Categories
Berita Semasa

Jet Zionis serang sekolah di As-Syujaiyah dekat Timur Gaza

Ahad, 24/07/2011 – Jet perang Zionis lewat petang Selasa (19 Julai) melancarkan serangan udara terhadap Gaza. Saksi kejadian melaporkan bahawa jet perang Zionis dari jenis F-16 pada lewat petang Selasa membedil menggunakan bom yang dijatuhkan di kawasan berdekatan Sekolah ‘Umar bin Abdel Aziz, di Timur Hayy As-Syujaiyah dari arah timur Gaza.

Saksi tersebut turut menambah bahawa letupan yang memekakkan telinga dapat didengari dari tempat tersebut sehingga ke tempat lain yang agak jauh dari Bandar Gaza, dan menyebabkan kemusnahan sekolah dan perumahan di sekelilingnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk tindakan Israel sebagai ‘lanun antarabangsa’

Ahad, 24/07/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ‘lanun antarabangsa’ ke atas aktivis pro Palestin di atas bot Al-Karama yang cuba memasuki Semenanjung Gaza.

Seorang jurucakap tentera Israel mengumumkan bahawa tentera laut Israel memintas ketika bot tersebut menghampiri pantai Gaza pada Selasa. Tentera Israel mendakwa terdapat senjata di atas bot tersebut, namun
dinafikan oleh para penumpang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis berniat halang Dignity ke Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Sumber politik Zionis mengumumkan bahawa tentera laut Zionis tidak akan membenarkan kapal Perancis, Dignitiy, untuk berlayar ke Gaza, melalui perairan Gaza, dan pada waktu yang sama menggesa rangkaian NGO Palestin untuk memberhentikan perjalanan kapal itu secepat mungkin.

Sumber itu berkata, dalam kenyataan yang disiarkan oleh radio Hebrew pada hari Isnin (18 Julai) : “ahli kapal Dignity Perancis mahu menceroboh masuk ke kawasan perairan untuk sampai ke Gaza, dan mereka ingin berhadapan dengan ketenteraan kita. Oleh itu kita, Israel, akan menghalang kapal Perancis ini daripada tiba ke Gaza.”

Kapal Dignity yang memulakan perlayaran kelmarin dari pelabuhan Greek menjangkakan bahawa kapalnya akan tiba di Gaza selepas Zohor hari Selasa, dan memuatkan beberapa sukarelawan Perancis dan bangsa lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel melanjutkan tahanan pentadbiran rakyat Palestin untuk kali ke 4

Rabu, 20/07/2011 – Sebuah mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan pentadbiran banduan Palestin Ihab al-Qawasimi selama empat bulan lagi untuk kali kelima sejak dia mula-mula ditangkap.

Qawasimi ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan ke Jordan pada bulan Ogos 2009 kerana dia mahu menghadiri pengebumian bapa saudaranya. Penangkapan dibuat ketika Israel berkempen untuk menahan rakyat Palestin selepas gagal meletak dakwaan ke atas mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Meratakan Tanah Palestin

Rabu, 20/07/2011 – Peneroka haram Yahudi meranapkan tanah Palestin di kampung Sa’eer, utara bandar Al-Khalil, pada hari Ahad di bawah perlindungan tentera Zionis Israel, kata sumber-sumber tempatan.

Pusat penyelidikan di bandar ini berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa peneroka haram ini datang dari penempatan haram berhampiran dan meranapkan kawasan tanah pertanian yang besar.

Pemilik tanah itu berkata bahawa jentolak meranapkan tanah mereka tanpa notis terlebih dahulu, dan peneroka haram menarik diri dari kawasan itu apabila rakyat mula berkumpul berhampiran mereka.

Beliau menggesa media dan kumpulan hak asasi manusia untuk hadir bersama apabila peneroka haram dijangka kembali pada pagi Isnin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dua Pejuang al-Qassam Cedera dalam Serangan Udara Israel

Rabu, 20/07/2011 – Dua pejuang dalam bridget al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS cedera pada pagi Isnin dalam satu serangan udara Israel di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Jurucakap perkhidmatan kesihatan, Adham Abu Salmiya memberitahu Pusat Info Palestin bahawa salah seorang yang cedera berada dalam keadaan yang serius, dan mereka berdua dibawa ke Hospital Eropah di bandar Khan Younis. Sumber tempatan memberitahu bahawa pesawat tanpa pemandu Israel mengebom pusat pemerhatian pejuang Qassam dan mencederakan dua daripada mereka.

Tiga rakyat Palestin cedera dan lebih daripada dua puluh cedera dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam beberapa hari yang lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Gesaan campur tangan antarabangsa dengan segera berikutan tindakan terbaru rejim Zionis ke atas Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) menggesa campu tangan antarabangsa ketika rejim Zionis memperhebatkan serangan ke atas Gaza.

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada Ahad lalu, PCHR memaklumkan bahawa rejim Zionis mensasarkan orang awam dan harta benda awam di beberapa lokasi di Gaza. Dalam tempoh beberapa hari lalu, 8 serangan udara dilakukan sehingga menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan 20 orang termasuk 5 kanak-kanak.

Serangan udara tersebut juga mengenai 3 kawasan latihan pejuang Palestin serta reban binatang dan memusnahkan sama sekali sebuah rumah, selain menyebabkan beberapa kerosakan terhadap rumah-rumah dan struktur lain. Serangan yang terbaru berlaku pada pagi Ahad lalu di Beit Hanoun yang mana sebuah perigi milik persendirian musnah serta mencederakan 9 orang awam Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kebakaran besar berlaku di Baitulmuqaddis

Rabu, 20/07/2011 – Satu kebakaran besar hutan telah berlaku di barat Baitulmuqaddis sehingga lebih daripada 50 anggota bomba daripada 33 unit termasuk pesawat dipanggil bagi memadamkan kebakaran. Api merebak sehingga mengancam pinggir bandar. Polis Israel masih menutup jalan-jalan berdekatan disebabkan kesan bahan pemadam api yang digunakan. Pembakaran yang disengajakan disyaki sebagai pnca api merebak di lokasi yang berasingan pada satu masa, kata pasukan penyelamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya gesa Erdogan bantu pemulihan Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya telah menggesa rakan sejawatannya di Turki, Recep Erdogan untuk menyumbang kepada pemulihan Gaza serta berusaha untuk mengangkat sekatan di kawasan berhampiran pantai.

Dalam satu mesej daripada delegasi kerajaan Palestin ke Ankara, Haneyya menyeru kerajaan Turki memberi sokongan kepada rakyat Palestin. Perdana Menteri itu juga berharap agar Erdogan akan mengenengahkan isu Baitulmuqaddis di arena antarabangsa.

Haneyya berkata, Hamas telah memulakan rundingan dengan Fatah untuk memperkukuhkan kedudukan Palestin serta ingin mengumpulkan dunia Arab, Islam dan sokongan antarabangsa demi Baitulmuqaddis. Namun, campur tangan asing telah membantutkan usaha tersebut. Haneyya mendakwa campur tangan itu bertujuan memastikan Gaza terus diceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Ancam Kapal Karamah Perancis

Rabu, 20/07/2011 – Sumber politik Israel menyebutkan bahawa pihak marin Israel tidak akan mengizinkan kapal Perancis mendarat di pantai Gaza. Pihak gabungan organisasi tempatan Palestin menuntut masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk melindungi kapal tersebut.

Sumber menyatakan dalam siaran radio Israel, Isnin (18/7) “Penumpang kapal Karamah Perancis berusaha menembusi sekatan laut yang dilakukan mereka terhadap Gaza dan hendak melakukan konfrontasi dengan tentera kita, Israel akan mencegah kapal Perancis ini daripada menghampiri pantai Gaza,” ungkapnya.

Penyelenggara kapal Karamah mengumumkan bahawa kapal telah berlayar kelmarin dari salah sebuah pelabuhan di Greece dan akan tiba di Gaza pada Selasa, kapal ini membawa sejumlah aktivis Perancis dan relawan asing.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Foto/Video/Muzik

OST Lambaian Marmara – Isandra Palestina

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis kenakan denda $900,000 ke atas kanak-kanak Baitulmaqdis dalam masa 10 bulan

Selasa, 19/07/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis telah mengenakan denda berjumlah $900 ribu ke atas kanak-kanak Palestin di Silwan yang terletak di Baitulmaqdis atas kesalahan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan tentera rejim Zionis serta pendatang haram Yahudi sejak 10 bulan lepas.

Fakhri Abu Diab, salah seorang ahli jawatankuasa pertahanan hartanah Silwan berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, bahawa Mahkamah rejim Zionis telah melakukan penganiayaan ke atas penduduk Silwan dengan mengenakan denda yang melampau ke atas kanak-kanak mereka kerana pihak rejim tahu ahli keluarga kanak-kanak terbabit terpaksa membayar denda tersebut dengan apa cara sekalipun jika mahu anak-anak mereka dibebaskan.

Menurut Fakhri, ramai penduduk Baitulmaqdis terpaksa meminjam wang yang banyak untuk membebaskan anak-anak mereka sementara mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak mereka terus dipenjarakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menahan belia Palestin di Nablus, ribut Al-Khalil

Selasa, 19/07/2011 – Tentera Pendudukan Israel (IOF) telah menahan seorang pemuda Palestin di kampung Nablus Til pada subuh hari Khamis selepas tentera itu memusnahkan rumah pemuda itu dan rumah-rumah lain di kampung tersebut.

Askar IOF Lain-lain menyerbu bandar Al-Khalil, telah memasang sekatan jalan raya dan memeriksa kerakyatan melalui ID mereka. Sumber-sumber tempatan berkata bahawa tentera menahan beberapa pemuda untuk disoal siasat latar belakang mereka dan kemudian membebaskan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mahkamah British akan memeriksa tuntutan ikat jamin Sheikh Raed Salah pada Jumaat

Selasa, 19/07/2011 – Tuntutan ikat jamin Sheikh Raed Salah akan didengar di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat 15 Julai 10.30 pagi.Satu protes akan dijalankan di luar Mahkamah Keadilan Diraja di the Strand, London WC2A 2LL pada 10 pagi.Protes tersebut menyeru pembebasan Sheikh Raed yang ditahan di HMP Bedford, meski tekanan politik semakin meningkat ke atas Setiausaha Theresa May.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dua serangan udara ke atas Gaza cederakan wanita, musnahkan

Selasa, 19/07/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah melakukan 2 serangan udara ke atas sebuah kilang membuat besi yang terletak di timur Gaza. Serangan yang dilakukan pada waktu Subuh, Rabu lepas telah sama sekali memusnahkan kilang tersebut dan mencederakan seorang wanita Palestin, kata sumber tempatan.

Kata sumber itu lagi, beberapa buah jet tentera rejim Zionis, F-16 telah melancarkan peluru berpandu ke arah kilang membuat besi terbabit yang terletak di pinggir Bandar Tufah, timur Gaza sehingga memusnahkan kilang terbabit serta beberapa buah rumah yang terletak berhampirannya dan sebuah paip air utama sehingga menyebabkan bekalan air ke kawasan kejiranan tersebut terputus.

Adham Abu Salmiya, seorang jurucakap khidmat perubatan berkata wanita Palestin yang tercedera dalam serangan itu telah dibawa ke Hospital Syifa. Manakala jet tentera terbabit kembali lagi 2 jam kemudian dan melakukan serangan ke atas kilang besi yang sama sehingga mengakibatkan lebih banyak kemusnahan di kawasan tersebut, kata sumber tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa