Categories
Berita Semasa

2500 Yahudi Amerika Hijrah Isi Wilayah Utara yang Dijajah

Khamis, 14/07/2011 – Sebuah organisasi Israel telah mengumumkan rancangan untuk membawa lebih daripada 2,500 orang-orang Yahudi dari Amerika Utara ke wilayah Palestin yang dijajah pada musim panas ini, kerana ia bertujuan untuk menempatkan kumpulan tersebut di kawasan dengan penduduk Palestin yang tinggi.

Organisasi, Nefesh B’nefesh, yang menggalakkan penghijrahan orang-orang Yahudi dari Amerika Utara dan United Kingdom ke wilayah Palestin, berkata ia akan bekerjasama dengan Agensi Yahudi untuk Israel dan kementerian penghijrahan Israel untuk membawa 2500 orang Yahudi dari Amerika Syarikat dan Kanada semasa musim panas, menurut laman web organisasi.

Kumpulan pertama 245 pendatang akan tiba pada hari Selasa 12 Julai di Lapangan Terbang Ben-Gurion, organisasi tersebut.

Nefesh B’nefesh baru-baru ini melancarkan satu projek yang menggalakkan penempatan semula pendatang di wilayah utara wilayah yang diduduki pada tahun 1948, di mana terdapat kepadatan penduduk Palestin yang tinggi, satu percubaan untuk mengubah ciri-ciri demografi kawasan tersebut kata seorang pemerhati.

Projek, yang digelar “Hijrah ke Utara”, dianggarkan kos sebanyak 10 juta dolar Amerika bertujuan untuk menempatkan 1500 orang Yahudi di kawasan-kawasan perumahan di Segitiga, Galilea, Marj Ben Amir, serta Tabariya dan Golan. Bandar yang dahulunya Arab Haifa dan sekitarnya, yang mempunyai majoriti Yahudi, telah dikecualikan daripada projek itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pegawai kanan Israel berkata, belum terlambat untuk menyelamatkan Shalit menerusi langkah ketenteraan

Khamis, 14/07/2011 – Bekas ketua gerak khas polis Israel, David Ben Shimol berkata belum terlambat untuk menggunakan tindakan ketenteraan bagi menyelamatkan Gilad Shalit yang ditangkap pejuang Gaza.

Bekas pegawai kanan itu menggesa tekanan dikenakan ke atas tahanan dan pegawai Palestin serta keluarga mereka untuk memastikan pembebasan Shalit. “Saya merasakan tidak perlu mengorbankan apa-apa untuk membebaskan Gilad Shalit. Para pengganas yang patut menerima padahnya,” dia berkata dalam satu temuramah dengan Berita Kebangsaan Israel yang disiarkan secara langsung di televisyen.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

OIC menuntut pembebasan Sheikh Salah dengan menghubungi pegawai British

Khamis, 14/07/2011 – Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-negara Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu telah berhubung dengan beberapa pegawai kerajaan British bagi meminta pembebasan Sheikh Raed Salah, pemimpin gerakan Islam Palestin yang diduduki pada tahun 1948.

Satu kenyataan akhbar OIC pada Isnin lalu berkata Ihsanoglu telah berhubung dengan para pegawai untuk membolehkan Sheikh Salah menyempurnakan lawatannya ke UK, yang telah diganggu dengan penahanannya oleh pihak berkuasa British.

Kenyataan itu berkata OIC akan terus lakukan yang terbaik dalam hal ini dalam mesyuarat bersama pegawai British yang lain tidak lama lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Giliran Liga Arab Kecam Penahanan Syeikh Shalah di Britain

Khamis, 14/07/2011 – Liga Arab, Isnin (11/7) mengecam keras penahanan Syeikh Raed Shalah, ketua gerakan Islam di Palestin ’48 oleh pemerintah setempat.

Dalam sidang akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Palestin dan Wilayah Arab Terjajah di organisasi tersebut, Liga Arab meminta agar Syeikh Raed Shalah segera dibebaskan dan diperlakukan sebagaimana layaknya tokoh agama yang terkenal oleh dunia antarabangsa.

Keterangan akhbar Liga Arab itu menegaskan, banyak pihak terkejut ketika mendengar berita penangkapan dan penahanan Syeikh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di Palestin ’48 oleh pemerintah Britain pada Selasa, 29 Jun lalu di sebuah hotel di sana. Penangkapan itu berdasarkan keputusan Menteri Dalam Negeri Britain yang menghalang Syeikh Shalah dari berada negara tersebut. Syeikh Shalah kemudiannya dihantar ke tahanan dekat bandar Heathrow.

Liga Arab menambah, penahanan Syeikh Raed Shalah membawa kepada kecaman dan tentangan hebat kerana tokoh utama Palestin yang memperjuangkan Masjid Al-Aqsa itu masuk ke Britain tanpa membawa senjata atau melanggar peraturan. Ia masuk dengan pengetahuan pemerintah Britain dengan dokumen rasmi. Bahkan agenda kedatangan ke Britain sudah diketahui oleh pemerintah setempat yang disiarkan oleh media massa.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF merobohkan rumah-rumah dan kedai-kedai serta menebang pokok

Khamis, 14/07/2011 – Tentera Israel (IOF) mengiringi jentolak dalam aktiviti perobohan di kampung Jib, barat laut Baitulmuqaddis Isnin lalu, kata sumber-sumber tempatan.

Mereka berkata bahawa jentolak tersebut telah memusnahkan rumah dan bengkel pertukangan salah satu warga disitu, pasar mini, pagar dan peralatan lain di pinggir bandar Khalaila sebelum menuju ke kawasan lain.

Sumber-sumber menyatakan bahawa pihak berkuasa Israel telah memberikan notis perobohan kepada 30 keluarga Palestin di pinggir bandar dengan alasan rumah mereka dibina tanpa permit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

El-Khoudary: Perpaduan tidak boleh berpatah-balik

Khamis, 14/07/2011 –  Penggubal undang-undang Palestin yang bebas, Jamal El-Khoudary berkata bahawa tiada jalan untuk berpatah-balik bagi perpaduan Palestin dan menyeru agar perjanjian perpaduan yang telah ditandatangani ditunaikan.

“Pencapaian ini adalah milik rakyat Palestin dan mereka tidak akan berpatah-balik. Apa yang telah dipersetujui mesti diusahakan untuk direalisasikan supaya rakyat berasa terjamin,” kata El-Khoudary dalam ucapannya yang ke udara secara ekslusif di saluran Al-Kitab yang dimiliki oleh Universiti Islam, Gaza.

Berucap ketika Majlis Graduasi ke-13 Universiti Islam, yang mana Lembaga Pengarahnya diketuai oleh El-Khoudary, katanya lagi bahawa pihak university sentiasa menyeru ke arah perpaduan dengan mengetepikan perbalahan serta berpadu kekuatan pada fasa perjanjian perpaduan Palestin ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hasil Kajian: Imigran Rusia Paling Ekstrim di Israel

Khamis, 14/07/2011 – Satu kajian akademik sepanjang dua dekad lalu berkenaan orientasi perkauman dan ekstimisme di kalangan imigran berasal dari Rusia secara khusus di dalam entiti Zionis Israel terhadap orang-orang Palestin. Kajian ini menyebutkan jumlah mereka mencapai sekitar sejuta orang.

Kajian yang diketuai oleh pensyarah ilmu sosial di Universiti Haifa Prof. Majed al Haj menunjukkan bahawa para imigran Rusia adalah Zionis paling ekstrim dan paling kuat mendokong idea-idea fasis. Disebutkan bahawa 2/3 imigran yang datang pada tahun 1990 dan selepasnya adalah dari bekas Soviet Union. Mereka berpendapat bahawa orang Palestin adalah ancaman bagi keamanan entiti Zionis.Separuh dari imigran tersebut mendokong pemimpin yang kuat dan karismatik meskipun melepaskan diri dari prinsip-prinsip demokrasi.

Penelitian para akademis ini menjelaskan bahawa para imigran berasal dari Rusia masih menjaga tradisi Rusia mereka dan bersedia untuk meninggalkan Israel. Sebanyak 62% dari mereka menyatakan akan menetap di Israel, yang artinya mereka masih menjadi masyarakat imigran yang menolak berbaur dalam wadah Zionis dan lebih memilih menjaga budaya asal mereka.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa para imigran Rusia mengidap penyakit “Islamophobia” dan 55% mendukung pengurangan jumlah orang Palestin di dalam wilayah pendudukkan yang ketika ini berjumlah sekitar 17% dari jumlah penduduk di wilayah entiti Zionis Israel (sekitar 7 juta orang). Kajian ini menjelaskan bahawa kata-kata “pengurangan” adalah bahasa berlapik dari maksud sebenar “pengusiran”.

Majed al Haj menjelaskan bahawa setelah lebih 20 tahun imigran Rusia tinggal di entiti Israel, jatidiri mereka masih tetap Rusia secara pemikiran mahupun perilaku. Buktinya adalah bahawa bahasa Rusia adalah bahasa komunikasi utama mereka dan surat khabar Rusia adalah bahan komunikasi umum mereka, 77% dari mereka menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa komunikasi dengan orang Rusia lainnya dan hanya 1% saja yang menggunakan bahasa Ibrani.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penganjur flotilla tolak tawaran Greece, mendakwa bahawa Abbas ‘tikam’ dari belakang.

Khamis, 14/07/2011 – Aktivis Flotilla Kebebasan II telah menolak sepenuhnya tawaran kerajaan Greece untuk menghantar kapal flotilla yang berisi bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Pelabuhan Ashdod di negara haram Israel ataupun Pelabuhan El-Arish di Mesir, melalui kerjasama sepenuhnya dengan kerajaan AS.

Kemarahan meletus di kalangan anggota aktivis apabila mendapat tahu bahawa tawaran itu dibuat selepas perbincangan antara Presiden PA, Mahmoud Abbas dengan Menteri Luar Greece, kata penganjur flotilla kepada agensi berita Safa.

Aktivis-aktivis tersebut menganggap bahawa tindakan Abbas itu sebagai menikam dari belakang, berdasarkan kata-kata Presiden PA itu sebelum ini yang menyifatkan flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “permainan bodoh” dan para peserta “mesti memohon permit daripada kerajaan haram Israel sebelum memasuki Gaza.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Laporan : Israel perkuatkan sekatan ke atas tanah perkuburan Ma’manallah di Al-Quds

Selasa, 12/07/2011 – Laporan yang diisukan oleh Pusat Kajian Sempadan Palestin melaporkan bahawa pihak Zionis sedang cuba menawan perkuburan bersejarah Ma’manaallah di Al-Quds, yang kini ditumpukan kepada menguasai sebahagian kecil lagi kawasan selepas 90% daripada tanah itu telahpun diceroboh untuk membina petempatan Yahudi.

Menurut data, Zionis telah melancarkan operasi penawanan perkuburan muslimin dekat Ma’manallah, yang merupakan perkuburan tertua dan paling bersejarah di tanah Palestin, yang mempunyai keluasan asal sebanyak 200 dunum yang kini hanya tinggal 20 dunum, selepas Zionis mendirikan hotel, tempat letak kereta dan taman rekreasi di atas 70% kawasan perkuburan, dan bakinya sedang dirancang untuk dibangunkan sebagai kawasan petempatan.

Laporan itu turut menekankan bahawa Zionis dan konconya sedang merancang untuk membina Muzium Yahudi di atas baki tanah perkuburan Islam itu, disamping membina kompleks dan mahkamah Zionis, “dengan bayaran terpaksa memusnahkan dan menjajah kawasan perkuburan Islam yang bersejarah itu kerana menganggap projek mereka itu lebih penting daripada Al-Quds sendiri”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Direktor baru Mossad rombak jawatankuasa

Selasa, 12/07/2011 – Sumber dalaman Zionis-Israel mengeluarkan pelbagai jawatan tertinggi dalam Mossad telah ditukar kepada orang baru. Rombakan ini adalah mengikut kehendak direktor Mossad yang baru. Imej Mossad begitu teruk bilamana berlakunya kes pembunuhan pimpinan Hamas di Dubai. Pelbagai pihak antarabangsa telah mengutuk tindakan Mossad yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus menentang protes di Tebing Barat

Selasa, 12/07/2011 – Tentera rejim Israel (IOF) menghalang demonstrasi aman pada Ahad yang mengalu-alukan kedatangan aktivis asing pro-Palestin dekat Dome Barrier di luar Bethlehem.

Tentera-tentera tersebut menembak gas pemedih mata dan peluru ke arah orang ramai yang jumlahnya lebih kurang 200 orang, lalu menyebabkan ramai sukar bernafas. Penganjurnya berkata, perarakan itu diadakan untuk menyokong gerakan yang menentang tembok apartheid dan penjajahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis tahan wartawan Palestin

Selasa, 12/07/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan wartawan Palestin, Mohammed Basharat dari rumahnya di kampung Tamun, wilayah Tobas Ahad lalu , beritahu sumber di kampung itu kepada wartawan PIC.

Mereka berkata askar IOF memasuki ke dalam rumah Basharat dan menggeledah di dalamnya sebelum membawanya keluar. Basharat, 25, diculik lebih daripada sekali di tangan pihak berkuasa keselamatan Ramallah dan pernah teruk diseksa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu kawasan Issawiya, serang pemuda-pemuda dengan kejam

Selasa, 12/07/2011 – Beberapa orang pemuda Palestin dari kawasan Issawiya yang terletak di Baitulmaqdis yang dijajah, mengalami kecederaan yang serius malam tadi selepas sepasukan tentera rejim Zionis (IOF) secara tiba-tiba menyerbu kawasan penempatan mereka serta melepaskan tembakan ke arah mereka.

Menurut saksi-saksi kejadian, seorang mangsa yang dikenali sebagai Ahmed Al-Masri cedera teruk di lehernya ketika dia berada berdekatan dengan tempat kerjanya. Sementara itu, beberapa orang anggota rejim Zionis yang tidak berpakaian tentera mengepung 3 orang pemuda Palestin ketika pertempuran meletus sebaik sahaja pasukan-pasukan IOF menceroboh Issawiya.

Menurut saksi-saksi, dalam tindakan drastik bagi mempertahankan diri, pemuda-pemuda Palestin terbabit telah membaling batu dan bom buatan sendiri ke arah pasukan IOF yang terus-meanerus menembak peluru getah, gas pemedih mata serta bom tangan ke arah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Laporan: jumlah penculikan kanak-kanak meningkat tahun ini

Sabtu, 09/07/2011 – Persatuan Ansar Al-Asra memaklumkan ia telah merekodkan penahanan 1,552 rakyat Palestin pada 6 bulan pertama tahun ini. Jumlah itu termasuk 215 kanak-kanak. Menurut laporan yang dikeluarkan pada Khamis, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah penculikan kanak-kanak tahun ini di mana jumlahnya mencapai 350 kanak-kanak.

19 ahli Parlimen dari gerakan Hamas juga merupakan tahanan yang diculik pada tahun ini. Persatuan itu merayu kepada komuniti antarabangsa agar masuk campur untuk menghalang perlanggaran Israel terhadap hak asasi manusia di kawasan jajahan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Laporan HAM Tepis Klaim Israel Ringankan Blokade Gaza

Sabtu, 09/07/2011 – Jawatankuasa Hak Asasi Palestin menempelak kenyataan Zionis-Israel, bila mana Zionis menyatakan mereka telah memberi banyak kemudahan kepada rakyat Palestin yang melalui sekatan yang dikenakan oleh Zionis. Sekatan ini telah berjalan bertahun-tahun lamanya. Bekalan yang masuk ke Gaza telah disekat dan dilarang untuk masuk ke Gaza. Pelbagai barangan yang telah dilarang memasuki Gaza seperti makanan, bantuan perubatan, bahan binaan dan lain-lain.

Selain barangan, wartawan antarabangsa turut dihalang daripada membuat liputan keadaan di sekitar kawasan sekatan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair