Categories
Berita Semasa

Sabri : Cubaan Peneroka Yahudi Lakukan Korban Haiwan Masih Belum Berakhir

Rabu, 20-04-2022 – Sheikh Ekrima Sabri, pendakwah Masjid Al-Aqsa berkata bahawa rancangan peneroka Yahudi untuk melakukan penyembelihan haiwan gagal selepas jemaah Palestin menentang serbuan Israel dan melindungi Masjid Al-Aqsa.

Sheikh Sabri menyeru semua rakyat Palestin untuk menyokong penduduk Jerusalem yang telah melakukan “I’tikaf” di Masjid Al-Aqsa untuk melindunginya daripada ancaman peneroka Yahudi, sambil menekankan bahawa peneroka Israel merancang untuk menyerbu Al-Aqsa berulang kali dalam tempoh lima hari akan datang untuk memberi laluan kepada amalan melakukan korban haiwan.

“Gerombolan peneroka Yahudi mencemarkan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem di bawah perlindungan ketat polis pada pagi Ahad. Pasukan polis Israel memukul wanita dan kanak-kanak serta menahan beberapa jemaah Palestin dengan niat untuk menyerbu dan mengosongkan Masjid Al-Aqsa,” kata Sheikh Sabri.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel Gagal Mengusir Penjaga Al Aqsa

Rabu, 20-04-2022 – Hari ini, Ahad,17 April pasukan penjajah gagal mengusir penjaga tetap (Al-Murabitun) dari Masjid Al-Aqsa, walaupun berlaku tindakan kekerasan dilakukan terhadap mereka serentak dengan serangan kelompok penduduk yang menyerbu masjid.

Setelah pasukan penjajah Israel berundur dari Masjid Al-Aqsa, mereka yang ditempatkan di Masjid Al-Aqsa meneriakkan, “Dengan jiwa dan darah kami, kami akan menebusmu, wahai Al-Aqsa.”

Rakaman video dari dalam masjid menunjukkan serangan brutal polis penjajah terhadap para penjaga masjid dan menangkap serta menahan beberapa orang.

Pasukan penjajah beredar dari Masjid Al-Aqsa setelah mengepung para penjaga di dalam Masjid Al-Qibli, dan menembak peluru tembaga dan gas pemedih mata ke arah mereka yang menyebabkan lebih dari 19 warga Palestin tercedera dan 9 orang lainnya ditangkap.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel serbu al-Aqsa, serang jemaah Muslim

Rabu, 20-04-2022 – Beberapa orang jemaah Muslim sama ada cedera atau ditahan pada pagi hari Ahad apabila sebilangan besar pasukan polis rejim Zionis menyerbu Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya ketika kumpulan penceroboh Yahudi mula berpusu-pusu ke tapak suci Islam itu untuk meraikan perayaan Paskah.

Persatuan Bulan Sabit Merah berkata kru ambulansnya berjaya memberikan bantuan perubatan kepada 17 orang rakyat Palestin yang cedera selepas pegawai polis menyerang jemaah Islam di jalan-jalan menuju ke Masjid al-Aqsa, sambil menambah bahawa lima telah dipindahkan ke hospital.

Sementara itu, pasukan polis Israel menghalang paramedik Bulan Sabit Merah memasuki Masjid al-Aqsa bagi membantu jemaah lain yang cedera.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas seru perarakan beramai-ramai ke Aqsa bagi melindunginya

Isnin, 18-04-2022 – Gerakan Hamas menyeru warga Palestin agar berpadu tenaga mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa pada petang Jumaat dan menyertai solat subuh perdana esok di kota suci itu.

Dalam kenyataan pada Khamis, Hamas menyeru warga Palestin agar berarak beramai-ramai ke Masjid Aqsa bagi mengerjakan solat dan I’tikaf untuk melindunginya dari dicemari, terutamanya setelah kumpulan pendatang Yahudi mengumumkan hasrat mereka untuk melaksanakan korban di dalam kawasan masjid.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya bincang perkembangan terkini Palestin dengan pemerintah Qatar

Isnin, 18-04-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya memaklumkan perkembangan terkini Palestin dengan pemerintah Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, dalam satu panggilan telefon pada hari Khamis.

“19 orang rakyat Palestin telah mati syahid dibunuh oleh pasukan penceroboh rejim Zionis sejak awal bulan suci Ramadan. Lima orang daripada mereka mati syahid dalam tempoh 24 jam terakhir,” kata Haneyya sambil memberi amaran bahawa tindakan berterusan sedemikian akan membawa kepada kesan yang serius.

Haneyya memuji sokongan politik dan kemanusiaan yang besar yang diberikan oleh negara Qatar kepada rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF melepaskan tembakan ke arah gembala Palestin di Gaza

Isnin, 18-04-2022 – Regim Zionis Israel (IOF) menyerang pada pagi Khamis ke arah sekumpulan pengembala Palestin di timur bandar Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza yang dikepung.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan mesingan dari menara pemerhati ke arah sekumpulan gembala dan menghujani mereka dengan gas pemedih mata di kawasan pertanian di timur Beit Hanoun.Tiada sesiapa dilaporkan cedera dalam serangan IOF, tetapi intensiti tembakan dan gas pemedih mata memaksa pengembala kambing meninggalkan kawasan sasaran.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Al-Khalil, Tahan Tiga Pemuda Palestin

Isnin, 18-04-2022 – Rejim Zionis menyerbu bandar al-Khalil di Tebing Barat pada petang Khamis dan menangkap beberapa pemuda Palestin.

Rejim itu menangkap dua pemuda, Muhammad Mahfouz dan Abdullah Qawasmeh, selepas menyerbu rumah mereka di bandar al-Khalil, menurut Pejabat Media Asra.

Sementara itu, agensi keselamatan Israel, Shabak, berkata Waseem Saied yang berusia 34 tahun ditahan dalam operasi khas bersama ejen polis Israel di al-Khalil pada hari Khamis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tembak, Bunuh Remaja Palestin Berusia 14 Tahun

Jumaat, 15-04-2022 – Seorang remaja lelaki Palestin berusia 14 tahun ditembak dan dibunuh oleh Rejim Zionis ketika pertempuran ganas meletus berhampiran bandar Husan di Tebing Barat selatan Bethlehem.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenalpasti mangsa sebagai Qusai Fuad Hamamra, seorang penduduk dari Husan. 14 lagi remaja turut cedera ketika pertempuran itu.

Remaja itu dibiarkan dalam keadaan berdarah selama berjam-jam tanpa bantuan perubatan sehingga dia meninggal dunia. Rejim itu kemudiannya merampas mayatnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar



Categories
Berita Semasa

Hamas: orang kami sedia untuk menghalang segala keganasan ke atas Aqsa

Jumaat, 15-04-2022 – Ahli biro politik Hamas Sami Abu Zuhri menyelar ancaman terbaru oleh pendatang pelampau Yahudi tentang melakukan korban binatang dan mengerjakan ritual Talmud pada petang Jumaat akan datang di Masjid Aqsa. Beliau menyifatkan hasrat itu sebagai perkembangan serius yang tidak patut dibenarkan oleh rakyat Palestin.

“Rakyat Palestin terbuka untuk menentang sebarang tindakan sedemikian,” kata Abu Zuhri dalam kenyataan akhbar pada Rabu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Israel mengeksploitasi kepasifan antarabangsa untuk melakukan lebih banyak jenayah

Jumaat, 15-04-2022 – Pergerakan Hamas telah mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan tentera Israel terhadap peguam Palestin, Mohamed Assaf berikutan serbuan ganas di wilayah Nablus pada waktu subuh hari Rabu, menggambarkan apa yang berlaku hari ini di Nablus sebagai “pencerobohan baharu terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.”

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, Hamas berkata bahawa jenayah baharu ini mencerminkan penyeksaan dan jenayah negara penceroboh Israel serta pengabaian terhadap undang-undang antarabangsa.

Pergerakan itu menuduh negara penceroboh itu mengambil kesempatan daripada kepasifan masyarakat antarabangsa terhadap tindakannya untuk melakukan lebih banyak jenayah ke atas rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Tahan Empat Warga Jerusalem

Khamis, 14-04-2022 – Polis Israel menahan empat warga Jerusalem pada petang Khamis termasuk seorang pegawai Fatah menjadikan jumlah penduduk yang ditangkap sejak awal bulan Ramadan lalu kepada lebih 40 orang.
Mereka yang ditahan termasuk Ahmed al-Ghoul, Setiausaha Gerakan Fatah di pinggir bandar Silwan dii Jerusalem, lapor sumber tempatan.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata dalam satu kenyataan pada awal Khamis bahawa polis Israel telah menangkap 38 pemuda Palestin di Jerusalem sejak awal Ramadan. Tangkapan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 42 orang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF tahan pemimpin Hamas Abu Kweik

Khamis, 14-04-2022 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan pemimpin Hamas Sheikh Hussein Abu Kweik setelah menyerbu rumah beliau di bandar Beitunia, dekat Ramallah, pada Khamis.

Abu Kweik ialah seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat yang sering diugut untuk ditangkap oleh IOF. Beliau telah berada di dalam penjara Israel selama sekurang-kurangnya 11 tahun dan juga salah seorang yang diusir dalam peristiwa Marj al-Zohour pada tahun 1992, bersama 417 ahli Hamas Jihad Islam.

Abu Kweik juga terselamat dalam cubaan membunuh beliau ketika Intifada Al-Aqsa pada 2000. Tetapi isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam serangan bom keretanya dari udara.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

3,000 pesakit kanser Palestin meninggal dunia di Gaza

Khamis, 14-04-2022 – “3,000 rakyat Palestin daripada 8,000 pesakit kanser di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat sekatan yang dikenakan ke atas enklaf oleh Israel,” kata kementerian kesihatan di Semenanjung Gaza pada Khamis.

“Sekatan yang dikenakan ke atas enklaf pantai menyebabkan hospital Gaza tidak mendapat projek infrastruktur strategik dan pesakitnya tidak mendapat rawatan sewajarnya. Kami cuba menguruskan untuk merawat pesakit walaupun bilangan penduduk semakin meningkat,” jelasnya.

Kementerian kesihatan sedang melakukan yang terbaik untuk menggunakan strategi penjagaan kesihatan pencegahan untuk mencegah kanser, penyakit pernafasan dan strok. Kementerian merayu kepada dunia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik untuk pesakit Gaza yang menghidap kanser dan penyakit darah.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Dua warga Israel terbunuh dalam tembakan di Tel Aviv

Khamis, 14-04-2022 – Dua orang warga Israel terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam satu serangan tembakan di Tel Aviv pada petang hari Khamis.

Sumber media Israel menegaskan bahawa sekurang-kurangnya dua warga Israel terbunuh dan beberapa lagi cedera parah.

Tembakan itu dilaporkan di “beberapa siri tembakan” di sekitar pusat bandar Tel Aviv, tambah sumber itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Penjajah Zionis Bina Tembok Pemisah Di Umm Fahm Hingga Al-Quds

Jumaat, 08-04-2022 – Panglima Militan Israel, Aviv Kohavi bersetuju disegerakan pembinaan tembok pemisah rasis baharu di kawasan Salem, Umm Fahm Timur hingga sempadan kota Al-Quds.

Menurut siaran radio Zionis, tembok akan dibina daripada simen, seperti yang telah dibina sebelumnya di Tebing Barat.

Tembok pemisah dimulai dari kampung Salim, Utara Tebing Barat sebagai fasa awal projek Yahudinisasi.

Tembok pemisah ini akan dibina hingga kota Kafr Qasim di Qalqilia Selatan, mencakupi kota Umm Fahm di Palestina 48 sehingga kawasan penempatan al-Kana di Kafr Qasim Timur.

Tembok juga dibina antara kampung Baqah Timur dan Baqah Barat, sepanjang 128 km.

Pembangunan tembok pemisah ini sangat merugikan penduduk di beberapa kawasan Palestin 48, yang terletak di tanah yang didakwa pihak Zionis sebagai garis hijau, di sekitar tembok rasis, di wilayah Musalas, Umm Fahm dan lainnya.

Penjajah Zionis telah memulakan pembinaan tembok rasis ini pada Zaman Ariel Sharon pada 23/6/2002 lalu, di beberapa wilayah Tening Barat.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman