Categories
Berita Semasa

Peranchis Usul Tamatkan Sekatan

Khamis, 10/06/2010 – Perancis mengajukan cadangan menamatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza yang sudah berjalan selama empat tahun. Pihaknya mengusulkan agar Kesatuan Eropah memainkan peranan yang lebih besar dalam menjamin kejayaan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui darat, iaitu melalui pintu Rafah serta melalui laut dengan melakukan kawalan terhadap kapal-kapal antarabangsa yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza.

Menteri Luar, Prancis Bernard Kouchner mengatakan dalam sidang akhbar bersama dengan rakannya dari England, William Den Haag, di Paris, “Ada kemungkinan Kesatuan Eropah melakukan kawalan terhadap kapal-kapal kargo yang membawa barang ke Semenanjung Gaza dan mengawasi sempadan Rafah, Mesir.”

Kouchner mengatakan, “Dalam waktu tertentu kita harus mengawasi pintu masuk Rafah. Kita menyarankan sekali lagi bahawa Kesatuan Eropah boleh mengambil alih kawalan pintu masuk ini dengan sangat ketat.”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Penjajah Zionis berhasrat menghancurkan 45 perkampungan arab di wilayah Negev (النقب)

Rabu, 09/06/2010 – Badan “Kerajaan” Zionis yang disebut sebagai Jabatan Pembinaan dan skim Perumahan Zionis telah membuat persiapan untuk menghancurkan ribuan rumah Arab di wilayah Negev dalam rencananya untuk mengambil tindakan keras terhadap warga Palestin dan membina penempatan secara intensif. Perkara tersebut dilakukan atas dasar untuk melaksanakan pemindahan secara paksaan bagi penduduk, serta pembersihan etnik di wilayah Negev.

Ahli Parlimen Arab, dalam Kabinet Zionis (Knesset), Talab al-Sani`, membuat kenyataan dalam sidang media yang diterbitkan pada Isnin (06/07) bahawa Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan di bawah Kementerian Zionis telah mengadakan lawatan lapangan di perkampungan Arab di wilayah Negev, dengan beberapa penyertaan dari kontraktor-kontraktor dalam rangka mengajukan permohonan untuk tender, selepas kerajaan Zionis mengumumkan bajet kewangan untuk melaksanakan rancangan mereka terhadap wilayah Negev dengan kedatangan satu juta pendatang Zionis ke wilayah tersebut.

Al-Sani` memberi amaran bahawa tindakan provokatif Zionis itu, akan menyebabkan tercetusnya “Intifadah (pemberontakan) tanah dan perumahan,” di Negev, serta meminta agar kerajaan penjajah mempertimbangkan kembali rancangannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel menahan dua remaja Palestin di Tebing Barat

Rabu, 09/06/2010 – Semalam, Tentera Tejim Zionis menahan dua budak Palestin di Bethlehem dan Hebron di Tebing Barat.

Tentera Rejim Zionis menahan, Ahmad Abu Amira di salah satu pintu masuk Al-Haram Al-Ibrahimi kerana memiliki pisau. Di Bethlehem, Tentera Rejim Zionis menahan, seorang budak lelaki yang tidak diketahui namanya, kerana dikatakan membaling batu pada kereta pengdatang haram yahudi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Dunia luar perlu perhebat kempen membuka laluan laut ke Gaza

Rabu, 09/06/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya menegaskan dunia antarabangsa perlu konsisten dalam memperjuangkan pembukaan laluan laut ke Gaza. HAMAS telah berjaya “bebaskan” Gaza. Beliau menyatakan dalam satu sesi pertemuan dengan delegasi ahli parlimen Arab.

Beliau turut menyatakan, HAMAS sudah siap melakukan pakatan dengan Fatah, tetapi beberapa perkara kecil perlu di selesaikan. Ismail Haniya memberitahu masalah pilihanraya dan pembahagian kerusi parlimen sedang cuba di atasi. Ini kerana terdapat cubaan Fatah untuk melenyapkan HAMAS dari perkembangan politik Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Rafah: Seorang remaja cedera parah selepas satu pelantar meletup

Rabu, 09/06/2010 – Seorang remaja Palestin cedera parah hari ini selepas sebuah pelantar meledak di salah satu kawasan tinggalan Israel di Rafah.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, berkata bahawa remaja tersebut, Muhammad Fayiz Dihleiz, 15, dari Rafah mengalami cedera parah akibat dari pelantar yang meletup kuat, ketika beliau sedang mengumpul batu-batu kerikil dan besi di Atzmuna.

Dihleiz dibawa ke Hospital Abu Yousif Al-Najjar di Rafah di mana tangan dan kakinya hancur, kata Hassanein. Kemudian beliau dipindahkan ke Hospital Al-Orobi di Khan Younis untuk menerima rawatan lanjut, tambah Hassanein.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Uri Avnery dibelasah di Tel Aviv.

Rabu, 09/06/2010 – Puak Yahudi berhaluan kanan di Israel telah membelasah Uri Avnery iaitu ketua kumpulan keamanan Israel, ‘Gush Shalom’, kerana menulis analisa tentang kejadian yang berlaku ke atas anak kapal Mavi Marmara baru-baru ini. Uri Avnery adalah seorang penulis yang kerap menulis dalam majalah Tikkun. Dia juga adalah ahli lembaga penasihat editorial di penerbitan tersebut. Di sini dia mahu berkongsi tulisan beliau dengan para pembaca.

Categories
Berita Semasa

Israel serang daerah berbeza di Gaza

Rabu, 09/06/2010 – Israel telah melancarkan serangan dengan mengerahkan pesawat dan kereta kebal mereka melepaskan tembakan hari ini di beberapa kawasan yang berbeza di Semenanjug GazaSerangan ganas pesawat Zionis itu telah mengenai sekumpulan warga Palestin di bandar Jabalia, Gaza, menyebabkan beberapa orang cedera.

Ahmad salah seorang yang mengalami kecederaan telah berpindah ke Hospital Kamal Odwan di Bait Lahya, kata Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Klinik Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, kerana keadaanya semakin kritikal. Selain itu, kereta kebal Israel di Nahal Oz, pangkalan tentera Israel, menyerang pertanian di timur Gaza mensasarkan petani di sana, namun tiaada kecederaan dilaporkan.

Di Bait Hanoon, kereta kebal Israel melepaskan tembakan kea rah kumpulan pekerja di Beit Hanoon mengakibatkan seorang mengalami kecederaan iaitu Adham Al-Kfarna yang kemudiaanya dikejarkan ke Hospital Kamal Odwan untuk menerima rawatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  mujaheed929

Categories
Berita Semasa

Asad dan Erdogan: Israel akan membayar harganya

Rabu, 09/06/2010 – Sekali lagi, Presiden Syria, Bashar al-Asad dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan yang dilakukan rejim Zionis terhadap flotilla kebebasan yang suba belayar ke Genting Gaza bagi memecahkan kepungan yang zalim. Mereka menganggap serangan tersebut sebagai sebahagian daripada sifat permusuhan Zionis dan Zionis akan membayar harga darah yang telah ditumpahkan.

Dalam sidang akhbar yang menghimpunkan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari Isnin (7/6) di Ankara, Presiden Asad menegaskan bahawa serangan Zionis itu adalah satu jenayah besar dan ia adalah tindakan membunuh terhadap para aktivis yang dilakukan dengan penuh perancangan yang rapi.

Asad juga memperlihatkan solidariti bangsa Arab Syria dengan saudara mereka bangsa Turki yang kehilangan para aktivis dalam kejadian serangan Zionis terhadap flotilla ‘kebebasan’. Beliau berkata: “Para syuhada’ tersebut tempat mereka adalah di syurga. Perasaan kami ketika kehilangan mereka, sama dengan perasaan kami ketika kehilangan mana-mana warga Syria, Palestin atau Arab yang lain.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Erdogan Rancang Lawat Gaza

Rabu, 09/06/2010 – Akhbar “masa depan” Lubnan mengatakan hari ini bahawa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan sedang memikirkan untuk melawat Gaza untuk mematahkan sekatan yang dikenakan oleh tentera rejim Zionis.

Surat khabar itu menyebarkan maklumat dari sumber yang dipercayai dari Turki, bahawa Erdogan menyakinkan kerajaan Amerika bahawa dia membuat permintaan dari Tentera Laut Turki untuk mengawal setiap armada kapal yang siap untuk pergi ke Gaza, tapi para pegawai Amerika telah memintanya untuk menunggu dan mengkaji dengan sedalamnya.

Kerajaan Turki berada di bawah tekanan rakyat dan politik untuk membatalkan perjanjian ketenteraan dengan Israel. Namun, tentera Turki menentangnya. Dalam apa yang dianggap sebagai peningkatan belum pernah terjadi sebelumnya dari bahasa Turki dalam proses memainkan-lengan dengan Israel, Erdogan di sebuah festival popular di bandar Konya, terletak di Anatolia pusat, berkata bahawa “nasib Baitulmuqaddis ini berkaitan dengan nasib Istanbul dan bahawa nasib Gaza berkaitan dengan nasib Ankara “, dan bersumpah untuk memberikan Turki dan Palestin hak-hak mereka, walaupun jika dunia meninggalkan mereka.

Pandangan dari perkembangan ini datang dalam konteks konfrontasi terbuka antara Turki dan Israel dalam serangan armada kebebasan ke Gaza diikuti dengan gelombang protes dan kutukan besar di dunia.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Hebron diserang rejim Zionis semalam

Rabu, 09/06/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) semalam telah  menyerbu bandar Ezna di sebelah barat Hebron, Tebing Barat dan membina dua penghadang di pintu masuk utama bandar.

“Pasukan Israel menyerang bandar Ezna waktu subuh dan berkeliaran di jalanraya, namun tiada tangkapan dilaporkan” sumber keselamatan kepada agensi berita Safa.

IOF telah membina dua penghadang di dua pintu masuk Hebron. Mereka mendirikan penghadang di pintu masuk kota Halhoul, manakala satu lagi di sebelahnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel membunuh empat rakyat Palestin di laut

Rabu, 09/06/2010 – Empat rakyat Palestin telah terbuinuh seawal pagi Isnin bila mana bot yang dinaiki mereka telah ditembak oleh tentera laut Israel berhampiran Perlabuhan Gaza.

Bot tersebut telah diserang oleh bot bersenjata Israel di laut Al-Zahra, mengikut sumber dari Palestin.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Hospital Al-Shefa, Dr. Muawiya Hassanein berkata, para syuhada tersebut adalah Hamed Thabet, 20, Ibrahem Al-Wahidi, 25, Mohammed Quider, 34, dan Fayez Al-Firi, 21.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Jangan ketinggalan program malam esok bersama sukarelawan Gaza.

Tentatif

8.00 – 8.45 mlm Pendaftaran

8.45 – 9.00 mlm Ucapan pembukaan: Pengerusi Majlis

9.00 – 9.15 mlm Viva Palestine

9.15 – 9.30 mlm PACE

9.30 – 9.45 mlm Haluan Palestin

9.45 – 10.00 mlm Nasyid and Multimedia

10.00 – 10.15 mlm Christian Society

10.15 – 10.30 mlm Shah Alam Parliamentarian

10.30 – 10.45 mlm Global Peace Malaysia

10.45 – 11.15 mlm Personal Testimony

11.15 – 11.30 mlm Nasyid & Closing

Program sepanjang Ceramah : • Kaunter

• Edaran

• Tapak Jualan

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Parlimen Israel Kecoh !

Categories
Foto/Video/Muzik

Temubual Al Jazeera bersama aktivis Ken O’Keefe atas dakwaan Israel terhadapnya.

Categories
Berita Semasa

AS menyokong tragedi pembunuhan kejam armada kebebasan

Selasa, 08/06/2010 – Amerika Syarikat menganggapkan tindakan Israel melakukan pembunuhan secara kejam baru-baru ini terhadap para aktivis yang berada di atas kapal armada kebebasan, yang cuba belayar ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, adalah sebagai tindakan untuk mempertahankan hak mereka dan menjaga “keselamatan Israel”.

Joseph Biden, Naib Presiden Amerika, telah berkata dalam sebuah wawancara televisyen bahawa “ Israel “memiliki hak penuh dalam menahan dan memeriksa kapal yang menuju ke Gaza. Beliau menambah lagi bahawa : “Israel tidak mengetahui (sebenarnya) muatan kapal yang menuju ke Gaza tersebut yang telah dilancarkan roket keatasnya”.

Joseph Biden menegaskan lagi bahawa armada kebebasan perlu bertanggungjawab atas kesalahan mereka sendiri kerana tidak mematuhi atau mendengar kehendak Zionis supaya armada menukar pendirian mereka dan memberi peluang kepada “kerajaan” Zionis atau kebenaran supaya menguruskan bantuan kemanusiaan dengan (pihak rejim Zionis) membawa sendiri kapal konvoi tersebut ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif