Categories
Berita Semasa

Hamas seru pejuang balas jenayah Israel di Ramallah.

Rabu , 06-03-2019 – Pertubuhan Pergerakan Hamas mengutuk satu kejadian serangan maut dengan senjata api yang berlaku di barat Ramallah dan menggambarkan akan “mentaliti penjenayah yang ada pada tentera rejim zionis Israel” serta menegaskan jenayah seperti itu menjadi satu lagi bukti betapa rejim penjajah itu perlu dihalau keluar dari tanah Palestin.

Ia menjadi jawapan kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anggota tentera rejim di Kafr Ni’ma yang terletak di bahagian barat Ramallah pada awal pagi hari Isnin kelmarin. Serangan senjata api itu telah mengorbankan dua pemuda warga Palestin dan mencederakan seorang lagi, dimana mangsa telah didakwa cuba melakukan serangan dengan menggunakan kereta yang dipandu laju dan melemparkan bom Molotov Cocktail.

Hamas meminta para pejuang Palestin yang ada di Tebing Barat agar membalas balik jenayah yang telah mengorbankan dua penduduk Palestin itu dan percaya bahawa serangan balas yang bakal dilakukan akan setimpal dengan jenayah yang telah berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Haneyya: kami akan terus berusaha menghentikan jenayah Israel di penjara

Selasa , 05-03-2019 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menekankan yang gerakan itu sedang mengikuti kempen Israel yang semakin menjadi-jadi ke atas tahanan Palestin di penjara. Hamas juga mempunyai hubungan dengan Jawatankuasa Tertinggi Gerakan Tahanan.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, Haneyya berkata yang kepimpinan Hamas akan terus berusaha menghentikan jenayah Israel ke atas tahanan Palestin dan memperakui hak serta permintaan mereka.

Pegawai Hamas memuji ketabahan dan keberanian para tahanan di penjara Israel serta menyuarakan keyakinan yang para tahanan tersebut tidak akan mengalah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tahan pengawal keselamatan Masjidil al-Aqsa.

Selasa , 05-03-2019 – Polis rejim zionis Israel bertindak menahan seorang pegawal keselamatan yang bertugas di Masjidil al-Aqsa. Jurucakap Jabatan Wakaf Islam, Baitulmuqaddis, Feras al-Dibs berkata bahawa anggota polis rejim menahan Ali Hamad di pintu masuk al-Asbat dan membawanya ke pusat penyiasatan di Kota Lama.

Polis Israel menangkap berpuluh pegawai Wakaf dan pegawal keselamatan masjid yang terletak di Kota Lama, Baitulmuqaddis itu selepas mereka mengadakan sembahyang berjemaah sempena pembukaan semula ruang solat, Bab al-Rahman pada hari Jumaat minggu lepas setelah 16 tahun tempat itu ditutup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Gabenor Baitulmuqaddis antara warga Palestin yang ditahan oleh tentera Israel

Selasa , 05-03-2019 – Sejumlah warga Palestin telah ditahan dan kediaman orang awam digeledah oleh tentera rejim zionis sebelum subuh Rabu Tentera rejim mengaku bertanggungjawab menculik 8 warga Palestin dari Tebing Barat atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti penjajahan.

Peguam Muhammed Mahmoud berkata yang tentera rejim menahan 22 warga Palestin di bandar al -Issawiya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Lancar Rangkaian Serangan Udara di Wilayah Tengah Gaza



Selasa , 05-03-2019 - Pesawat penjajah Zionis Israel pada Rabu (27/2/2019) malam telah melancarkan serangkaian serangan udara di lokasi perlawanan Palestin di barat daya Deir Balah di wilayah tengah Semenanjung Gaza. Menurut wartawan Pusat Informasi Palestina, pesawat helikopter penjajah Zionis Israel menembak dua buah bom ke sebuah lokasi Brigade Al-Qassam di pantai barat daya Deir Balah.

Sumber ini menambah bahawa beberapa minit setelah pengeboman ke lokasi tersebut pesawat Israel meneruskan dengan melancarkan serangan empat bom berpandu dalam dua serangan berlainan. Terdengar bunyi ledakan besar dari serangan pengeboman tersebut. Penjajah Israel mendakwa bahawa serangan tersebut dilakukan setelah ada pelepasan belon api ke arah penempatan Israel di pinggir Semenanjung Gaza, salah satunya jatuh di rumah penduduk Israel dan menyebabkan kerosakan. Demikian menurut sebuah pernyataan yang dikeluarkan pihak penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Tahanan warga Palestin lumpuh mulakan mogok lapar.

Khamis , 28-02-2019 – Seorang tahanan warga Palestin yang lumpuh dan berasal dari al-Khalil, Moataz Abidu memulakan mogok laparnya tanpa menyatakan sehingga bila ianya akan berakhir. Mogok dilakukan kerana membantah keputusan lanjutan tempoh penahanan di penjara tanpa bicara yang dikenakan keatasnya.

Pertubuhan Tahanan Warga Palestin (PPS) berkata, sebaik sahaja beliau mengistiharkan dirinya mogok, dia terus dihantar ke bilik kurungan berasingan.

Semasa ditahan pada 2011, dia cedera ditembak menyebabkan kaki kirinya lumpuh sementara kaki kanan menjadi lemah dan tidak boleh digerakkan, tambah pertubuhan itu lagi.


sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

50 pengawal Aqsa memasuki kawasan Bab al-Rahma

Khamis , 28-02-2019 – Kira-kira 50 pengawal Masjid Aqsa pada hari Selasa memasuki kawasan Bab al-Rahma Masjid untuk menyatakan penolakan mereka terhadap kempen penahanan dan pembuangan yang dilancarkan baru-baru ini oleh polis rejim Zionis terhadap mereka.

Polis Israel menangkap sejumlah besar pegawai Awqaf Islam dan pengawal Aqsa di Jerusalem selepas mereka mengambil bahagian dalam pembukaan kawasan sholat Bab al-Rahma Jumaat lalu.

Para pegawai Awqaf yang paling terkenal yang menerima perintah pembuangan adalah Sheikh Abdul-Adheem Salhab, ketua Awqaf Islam, dan timbalannya Najeh Bukairat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Dua Remaja Gaza Cedera akibat Serangan Rejim Zionis semasa Protes diwaktu Malam

Khamis , 28-02-2019 – Sekurang-kurangnya dua remaja Palestin ditembak dan cedera pada petang Selasa lalu ketika Rejim Zionis (IOF) melepaskan tembakan ke arah puluhan penunjuk perasaan di sepanjang sempadan timur Gaza.

Penduduk tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa Rejim Zionis menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang mengadakan protes secara damai di timur Semenanjung Gaza lalu mencederakan dua daripadanya.

Puluhan remaja lelaki membakar tayar, menggunakan pembesar suara untuk memainkan lagu negara, dan menghalakan sinaran laser ke arah tentera di belakang pagar sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi ceroboh Masjidil al-Aqsa.

Rabu , 27-02-2019 – Sekumpulan berpuluh pendatang haram Yahudi dilaporkan telah menceroboh masuk Masjidil al-Aqsa dengan diiringi anggota polis Israel.
Menurut akhbar Quds Press yang memetik kenyataan Jabatan Wakaf Islam Baitulmuqaddis sebagai berkata bahawa 35 orang pelampau Yahudi telah memasuki halaman masjid itu melalui pintu al-Maghareba dan seterusnya telah dibawa melihat-lihat sekitar halaman masjid sambil diberi penerangan yang mendakwa bahawa di situlah terletaknya tapak “Kuil Suci” mereka.

Agensi berita itu turut menyatakan, ramai anggota polis rejim ditugaskan mengiringi pendatang tersebut sehingga mereka meninggalkan kawasan masjid melalui pintu al-Silsila.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

2 rakyat Palestin ditahan kerana melepasi sempadan.

Rabu , 27-02-2019 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menahan dua warga Palestin setelah mereka menyeberangi pagar sempadan dari Semenanjung Gaza ke Israel.

Sumber media Israel menyatakan yang dua rakyat Palestin yang tidak bersenjata ditahan untuk siasatan setelah menyeberangi pagar sempadan utara Semenanjung Gaza.

Sumber tersebut turut mendakwa yang bom buatan sendiri turut dilemparkan ke arah tentera rejim yang berpengkalan di kawasan sempadan. Tiada kecederaan dilaporkan ketika serangan yang dikatakan berlaku itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Muslim memaksa polis Israel membuka kunci Pintu Masuk Al-Rahma

Selasa , 26-02-2019 – Penunjuk perasaan Muslim pada hari Selasa memaksa pihak berkuasa Israel untuk membuka kunci Bab al-Rahma Gate, yang baru-baru ini dimeteraikan oleh polis Israel di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa.

Sumber di Jabatan Awqaf Islam mengumumkan bahawa polis Israel telah mengeluarkan kunci dan rantai yang mereka letakkan sehari sebelumnya di pintu logam menuju bangunan Bab al-Rahma, di dinding timur Kota Lama Jerusalem.

Ketegangan meletus berhampiran dan di Masjid al-Aqsa selepas polis Israel menutup pintu logam dan menahan orang Muslim yang beribadah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

22 warga Palestin diculik dalam kempen IOF di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis

Selasa , 26-02-2019 – Tentera rejim zionis (IOF) pada subuh Selasa meculik 22 warga Palestin ketika kempen di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis. Menurut sumber tempatan, tujuh warga telah ditahan ketika kempen IOF di bandar Teqoa, timur Bethlehem dan kem pelarian Jenin, barat Jenin.

Dua lagi diculik dari kediaman mereka di bandar Silwad, timur laut Ramallah dan kampung al-Janiya, barat Ramallah.

]sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Syeikh Salhab: Bersiap Siaga Cara Terbaik Lindung Al Aqsa


Selasa , 26-02-2019 - Syeikh Abdul Adzim Salhab, Ketua bahagian wakaf Islam menegaskan bahawa bersiaga dan berjaga di Masjid al Aqsa merupakan langkah terbaik untuk melindunginya. Pasca penutupan pintu Babur Rahmah, Syeikh Abdul Adzim mengatakan, “Hak kita untuk mengunjungi bangunan Babur Rahmah dan tidak mengiktiraf keputusan penjajah Israel, Masjid al Aqsa merupakan garis merah yang tak boleh diabaikan walaupun hanya sejengkal tanahnya.

Ia berkata ketika para anggota dewan wakaf Islam mengungjungi Babur Rahmah, Tindakan penjajah zionis menutup Babur Rahmah merupakan penodaan dan penistaan terhadap kehormatan masjid. Syeikh Salhab meminta komitmen rakyat Palestin memaksa penjajah Zionis untuk membuka penghalang dan rantai besi, ia merupakan hak kaum muslimin untuk solat di mana-mana kawasan Masjidil Aqsa Mubarak.

Adalah menjadi satu kewajiban untuk melindunginya sebagai sebahagian dari Masjidil Aqsa. Syeikh Salhab menjelaskan, segenap usaha akan terus dilakukan untuk membuka rantai besi dan rancangan pengubahsuaian segera dilakukan untuk sebagai tempat solat, ia tidak boleh dibiarkan terbengkalai dan terus dalam ancaman penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel memperbaharui tempoh tahanan seorang wanita Palestin

Khamis, 21-02-2019 – Tentera rejim Israel pada Isnin memutuskan untuk melanjutkan tempoh penahanan seorang tahanan Palestin Fedaa Da’mas, 24, sebanyak 4 bulan.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, tentera rejim menculik Da’mas dari rumahnya pada 29 Mei 2018.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati


Categories
Berita Semasa

Penduduk Nagev Dipaksa Merobohkan Rumah Sendiri

Khamis, 21-02-2019 - Data rasmi Israel menunjukan tindakan meroboh rumah penduduk Palestin di Nagev meningkat setiap tahun dengan alasan tidak mendapat keizinan. Menurut data yang disiarkan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Israel oleh akhbar Haaretz hari ini (11/2) menunjukan, majoriti perobohan rumah dilakukan oleh pemiliknya, setelah pemerintah Zionis mengeluarkan surat perintah. 

Hal itu dilakukan demi untuk menghindarkan daripada dikenakan denda oleh Israel terhadap pemilik rumah jika pihak pemerintah sendiri yang merobohkannya. Pada tahun 2013 tercatat 697 rumah diroboh, 397 rumah diroboh sendiri oleh pemiliknya. Pada 2014 sejumlah 1073 rumah dimusnahkan 718 di antaranya dirobohkan sendiri oleh pemiliknya. Pada 2015, tercatat sebanyak 982 rumah dihancurkan, 617 di antaranya diroboh sendiri oleh pemiliknya. Pada 2016, sebanyak 1158 rumah dihancurkan, sebanyak 746 dihancurkan oleh pemiliknya sendiri. Pada tahun 2017 jumlah rumah yang dihancurkan dua kali ganda dari tahun sebelumnya mencapai 2220 rumah, di mana 1579 rumah dihancurkan oleh pemiliknya sendiri.

Pada tahun 2018, tercatat 2326 rumah dihancurkan, 2064 di antaranya dihancurkan oleh pemiliknya sendiri. Surat khabar Haaretz menyebutkan, perobohan rumah oleh pemiliknya adalah tindakan yang disukai oleh pihak otoriti penduduk, kerana ia dapat menjimatkan kos pemusnahan rumah. Di samping perlu membawa pasukan dan peralatan perobohan dan tidak perlu membawa pihak polis ke lokasi. Untuk melaksanakan tindakan ini, pasukan Israel mengancam warga dengan menyerahkan surat pemberitahuan terlebih dahulu, bahawa mereka akan dikenakan denda jika pihak pemerintah yang merobohkan rumah mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman