta membenarkan penempatan Israel, dan menyeru agar pihak berkuasa Palestin menghentikan proses rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Tiba masanya perpecahan dihentikan

Selasa, 28-01-2014 – Pemimpin Gaza Ismail Haneyya berkata sudah tiba masanya untuk pergolakan dalaman di Palestin diakhiri dan dilupakan. Kenyataan Haneyya itu adalah semasa persidangan beliau dengan delegasi ahli perniagaan dari Tebing Barat, di pejabatnya pada Rabu lalu.

Menurutnya lagi, buat masa ini, perbincangan damai dengan gerakan Fatah sedang dijalankan dalam usaha untuk mecapai titik perpaduan nasional. “Kami sangat berharap perdamaian ini dapat dicapai sekaligus menghentikan perpecahan selama ini, kami sedang berusaha keras ke arah itu,” tegasnya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Gara-gara Namakan Bayi Mursi, Perisik Palestin Tangkap Seorang Bayi

Selasa, 28-01-2014 – Badan Perisik Otoriti Palestin di Ramallah Rabu (22/1) memanggil bekas tawanan Palestin Abdul Halim Ghannam kerana dianggap bertanggungjawab memberikan nama bayinya dengan nama Muhammad Mursi, iaitu sama dengan nama presiden Mesir yang dikudeta.

Keluarga Abdul Halim (37) menegaskan, pihak perisikan menangkapnya dan enggan untuk membebaskannya. Isterinya, Ummu Umar menegaskan, suaminya mengalami masalah kesihatan teruk akibat sering ditangkap berkali-kali dan disumbat di penjara zionis selama lebih dari tujuh tahun. Beliau juga dipanggil dan ditangkap berkali-kali oleh badan keamanan Otoriti Palestin pimpinan Abbas setelah ia dibebaskan pada Mac tahun lalu. “Bukankah hak anak-anak saya untuk hidup memiliki ibu bapa seperti anak-anak lain di dunia ini” kata isterinya.

Abdul Halim Ghannam merupakan warga kem pelarian Jalzun di Ramallah. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Anak terakhirnya berusia kurang satu bulan. Israel pernah menangkap dan menahannya berkali-kali sehingga jumlah masa tahanan mencapai 7 tahun. Beliau dibebaskan Mac tahun lalu setelah 32 bulan dalam tahanan administratif.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menyerbu bandar-bandar di Tebing Barat dan menahan rakyat tempatan

Selasa, 28-01-2014 – Pasukan Pendudukan Israel (IOF) telah menyerbu beberapa kawasan yang didiami di Tebing Barat pada Selasa malam dan telah menahan beberapa rakyat tempatan.

Di bandar Nablus, kawasan utara yang didiami di Tebing Barat, tentera Israel telah menahan tiga pemuda Palestin setelah menceroboh dan mengeledah rumah-rumah mereka.

Sementara itu, radio Israel melaporkan bahawa tentera di pusat pemeriksaan Hamra telah menahan seorang rakyat Palestin selepas mendapati terdapat pistol di dalam keretanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah