Categories
Berita Semasa

Laporan: PA tangkap 200 penyokong Hamas dalam bulan Januari, 3 ribu lagi pada tahun 2010

Jumaat , 25/02/2011 – Satu laporan yang terbaru mendedahkan bahawa agensi keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) telah menangkap seramai 200 orang penyokong Hamas di Tebing Barat pada bulan Januari 2011, manakala sejumlah 3,000 orang lagi telah ditangkap pada tahun 2010.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Gaza pada Selasa lalu berkata PA yang dikuasai oleh pergerakan Fatah terus menahan beratus-ratus orang penyokong Hamas dan kumpulan penentang yang lain.

Daripada 3,000 tahanan bermotifkan politik itu, 1,404 orang pernah ditahan di penjara rejim Zionis sebelum ini, termasuklah 49 orang imam masjid, 23 orang professor universiti, 36 wartawan, 32 orang pegawai perbandaran tempatan, 417 pelajar universiti dan 9 orang guru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pesawat Zionis lancarkan peluru ke atas Gaza.

Jumaat , 25/02/2011 – Pesawat Zionis pada lewat malam Rabu / Khamis melancarkan beberap butir peluru yang disasarkan di sepanjang Jalur Gaza, beberapa jam selepas pelancaran 2 serangan yang mengakibatkan seorang syahid dan 16 lagi warga Palestin cedera termasuk seorang yang cedera parah.

Menurut sumber tempatan kepada wartawan Pusat Informasi Palestin, pesawat perang Israel jenis F-16 telah melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya satu bidang tanah pertanian di Hay Satr dekat utara Khan Younis (dari selatan Jalur Gaza) mengahancurkan tempat itu keseluruhannya namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.  IOF turut dilaporkan menggempur kawasan lain di selatan Jalur Gaza yang popular dengan nama “zon Abu Jarrad” tanpa laporan sebarang kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Fatah menyeru agar Hamas digulingkan

Jumaat , 25/02/2011 – Pihak pejuang Palestin mengatakan, kerajaan Fatah sengaja menimbulkan isu menentang Hamas apabila Hamas mendakwa Fatah tidak serius dalam usaha rundingan kebangsaaan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmed baru-baru ini menuduh Hamas menggalakkan perpecahan, dengan itu Azzam menyeru agar Hamas digulingkan.

Dalam satu kenyataan bertentangan sebelum ini, pegawai kanan Palesin, Nabil Shaath telah memperbaharui rundingan damai dengan Hamas dan Perdana Menteri de facto di Ramallah, Salam Fayyad dalam usaha menuju perpaduan termasuk dengan Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

MP Qaraawi: Hamas tidak akan menyertai Pihak Berkuasa Palestin(PA)

Jumaat , 25/02/2011 – Pemimpin Palestin, Fathi al-Qaraawi mengatakan bahawa Hamas tidak akan bergabung dengan kerajaan persatuan yang disebutkan oleh Pihak Berkuasa Palestin pada ketika ini, berkata langkah itu akan bererti “membuang gerakan” untuk Fatah semasa krisis di saat ini.

Qaraawi mengatakan kepada wartawan bahawa Fatah adalah “hidup dalam krisis” di Tebing Barat dan Hamas tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dalaman Fatah “dengan mengorbankan kepercayaan rakyat Palestin.”

MP menyatakan bahawa kerajaan Salam Fayyad yang berkuasa di Tebing Barat adalah tidak sah, menambah bahawa Fatah tidak akan mampu mendapatkan apa yang dikehendaki dari kerajaan Fayyad, dan bahawa ia “tergoncang” oleh skandal perundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Ikhwanul Muslimin Mesir akan tubuh parti politik tidak lama lagi.

Jumaat , 25/02/2011 – Ketua kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Badi’a berkata bahawa pejabat pimpinan kumpulan itu telah membuat keputusan pada Isnin lalu agar pihaknya membuat persediaan sekarang ke arah pembentukan sebuah parti politik yang memakai gelaran “Kebebasan dan Keadilan”.

Dalam satu kenyataan media, Dr. Badi’a memaklumkan bahawa sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh para pengasas kumpulan itu akan membuat pengumuman berkaitan dalam masa beberapa hari lagi sebelum mengambil langkah undang-undang. Pemimpin Mesir itu menegaskan bahawa kumpulan itu telah lama menantikan peluang untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pasukan Rejim Zionis menangkap pengurus pusat data

Khamis , 24/02/2011 – Pasukan pendudukan haram Israel (IOF) Wadi Hilwa menyerbu pusat data di bandar Silwan di Baitulmuqaddis yang diduduki pada Isnin malam dan menangkap pengurusnya, Jawad Siyam.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa Siyam, yang ketika itu di hukum berkurung dirumah, dibawa ke pusat penahanan Maskobeh.

Pusat berkata dalam siaran media yang Siyam dibenarkan untuk keluar bekerja dua kali sehari sesuai dengan keputusan mahkamah hakim sekali di waktu pagi dan petang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Orang Jerusalem dipaksa untuk meratakan rumah teres

Khamis , 24/02/2011 – Seorang lelaki Palestin dari kampung Suwar Bahir timur Baitulmuqaddis dipaksa untuk meruntuhkan sebahagian dari rumahnya sendiri pada hari Ahad.

Kerajaan Israel memerintahkan Ramzi Attoun untuk menghancurkan dua bilik di kediamannya, kata penduduk tempatan. Mereka mendakwa teres 80 meter persegi yang dibina pada tahun 2008 itu telah dibina tanpa kebenaran.Pihak berkuasa memberi amaran bahawa mereka akan melupuskan sendiri dan pemilik rumah akan dikenekan denda sebanyak 70,000 shekels ($ 20,000) jika mereka gagal mengikuti perintah.Attoun mengatakan dia terkejut menerima notis itu selepas dia membuat permohonan untuk permit bangunan. Tanah tersebut dirancangkan untuk dijadikan jalan yang akan digunakan oleh penduduk Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Menyerbu Rumah dan Pejabat MP Attoun di Jerusalem

Rabu , 23/02/2011 – Sekumpulan tentera Israel pada petang Ahad menyerbu dan menggeledah rumah dan perjabat ahli parlimen Ahmed Attoun di bandar suci, dan juga rumah saudaranya dan menculik sebahagian daripada mereka.

Ahli Parlimen Attoun dan dua pegawai Jerusalem yang berkaitan dengan Hamas memohon perlindungan di ibu pejabat Palang Merah di Jerusalem selepas pihak Israel mengeluarkan arahan agar mereka meninggalkan tempat asal mereka di bandar suci.

Penghalauan mereka merupakan sebahagian daripada polisi pembersihan etnik yang dijalankan oleh Israel semenjak penjajahan ke atas Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk pengeboman rakyat Libya oleh pesawat.

Rabu , 23/02/2011 – Hamas mengutuk dan menolak tegas tindakan rejim Libya menyerang rakyat Libya yang keluar untuk demonstrasi aman, di samping mensasarkan dan mengebom mereka menggunakan pesawat tentera, kereta kebal, dan mengganas dengan dahsyat, menyebabkan ratusan syahid dan ribuan cedera.

Hamas dalam kenyataan pada hari Isnin (21 Februari) memberi respon terhadap perkembangan situasi Libya sebagai, “barisan para pejuang Palestin, bangsa Arab dan Muslimin, dan seantero dunia mengutuk pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Libya. Kami juga menyeru kebebasan untuk rakyat Libya.”

Para saksi melaporkan pesawat tentera kepunyaan Presiden Libya, Mu’ammar Gadaffi, melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah jutaan para pendemonstrasi di sepanjang Jalan Shat, yang menghubungkan ibu negara Libya dengan bahagian timur.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Regim Libya Tembak Rakyat Yang Berdemonstrasi Dari Jet pejuang

Rabu , 23/02/2011 – Gerakan pejuang Hamas mengecam tindakan regim Libya dalam menghadapi penunjuk perasaan yang mulai bergerak semalam. Mereka diserang dari udara hingga ratusan orang meninggal dunia serta ribuan lainnya cedera.

Dalam penjelasannya, Isnin (21/2) menanggapi perkembangan terbaru situasi di Libya menyusul tindakan massa memprotes tekanan serta sikap anarkis yang ditunjukkan pemerintahan Libya pimpinan Muammar Gadafi, Hamas menyeru rakyat Palestin, para mujahidin serta rakyat Arab dan kaum muslimin secara keseluruhan untuk mengecam tindakan biadab tentera regim Libya. Hamas juga menyeru semua pihak menyokong pejuangan rakyat Libya.

Sebelumnya beberapa saksi melihat pesawat tempur Israel milik Muhammar Gadafi melepaskan tembakan bebas ke arah penunjuk perasaan di jalan Shat yang menghubungkan antara ibukota Libya dengan wilayah timurnya, dimana jutaan penduduk yang berdemonstrasi mulai bergerak dari sana.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Israel yang paling bimbang dengan perubahan kuasa di Mesir

Rabu , 23/02/2011 – Dr Moussa Abu Marzouk, timbalan ketua biro politik Hamas berkata, Israel merupakan pihak yang paling bimbang dengan akibat hasil peralihan kuasa di Mesir. Ini kerana perjanjian damai tidak diperjelaskan statusnya setelah rejim Mubarak diusir.

“Israel bimbang rejim Arab akan menuju demokrasi yang mana akan merubah kedudukan Israel lambat laun,” Abu Marzouk berkata dalam satu temuramah pada Ahad dengan Palestine Today.

Abu Marzouk menambah, kejatuhan bekas rejim Mesir telah mula menggugat kerajaan Fatah di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sa’dat: Mesir akan memainkan kembali peranan di Palestin

Rabu , 23/02/2011 – Pemimpin Front Kerakyatan dan Pembebasan Palestin, Ahmad Saadat yang kini terperosok dalam penjara Israel menilai keterangan yang diberikan jawatakuasa ekskutif PLO berkenaan apa yang terjadi di Mesir, masih sangat jauh dari tuntutan perubahan sistem baru di dunia Arab, bahkan pernyataan PLO tersebut sangat mengecewakan.

Dalam penjelasannya, Ahad (20/2) Saadat menyatakan, kejayaan yang diperoleh para pemuda Mesir merupakan permulaan kepada gerakan untuk membongkar realiti yang berlaku di sebahagian besar regim Arab ketika ini. Keadaan ini telah memberikan kesempatan kepada para pemuda untuk kembali membangun negara demokratik moden di atas runtuhannya.

Sadat melihat revolusi rakyat Mesir akan memberikan kesempatan kepada negara Arab untuk mendirikan negaranya berdasarkan prinsip kebebasan, demokrasi dengan segala makna dan semangat yang terkandung di dalamnya. Selain menjadikan rakyat sebagai elemen penting dalam undang-undang dan pilihan raya yang demokratis, telus dan jujur yang diikuti oleh semua elemen rakyat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menculik Pelajar di Checkpoint Hawara

Rabu , 23/02/2011 – Yayasan Antarabangsa Solidariti untuk Hak Asasi Manusia berkata bahawa tentera rejim Israel menculik seorang pelajar di Universiti Kebagsaan an-Najah pada pagi Ahad di Checkpoint Hawara.

Ahmed al-Betawi, penyelidik yayasan itu menyatakan bahawa tentera di checkpoin itu, tenggara bandar Nablus menyuruh pelajar itu, AHmed al-Khafsh dari kampung Marda berhenti ketika dalam perjalanan ke Universiti an-Najah dan menahannya.

Betawi menambah bahawa pelajar itu menghidap sakit perut yang teruk dan sepatutnya pergi ke Hospital Kebangsaan di Nablus selepas selesai kulah untuk mejalani pemeriksaan perubatan. Dia menambah bahawa pelajar itu menunjukkan laporan perubatannya, tetapi tentera itu tidak peduli dan membawanya ke pusat soal-siasat Petah Tikva.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Bardawil : Kami tak terima sebarang inisiatif baru dari Fattah

Rabu , 23/02/2011 – Hamas memberitahu bahawa pihaknya masih terus menjaga usaha untuk melengkapkan revolusi Palestin yang berdiri di atas kerjasama penuh yang bertumpu kepada keperluan negara dan prinsip pertahanan. Hamas juga menegaskan bahawa tiada sebarang inisiatif baru yang diterima daripada Fattah dan PLO berkaitan isu rekonsiliasi Palestin.

Dr. Salah Bardawil, salah seorang pimpinan Hamas dan anggota parlimen, dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin memberi respon terhadap laporan media yang mengatakan bahawa terdapat pengaruh Fayyad dalam Hamas di Tebing Barat, : “kami tidak menerima sebarang inisiatif rasmi daripada Fattah atau PLO untuk apa sahaja bentuk rekonsiliasi.”

Ulasan beliau mengenai Salam Fayyad, “beliau (Fayyad) tidak mewakili pentadbiran Palestin, sebaliknya beliau adalah ikon pihak pembangkang, memerintah kerajaan tanpa hak, dan tidak layak membincangkan tentang hal-hal umum.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Tebang 220 Pokok Zaitun

Rabu , 23/02/2011 – Penduduk haram Yahudi di Tebing Barat tentu didorong selepas AS menidakkan sebuah resolusi yang akan menggagalkan kegiatan penempatan haram untuk selamanya. Di Nablus, Yash Adam penduduk menyerang sebuah ladang milik Palestin Ahad pagi, menebang ratusan pohon zaitun. Penduduk lain pula menyerang malam sebelumnya seluruh anggota keluarga di Lembah Yordan.

Penduduk haram Yahudi dari Yash Adam menyusup masuk sebuah kebun zaitun antara desa Qasra dan selatan Doma Nablus dan menebang 220 pokok dikawal kegiatan itu oleh penduduk bersenjata yang lain dengan senapang mesin dan senjata automatik.

Warga setempat mengatakan tindakan tersebut bertujuan untuk memperluaskan dan dengan demikian menyambung penempatan terpencil dengan mengambil tanah Palestin.

Ahli parlimen Palestin dari blok Hamas menyeru Pihak Berkuasa Palestin yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas bertanggungjawab dan melindungi rakyat Palestin dan harta mereka dari dirosakkan oleh penduduk haram tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen