Categories
Berita Semasa

Tahanan Kanak-Kanak Menerima Penderitaan Berat Di Penjara Israel

Rabu ,06/10/2010 – Pemantauan Tahanan menuntut pembebasan semua tahanan kanak-kanak dan memaksa penjajah Israel menghentikan penangkapan kanak-kanak.

Dalam pernyataannya, Isnin (4/10) menyebutkan, sekitar 340 anak Palestin mengalami penderitaan berat di penjara Israel. Mereka kehilangan hak hidup yang minimum. Mereka menjadi sasaran tekanan perasaan yang hebat, pengasingan di sel-sel penjara, dilarang menerima kunjungan keluarga dan tidak mendapat rawatan perubatan sewajarnya.

Penjara Telmond-Hasaron dikhususkan kepada tahanan kanak-kanak. Namun terdapat juga tahanan kanak-kanak di penjara Ofer, Negev, Etzion, Megido dan Hawara di samping banyak pusat penyelidikan dan penahanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi berlepas dari Jordan untuk sertai konvoi Talian Hayat 5 di Syria

Rabu ,06/10/2010 – Cawangan Konvoi Talian Hayat 5 di Jordan yang menuju Gaza berlepas dari ibu kotanya, Amman pada Isnin lepas untuk menyertai konvoi induk dari Eropah yang berhenti seketika di Syria sebelum meneruskan perjalanan ke Gaza melalui Pelabuhan El-Arish, Mesir.

Konvoi Talian Hayat 5 ini merupakan konvoi yang kelima dan juga misi bantuan kemanusiaan yang terbesar yang dianjurkan oleh pertubuhan British Viva Palestina. Ia akan melibatkan delegasi dari Eropah, Negara-negara Teluk dan Afrika. Sayap Jordan ini yang dipimpin oleh Ketua Kesatuan Perdagangan Veterinar, Dr. Abdel Fattah al-Kaylani dan bekas anggota parlimen, Azzam al-Huneidi, dianggotai oleh 138 orang ahli dari Kuwait, Qatar dan Oman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Tentera Zionis Timur Kem Bureij

Rabu ,06/10/2010 – Sejumlah kereta kebal tentera Zionis pagi Isnin menceroboh ke timur kem Al-Bureij, Jalur GazaPusat , dan merosakkan tanah pertanian dan tanaman dimiliki oleh warga Palestin walaupun di lawan oleh para pejuang Palestin.

Wartawan dari pusat informasi Palestin (PIC) mengatakan bahawa enam kereta kebal Israel, satu lori tentera dan dua jentolak masuk 200 meter di dalam sempadan Gaza. Dia menambah bahawa pasukan Israel melepaskan tembakan rambang di rumah-rumah warga Palestin dan harta awam tanpa kecederaan dilaporkan.

Dalam insiden berasingan, pada awal hari pagi Isnin tentera Zionis menculik tiga warga Palestin di Tebing Barat tengah dan selatan dengan alasan mereka adalah yang dikehendaki, menurut akhbar Yedioth Ahronoth. Sumber-sumber tempatan, untuk bahagian mereka, mengatakan bahawa tentera Zionis menculik dua warga negara ini berhampiran bandar Bethlehem dan yang lainnya di dekat kota Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Az-Zahar : Hamas bukan mahu peperangan, tetapi kesepakatan dengan Fattah

Rabu ,06/10/2010 – Dr. Mahmoud Az-Zahar, ahli jawatankuasa Biro Politik Hamas menegaskan bahawa pihak Hamas tidak berniat untuk mencetuskan sebarang peperang saudara dengan pihak Fattah, tetapi apa yang Hamas mahukan adalah kesepakatan bersama dan penyelesaian masaalah negara yang diantaranya adalah pembebasan tawanan di Tebing Barat.

Az-Zahar dalam kenyataannya sewaktu sesi seminar anjuran persatuan buruh di Gaza pada petang Isnin (4 Oktober) berkata : “segala program yang dijalankan oleh Hamas adalah bertujuan untuk memerangi penjajah Zionis dan memelihara kesucian Al-Quds sehingga tanah yang dirampas ini (Palestin) bebas semula”. Pada waktu yang sama beliau juga menegaskan bahawa PA Abbas telah melakukan kesalahan besar dalam sejarah kerana berterusan mencari perlindungan daripada pihak Zionis sedangkan pihak Zionis pada hakikatnya tidak pernah langsung mengambil kira sebarang pendapat dari pihak Palestin.

Az-Zahar berkata : “Abbas sudah tahu pandangan masyarakat umum, maka beliau sepatutunya mengambil pengajaran dan membuka mata untuk melihat kemanakah perginya hasil segala rundingan dengan Zionis dan lain-lain lagi”. Beliau menambah lagi : “Mesej yang kami cuba sampaikan kepada warga Palestin adalah, di hadapan kita terbentang jalan yang panjang dan sukar, dan kita tiada pilihan selain daripada terus mempertahankan diri, satu-satunya pilihan yang tinggal untuk kesemua bangsa yang pernah terjajah, sehinggalah Allah memberi kita pertolongan dan kekuasaan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Hak Asasi Manusia Tuntut Pembebasan Tahanan Politik di Tebing Barat

Selasa ,05/10/2010 – Pada hari Ahad, dua kumpulan hak asasi manusia Palestin menuntut pembebasan segera Sheikh Khader Adnan, seorang pejuang gerakan jihad dan tahanan-tahanan politik lain di penjara Tebing Barat.

Pihak kumpulan hak asasi Dhamir menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan Sheikh Kader Adnan. Penahanan itu disifatkan sebagai berat sebelah kerana tangkapan ditumpukan kepada penyokong dan rakan Hamas serta gerakan Jihad.  Penahanan Sheikh Kader telah dilanjutkan kepada 15 hari lagi atas arahan pendakwa ketenteraan di Jenin.

Manakala pusat hak asasi manusia Mizan pula memperbaharui kenyataan akhbarnya dalam mengutuk sebarang bentuk penahanan politik serta menyuarakan kekecewaan di atas pengabaian prosedur undang-undang serta pembicaraan orang awam di mahkamah tentera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas : Ketiadaan keadilan Jerusalem

Selasa ,05/10/2010 – Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata ketiadaan keadilan antarabangsa dan sikap Amerika Syarikat yang berat sebelah adalah punca yang menggalakkan tentera rejim Zionis (IOF) membunuh seorang pemuda Palestin pada pagi Ahad lepas di Jerusalem.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Pusat Informasi Palestin (PIC) pada hari Ahad, Barhoum berkata lagi bahawa rejim Zionis mengeksploitasikan ketiadaan keadilan antarabangsa serta situasi masyarakat Arab dan umat Islam yang membisu untuk terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin.

Jurucakap tersebut turut menegaskan akan betapa pentingnya penentangan dilakukan ke atas pendudukan rejim Zionis demi melindungi Jerusalem, kota suci umat Islam serta seluruh rakyat Palestin umumnya. Beliau turut menggesa pihak PA menghentikan tindakan kejam mereka terhadap para pejuang (Palestin) dan biarkan mereka terus melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan tanah air yang dicintai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Delegasi “LifeLine 4 Gaza” singgah di Latakia sebelum bertolak ke Gaza

Selasa ,05/10/2010 – Zahir Al-Bairawi, jurucakap “Lifeline for Gaza 5” menegaskan bahawa kedatangan delegasi ini menunjukkan bahawa sukarelawan antarabangsa dan organisasi-organisasi kemasyarakatan menjadi lebih peka dan simpati terhadap warga Palestin terutamanya selepas kejadian serangan rejim Zionis terhadap “freedom flotilla” yang meyatukan sukarelawan dari pelbagai negara. Delegasi ini kini sedang berusaha memujuk kerajaan Mesir agar memberi kebenaran masuk. Beliau juga meletakkan harapan agar perbincangan dengan kerajaan Mesir sejak dua hari yang lalu dapat membantu dan memudahkan kemasukan delegasi ke dalam Gaza.

Zahir Al-Bairawi yang juga peserta “Lifeline 5” ini melalui keyataan khas kepada “Pusat Informasi Palestin” menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan dan warga Syria atas layanan yang amat baik yang sekaligus “membuktikan sokongan kerajaan (Syria) terhadap Palestin”. Beliau menambah lagi bahawa delegasi tidak berada lama di Syria dan dijadualkan akan keluar dari Latakia pada 7 Oktober.

Al-Bairawi menambah bahawa delegasi ini disertai oleh sukarelawan dari lebih 25 buah negara di seluruh dunia. Beliau berkata lagi bahawa delegasi ini “akan menyambung janji para Syuhada’ lebih-lebih lagi apabila delegasi ini sendiri bertolak dari Turki, tempat persemadian para Syuhada’ Freedom Flotilla.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Zionis halang petani Palestin menuai zaitun

Selasa ,05/10/2010 – Penduduk Zionis menyerbu kampung Al-Mughir di utara Ramallah Ahad lalu dan mendatangkan kekacauan di ladang zaitun, menebang pokok dan mencuri hasil tuaian.

Saksi mengatakan para penduduk itu menghalang petani menghampiri tanah mereka di penempatan Adey Ad, yang pada awalnya didirikan di atas tanah Mughir , dan memberi amaran kepada mereka daripada mengambil hasil tuaian tanaman mereka . Faraj Al – Na’san , ketua kampungMughir dalam kenyataan media berkata penduduk dari Adey Ad yang berada di timur laut kampung itu menyerang banyak tanaman di kampung berkenaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ceroboh Gaza Timur Semasa Pengebumian Isteri Menteri

Selasa ,05/10/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) dengan menaiki kereta kebal menceroboh Gaza bahagian timur pada hari Ahad sewaktu proses pengebumian isteri menteri kesihatan Palestin Basem Naim.

Wartawan PIC mengatakan bahawa pencerobohan itu dilakukan ketika menteri dalam kerajaan, ahli parlimen dan para pemimpin negara dan Islam yang hadir di pengebumian tersebut dan ini menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak meneruskan perjalanan untuk pengebumian Abir Naim yang meninggal dunia di Kaherah akibat kanser usus 2 bulan selepas menjalani pembedahan .

Seorang pegawai menyertai dalam pengebumian berkata kepada wartawan PIC bahawa provokasi IOF merupakan kebiadapan terang-terangan terhadap kesucian orang mati dan hak-hak asasi manusia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bairawi: Ada Usaha Bersama Pemerintah Mesir Mudahkan “Lifeline 5” Masuk Gaza

Selasa ,05/10/2010 – Zhahir Bairawi menegaskan, konvoi “Lifeline 5” muncul untuk menegaskan bahawa organisasi pejuang kemanusiaan antarabangsa terus bertambah dalam melahirkan simpati terhadap rakyat Palestin, terutama pasca serangan tentara Zionis terhadap kapal Freedom Flotilla. Dengan itu, beberapa usaha bersama pemerintah Mesir untuk mempermudahkan konvoi untuk masuk ke Gaza dilakukan.Beliau menyatakan harapan yang positif daripa pemerintah Mesir berkenaan kemasukaan konvoi kemanusiaan ke Gaza.

Bairawi turut mengungkapkan rasa terima kasihnya kepada kerajaan Syria dan rakyatnya yang menyambut meriah kedatangan rombongan Lifeline 5.Beliau menjelaskan, persinggahan Lifeline di Syria hanya sebentar, mengikut jadual konvoi akan bertolak meninggalkan Lattakia sebelum 7 Oktober ini.

Beliau menambah, lebih dari 25 negara ikut serta dalam konvoi ini. Mereka akan memenuhi janji para syuhada untuk tetap meneruskan perjuangannya. Apatah lagi konvoi ini bertolak dari Turki, negara sembilan syuhada yang meninggal dalam Freedom Flotilla terdahulu.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Bahar memuji peranan Palang Merah dalam melindungi ahli parlimen Jerusalem

Selasa ,05/10/2010 – Wakil jurucakap pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Ahmed Bahar memuji Palang Merah Antarabangsa kerana membuat keputusan “bijak” dengan memberi perlindungan terhadap ahli parlimen Jerusalem yang diancam akan diusir.

Ini berlaku semasa lawatan oleh delegasi Palang Merah ke markas PLC di Gaza pada hari Isnin. Bahar memuji Palang Merah atas perlindungan dan perkhidmatan yang disediakan untuk ahli parlimen di markas Jerusalem tersebut.  Para ahli parlimen dari Jerusalem telah berada di situ selama berminggu-minggu di markas Palang Merah selepas penjajah Israel mengeluarkan keputusan untuk mengusir mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Para Aktivis Meminta Semua Negara Menghentikan Kekejaman Israel

Selasa ,05/10/2010 – Persatuan Pembebasan Angkatan Laut mengakhiri pertemuan di Greek, ibu kota Athens. Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan perkembangan berkaitan usaha terkini mereka untuk menamatkan pengepungan regim Israel di Semenanjung Gaza serta polisi yang berat sebelah terhadap rakyat Palestin.

Persatuan itu memberi memberi pernyataan pada hari Selasa bahawa mereka tidak akan membiarkan kekejaman regim Israel terhadap Pembebasan Angkatan Laut pertama untuk menghentikan usaha global untuk melawan kekerasan pendirian Israel dalam tiga bulan terakhir.

“Kami telah menyertai sejumlah perikatan nasional di Itali, Switzerland, Perancis, Sepanyol, Kanada, Norway, Belgium, Austria, Australia, Amerika Syarikat, dan negara-negara lain. Semua negara tersebut sedang berusaha menghantar kapal ke Gaza untuk memecahkan pengepungan, “menurut persatuan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bahar mengutuk milisi Abbas kerana memanggil isteri tahanan MP

Selasa ,05/10/2010 – Dr Ahmed Bahar, wakil jurucakap pertama dari dewan perundangan Palestin (PLC), telah mengecam militia keselamatan yang setia kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas kerana memanggil isteri dari seorang MP yang ditahan.

Bahar, dalam sebuah kenyataan pada hari Rabu telah mendesak Mesir, dalam kapasitinya sebagai pelindung dialog kebangsaan rakyat Palestin, untuk menghentikan siri penyingkiran etika politik dan kuasa Ramallah. Dia juga meminta wakil dari Fatah dan blok lain untuk menjelaskan kedudukan mereka berhubung pembangunan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Nasif tuntut keutamaan diberi kepada tahanan di penjara Abbas

Jumaat, 01/10/2010 – Mahasiswa yang juga salah seorang pemimpin Hamas, Raafat Nasif, yang ditahan di penjara menyeru agar keutamaan dapat diberikan kepada masaalah penculikan, penderitaan para tahanan dan kebajikan keluarga mereka di penjara PA Fattah. Nasif juga memohon agar kepimpinan Hamas tidak mendiamkan diri dan tidak bertoleransi terhadap penindasan yang berlaku kepada gerakan, para pemimpin dan para wakil rakyat Palestin oleh PA Fattah.

Nasif juga berharap agar Hamas tidak meninggalkan isu ini kerana “bersangka baik terhadap situasi yang sebenarnya buruk seperti yang disaksikan beliau sendiri iaitu bermacam-macam jenis penindasan dan penderaan yang berlaku di penjara Fattah di Ramallah”. Beliau berkata lagi bahawa masaalah para tahanan ini adalah amat jelas sehingga “seperti tidak masuk akal untuk mengadakan sebarang dialog sedangkan situasi sedang dimonopoli oleh Fattah dan sekutunya di Tebing Barat”.

Mesej Nasif ini disampaikan dalam suratnya yang berjaya diseludup keluar dari penjara Aufer milik Zionis di Ramallah dan salinannya diterima Pusat Informasi Palestin pada hari Rabu lepas (29 Spetember).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

PCHR menyelar resolusi PA untuk membekukan laporan Goldstone

Jumaat, 01/10/2010 – Pusat Hak Asasi Palestin (PCHR) mengutuk draf resolusi PA bertujuan membekukan laporan Goldstone yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah perang Israel terhadap Gaza.

Aktivis hak asasi mengatakan, resolusi yang dibentangkan oleh pihak Fatah tersebut tidak berjaya memberikan pengadilan yang sewajarnya terhadap jenayah perang Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 27 Disember 2008 – 18 Januari 2009.

PHCR memberi kenyataan amaran pada Rabu bahawa pihak berkuasa Fatah telah mengambil tindakan yang boleh mengakibatkan kehilangan peluang untuk mengakhiri kekebalan Israel. “Kita mesti beralih kepada pengadilan jenayah antarabangsa,” kumpulan hak asasi itu mengatakan sebagai menegaskan siasatan di pihak tempatan masih belum dilakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati