Categories
Berita Semasa

Aktivis: March of Return jawapan kepada dasar AS dan Israel.

Rabu ,28-03-2018 – Aktivis hak asasi dan peguam Palestin, Salah Abdulati menjelaskan bahawa Great March of Return atau Perarakan Kepulangan Terbesar adalah satu acara perarakan bantahan beramai-ramai secara aman, diadakan dengan tujuan untuk menarik perhatian berhubung resolusi antarabangsa, terutama Resolusi 194 yang menetapkan bahawa pelarian Palestin perlu kembali semula ke negara asal mereka walau dari mana sekalipun mereka telah berpindah bermula dari tahun 1948.

Menurut beliau sebagaimana yang dinyatakannya dalam temu bual eksklusif dengan PIC, March of Return yang diadakan di Gaza itu merupakan satu permulaan kepada siri bantahan terhadap polisi Amerika Syarikat dan rejim Israel dengan matlamat untuk mengangkat isu pelarian Palestin.

Tambah beliau lagi, bantahan tersebut adalah suatu tindakan bagi memberi tekanan kepada Israel dan menjadi alasan kepada penduduk Palestin untuk bertemu dengan pihak media, ahli politik dan kalangan diplomat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kereta Kebal Israel Lancar Serangan Terbuka di Gaza

Rabu ,28-03-2018 – Sebuah kereta kebal Israel pada hari Ahad, telah melepaskan tembakan di pos pemerhatian penentangan Palestin, berhampiran sempadan di tengah Gaza.

Menurut sumber tempatan, sebuah kereta kebal Merkavamelancarkan machinegun secara berterusan selama kira-kira satu jam, namun, tiada siapa yang cedera dalam serangan tersebut. Pertambahan tentera Israel itu berlaku, selepas empat lelaki muda Palestin pada malam Sabtu berjaya menyusup ke kawasan sempadan yang dikuasai Israel dan cuba memadamkan peralatan pengorekan Israel, sebelum melarikan diri ke Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Bantahan duduk sebagai sokongan terhadap wartawan Abdul Haq

Rabu ,28-03-2018 – Puluhan rakyat Palestin dan wakil media serta institusi rasmi pada Ahad telah menyertai bantahan sambil duduk sebagai tanda sokongan terhadap wartawan Filistin TV yang ditahan, Baker Abdul Haq. Acara itu diadakan di kota Nablus.

Nasser Jawabreh, Pengurus Pejabat Kementerian Maklumat, menekankan dalam ucapan beliau tentang kepentingan mengambil tindakan serius untuk membebaskan Abdul Haq beserta 30 orang lagi wartawan yang ditahan di penjara Israel. Rejim Israel menahan Abdul Haq di laluan al-Karama ketika pulang dari Kaherah setelah menerima Anugerah Pemuda Arab dalam bidang media.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kem Pertama Didirikan Sebagai Persediaan untuk Program ‘March of Return’

Rabu ,28-03-2018 – Jawatankuasa Kebangsaan untuk ‘March of Return’ telah memulakan pemasangan kem pertama di desa sempadan Khuza’a di timur Khan Younis, Selatan Gaza. Jawatankuasa tersebut berkata bahawa langkah ini adalah selaras dengan persediaan kearah demonstrasi besar-besaran yang akan dilancarkan pada 30 Mac.

Wartawan PIC mengatakan bahawa beberapa jentolak mula meratakan tanah di Khuza’a sebagai permulaan kepada pembangunan kem pertama ‘Great March of Return’ yang berdekatan dengan wilayah Palestin 1948. Kem tersebut akan dilengkapi dengan bekalan air, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Khudari puji penderma di sidang Brussels sudi bantu bina loji penapisan air laut di Gaza.

Isnin ,26-03-2018 – Ahli Parlimen Palestin, Jamal al-Khudari memuji penderma antarabangsa di persidangan Brussels baru-baru ini yang berikrar akan menghulur derma untuk pembinaan loji rawatan air laut berskala besar dan infrastruktur yang berkaitan dengan bekalan air bersih di Semenanjung Gaza.

Bantuan kewangan yang dijanjikan oleh penyumbang antarabangsa berjumlah €456 juta Euro itu akan digunakan untuk pembiayaian (melebihi 80 peratus kos keseluruhan) dan memungkinkan projek infrastruktur terbesar di Gaza tersebut dapat dimulakan.

Khudari, seorang anggota parlimen yang juga pemimpin Jawatankuasa Penduduk Menentang Pengepungan menyatakan, lebih daripada 95 peratus bekalan air di Gaza tidak sesuai untuk diminum. Diharap dengan adanya projek ini, ia akan menyelesaikan masalah tersebut serta dapat mengurangkan defisit dalam penyediaan air bersih untuk keperluan penduduk yang semakin banyak dan meningkat itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mesir membuka sempadan Rafah selama 2 hari

Isnin ,26-03-2018 – Kedutaan Palestin di Kaherah menyatakan yang kerajaan Mesir akan membuka sempadan Rafah-Gaza pada Jumaat dan Sabtu secara dua hala.

Dalam kenyataan ringkasnya, kedutaan itu menambah yang sempadan itu akan dibuka kepada mereka yang bermusafir atas tujuan kemanusiaan dan juga yang terkandas. Pada Rabu, 22 Februari, pihak berkuasa Mesir mengumumkan yang ia akan membuka sempadan itu selama 4 hari, tetapi dibuka hanya sehari dan ditutup tiba-tiba.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Tetapkan Syarat Pembebasan Syeikh Raed Salah

Jumaat ,23-03-2018 – Mahkamah Majistret Israel di Haifa meluluskan rayuan yang dibuat oleh peguam Sheikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam untuk melepaskannya dengan syarat. Peguam Khaled Zabarqah, anggota pasukan pembela, memberitahu bahawa mahkamah memutuskan untuk membebaskannya dengan syarat, beliau perlu menjalani tahanan rumah di kota, Kafr Anna, dan bukan di rumahnya di kota Umm al-Fahm, seperti yang dicadangkan oleh pembela beliau, dengan berkemungkinan dipakaikan gelang buku lali elektronik dan mempunyai pengawal peribadi.

Zabarqah menambah, pegawai Perkhidmatan Penjara Israel dijangka memfailkan laporan dalam tempoh lima hari mengenai syarat-syarat pembebasan Sheikh Salah.

Beliau menegaskan bahawa mahkamah akan mengadakan sesi pada 26 Mac untuk mengumumkan keputusan akhir mengenai syarat pelepasan yang diberikan terhadap Sheikh Salah yang telah ditahan sejak Ogos lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim bersiap sedia untuk menghadapi protes, cuti dibatalkan

Jumaat ,23-03-2018 – Akhbar Maariv menyatakan pada Isnin yang tentera rejim mengarahkan semua unitnya agar membatalkan cuti panjang Passover dan sentiasa bersiap sedia menghadapi protes dan serangan ketika cuti.

Rentetan daripada kejadian tikaman yang berlaku di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis serta peningkatan ketegangan dengan Hamas di Gaza, kepimpinan tentera rejim mengambil keputusan membatalkan semua cuti yang diberi kepada unit-unitnya, termasuk unit udara, laut dan perisikan, demikian menurut Maariv. Semua unit ketenteraan diberitahu tentang keputusan yang muktamad ini tanpa sebarang pengecualian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel adakan latihan ketenteraan di kawasan berpenghuni dekat Nablus.

Jumaat ,23-03-2018 – Tentera rejim Israel dilaporkan mengadakan latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup di Khirbet al-Tawil, sebuah perkampungan terpencil yang terletak di utara bandar Nablus, bahagian utara Tebing Barat.

Salah seorang ahli jawatankuasa pertubuhan Anti Penempatan Haram di Nablus, Yousef Derieh memberitahu Quds Press bahawa tentera rejim menjalankan latihan ketenteraan itu dengan menggunakan peluru hidup.

Beliau menyatakan lagi, pihak tentera rejim tidak memberitahu penduduk yang tinggal di situ tentang adanya latihan tersebut dan berapa lama ia akan diadakan menyebabkan mereka berasa bimbang sepanjang masa serta terdedah kepada bahaya. Lebih malang lagi, latihan ketenteraan itu tetap diteruskan biarpun kawasan itu masih dihuni warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi paksa keluar pemilik tanah warga Palestin.

Rabu ,21-03-2018 – Pendatang haram Yahudi bertindak mengusir secara paksa pemilik tanah warga Palestin keluar dari tanah miliknya. Kejadian berlaku di Tel Rumeida, al-Khalil arah selatan Tebing Barat.

Menurut laporan pemberita PIC, sekumpulan pendatang Yahudi datang menceroboh tanah kepunyaan Walid Sharif di Tel Rumeida dan menghalang beliau dari mengerjakan tanah miliknya.

Pendatang tersebut tinggal di penempatan haram Ramat Yishai yang juga dibina di atas tanah persendirian milik penduduk Palestin dan diketuai oleh ahli politik pelampau, Baruch Meir Marzel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Qatar mengecam tindakan menyasarkan motorsikal PM Hamdallah

Rabu ,21-03-2018 – Qatar mengecam sekeras-kerasnya tindakan menyasarkan konvoi Perdana Menteri Palestin Rami Hamdallah di Semenanjung Gaza dan menyifatkan ia sebagai kegagalan dalam menghalang rundingan Gaza.

Dalam satu kenyataannya pada Selasa, Menteri Luar Qatar menyeru semua pihak Palestin agar bersatu bagi mencapai rundingan dan memenuhi harapan rakyat Palestin. Kenyataan itu turut menekankan sokongan negara itu ke atas hak sah para rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Budak Lelaki Palestin Diculik Tentera Israel

Rabu ,14-03-2018 – Seorang budak Palestin diculik oleh pasukan keselamatan Israel pada waktu tengah hari dekat mahkamah tentera Salem, barat wilayah Jenin.

Seorang wartawan berita PIC berkata, tentera Israel menutup pintu masuk utama ke kem tentera Salem setelah menangkap seorang budak lelaki yang didakwa memegang alat letupan di kawasan itu. Budak itu diculik oleh tentera Israel beberapa saat kemudian. Sumber-sumber Israel mendakwa budak itu membawa bom buatan sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Jordan pertimbang terima duta Israel yang baru.

Rabu ,14-03-2018 – Kerajaan Jordan menimbang untuk meluluskan perlantikan duta Israel yang baru ke Amman, penyelesaian bagi merapatkan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua belah pihak yang keruh berikutan kejadian tembakan di kedutaan Israel yang menyebabkan dua warganya terbunuh.

Akhbar Jordan, Al Ghad melaporkan bahawa negara itu dijangka akan menerima Amir Weissbrod, calon duta yang baru selepas negaranya mengemukakan permintaan tersebut.

Duta terdahulu, Einat Schlien dipaksa berundur dan pejabat kedutaan Israel di Amman ditutup akibat dari hubungan diplomatik yang menjadi semakin buruk. Pekara tersebut berlaku berikutan tindakan pihak berkuasa keselamatan Jordan melakukan siasatan berhubung kejadian di mana seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan kedutaan Israel menembak mati dua warga Jordan yang tidak bersenjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Bekas Ketua Perang Israel, Ya’alon berkata, dia akan mengetuai parti baru dalam pilihanraya

Rabu ,14-03-2018 – Bekas menteri perang Israel Moshe Ya’alon mengumumkan pada Sabtu yang dia akan bertanding dalam pilihanraya Knesset akan datang sebagai ketua parti politik baru, demikian berita Israel melaporkan.

Meski terdapat khabar angin yang pilihanraya akan berlangsung seawal Ahad, Ya’alon berkata dia akan melancarkan kempen untuk menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang mana dia pernah berkhidmat di bawahnya sebagai menteri perang. “Saya sedia untuk memimpin,” kata bekas menteri perang itu kepada Rangkaian 10 pada Sabtu malam. “Saya sedang menjelajahi negara dan membina asas politik.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

340 pelajar universiti Palestin di dalam tahanan penjara Israel.

Rabu ,14-03-2018 – Menteri Pendidikan Palestin di Tebing Barat; Sabri Saidam menyatakan bahawa sebilang 340 orang pelajar universiti Palestin kini dalam tahanan di penjara Israel.

Perkara ini dibangkitkan dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam membincangkan perlanggaran Israel terhadap Institusi pendidikan Palestin. Saidam menyelar peristiwa yang berlaku di Birzeit Universiti pada Rabu lepas apabila sebilangan askar Israel yang berpakaian awam menyerbu kampus universiti berkenaan dan menahan Presiden persatuan pelajar, Omar al-Kiswani.

Saidam berkata pembunuhan beramai-ramai boleh berlaku di Universiti berkenaan selepas tentera Israel melepaskan tindakan terbuka ketika operasi sedang berjalan. Beliau menyifatkan serangan berkenaan sebagai ‘keganasan’ dan menyeru kesatuan universiti dan UNESCO untuk mengambil tindakan keras keatas tindakan rejim Zionist berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea