Categories
Berita Semasa

Warga Palestin kehilangan tanah dalam serangan pendatang Tebing Barat

Jumaat , 18/03/2011 – Belasan pohon tumbang dan pertelingkahan tercetus ketika para pendatang menyerang warga Palestin di Tebing Barat.

Sekumpulan pendatang Yahudi mencerobohi kawasan Litwana di timur bandar Yatta dan mencabut pokok-pokok yang dimiliki keluarga Rib’i, demikian laporan aktivis-aktivis anti pendatang. Pendatang-pendatang itu merampas tanah milik Salman Jibril Rib’I, Salman Salama Rib’i dan Ribhi Ahmed Rib’i, sumber tersebut menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamdan: PA akan menemui nasib yang sama seperti tumbangnya rejim-rejim Arab

Jumaat , 18/03/2011 – Ahli Politbiro Hamas Osama Hamdan mengatakan bahawa mereka yang menyokong pendudukan Israel akan menemui nasib yang sama seperti rejim yang runtuh dalam revolusi yang menyapu dunia Arab.

Ia merujuk kepada Pihak Berkuasa Palestin saat ini yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas. Baru-baru ini terdapat dokumen bocor mendedahkan PA telah memiliki koordinasi keselamatan yang ketat dengan Israel.

Perubahan yang terjadi di kawasan-kawasan Arab disebabkan oleh situasi perkumpulan juga daerah yang terlibat Hamdan berkata dalam sebuah wawancara dengan akhbar Qatar Al-Arab.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk penangkapan yang dibuat PA di Tebing Barat selepas Insiden Itamar

Khamis, 17/03/2011 – Hamas mengutuk peningkatan jumlah penangkapan dan penganiayaan yang dibuat oleh pihak berkuasa Palestin (PA) terhadap penyokong Hamas yang berada di Tebing Barat berikutan terjadinya pembunuhan 5 orang pendatang haram Yahudi di penempatan haram Iltamar 3 hari lalu.

Hamas berkata dalam satu kenyataan media yang dibuat pada Ahad lepas bahawa peningkatan itu bertentangan dengan perbincangan ke arah penyatuan negara yang sedang diadakan. Menurut pergerakan itu lagi, peningkatan itu adalah salah satu usaha untuk menghapuskan kerajaan pentadbiran Hamas di Gaza dan “pelindung projek Palestin”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas sokong cadangan hentikan perpecahan.

Khamis, 17/03/2011 – Hamas melalui jurucakapnya, Dr. Sami Abu Zuhri, menyatakan sokongan dan dukungannya terhadap apa yang diminta oleh barisan popular Palestin, iaitu untuk mengadakan dialog nasional bertujuan membincangkan kaedah menghentikan perpecahan dan menjaga hak dan kepentingan Palestin.

Abu Zuhri dalam sidang media dekat Dataran Tentera, pada hari Isnin (14 Mac), menyeru kesemua rakyat Palestin untuk menyertai rapat umum yang akan dijalankan esok di Gaza dan Tebing Barat, dan kesemua diminta membawa bendera Palestin, untuk menunjukkan kesatuan Palestin di sebalik kepelbagaian.

Abu Zuhri juga meminta PA Abbas untuk berhenti daripada sering menahan para peserta rapat umum dan penyokong di Tebing Barat, sebaliknya memberi mereka peluang kali ini untuk menunjukkan sokongan untuk menghentikan perpecahan. Katanya lagi, PA semakin aktif menangkap para penyokong akhir-akhir ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Isteri Tahanan Mogok Lapar Letak Tentera Zionis Bertanggungjawab

Khamis, 17/03/2011 – Isteri pemimpin Hamas Al-Sayyid Abbas yang ditahan meletakkan tentera zionis bertanggung jawab penuh atas nyawanya setelah beliau memasuki hari keenam protes mogok lapar lanjutan kurungan berasingannya.

Um Abdullah berkata kepada wartawan PIC melalui telefon pada hari Isnin bahawa dia mogok makan setelah penjara Raymon menyita peralatan elektroniknya dan memindahkan ke sebuah sel penjara pengurungan berasingan yang lebih kecil setelah beliau menceritakan kaedah penyeksaan yang dilakukan dalam penyiasatan tentera Zionis dalam sebuah sidang media selepas sidang mahkamah dua minggu lepas.

Dia mengatakan bahawa dia akan meneruskan dengan mogok lapar sehingga pentadbiran penjara menamatkan pengurungan berasingan yang dikenakan selama 8 bulan.

Isteri beliau mengatakan bahawa kerajaan haram Israel memindahkan suaminya ke mahkamah Salem berhampiran Jenin pada hari Ahad dalam usaha untuk menekan beliau untuk menamatkan mogok lapar beliau, dalam keadaan beliau dibawa dengan kedua-dua tangan dan kaki digari, yang mempengaruhi keadaannya terutama bila beliau telah berada dalam kelaparan selama hampir seminggu.

Dia meminta kumpulan hak asasi manusia dan media untuk melaporkan amalan tentera penjajah Israel terhadap suaminya dan semua tahanan Palestin dalam usaha untuk menamatkan dasar kurungan berasingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Libermen: Hamas Mampu Perluas Kekuasaannya Hingga Ke Tebing Barat

Khamis, 17/03/2011 – Menteri Luar Israel, Avegdor Libermen, menyatakan bahawa penilaian yang dilakukan dalam beberapa aspek oleh Kementerian Luar Negara menyebutkan bahawa Hamas mampu memperluas kekuasaannya sehingga ke Tebing Barat, namun menurutnya, “ketika ini Hamas masih tidak mahu melakukannya”.

Dalam dialog bersama Jawatankuasa Luar Negeri dan Keamanan di Knesset, Isnin (14/3) Libermen menyatakan bahawa pihak otoriti Abbas ketika ini terus berusaha untuk mendapat sokongan antarabangsa bagi mendapat pengiktirafan negara Palestin, berbanding melakukan usaha perundingan dengan entiti Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Laporan OIC : warga Gaza hidup dalam malapetaka kemanusiaan

Khamis, 17/03/2011 – Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah mengeluarkan satu laporan mengatakan kekurangan air dan elektrik telah meletakkan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dalam malapetaka kemanusiaan.

Laporan ini juga mengatakan wilayah perlu membina lebih banyak sekolah untuk mengelakkan krisis. Menurut laporan yang dikeluarkan Isnin lalu, sepuluh peratus daripada penduduk kawasan ini tertumpu di Gaza, Rafah dan Jibalya yang menerima air hanya sekali setiap empat hari, sementara 80 peratus mencari air setiap tiga hari dan selebihnya sekali sehari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mogok besar-besaran di Lebanon protes penafian servis pelarian UNRWA

Selasa , 15/03/2011 – Perikatan pejuang Palestin di Lebanon menyeru sokongan orang awam untuk mengadakan mogok besar-besaran bagi memprotes penafian servis Agensi Bantuan PBB (UNRWA) yang selama ini diberikan kepada pelarian-pelarian Palestin
yang menumpang di Negara-negara Arab.

Servis tersebut dikatakan semakin berkurangan berikutan termeterainya Perjanjian Oslo 1993 dan meletakkan matlamat untuk membantu proses damai Asia Tengah.

Protes itu akan diadakan bermula pada hari Jumaat, jam 10 pagi berhampiran ibupejabat UNRWA di Beer Hassan, Lebanon. Ia dianjurkan oleh jawatankuasa-jawatankuasa popular dan organisasi kemanusiaan Palestin yang bertapak di Lebanon.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi Eropah mengadakan perbincangan mengenai tahanan Palestin di PBB di Geneva

Selasa , 15/03/2011 – Persidangan Antarabangsa pertama untuk Hak-hak banduan dan Tahanan Palestin akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu ini di markas PBB di Geneva.

Persidangan digelar “Bekerja untuk Keadilan” ini diadakan oleh Jaringan Eropah Oslo berasaskan Menyokong Hak Asasi Tahanan Palestin dan Hak Asasi Untuk Semua Kumpulan dan akan dihadiri oleh ahli politik Barat dan Palestin, kumpulan hak asasi dan tahanan itu sendiri.

Mereka akan mengadakan perbincangan meja bulat, membincangkan keadaan rakyat Palestin yang ditahan di penjara-penjara pendudukan haram Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pusat Informasi Palestin umumkan nama-nama anggota kabinet Kerajaan Palestin baru

Selasa , 15/03/2011 – Sumber menyatakan bahawa kabinet terdiri daripada 15 kementrian, 7 kementerian telah megalami pindaan termasuk 2 kementerian baru iaitu Kementerian Wanita dan Kementerian Hal Ehwal Palestin.

Kabinet baru ini menampilkan :
1) Ismael Haniyyeh sebagai Perdana Menteri
2) Dr. Soleh Raqab sebagai Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Agama
3) Dr. Muhammad Madhoun sebagai Menteri Belia dan Sukan
4) Dr. Bassem Naem sebagai Menteri Kesihatan
5) Dr. Alaa’ Rifati sebagai Menteri Ekonomi Negara
6) Dr. Muhammad Awoud sebagai Menteri Perancangan dan Hubungan Luar
7) Dr. Mohandas Yousef El-Mansi sebagai Menteri Perkhidmatan dan Mahkamah Negeri
8) Jameelah Shanati sebagai Menteri Wanita
9) Dr. Ahmed El-Kurd sebagai Menteri Buruh dan Hal Ehwal Masyarakat
10) Dr. Usamah Esawi sebagai Menteri Perhubungan dan Komunikasi

Dan barisan kementrian baru yang dipimpin oleh
1) Dr. AthooAllah Abu Subh sebagai Menteri Al-Quds, Pelarian dan Tahanan
2) Dr. Muhammad Al-Agha sebagai Menteri Agrikultur
3) Dr. Muhammad Asqoul sebagai Menteri Kesetiausahaan
4) Fathi Hammad sebagai Menteri Dalam Negeri

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Presiden Sudan menjadi tuan rumah di persidangan Jerusalem

Selasa , 15/03/2011 – Presiden Sudan Omar Al-Bashir akan menjadi tuan rumah 6 Mac dalam persidangan kelapan Khartoum Al Quds International untuk membincangkan masalah di Jerusalem dan membuat rancangan untuk mempertahankan identitinya.

“Persidangan ini diharapkan menjadi tonggak sejarah dalam aktivis Jerusalem,” kata Ketua Pengarah QII Hammoud Yassin. “Ini adalah fenomena sokongan dan menggerakkan potensi demi Baitulmuqaddis.”

Sejak munculnya penjajahan di Jerusalem, Israel telah memaksa kaum Muslimin keluar dari bandar suci dalam usaha untuk menukar identiti Islam kepada ciri-ciri Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas: PLO membentuk kunci untuk perdamaian

Selasa , 15/03/2011 – Pemerintahan parti Hamas di Gaza semakin mengenal pasti perdamaian di Palestin selepas beberapa media mendesak untuk bersatu dengan parti Fatah di Tebing Barat.

Ia memanggil Fatah untuk melakukan reformasi di Pertubuhan Pembebasan Palestin, dan telah menuntut Abbas mengklarifikasi kedudukannya tentang isu-isu nasional penting sebagai “permulaan” untuk perdamaian.

“Rujukan kami telah tersebar, dan PLO telah dirempuh,” kata pegawai senior Hamas Dr Salah al-Bardawil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel meluas kawalan ke atas tanah Jenin hingga 2013

Selasa , 15/03/2011 – Tentera Penjajah Israel (IOA) telah memberitahu warga Palestin di sepuluh kampung di timur dan barat bandar Jenin bahawa tanah mereka akan tetap berada di bawah kawalan tentera penjajah Israel sehingga 2013.

Warga yang terlibat mengatakan bahawa tentera penjajah Israel memberitahu mereka bahawa 746 dunums tanah mereka di lima desa timur Jenin dan lima di bahagian barat bandar yang lain akan tetap berada di bawah kawalan tentera penjajah Israel sehingga 2013.

Mereka menambah bahawa tentera penjajah Israel memberi mereka dua minggu untuk membuat bantahan, yang biasanya tidak diterima oleh mereka yang berkuasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq: Hamas melancarkan inisiatif politik menyeluruh

Selasa , 15/03/2011 – Ezzet Al-Resheq, ahli biro politik Hamas berkata bahawa gerakannya hendak melancarkan inisiatif politik baru untuk keselamatan nasional.

Dia mengatakan dalam sebuah pernyataan kepada media hari Isnin bahawa inisiatif akan dipertimbangkan untuk perkembangan rakyat Palestin dan keadaan serantau dan antarabangsa. Dia menjelaskan bahawa penamatan pembahagian dalaman dan rekonsiliasi nasional adalah sebahagian daripada inisiatif tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Gaza Dapat Keizinan Bawa Masuk Bahan Binaan Melalui Pintu Rafah

Jumaat , 11/03/2011 – Ketua badan Arab antarabangsa untuk pembangunan semula Gaza, Kan’an Ubaid Al-Niqab menyatakan, pihaknya telah berjaya mencapai kesepakatan dengan pemerintah untuk membawa masuk bahan binaan ke wilayah Gaza secara rasmi melalui pintu masuk Rafah. Beliau mengucapkan terima kasih atas peranan militan Mesir dan pemerintah baru Mesir yang telah mengizinkan rombongan Kesatuan Eropah yang membawa masuk satu guni simen, secara rasmi dan simbolik melalui perlintasan Rafah. Kejayaan ini atas adalah atas kerjasama antara syarikat Aloha Palestine yang berada di Britain dan konsortium antarabangsa Mesir serta gerakan Kesatuan Eropah.

sumber : COMES
penterjemah : osman