Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Finland di Gaza Selepas Larangan Israel

Sabtu ,16/10/2010 – Menteri Luar Negeri Finland Alexander Stubb masuk ke Gaza pagi Khamis setelah beberapa hari Israel menolak permohonan beliau untuk tujuan tersebut.

Sumber-sumber Palestin mengatakan Stubb dibenarkan masuk melalui Beit Hanoun ke Gaza, di mana beliau akan mengadakan beberapa pertemuan dengan badan-badan antarabangsa, pengusaha, dan tokoh-tokoh Palestin. Beliau juga akan melawat kawasan-kawasan yang hancur kerana perang di Gaza.

Beliau dijadualkan melawat kawasan yang hancur di Jalur Gaza utara untuk melihat sendiri sejauh mana kehancuran yang dilakukan oleh Zionis di Gaza. Lebih dari 20000 rumah dan infrastruktur utama hancur dalam serangan tersebut. Kerajaan Israel menolak beberapa hari lepas permintaan Menteri tersebut untuk melawat Gaza, atas alasan bahawa lawatan itu akan mengiktiraf Hamas.

Dalam perkembangan lain, sebuah pasukan bola sepak profesional Jordan tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir. Tariq Khouri, ketua kelab Wihdat Sports di Jordan, berkata beliau telah memohon lebih dari 50 hari lalu utnuk visa masuk dari kedutaan besar Mesir di Amman tetapi setakat ini tidak ada apa-apa respon daripada kerajaan Mesir.

Khouri mengatakan tujuan lawatan ini adalah untuk memecah sekatan empat tahun di Semenanjung Gaza. Pasukan bola sepak mereka akan bermain melawan kelab sukan Gaza dan sejumlah pasukan tempatan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mesir Membenarkan Kemasukan Konvoi ‘Talian Hayat 5’ Selepas Menolak 10 Aktivis

Sabtu ,16/10/2010 – Pihak Berkuasa Mesir pada Rabu malam memberi kebenaran terakhir kepada kemasukan Konvoi Bantuan Talian Hayat 5 (Lifeline 5) ke Semenanjung Gaza melalui Pelabuhan al-Arish kata Zaher Beirawi, jurucakap konvoi tersebut.

Beliau juga menambah kepada kenyataan yang dikeluarkan kepada Palestin Info Centre (PIC), bahawa pelayaran ke al-Arish, terus ke Gaza akan bermula pada pagi hari Jumaat. Walaubagaimanapun, Kaherah memberitahu penganjur konvoi itu bahawa 10 nama tidak dibenarkan untuk masuk ke Mesir, kata Mohammed Sawalha, ahli konvoi itu kepada PIC.

Penganjur konvoi, sebelum mendapat kebenaran itu memutuskan untuk berlabuh di al-Arish pada hari Jumaat walaupun tidak menerima lampu hijau daripada Mesir kerana penangguhan yang menyebabkan mereka berada lama di Pelabuhan Latakia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Taman Arkeologi Israel Hancurkan 22 Rumah Warga Al Quds

Sabtu ,16/10/2010 – Datuk Bandar, Al Quds, Nir Barakat, meminta persetujuan PM Israel, Benyamin Netanyahu berkait rancangan kontroversi projek Arkeologi di bahagian Timur kota Al Quds yang dihuni majoriti penduduk Palestin.

Persetujuan ini pertama kali diberikan oleh penguasa kota pada bulan Jun untuk projek yang akan dilaksanakan dengan menghancurkan sekitar 20 rumah warga Arab. Ia menimbulkan kemarahan dan kecaman penduduk Palestin.

Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan wilayah kota Al Quds menyetujui rancangan pembangunan Taman Arkeologi Israel yang baru, projek ini akan memusnahkan 22 rumah warga Arab di kompleks Al Bustan. Dalam suratnya kepada PM yang dikeluarkan pemerintah kota, Barakat menyetujui rancangan ini dan mengusulkan tiga projek pengembangan kota di empat komplek Arab yang lain di Al Quds Timur.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Moeller membuktikan AS, Fatah melayani kepentingan Israel

Sabtu ,16/10/2010 – Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum mengatakan, dengan kehadiran Michael Moeller ke Tebing Barat, mengesahkan lagi bahawa kuasa multinasional itu sedang mengawal Tebing Barat.

Michael Moeller telah mula berkhidmat pada hari Khamis sebagai penyelaras keselamatan AS baru bagi Pihak Berkuasa Fatah. Tugas utamanya adalah untuk melatih pasukan keselamatan PA untuk menekan puak-puak yang berhaluan kiri. Moeller adalah pengarah kepimpinan dan perancangan strategik di Central Command AS.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  syuhada

Categories
Berita Semasa

Ghoul: Pemisahan tahanan adalah jenayah perang

Sabtu , 16/10/2010 – Menteri tahanan di Gaza Dr Muhammad Al-Ghoul telah menjelaskan kepada tentera penjajah Israel (IOA) bahawa dasar mereka mengasingkan tahanan Palestin sebagai adalah sebagai jenayah perang.

Dia berkata dalam siaran media hari Isnin bahawa pengasingan MP Ahmed Saadat, setiausaha agung untuk pembebasan Palestin, dan banyak pihak lain merupakan usaha untuk mematahkan tekad mereka agar tunduk kepada pihak berkuasa penjara Israel (IPA).

Menteri menuduh bahawa dasar ini melanggar doktrin antarabangsa dan perjanjian. Ia menghina manusia dan menyeksa serta memberatkan dan mengasingkan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mesir benarkan LifeLine 5 masuki Gaza

Jumaat, 15/10/2010 – Jurcakap LifeLine for Gaza 5, Zehar Al-Beirawi mengumumkan bahawa Kerajaan Mesir memberi kebenaran pada hari Rabu (13 Oktober) lalu untuk konvoi memasuki Gaza.

Dalam temubual khas dengan Pusat Informasi Palestin Beirawi memaklumkan bahawa konvoi akan bergerak menuju ke Gaza pada hari Jumaat dalam perjalanan yang bermula dari Pelabuhan Latakiya Syria, kemudian ke Pelabuhan Arisy Mesir dan terakhir masuk ke Jalur Gaza melalui Gerbang Rafah.

Beliau menambah bahawa Kerajaan Mesir menghalang 10 ahli konvoi untuk meneruskan perjalanan ke Gaza seperti dalam maklumat yang dikeluarkan oleh Dr. Muhammad Sawalhah kepada Pusat Informasi Palestin yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Ketua PLO menimbulkan kemarahan kerana memperakui negara Yahudi

Jumaat, 15/10/2010 – Ahli kanan PLO, Yasser Abed Rabbo telah mencetuskan kemarahan di kalangan warga Palestin disebabkan kenyataan bagi pihak berkuasa Ramallah dan Fattah yang menyatakan bahawa mereka sudi memperakui Israel sebagai negara Yahudi sebagai balasan kepada negara Palestin di sempadan pada tahun 1967.

Timbalan Jurucakap Utama bagi Jawatankuasa Perundangan Palestin, Dr Ahmed Bahar mengatakan Abed Rabbo sewajarnya didakwa di mahkamah Palestin kerana membelot terhadap hak rakyat, darah para syuhadak dan prinsip kebangsaan Palestin.

Menurut kata-kata Bahar dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu, Abed Rabbo telah melanggar prinsip-prinsip perjanjian kebangsaan Palestin dan telah memecah-belahkan rakyat Palestin. Beliau menambah, kenyataan yang dikeluarkan Yasser itu boleh membawa ancaman kepada rundingan damai Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hammad: Ancaman Perang Ashkenazi Lebih Kepada Pembunuhan Beramai-ramai

Jumaat, 15/10/2010 – Menteri Dalam Negeri Palestin di Gaza, Fathi Hammad, mengatakan bahawa ancaman daripada ketua kakitangan Israel Gabi Ashkenazi untuk melancarkan perang singkat tetapi yang amat dasyhat baru terhadap warga Palestin lebih bermaksud untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Menteri, yang sedang melawat sebuah sekolah menengah di sebelah barat Gaza pada hari Rabu, mengatakan bahawa penjajah Israel sentiasa bersiap melancar perang terhadap rakyat Palestin. Beliau meminta para pelajar bergantung pada diri mereka sendiri dalam menghadapi pencerobohan dan pengepungan dan tidak menyebarkan desas-desus atau menyampaikan maklumat kepada penjajah Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Doktor Dari Australia dan Itali Beroperasi di Hospital Eropah Gaza

Jumaat, 15/10/2010 – Hospital Eropah di Gaza menerima delegasi perubatan daripada Itali dan Australia, yang mempunyai kepakaran dalam pembedahan lutut, dalam lawatan lapan hari di Gaza.

“Pasukan perubatan itu akan membantu untuk mengurangkan impak penaklukan kepada pesakit di Gaza. Mereka akan menyediakan perkhidmatan perubatan bertahap tinggi kepada mereka dan menyelamatkan mereka dari kepayahan untuk ke luar negara dan kos yang tinggi,” kata Pengarah Hospital, Abdel Latif al-Hajj.

Dr. Patrick Keenan yang mengetuai delegasi itu berkata bahawa beliau sangat gembira untuk melawat Gaza. “Kami datang ke sini (Gaza) untuk membantu meringankan penderitaan pesakit di Semenanjung Gaza yang dialami oleh mereka di sini.” Dr. Keenan sebelum ini pernah beroperasi untuk pesakit Palestin semasa Pembunuhan Beramai-ramai di Jenin, Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Turki boikot persidangan anjuran kerajaan haram Israel.

Jumaat, 15/10/2010 – Turki mengumumkan akan memboikot persidangan Kesatuan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) minggu depan di mana kementerian pelancongan Israel bersiap sedia untuk menganjurkannya di Baitulmuqaddis sebagai protes kerana mengadakannya di kota suci itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Turki, Ertugul Günay mengatakan kepada media pada Selasa lalu bahawa Turki, yang merupakan anggota OECD tidak akan mengambil bahagian atau menghantar wakil untuk persidangan pelancongan dwi-tahunan itu yang akan diadakan di Baitulmuqaddis 20 Oktober ini kerana penganjuran di Baitulmuqaddis mempunyai konotasi politik yang tidak sesuai untuk subjek persidangan seperti pelancongan.

“Kenyataan kekesalan mengenainya telah dibuat sebelum bermulanya persidangan itu. Kami ingin pelancongan mengambil tempat, bukannya politik, “kata Günay.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mesir Izinkan Lifeline Menuju Gaza

Jumaat, 15/10/2010 – Jurucakap konvoi Lifeline 5, Zahir Bairawi mengatakan, kerajaan Mesir akhirnya membenarkan penghantaran barang bantuan ke Gaza melalui Mesir.

Bairawi dalam pernyataan Rabu (13/10) menegaskan, rombongan akan menuju Gaza pada Jumaat melalui pelabuhan Latakia Syria. Pertama, rombongan menuju pelabuhan Mesir, kemudian menuju Gaza melalui perlintasan Rafah. Sementara itu, kerajaan Mesir yang bertanggungjawab dalam masalah ini menjelaskan bahawa 10 peserta yang ikut dalam rombongan tersebut dilarang masuk Gaza. Demikian menurut sumber infopalestina yang ikut dalam rombongan mengatakan, para koordinator konvoi tidak akan menunggu lebih lama, Jumaat (15/10) mereka akan berangkat menuju Arish.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ketua tentera Amerika yang baru mulakan tugas di Tebing Barat

Khamis ,14/10/2010 – Beberapa sumber mengesahkan pada Isnin lalu bahawa ketua tentera Amerika Syarikat (AS) di Tebing Barat, Keith Dayton telah menyerahkan tugasnya iaitu melatih pihak keselamatan PA, kepada penyandang yang baru, Jeneral Michael Moeller.

Ketua tentera AS di Tebing Barat, Moeller mengambil alih tugas barunya sebagai Koordinator Keselamatan AS di rantau ini pada Jumaat lepas. Tugas utamanya adalah melatih pasukan keselamatan PA untuk menjaga keselamatan pendatang haram Yahudi dan mematahkan serangan pejuang Palestin dengan kerjasama bersama pihak keselamatan rejim Zionis.

Sumber tentera rejim Zionis memaklumkan bahawa Dayton telah meninggalkan Tebing Barat untuk kembali ke AS pada Khamis lepas selepas berkhidmat selama 5 tahun di rantau ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pendatang merampas kawasan pertanian Palestin di selatan Nablus

Khamis ,14/10/2010 – Pendatang Zionis di selatan kota Nablus mula memusnahkan kawasan pertanian milik warga Palestin untuk mengambil alih penempatan di Eli pada hari Selasa, demikian laporan sumber yang dipercayai.

Sumber tersebut menambah, jentolak digunakan untuk meratakan tanah milik warga Palestin di Kampung Lubban, Assawiya dan Qaryut. Laporan tersebut juga memberi amaran bahawa para pendatang mungkin akan meluaskan penempatan sehingga ke penempatan terdekat yang mana boleh mengakibatkan rampasan ratusan kawasan pertanian Palestin.

Tentera Rejim Israel (IOF) mengambil keputusan untuk mengambil alih kawasan pertanian Palestin di Kampung Yanun dan Kampung Awarta untuk membina lokasi ketenteraan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peguam Dari 20 Negara Berbincang Tentang Pertuduhan Untuk Mengheret Israel Berkenaan Pembunuhan di Flotilla

Khamis ,14/10/2010 – Gabungan Flotilla Pembebasan, bermesyuarat di Geneva pada hari Isnin, mengumumkan bahawa ramai peguam dari lebih daripada 20 negara akan berjumpa untuk berbincang tentang memfailkan kes menentang Israel berkenaan serangan Israel terhadap flotilla pembebasan Gaza pada 31 Mei yang mengakibatkan kematian 9 aktivis.

Gabungan itu berkata dalam satu kenyataan yang diberikan selepas mesyuarat: “Konvensyen Geneva, iaitu satu set undang-undang yang telah dipersetujui oleh komuniti antarabangsa untuk mempertahan kehormatan dan nyawa manusia, secara terus menerus dilanggar oleh Israel kerana Israel mampu melepaskan diri daripada hukuman dan kecaman antarabangsa.

Gabungan itu juga berkata akan menuju ke The Heague (Mahkamah Antarabangsa) pada 14 Oktober dan akan memfailkan aduan kepada Pendakwa Raya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  redz

Categories
Berita Semasa

Sumber: Mesir Beri Kelulusan Bersyarat bagi Kemasukan Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza

Khamis ,14/10/2010  – Sumber-sumber dipercayai di pelabuhan Syria Latakia meberitahu PIC bahawa Mesir telah memanjangkan syarat persetujuan untuk kemasukan Konvoi Talian Hayat 5 buat ke Jalur Gaza melalui wilayah Mesir.

Sumber mengatakan bahawa syarat tersebut adalah yang berkaitan dengan jenis ubat, lori besar, dan tempahan lebih, dan jumlah orang yang menyertai konvoi, terutama mereka yang menyertai Konvoi Talian Hayat 3. Mereka mengatakan bahawa rundingan antarabangsa dilakukan selama beberapa hari oleh Turki dan Malaysia untuk memudahkan kemasukan konvoi bantuan tersebut.

Jurucakap konvoi Zaher Al-Beirawi mengatakan bahawa dia tidak tahu pengantaraan tersebut. Beliau berkata, bagaimanapun, bahawa Syria masih berunding terus dengan Mesir untuk mencapai perjanjian tentang masalah ini.  Wartawan PIC di Kaherah mengatakan bahawa enam aktivis Indonesia, ahli konvoi tersebut, telah tiba di El-Arish.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen