Categories
Berita Semasa

Galloway: Talian-hayat (Life-line) 5 mencapai tujuannya

Khamis, 28/10/2010 – Bekas MP British George Galloway, pengasas dan ketua organisasi Palestin Viva, mengatakan bahawa konvoi bantuan Talian-hayat ke Jalur Gaza telah mencapai kejayaan besar.

Dia mengatakan dalam sebuah seminar yang diselenggarakan oleh kempen awam untuk menyokong rakyat Palestin dan Iraq di Beirut bahawa organisasinya mempunyai banyak perancangan masa depan termasuk menyusun konvoi bantuan Talian-hayat 6.

Sementara itu, Kevin Ovenden, yang memimpin konvoi ke Gaza selepas Mesir menolak laluan Galloway, mengatakan bahawa konvoi melewati sempadan Rafah dan tidak melalui terminal Israel seperti yang telah dinyatakan oleh Amerika New York Times.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan seru tetapkan hukuman untuk pemimpin Zionis dan perbincangan untuk tamatkan kepungan Gaza

Khamis, 28/10/2010 – Kerjaaan Palestin menganggap kenyataan pengganas Zionis terhadap Jalur Gaza sebagai, “percubaan untuk menafikan tentangan dan tuduhan masyarakat antarabangsa berkenaan dengan pengepungan Gaza dan jenayah terhadap rakyat Palestin dan percubaan lakonan (zionis) untuk nampak sebagai mangsa dan bukan pemangsa.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Palestin pada petang Selasa (26 Oktober) selepas mesyuarat mingguan mereka yang beru diterima Pusat Informasi Palestin, mereka bertekad untuk meneruskan usaha untuk membawa para pemimpin Zionis ke muka pengadilan antarabangsa dan bergerak untuk menamatkan kepungan Gaza dan jenayah harian yang berlaku di Tebing Barat.

Kerajaan juga mengutuk usaha melebarkan lagi “kawasan petempatan” Zionsi di Tebing Barat, dan lebih-lebih lagi apabila Al-Quds diishtiharkan sebagai “kawasan petempatan” paling baik bagi mereka, “ini membuktikan lagi pencabulan Zionis terhadap kesemua hak rakyat Palestin dan segala resolusi antarabangsa terhadap hak-hak ini. Ini juga menguatkan lagi bukti kegagalan politik rundingan yang sebaliknya memberi peluang kepada musuh (Zionis) dan mendapat jaminan dari mereka (Zionis) untuk terus menentang rakyat kami (Palestin).”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin Mengalami Kecacatan Mental Akibat Ditembak Militan Israel

Khamis, 28/10/2010 – Seorang warga Palestin, Selasa pagi (26/10) mengalami kecacatan mental akibat tembakkan militan penjajah Zionis yang bermarkas di Beit Hanoun (utara Semenanjung Gaza).

Koordinator Media Layanan Perubatan Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salamia dalam pernyataan akhbar kepada wartawan Infopalestina mengatakan, mangsa yang mengalami kecacatan mental tersebut adalah penduduk kampung Shijaia. Beliau cedera parah akibat ditembak pasukan penjajah Zionis Israel.

Pasukan penjajah Zionis Israel secara rutin dan terus menerus menjadikan mereka yang bekerja mengumpulkan sisa tinggalan runtuhan di daerah-daerah yang musnah di Semenanjung Gaza utara sebagai sasaran serangan. Hampir setiap hari militan Zionis Israel melancarkan serangan ke arah warga yang bekerja mengumpulkan sisa-sisa runtuhan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi musnahkan 200 pokok zaitun di Nablus

Khamis, 28/10/2010 – Penduduk kampung Deir Al-Hatab, daerah Nablus amat terkejut apabila melihat 200 dari tanaman zaitun mereka di ladang rosak selepas peneroka Yahudi menumpahkan air sisa buangan dari penempatan More di Allon ke tanah mereka.

Penduduk berkata Selasa lalu para peneroka membuang air yang tercemar dari kilang mengetin daging dan rempah-rempah ke negeri mereka sehingga memusnahkan 500 dunums pokok yang ditanam di atas tanah mereka.

Mereka mengatakan tentera Zionus Israel telah memberitahu mereka bahawa tidak ada lagi air sisa buangan dibenarkan untuk dibuang ke tanah mereka tetapi sebaliknya yang berlaku. Mereka sengaja dikenakan para peneroka terbabit dengan perancangan tindakan yang agresif seperti mengusir penduduk keluar dari tanah mereka dan membolehkan mereka untuk membina penempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Raheq: Tarikh dan tempat untuk mesyuarat ke arah persefahaman belum ditetapkan

Khamis, 28/10/2010 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezzet al-Resheq menafikan khabar angin bahawa tarikh dan tempat telah ditetapkan untuk mesyuarat ke arah persefahaman antara pergerakan Hamas dan Fatah.

Katanya lagi kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan persetujuan Fatah berkaitan tarikh dan tempat (akan berlansungnya mesyuarat itu) dan berharap ianya akan dapat dilakukan secepat mungkin.

“Walaupun kami di pihak Hamas kecewa dengan permintaan Fatah untuk tidak mengadakan mesyuarat di Damascus, tetapi demi mencapai persefahaman, kami sentiasa bersedia untuk mengadakan mesyuarat tersebut di tempat lain dan di mana-mana ibu negara kerajaan Arab,” jelasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Delegasi Algeria: Gaza adalah harapan dan maruah bangsa Arab dan Negara-negara Islam

Khamis, 28/10/2010 – Ketua delegasi pelawat Algeria, Abdelrazzaq Maqri menyanjung tinggi keteguhan penduduk Gaza menghadapi kekejaman rejim Zionis dan menyifatkan Genting Gaza yang di dalam kepungan sebagai harapan serta maruah bangsa Arab dan Negara-negara Islam

Ucapan beliau disampaikan dalam satu pertemuan anjuran Hamas yang mendapat liputan meluas pada petang Sabtu lalu di Rafah sebagai penghormatan kepada delegasi dari Algeria yang datang ke Gaza dalam konvoi bantuan Talian Hayat 5.

Kata Maqri lagi, sokongan berterusan yang diberikan oleh masyarakat Arab dan umat Islam yang lain kepada Gaza adalah berpucuk pangkal daripada kekaguman mereka di atas keteguhan dan kecekalan penduduknya menentang kezaliman dan kepungan rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kerajaan haram Israel menghalang para petani Salfit memasuki ladang zaitun

Rabu, 27 /10/2010 – Pihak berkuasa Israel terus menghalang petani-petani di barat Salfit, bandar Masha daripada memasuki tanah mereka yang terletak di belakang tembok pemisah. Para petani semakin bimbang dengan ancaman pendatang merampas atau memusnahkan tanaman mereka, demikian menurut sumber tempatan pada Isnin.

Sumber-sumber tersebut mengatakan pihak berkuasa Israel mendakwa mereka tidak dapat mengeluarkan permit kemasukan melalui pintu tembok kerana masalah teknikal komputer. Dalam satu lagi kejadian berkaitan, beberapa warga Israel yang berada di penempatan Tafuh telah menyerang petani-petani di bandar Yasuf. Pendatang-pendatang Israel itu merampas tanaman zaitun, menghina dan melepaskan anjing-anjing kepada para wanita tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Regim Zionis perintah pelupusan rumah-rumah Palestin di Betlehem, 4 penangkapan di Silwan

Rabu, 27 /10/2010 – Pasukan pendudukan haram Israel (IOF) memberikan notis pelupusan kepada pemilik tujuh buah rumah timur Bethlehem, selatan Tebing Barat. Berita yang dipetik dari sumber tempatan itu turut menambah bahawa unit IOF menyerbu wilayah pada hari Isnin dan memerintahkan tuan tanah untuk segera merobohkan rumah-rumah mereka.

Pada malam minggu itu juga tentera zionis IOF turut menangkap dua kanak-kanak-kanak Palestin di pintu masuk ke kampung Beit Ummar, utara Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Gambar terbaru buktikan kesadisan Zionis

Rabu, 27 /10/2010 – Badan bukan kerajaan (NGO) “Breaking the Silence” yang beroperasi dalam wilayah Zionis mendedahkan skandal terkini badan ketenteraan Zionis apabila beberapa gambar terbaru yang disiarkan jelas menunjukkan sikap brutal, barbarik, sadistik dan memalukan tentera Zionis.

Pendedahan gambar ini berlaku 3 minggu selepas penyiaran video bertarikh Disember 2007 yang menunjukkan tentera Zionis menari mengelilingi seorang Palestin yang ditutup matanya, dan 2 bulan selepas penyebaran gambar seorang tentera wanita Zionis ketawa sambil berdiri di sebelah para tahanan Palestin yang mata mereka ditutup dan tangan diikat. Gambar terakhir ini ditangkan sewaktu serangan terhadap Gaza, menurut Yehuda Shaaul, pengasas “Breaking the Silence” ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Penahanan Barghothi Menandakan Integrasi Keselamatan Israel-PA

Rabu, 27 /10/2010 – Jurucakap HAMAS, Fawzi Barhoum menyatakan bahawa penahanan Omar al-Barghouthi, abang kepada tahanan Palestin yang palin lama di Israel, ialah satu jenayah bersepadu antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Barghouthi telah ditahan tiga hari selepas dia dibebaskan daripada penjara keselamatan. Tentera Pasukan Keselamatan PA menahan Barghouthi selepas dia ditahan lebih daripada 25 tahun di penjara Israel. Abangnya Nael al-Barghouthi ialah tahanan politik yang paling lama ditahan di dunia, menjangkau 32 tahun di Israel. Anaknya pula, Bakr telah ditahan selama 12 tahun di pusat tahanan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Livini Kecam Turki Kerana Sokong Hamas

Rabu, 27 /10/2010 – Ketua Parti Kadema yang merupakan parti pembangkang di parlimen Isrel “Knesset”, Tzipi Livni, Isnin (25/10) mengecam pemerintahan Turki di hadapan jawatankuasa Teirkle yang ditugaskan untuk menyelidik peristiwa serangan tentera Zionis terhadap kapal Mavi Marmara semasa konvoi Freedeom Flotilla. Peristiwa ini menyebabkan kematian sembilan warga Turki dan mencederakan puluhan yang lain.

Livni menuding Turki telah memanfaatkan peristiwa tersebut untuk tujuan politiknya. Ankara telah mengiktiraf pemerintah Palestin ketika ini yang dipimpin gerakan Hamas. Sebenarnya Turki tidak berkepentingan untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Tujuannya jelas sangat berkepentingan politik. Ia (Turki) telah menentang resolusi dunia antarabangsa terhadap Gaza sebagai sebahagian strategi dunia untuk melemahkan gerakan Hamas, tegasnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Bahar juara plan nasional untuk membela Baitulmuqaddis

Rabu, 27 /10/2010 – Dr Ahmed Bahar, timbalan jurucakap pertama dari dewan parlimen Palestin, telah mengutuk keputusan tentera Zionis Israel (IOA) kerana mendefinisikan Baitulmuqaddis sebagai keutamaan nasional yang pertama.

Beliau memberi amaran dalam kenyataan akhbar Isnin lalu bahawa langkah tersebut merupakan isyarat serius dalam kegiatan yahudisasi dan penempatan di kota suci itu. Beliau mengatakan keputusan Israel adalah bermatlamat untuk mengosongkan penduduk asal bandar tersebut dan melengkapkan proses yahudisasi untuk langkah seterusnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ihsanoglu : Kita terpaksa beralih kepada undang-undang antarabangsa untuk mematahkan pencerobohan di Gaza

Selasa ,26/10/2010 – Ahli kanan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, kita mesti mengambil langkah yang lebih berkesan berbanding sekadar kenyataan mengutuk. Tindakan alternatif yang mengambilkira undang-undang antarabangsa mesti diambil untuk menghentikan tragedi kemanusiaan yang disebabkan oleh sekatan Israel di Semenanjung Gaza.

Ihsanoglu berkata pada satu mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat OIC di Jeddah pada Ahad; sekatan kejam Israel tersebut telah dilanjutkan dan pencerobohan Israel terhadap 1.7 juta warga Palestin di Gaza bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa malah bertentangan dengan konsep asas etika kemanusiaan.

Setiausaha Agung itu menyeru sekumpulan pakar perundangan agar membincangkan cara-cara untuk memastikan pengakhiran penjajahan Israel di Gaza dan memberikan cadangan praktikal kepada negara-negara OIC dan pertubuhan awam untuk mengambil langkah yang sewajarnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kovoi Talian Hayat 5 (Lifeline 5) Menghantar Bantuan Perubatan kepada Kementerian Kesihatan

Selasa ,26/10/2010 – Delegasi konvoi bantuan Talian Hayat 5 pada Sabtu menghantar alatan perubatan dan ubat-ubatan yang bernilai hampir lima juta dollar kepada Menteri Perubatan Palestin di Semenanjung Gaza.

Kevin Ovenden yang mengetuai konvoi, bagi pihak ketua asal konvoi, bekas Ahli Parlimen Britain, George Galloway, berkata bahawa mereka datang untuk menghantar bantuan yang dikumpul daripada 30 negara kepada kementerian untuk berkhidmat di sektor kesihatan di Gaza.

Galloway telah disekat oleh kerajaan Mesir daripada memasuki kawasan mereka (Mesir) dalam perjalanan ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin Cedera, Laporan Menunjukkan Peningkatan Serangan Tentera Zionis

Selasa ,26/10/2010 – Tiga warga Palestin cedera ringan hari Ahad akibat daripada sisa bom tentera Zionis di bandar Nablus, saksi melaporkan. Saksi mengatakan bahawa letupan itu terjadi selepas sejumlah pekerja sedang memindahkan sisa-sisa salah satu bangunan yang dimusnahkan oleh pesawat pejuang Zionis pada tahun 2002.

Sementara itu, sebuah laporan oleh Biro Pertahanan Nasional di Tebing Barat pada hari Sabtu , bahawa tentera Zionis dan penduduk haram Yahudi telah meningkatkan serangan mereka terhadap para petani Palestin baru-baru ini.

Hal ini menunjukkan bahawa serangan ini menyebabkan jumlah korban yang meningkat terhadap warga dan aktivis keamanan asing dan sejumlah sekolah dibakar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen