
Jumaat, 29/01/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh terus mengumpulkan informasi dan bukti dari keluarga syuhada Palestin yang mana organ-organ tubuh badan mereka dicuri oleh Zionis-Israel.

Jumaat, 29/01/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh terus mengumpulkan informasi dan bukti dari keluarga syuhada Palestin yang mana organ-organ tubuh badan mereka dicuri oleh Zionis-Israel.

Khamis , 28/01/2010 – Presiden Mesir Hosni Mubarak Rabu lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di Sharm El-Sheikh, untuk membincangkan perkembangan terbaru wilayah Palestin, sambil Presiden mengulangi seruan beliau agar Israel menghentikan kepungannya ke atas Gaza.

Khamis , 28/01/2010 – Perdana Menteri Jordan Samir al-Rifai berkata pada hari Selasa agensi PBB, Bantuan dan Kerja Kemanusiaan bagi Pelarian Palestin (UNRWA) masih bertanggungjawab ke atas pelarian Palestin sehingga tercapai satu penyelesaian yang adil dalam perjuangan hak mereka.

Khamis , 28/01/2010 – Sekumpulan aktivis rakyat Palestin di London mengumumkan bahawa bangunan-bangunan yang rosak di Semenanjung Gaza selepas serangan Israel tahun lepas telah menunjukkan tanda-tanda pencemaran dengan Depleted Uranium.

Khamis , 28/01/2010 – Jurucakap pentadbiran Negara-negara Eropah, Shadi Othman membongkar rahsia bahawa Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan pembayaran bil-bil penghantaran bahan mentah yang digunakan untuk mengoperasi stesen janakuasa Gaza, sebenarnya adalah atas permintaan pihak berkuasa Palestin (PA) di Ramallah.

Khamis , 28/01/2010 –Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata rabu lalu, persetujuan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghentikan bekalan bahanapi ke Semenanjung Gaza yang diperlukan untuk janakuasa adalah satu jenayah kemanusiaan yang mengakibatkan nyawa ramai orang awam terutama sekali pesakit dan bayi pra matang.

Khamis , 28/01/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menahan 15 warga Palestin di Tebing Barat malam tadi dan awal pagi ini. Pasukan penceroboh Israel mendakwa para tahanan itu sangat “dikehendaki”. Tentera itu menahan mereka disebabkan curiga kerana mempraktikkan kegiatan anti-Israel, kata juruhebah radio Israel.
Mereka menyerbu desa Barqa di bandar Nablus dan menculik 6 penduduk Palestin iaitu Mohamaed Saif, Yafea Siaf, Ashraf Rasem, Walid Saif dan Fadi Abu Omar, sementara identiti tahanan keenam masih belum diketahui.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

Khamis , 28/01/2010 – MP Hamas Mushir Al-Masri kesal dengan penegasan presiden Mesir Hosni Mubarak bahawa kerajaannya akan tetap meneruskan pembinaan tembok besi di sepanjang Semenanjung Gaza.

Khamis , 28/01/2010 – Dr Taleb Abu Shaar, menteri pembiayaan dan hal-ehwal agama di Gaza, telah menegur mengenai keruntuhan masjid Aqsa di Baitulmuqaddis adalah kerana faktor semula jadi atau fenomena geologi teraruh.

Khamis, 28/01/2010 – Menteri Agrikultur Palestin, Dr. Ramadhan Agha berkata pada Rabu lepas bahawa banjir di lembah Gaza sengaja dicipta oleh Isreal untuk menyebabkan bencana alam sekitar dan memusnahkan pertanian penduduk di lembah Johr Al-Deek dan Al-Maghraqa.

Khamis, 28/01/2010 – Kementerian Luar Israel, Selasa (26/1), mengeluarkan laporan berkaitan hubungan Israel dengan Turki yang diserahkan kepada beberapa menteri dan wakil Zionis-Israel di luar negeri. Laporan itu berkaitan kritikan keras terhadap Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dituduh melakukan hasutan secara terbuka anti-Israel dan menyokong anti-semit. Perdana menteri Zionis-Israel turut menerima laporan itu.

Khamis, 28/01/2010 – Seramai 86 ulama pada hari Isnin mengeluarkan fatwa melarang pembinaan tembok besi Mesir di sepanjang sempadan Rafah dan penutupan pintu sempadan serta menegaskan fatwa yang dikeluarkan ulama Al-Azhar mengharuskan pembinaan tersebut adalah tidak betul dan tidak sah.

Khamis, 28/01/2010 – MP Jamal Al-Khudari selaku ketua jawatankuasa popular menentang pengepungan dan jawatankuasa kerajaan terhadap pengepungan hari ini mengeluarkan dua kenyataan berasingan bagi menghargai surat yang dihantar oleh 54 anggota kongres Amerika kepada Presiden Barack Obama berkenaan isu pengepungan di Gaza.

Khamis, 28/01/2010 – Ramai pelajar di Tebing Gaza mengimpikan pendidikan yang lebih tinggi di luar tetapi Tembok Israel-Mesir menghalang mereka untuk meneruskan perjananan.

Khamis, 28/01/2010 –54 orang ahli Kongres Amerika menggesa Presiden Barrack Obama agar mendesak Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza yang telah berlaku sejak 4 tahun lalu.