
Khamis , 24/4/2008 –UNRWA mengumumkan bahawa pertubuhan itu mungkin terpaksa menghentikan segala operasi bantuannya di Semenanjung Gaza Khamis ini lantaran kekurangan bekalan penting bahan api untuk trak-trak dan pusat bantuannya yang beroperasi di seluruh wilayah itu sambil merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya segera campur tangan untuk menyelamatkan maruah dan nyawa penduduk Gaza.


Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut. 
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.







