Categories
Berita Semasa

Hamas dan Kerajaan Palestin ucap takziah atas kematian Pemimpin Turki, Erbakan

Selasa , 01/03/2011 – HAMAS dan kerajaan pimpinan Ismael Haneyya mengucapkan takziah ke atas kematian mantan perdana menteri Turki, Najmuddin Erbakan. Erbakan merupakan seorang pemimpin, pemikir dan cendiakawan Islam yang konsisten menentang sekularisma. Beliau banyak menghabiskan masa berkhidmat untuk Turki dan turut membela nasib rakyat Palestin.

Semoga rohnya bersama orang-orang soleh.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Mishaal berbincang dengan Menteri Luar Oman

Selasa , 01/03/2011 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal bertemu di Muscat pada Sabtu dengan menteri luar Oman, Yousef bin Alawi bin Abdullah. Agensi berita Omani mengatakan bahawa perbincangan tersebut menyentuh tentang perhubungan di antara dua pihak dari pelbagai aspek dan cara dalam usaha memperbaikinya.

Berita itu turut menambah bahawa Mishaal turut bertukar pandangan dengan Bin Abdullah tentang perkembangan warga Palestin serta isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kedua belah pihak. Mishaal tiba lebih awal pada Sabtu untuk melawat Sultan Oman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Teir kutuk pengabaian rakyat Palestin semasa protes berdarah di Libya

Selasa , 01/03/2011 – Bekas penasihat Yasser Arafat, Mohammed Abu Teir mengutuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kerana tidak mengambil langkah-langkah untuk mengambil warga Palestin dari Libya berikutan korban meningkat semasa protes aman yang bertukar menjadi pertumpahan darah.

“Semua negara telah mengevakuasi rakyat mereka dan segala tindakan yang diperlukan telah diambil untuk mengambil dan menjaga keselamatan mereka,” Abu Teir mengatakan.

Laporan hadir selepas Presiden Libya, Kolonel Muammar al-Gadhafi menuduh Palestin menjadi salah satu sebab berlakunya pertempuran ketika ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Jet Tempur Israel Kembali Serang Rafah

Selasa , 01/03/2011 – Sejumlah warga Palestin cedera, Sabtu (26/2), akibat serangan jet tempur Zionis Israel di jalan menuju pusat latihan Brigade al Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas.

Serangan ini menyebabkan kemusnahan teruk di tempat tersebut. Semua yang cedera adalah mereka yang sedang melalui lokasi serangan. Satu serangan lain dilakukan Zionis Israel di pusat latihan al Qassam di timur Rafah di jalan Shalahuddin.

Jurucakap Bantuan dan Keadaan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salamiya mengatakan, 鉄erangkaian serangan udara yang dilakukan Zionis Israel ke beberapa sasaran di kota Rafah mengakibatkan 4 orang cedera. Di antaranya adalah seorang bayi berusia kurang 2 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Radwan: Serangan Meningkat Tentera Israel Tidak Melemahkan Hamas

Selasa , 01/03/2011 – Pegawai senior Hamas, Ismail Radwan mengatakan bahawa pencerobohan tentera Israel terhadap Jalur Gaza tidak akan melemahkan kekuatan Gerakan Hamas, menekankan bahawa rakyat Palestin akan lebih kuat berbanding dengan kezaliman penjajah.

“Musuh sedang cuba untuk mengalihkan krisis dalaman mereka dan jelas mereka amat bimbang dengan beberapa perubahan yang berlaku di kawasan tersebut,” kata Radwan Sabtu dalam kenyataan akhbar ke pusat maklumat Palestin (PIC).

Beliau juga menekankan hak rakyat Palestin untuk membalas kejahatan Israel dan serangan tentera Zionis.

Sejumlah serangan udara Israel dilakukan pada hari Sabtu di Gaza, yang menyebabkan lima cedera dan kemusnahan beberapa rumah dan kemudahan.

Dalam konteks lain, kempen Eropah untuk menamatkan pengepungan Gaza sangat mengecam Israel kerana keputusan untuk penutupan penuh dan kekal komersil persimpangan Al-Mintar (Karni) .

Dalam siaran akhbar pada hari Sabtu, jurucakap kempen tersebut Mohamed Hanoun mengatakan keputusan Israel ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang ditempuh oleh Israel untuk memperketat cengkaman terhadap orang Gaza melalui penutupan perlintasan tersebut.

Hanoun menegaskan bahawa ada empat penyeberangan komersial yang digunakan untuk membawa barang ke Gaza, tetapi Israel menutup mereka semua, dan penutupan persimpangan Al-Mintar akan menyebabkan krisis dalam mengimport barang-barang ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel hanya membenarkan kepulangan 300 rakyat Palestin dari Libya ke Tebing Barat berbanding jumlah sebenar 70,000

Isnin , 28/02/2011 – Pihak berkuasa pendudukan Israel menolak untuk membenarkan kepulangan rakyat Palestin yang berada di Libya dan hanya 300 daripada mereka yang dibenarkan kembali ke Tebing Barat dari jumlah keseluruhan 70,000 yang tinggal di negara yang Afrika Utara Arab yang bermasalah itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata dalam pertemuannya dengan rakan sejawatan di Poland bahawa dia hanya membenarkan orang-orang Palestin untuk kembali jika mereka lulus “pemeriksaan keselamatan”, tetapi tidak dijelaskan pula selanjutnya.

Hussein Al-Sheikh,ketua kuasa umum untuk urusan awam di Tebing Barat, berkata dalam sebuah wawancara televisyen bahawa PA telah meminta rakan-rakan Arab dan antarabangsa untuk menekan Israel untuk membenarkan kepulangan orang-orang Palestin kerana mereka hidup dalam bahaya di sana.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Saudara: Belum ada tahanan Palestin di Mesir yang dibebaskan

Isnin , 28/02/2011 – Pihak berkuasa Kaherah belum membebaskan walau seorang pun tahanan penjara rakyat Palestin yang ditahan di Mesir, kata saudara-mara para tahanan tersebut dalam satu kenyataan yang dibuat pada Rabu lalu di Gaza.

Kata mereka lagi, laporan pertama dari Mesir berkenaan pembebasan 14 orang tahanan penjara adalah tidak benar kerana sebaik sahaja dibebaskan, mereka ditahan semula. Manakala 9 orang lagi yang dikatakan akan dibebaskan pada Rabu ini sebenarnya
termasuk dalam kumpulan 14 orang yang disebut tadi dan mereka masih lagi ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

“Jumaat Kemarahan”… Seruan demonstrasi untuk buka “Jalan Syuhada'” di Khalil

Isnin , 28/02/2011 – Persatuan Pemuda Anti-Pemukim Haram di Khalil menyeru untuk berdemonstrasi pada hari Jumaat di sepanjang Jalan Syuhada’ yang dikepung oleh Zionis yang menghalang laluan para penduduk sejak beberapa tahun.

Persatuan itu mengajak masyarakat umum, badan-badan rasmi dan swasta untuk turut serta dalam tiga perarakan demostrasi yang berlaku secara serentak dari Masjid Ali Baka’ di Hareh Es-Syeikh, Masjid Ar-Ras Hareh Jaber dan Masid Sahabah Rasulullah masing-masing menuju ke Jalan Syuhada’.

Demostrasi ini akan dikenali sebagai “Jumaat Kemarahan”, yang akan disertai oleh sejumlah tokoh dalam dan luar negara yang akan menuntut pembukaan semula Jalan Syuhada’ yang telah ditutup sejak beberapa tahun bermula dari peristiwa pembunuhan di Masjid Ibrahimi yang berlaku pada hari Jumaat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Seorang wanita menyalahkan Mossad atas kehilangan suaminya di Ukraine

Isnin , 28/02/2011 – Seorang wanita Ukraine menyalahkan Mossad Israel atas kehilangan suaminya yang mencurigakan pada 18 Februari. Dirar Abu Seesi, ketua pegawai operasi di stesen janakuasa Semenanjung Gaza didapati hilang ketika menaiki keretapi dalam lawatannya ke Ukraine, demikian lapor pusat media tempatan Raed.

“Saya menyalahkan Mossad atas penculikan suami saya kerana saya tahu semua warga Palestin merupakan sasaran,” isteri Abu Seesi, Aqila mengatakan serta menambah bahawa suaminya tiada sebarang hubungan politik.

“Suami saya tidak ada masalah dengan sesiapa di Palestin dan Ukraine, dan beliau juga bukan lah kaya atau memiliki perniagaan besar yang boleh menyebabkan dia diculik,” beliau berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

“Jumaat Marah” :Protes Zionis Tutup Jalan Syuhada

Isnin , 28/02/2011 – Kumpulan pemuda di Hebron menyeru tindakan besar-besaran ke jalan Syuhada, menolak tindakan Zionis menutup pintu masuk warga Palestin ke wilayah itu sejak beberapa tahun lalu.

Kumpulan ini mengajak semua masyarakat, pertubuhan atau yayasan sama ada yang rasmi mahupun swasta untuk bergabung dalam tiga kumpulan protes yang akan dilakukan secara bersama. Kumpulan pertama akan bertolak dari hadapan Masjid Ali Al-Buka di wilayah Syaikh, kedua dari Masjid Al-Ras wilayah Jabir dan ketiga dari masjid Shahabat Rasulullah. Semuanya menuju jalan syuhada.

Usaha ini dinamakan “Jumaat Marah” yang akan diikutserta sejumlah relawan dan tokoh nasional. Mereka menuntut dibuka kembali jalan As-Syuhada bagi warga Palestin yang disekat pemerintah Zionis selepas persitiwa serangan terhadap orang Islam yang sedang shalat di Masjid Al-Ibrahimi Hebron oleh seorang ekstremis Yahudi.

Sejak peristiwa tersebut, pemerintah Zionis menutup pintu masuk ke jalan tersebut bagi semua jenis kenderaan. Mereka hanya mengizinkan pejalan kaki dan dengan pemeriksaan ketatpihak keselamatan. Namun sejak awal intifadah tahun 2000 jalan tersebut ditutup sama sekali bagi seluruh warga Palestin. Hanya beberapa meter saja yang masih boleh dilalui.Iaitu bermula dari pintu masuk Zawiyah hingga jalan Sahlah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Perisikan Israel memerah pekerja Palestin

Isnin , 28/02/2011 – Perisikan Israel memerah rakyat Palestin yang ingin bekerja pada tahun tanah yang dijajah pada 1948 itu, menurut salah seorang pekerja di situ.

Mahmoud Al-Masri, dari Nablus, berkata bahawa agen-agen perisikan Israel di persimpangan Qalqilia mengatakan bahawa dia harus bekerjasama dengan mereka atau permit kerjanya akan dirampas.

Masri menambah lagi bahawa dia menolak untuk bekerja sama dengan mereka yang membuat mereka merampas permitnya. Kejadian yang sama telah berlaku terhadap pekerja lain tetapi mereka tidak memberitahu media. Mereka masih berharap permit itu akan dikembalikan kepada mereka.  Pekerja meminta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia untuk segera campur tangan terhadap tekanan kuasa pendudukan haram Israel dan perisikan agar mereka menghentikan tindakan tidak berhati perut itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pesawat Israel Gempur Semenanjung Gaza

Jumaat , 25/02/2011 – Menjelang tengah malam Rabu (23/2), Pesawat tempur Zionis Israel melancarkan serangan udara ke beberapa sasaran di Semenanjung Gaza. Aksi ini berlaku beberapa jam setelah dua serangan yang mengakibatkan seorang warga Palestin syahid dan 16 lainnya cedera.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan bahawa pesawat tempur Zionis Israel jenis F-16 melancarkan peluru berpandu ke gudang pertanian di kampung Satr di utara Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza, hingga musnah teruk namun tidak ada yang terkorban. Setelah itu pasukan Zionis Israel menggempur lokasi lain di selatan kota Gaza, iaitu sebuah lokasi yang dikenal dengan “pos keamanan Au Jarad”. Dalam serangan juga tidak ada yang terkorban.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Laporan: PA tangkap 200 penyokong Hamas dalam bulan Januari, 3 ribu lagi pada tahun 2010

Jumaat , 25/02/2011 – Satu laporan yang terbaru mendedahkan bahawa agensi keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) telah menangkap seramai 200 orang penyokong Hamas di Tebing Barat pada bulan Januari 2011, manakala sejumlah 3,000 orang lagi telah ditangkap pada tahun 2010.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Gaza pada Selasa lalu berkata PA yang dikuasai oleh pergerakan Fatah terus menahan beratus-ratus orang penyokong Hamas dan kumpulan penentang yang lain.

Daripada 3,000 tahanan bermotifkan politik itu, 1,404 orang pernah ditahan di penjara rejim Zionis sebelum ini, termasuklah 49 orang imam masjid, 23 orang professor universiti, 36 wartawan, 32 orang pegawai perbandaran tempatan, 417 pelajar universiti dan 9 orang guru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pesawat Zionis lancarkan peluru ke atas Gaza.

Jumaat , 25/02/2011 – Pesawat Zionis pada lewat malam Rabu / Khamis melancarkan beberap butir peluru yang disasarkan di sepanjang Jalur Gaza, beberapa jam selepas pelancaran 2 serangan yang mengakibatkan seorang syahid dan 16 lagi warga Palestin cedera termasuk seorang yang cedera parah.

Menurut sumber tempatan kepada wartawan Pusat Informasi Palestin, pesawat perang Israel jenis F-16 telah melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya satu bidang tanah pertanian di Hay Satr dekat utara Khan Younis (dari selatan Jalur Gaza) mengahancurkan tempat itu keseluruhannya namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.  IOF turut dilaporkan menggempur kawasan lain di selatan Jalur Gaza yang popular dengan nama “zon Abu Jarrad” tanpa laporan sebarang kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Fatah menyeru agar Hamas digulingkan

Jumaat , 25/02/2011 – Pihak pejuang Palestin mengatakan, kerajaan Fatah sengaja menimbulkan isu menentang Hamas apabila Hamas mendakwa Fatah tidak serius dalam usaha rundingan kebangsaaan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmed baru-baru ini menuduh Hamas menggalakkan perpecahan, dengan itu Azzam menyeru agar Hamas digulingkan.

Dalam satu kenyataan bertentangan sebelum ini, pegawai kanan Palesin, Nabil Shaath telah memperbaharui rundingan damai dengan Hamas dan Perdana Menteri de facto di Ramallah, Salam Fayyad dalam usaha menuju perpaduan termasuk dengan Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati