Categories
Berita Semasa

Netanyahu menterbalikkan keputusan Mahkamah Agung untuk menutup rumah ibadat

Isnin, 11/10/2010 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memerintahkan untuk membekukan keputusan Mahkamah Agung untuk menutup rumah ibadat orang Yahudi yang dibina di Tebing Barat yang dijajah, sumber media Israel berkata .

Mahkamah Agung Israel sebelumnya telah mengeluarkan keputusan untuk menutup rumah ibadat Al Matan, yang dibina sebagai sebahagian di penempatan harama berhampiran penempatan Shomron Ma’ale di Tebing Barat selepas warga Palestin mengajukan tuntutan bahawa bangunan itu didirikan di tanah mereka.

Menurut sebuah laporan dari laman web channel 10 Israel pada hari Rabu, menteri perang Israel Ehud Barak memerintahkan Mahkamah Agung untuk menghentikan keputusan untuk menutup rumah ibadat. Sumber itu berkata keputusan itu dibuat Selasa dalam mesyuarat kabinet selepas penduduk haram Israel meletakkan batu besar dan kawat berduri di jalan ke rumah ibadat dalam usaha untuk menggagalkan keputusan mahkamah.

Ahli Parti Likud Danny Danon mengatakan dia berpuas hati atas keputusan Netanyahu, yang bertentangan dengan harapan media. Isu membekukan penempatan haram tidak dibincangkan dalam pertemuan kabinet menteri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Paris menjadi tuan rumah pertemuan Abbas-Netanyahu pada 21 Oktober

Isnin, 11/10/2010 – Richard Prasquier, Presiden Majlis Perwakilan Lembaga Yahudi Perancis, mengatakan pertemuan yang akan datang dapat diadakan pada 21 Oktober di bawah naungan Perancis di Paris. Pertemuan itu akan menemukan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan Menteri Luar Negeri AS, Hillary Clinton.

Prasquier mengatakan setelah pertemuan dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy: “Presiden mengatakan kepada saya dia akan melakukan segala daya untuk memajukan rundingan. Saya percaya ada sesuatu yang diantisipasi pada 21 Oktober di Paris antara Perdana Menteri Israel, Mahmoud Abbas, dan Clinton. ”

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa itu adalah pasti, tetapi ia merupakan kemungkinan yang kuat,” tambah Prasquier. Presiden Perancis menolak untuk memberi komen lebih lanjut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Nofal: hukuman terhadap Mujahidin menafikan adanya niat baik kearah perdamaian

Isnin, 11/10/2010 – Emad Nofal, MP Islam di Majlis Perundangan Palestin bagi Wilayah Qalqilya, mengutuk hukuman yang tidak adil yang dikeluarkan oleh Mahkamah “Kerajaan Fatah” di Tebing Barat terhadap kumpulan mujahidin rakyat Palestin.

Dia berkata: “Kami mengutuk hukuman yang tidak adil dan zalim ini keatas hak mereka sebagai warganegara, dan kami menegaskan bahawa ketetapan hukuman yang kasar seperti ini, tidak menunjukkan adanya niat yang baik untuk tujuan perdamaian (fatah dan hamas) dalam rangka perbincangan yang berterusan tentang hasil positif atas usaha untuk menghapuskan hambatan dan memulihkan kembali kesatuan antara dua sayap negara (fatah dan hamas), tetapi sebaliknya, kita mendapati kempen panggilan meningkat dan operasi penculikan dalam beberapa hari terakhir menunjukkan tidak adanya niat untuk rapatkan hubungan. ”

Nofal menambah lagi : bahawa ketetapan hukuman ini tidak memberi apa-apa kebaikan dan hanya memihak kepada kepentingan sebelah pihak iaitu penjajah “. dan pihak berkuasa (fatah) dituntut supaya “segera membebaskan kesemua yang telah diculik bagi membuka jalan kejayaan perdamaian nasional”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang bina gerbang baru di tembok al-Quds

Jumaat ,08/10/2010 – Media Zionis melaporkan terdapat rancangan untun membina gerbang baru di tembok al-Quds. Menurut berita, perincian rancangan telah di serahkan ke kerajaan Zionis Israel. Tujuan utama Zionis Israel adalah untuk menampung ribuan Yahudi yang datang melawati tembok ratapan.  Kali terakhir tembok itu di ubahsuai adalah ketika zaman pemerintahan khilafah Uthmaniyah.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Hamas Kutuk Keputusan Mahkamah Tentera Terhadap Para Pejuangnya

Jumaat ,08/10/2010 – Hamas dalam satu kenyataan pada hari Rabu mengutuk keputusan mahkamah tentera kononnya sebagai “politik, menindas” di Tebing Barat.

Dikatakan bahawa keputusan itu politik semata-mata dan dimaksudkan untuk melayani kehendak penjajah Israel dan keselamatan penduduk haram Israel, yang hanya mendatangkan kerosakan di Tebing Barat. Hamas menyatakan kekecewaan pada fakta bahawa mereka dihukum yang mempertahankan tanah mereka dan tidak hormat kepada penjajah, memberi amaran bahawa keputusan tersebut akan membawa kesan negatif pada usaha perpaduan nasional.

Gerakan ini mendesak Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk melepaskan semua tahanan politik, menutup penjara dan menamatkan semua tindakan terhadap pejuang dan penyokong perjuangan di Tebing Barat. Ia meminta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia untuk menekan PA di Ramallah untuk membebaskan para tahanan politik dan melindungi keselamatan warga Palestin.

Sementara itu, kumpulan pejuang di Jalur Gaza memberi amaran dalam sebuah sidang akhbar pada hari Rabu bahawa amalan kuasa Fatah telah mencapai “tahap serius” menggambarkan puak Fatah yang dikuasai PA bertindak terhadap pejuang dan para pendukungnya sebagai “ganas”.

Kumpulan Keselamatan PA bertindak secara mutlak mengabaikan usaha perpaduan, menambah bahawa tentera Israel dan penduduk yang mengeksploitasi amalan PA ‘untuk melakukan kejahatan di siang hari terhadap warga Palestin.

Abu Obeida, juru bicara Briged Qassam sayap bersenjata Hamas, berkata sebagai wakil kepada kumpulan pejuang, memberi amaran bahawa kesabaran mereka atas amalan-amalan Fatah di Tebing Barat telah sampai pada tahap maksima. Dia menggambarkan kumpulan keselamatan PA sebagai “alat” Israel yang melengkapkan peranan dan memudahkan misinya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Wanita di dalam video menyaman tentera Israel

Jumaat ,08/10/2010 – Wanita yang menjadi tahanan di dalam rakaman video di mana tentera Israel menari mengelilinginya ingin menyaman pihak tentera Israel di atas penghinaan dan aib yang dialaminya.

Saluran 10 TV Israel menayangkan sebuah video Youtube menunjukkan seorang tentera Israel menari mengelilingi seorang wanita Palestin yang diikat dan ditutup matanya serta dipaksa menghadap dinding.

Wanita terbabit, Ihsan Dababisa, 35, dari Kampung Al-Khalil, Nuba berkata, “Saya tonton rakaman itu di saluran Jazeerah. Selepas menonton, saya tidak boleh tidur, saya rasa sangat dihina. Suara ketawa dan muzik yang mereka mainkan kedengaran bingit di telinga saya.”

“Saya telah menghubungi Persatuan Penjara Palestin, kami akan mengajukan kes terhadap tentera itu dan tentera Israel keseluruhannya,” Dababisa terus menambah. Beliau mengatakan, beliau ditahan pada 11 Oktober 2007 di atas tuduhan bersekutu dengan gerakan Jihad Islam serta dipenjarakan selama 22 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam tindakan ketenteraan terhadap penggeraknya di Tebing Barat

Jumaat ,08/10/2010 – Hamas mengecam hukuman politik yang tidak adil yang dijalankan oleh Badan Kehakiman Ketenteraan Kumpulan Oslo di Ramallah terhadap hak-hak penduduk yang mempertahankan tanah mereka dan mendedahkan sikap ganas Zionis.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu (6 Oktober), Hamas percaya bahawa tindakan sebegini adalah semata-mata untuk kepentingan politik yang menguntungkan Zionis dan pendatang haram mereka di Tebing Barat, selain memberi kesan negatif dan menambahkan lagi kekangan untuk sebarang dialog persepakatan dan pembaikan Palestin.

Hamas menuntut Presiden Fatah yang hampir tamat pentadbirannya, Mahmoud Abbas, agar dengan segera membebaskan tahanan-tahanan politik, menutup kesemua penjara-penjara, dan menghentikan segala tindakan tidak adil dan hukuman politik yang dikenakan terhadap Hamas dan penjuangnya di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Konvoi bantuan terbaru ke Gaza dilancarkan dari India

Jumaat ,08/10/2010 – Yayasan Kebajikan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) mengumumkan Selasa lepas bahawa satu konvoi yang akan melalui jalan darat akan berlepas dari India hingga ke Genting Gaza pada awal Disember nanti.

Yayasan tersebut yang merupakan sebuah NGO membuat kenyataan dalam laman webnya bahawa seramai lebih kurang 500 orang penyokongnya dari pelbagai Negara termasuklah Turki sendiri akan berkumpul di India untuk menyertai konvoi berkenaan. Tambahnya lagi, konvoi tersebut dijangka tiba di Gaza pada 27 Disember 2010 iaitu sempena perang rejim Zionis ke atas Gaza yang dilancarkan pada Disember 2008 yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

350 unit penempatan haram Israel mula dibangunkan di Tebing Barat.

Jumaat ,08/10/2010 – Satu laporan yang diterbitkan oleh akhbar Haaretz mengatakan penduduk Israel mula membangunkan 350 unit penempatan baru di beberapa penempatan di Tebing Barat yang diduduki sejak tarikh pembekuan penempatan tamat pada 26 September.

Laporan yang diterbitkan pada Rabu lalu mengatakan penempatan itu cepat didirikan di daerah Kiryat Arba, yang melihatkan 34 rumah penduduk baru, dan penempatan Ariel, yang tersedia 54 unit untuk jangkamasa akan datang setelah pemerataan diperluaskan terhadap tanah yang telah diperuntukkan untuk tujuan itu. Tanah di penempatan Kadumim dan Tzur Karmei sedang diperuntukkan untuk membina 56 bangunan penempatan baru bagi setiap penempatan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Dr. Aziz Duweik Meminta Sidang Kemuncak Arab Memberi Perlindungan Tempat Suci Islam

Jumaat ,08/10/2010 –Ketua Dewan Legislatif Palestin Dr. Aziz Duweik menyampaikan surat kepada Presiden Libya Muammar Qadafi yang membawa beberapa usul kepada Liga Arab yang akan mengadakan pertemuan hari Sabtu ini di bandar Sirte, Libya. Beliau meminta agar usul yang dikemukakan dimasukkan dalam agenda pertemuan Sidang Kemuncak Arab.

Duweik menyeru Sidang Kemuncak Arab dan para peserta yang hadir agar memikirkan solusi bagi masalah yang dihadapi anggota dewan legislatif Palestin di al Quds yang terancam oleh penjajah Zionis Israel. Beliau meminta Liga Arab memberikan perlindungan secukupnya kepada masjid-masjid dan tempat-tempat suci yang mengalami serangan bertubi-tubi siang dan malam secara terangan-terangan. Selain itu beliau meminta peserta yang hadir agar menarik sokongan yang diberikan Arab untuk melanjutkan perundingan dengan penjajah Zionis.

Dalam suratnya, Duweik mengakhirinya dengan meminta Liga Arab dan Sidang Kemuncak Arab agar mengungkapkan kemarahannya terhadap serangan tempat suci umat Islam dan menyatakan sokongan terhadap isu Palestin dan berpihak kepada mereka yang menjadi mangsa (rakyat Palestin).

sumber : COMES
penterjemah : osman dan salwa

Categories
Berita Semasa

Sabri memegang tanggungjawab UNESCO ke atas pengyahudian Masjid Aqsa

Jumaat ,08/10/2010 – Syeikh Ikrema Sabri, Mufti dari tanah suci Masjidil Aqsa, telah memegang tanggungjawab UNESCO atas rencana pengyahudian kuasa penjajahan Israel dari Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis yang dijajahi.

Berkata kepada media, UNESCO harus menganggap peranannya sebagai pelindung Masjid Aqsa dalam peranannya sebagai sebahagian penting daripada warisan dunia. Sabri telah memberi amaran tentang skim tentera penjajah Israel terhadap pengyahudian plaza Buraq Wall. Dia menambah terdapat plot yang diusahakan untuk mengyahudikan wilayah luas Masjid Aqsa dan keadaan ini pasti akan menghalang kemasukan umat Islam ke dalam sebahagian besar daerah itu kelak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Perbincangan ujian sebenar untuk perdamaian pada pusingan seterusnya

Jumaat ,08/10/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya berkata ujian sebenar bagi usaha terbaru perdamaian antara rakyat Palestin akan menjadi dialog pusingan seterusnya.

Dalam ucap utamanya itu dia menambah bahawa penetapan tarikh pembicaraan dan penerobosan konkrit dalam masalah keselamatan akan “menempatkan kita ke hadapan dalam langkah untuk menandatangani” usulan Mesir untuk memberi kedamaian kepada rakyat Palestin dan membuka jalankepada program praktikal dalam menuju ke perjanjian-perjanjian seterusnya.

Haneyya memberi amaran pada hari Ahad bahawa kelewatan dalam memilih tarikh untuk perbincangan akan menyebabkan mereka tersekat dalam masalah keselamatan dimana ia akan memberi kesan negatif terhadap perbincangan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Militia keselamatan PA menculik wartawan Quds Press di Tulkarem

Jumaat ,08/10/2010 – Pasukan keselamatan pencegahan Pihak Berkuasa Palestin di bandar Tulkarem telah menculik seorang wartawan Quds Press,Salim Tayeh dari rumahnya tanpa apa-apa alasan.

Isteri Tayeh berkata kepada Quds Press bahawa orang-orang pencegahan keselamatan telah menggeledah rumah, dan merampas dua buah komputer serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan Tayeh. Dia menyatakan terkejut dengan apa yang terjadi kepada suaminya, menegaskan bahawa Tayeh tidak pernah menyerang Pihak Berkuasa Palestin secara lisan atau secara bertulis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  syuhada

Categories
Berita Semasa

Mish’al : Kepungan Gaza telah berakhir secara politik dan moral

Khamis ,07/10/2010 – Khaled Mish’al, pengerusi Biro Politik Hamas berkata sesi rundingan dua hala antara PA Fattah dan rejim Zionis di Ramallah telah “berjalan mengikut kepentingan Amerika dan Zionis dan bukan untuk kebaikan bangsa Arab Palestin.” Beliau menambah bahawa sesi runding-merunding bukanlah jalan pilihan rakyat Palestin yang bermati-matian berjuang untuk membebaskan tanah mereka dan melawan penceroboh Zionis.

Dalam perhimpunan para pemimpin parti-parti Palestin di Damsyiq, Syria pada hari Isnin (4 Oktober) yang lalu, Mesh’al menyampaikan amanatnya kepada pengerusi delegasi LifeLine for Gaza 5 dengan berkata, “usaha yang kamu jalankan dan berikan komitmen ini adalah usaha yang akan berjaya dan sentiasa disokong dan ditolong”. Tambah beliau lagi, “kepungan di Gaza sebenarnya telah berakhir secara politik dan moral, dan apa yang tinggal sekarang hanyalah usaha kalian untuk menghancurkan operasi teknikal kepungan.”

Mesh’al menegaskan bahawa konvoi yang sering menuju ke kepungan Jalur Gaza ini telah memberi dua sumbangan yang amat penting, pertamanya adalah sokongan moral kepada penduduk Gaza dan Palestin sendiri dan yang kedua adalah kejayaan mereka untuk menunjukkan sikap ganas sebenar Zionis. Beliau yakin bahawa peperangan untuk memcahkan tembok Gaza ini adalah gadaian yang berjaya dan menguntungkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Ratusan Yahudi Zionis Kepung Masjid di Nablus

Khamis ,07/10/2010 – Ratusan penceroboh Yahudi-Zionis daripada pelbagai daerah telah datang dan mengepung masjid Salm Al-Farisi di Nablus. Tujuan mereka adalah untuk menghancurkan masjid itu dan membina penempatan Yahudi. Dalam pada itu, ribuan rakyat Palestin berada di sekitar itu bagi menghalang sebarang tindakan Yahudi dan akan mempertahankan kesucian masjid itu.

Pihak Zionis mendakwa masjid itu di bina atas tanah Israel yang mana ini merupakan satu pembohongan fakta.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair