Categories
Berita Semasa

Jerman dan Itali mahu sepasukan 4 negara Timur Tengah dalam siasatan Gaza

Jumaat, 11/06/2010 – Jerman dan Itali berkata pada Selasa lepas bahawa mereka mahukan satu pasukan antarabangsa yang terdiri daripada 4 buah Negara Arab sebagai orang tengah yang turut terlibat dalam siasatan secara “telus dan neutral” ke atas serangan maut oleh rejim Zionis ke atas armada bantuan ke Gaza.

Rejim Zionis telah menolak arahan PBB untuk melakukan siasatan antarabangsa di atas serangan maut pada Isnin lepas ke atas konvoi kapal yang pro-Palestin yang cuba memecahkan kepungan ke atas Genting Gaza. Rejim Zionis berkata bahawa mereka akan melakukan sendiri siasatan itu.

Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle dan rakan sejawatnya dari Itali, Franco Frattini berkata dalam mesyuarat yang diadakan di Berlin bahawa mereka mahukan siasatan antarabangsa terhadap kes itu. Kata Westerwelle lagi, rejim Zionislah punca siasatan itu mesti dilakukan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jordan meminta Israel kembalikan pasport yang disita

Khamis, 10/06/2010 – Jordan berkata bahawa mereka telah meminta Israel untuk kembalikan pasport yang dirampas dari rakyat Jordan yang berada di antara penumpang armada bantuan Gaza yang disekat dalam serangan yang mengorbankan sembilan nyawa minggu lalu.

Jurucakap Kerajaan, Nabil Sharif berkata Israel telah memberikan Jordan senarai pasport yang dirampas dari tujuh rakyat Jordan termasuk warga Oman, Pakistan, Indonesia, Kuwait, Bahrain, Maghribi dan Algeria.  “Kami masih cuba untuk mengetahui dari kerajaan haram Israel akan status dua lagi pasport rakyat Jordan, “kata Sharif.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Israel tahan dua warga Palestin di Tebing Barat

Khamis, 10/06/2010 – Pasukan Keselamatan Israel hari ini telah menahan dua warga Palestin di Nablus, Tebing Barat. Saksi mengatakan kepada pemberita TV Safa bahawa tentera Israel itu  menahan dua orang, selepas mereka disyaki ‘menceroboh’ rumah penduduk.

Tentera Israel juga mengesahkan kad ID mereka di sekatan Howara, selatan Nablus.Tindakan regim terbait yang mahu menyemak kad ID menyebabkan kesesakan lalu lintas, tambah keterangan saksi terbabit. Selain itu, tentera Israel turut mencari kereta warga Palestin di jalan yang menghubungkan Nablus dengan Ramallah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  syed

Categories
Berita Semasa

Konvoi Bantuan dari Aljazair Berangkat ke Gaza

Khamis, 10/06/2010 – Konvoi bantuan dari parti al Irsyah wal Islah, Aljazair akan berangkat ke Gaza. Pihak parti itu telah mendapat visa perjalanan dari kedutaan Mesir di Algiers. Mesir telah bersetuju memberi visa bagi sukarelawan dari Aljazair. Kelewatan ini disebabkan urusan antara kedutaan Mesir dengan Kementerian Luar negri Aljazair.

Konvoi ini juga akan bekerjasama dengan Persatuan Doktor Mesir dan Bulan Sabit Merah Mesir. Pihak kerajaan Mesir memberi jaminan akan membantu persiapan dari Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel ‘dipinggirkan’ semasa forum Asia -Timur Tengah mengutuk serangan kapal.

Khamis, 10/06/2010 – Pemimpin Asia dan Timur Tengah bersatu dalam mengutuk serangan mati Israel ke atas kapal bantuan Gaza pada Pesidangan Kemuncak Keselamatan pada hari Selasa, dan sebagai tuan rumah Turki memberi amaran bahawa Israel adalah “terpinggir” di dalam rantau tersebut.

Dua puluh satu negara – semua ahli forum Keselamatan Asia (CICA) kecuali Israel – disokong teks yang diterbitkan di Istanbul pada 31 Mei mengutuk serangan pada pada armada kapal di perairan antarabangsa di Mediterranean.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, Bashar al-Assad dari Syria dan Hamid Karzai dari Afghanistan, serta Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin dan pemimpin Palestin Mahmoud Abbas turut berada di antara para pemimpin lain semasa sidang Kemuncak.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Israel terus memperbodohkan dunia.

Khamis, 10/06/2010 – Sejak 60 tahun kebelakangan ini, rejim rasis Israel telah terus-menerus memberi alasan kepada dunia untuk mengembangkan salah satu gudang senjata nuklear yang paling berbahaya di dunia. Menurut Persekutuan Saintis Amerika, Israel mempunyai lebih dari 200 hulu ledak nuklear yang cukup untuk meletupkan seluruh dunia dalam masa beberapa saat.

Israel yang merupakan satu-satunya pemilik senjata nuklear di Timur Tengah dan salah satu daripada tiga Negara yang tidak menandatangani Nuclear Non-Proliferasi Treaty telah terang-terangan menolak rayuan daripada 189 penandatangan NPT, termasuk sekutu utamanya Amerika Syarikat, untuk menandatangani perjanjian dan menempatkan kemudahan nuklearnya di bawah perlindungan menyeluruh dari Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ulasan persidangan 2010 NPT yang digulung pada Mei 28, di New York dan dihadiri oleh wakil dari negara-negara ahli NPT meminta lima ahli Dewan Keselamatan PBB bergerak ke arah penghapusan persenjataan nuklear mereka dan menegaskan perlunya Israel bergabung dengan perjanjian dan mematuhi kewajipan antarabangsa dalam hal non-proliferasi nuklear.

Pegawai Zionis, bagaimanapun, menolak dan memberi alasan bahawa Israel tidak menandatangani NPT, jadi mereka secara undang-undang tidak berkewajipan untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan persenjataan nuklear mereka, juga tidak bertanggung jawab untuk mengurangkan senjata atom mereka, apatah lagi menghapuskan senjata-senjata tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Mesir akan membuka pintu sempadan.

Khamis, 10/06/2010 – Mesir mengumumkan bahawa ia tetap akan membuka sempadannya dengan Tebing Gaza tanpa batasan waktu, setelah tindakan mereka membukanya hanya sekali-sekala sejak tiga tahun yang lepas.

Selepas serangan ganas ke atas flotilla keamanan ke Gaza, Mesir mengambil keputusan untuk membuka sempadannya dengan Gaza bagi memudahkan pergerakan 1.5 juta rakyat Palestin yang tinggal di Gaza, termasuk pesakit dan pelajar. “Mesir adalah pihak yang menghentikan kepungan ini”, kata jurucakap Menteri Luar Mesir, Hossam Zaki. “Kami tidak akan membiarkan pihak yang berkuasa terlepas dari tanggung jawabnya”.

Sumber Mesir melaporkan bahawa seramai 4200 penduduk Gaza telah bergerak meninggalkan dan memasuki Gaza sejak sempadan itu mula dibuka tujuh hari yang lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  intan shazira

Categories
Berita Semasa

Asia kutuk serangan Zionis terhadap flotilla

Khamis, 10/06/2010 – Perdana Menteri Turki, Abdullah Gul berkata semua peserta persidangan ‘Interaksi dan Proses Pembinaan Kepercayaan di Asia’ kecuali Israel pada hari Selasa (8/6) mengutuk serangan terhadap konvoi armada ‘kebebasan’ yang membawa bantuan Turki melalui laut yang sedang menuju ke Gaza. Seramai 9 orang aktivis Turki terbunuh dalam serangan tersebut.

Beliau yang juga pengerusi Persidangan Asia yang berakhir hari ini di Istanbul, menambah bahawa kutukan itu menunjukkan Israel sudah semakin terpencil dan ia pasti akan menerima akibat daripada perbuatannya.

Di akhir sidang tersebut, resolusi yang dikeluarkan tidak langsung menyinggung tentang rejim Zionis yang menentang namanya disebut dalam resolusi tersebut sebagai salah satu anggota dalam persidangan tersebut. Turki pula berusaha agar perisytiharan tersebut disertai oleh pihak yang mempunyai pengaruh yang kuat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membuang sisa toksik.

Khamis, 10/06/2010 – Kita telah melihat selama berdekad penderitaan oleh rakyat Palestin di tangan kerajaan Rejim Israel tetapi hanya sesetengah masalah sahaja yang telah diperkatakan, namun masalah yang lain lansung tidak kelihatan dan hanya terkubur begitu sahaja.

Dalam jangkamasa yang panjang Kerajaan Israel secara senyap-senyap telah membuang sisa-sisa radioaktif dari Dimona Kemudahan Nuklear mereka dan membuangnya di tanah Palestin. Apa yang ironisnya adalah mengapakah mereka perlu membuang sampah mereka di lokasi tersebut?

Beberapa tahun yang lalu saya telah memulakan sebuah kumpulan pencinta alam untuk menjaga wilayah di mana saya menetap ketika itu. Ianya merangkumi semua aspek potensi pencemaran dari Stesen Gas dan Turbin, Racun dan Pertanian, Air dan Kualiti Air dan lain-lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  didie

Categories
Berita Semasa

Turki : Kepungan wajib ditamatkan.

Khamis, 10/06/2010 – Turki menyeru hukuman antarabangsa berikutan Israel melakukan serangan yang membawa kematian terhadap sebuah kapal bantuan Gaza, sambil memberitahu semasa sidang kemuncak serantau Isnin lalu bahawa kepungan Israel di wilayah tersebut harus ditamatkan segera.

Para pemimpin dari Rusia, Pakistan dan Afghanistan serta musuh-musuh Israel dari Iran dan Syria menghadiri persidangan dua hari Eropah-Asia dan Timur Tengah di Istanbul di mana peristiwa Israel menyerbu kapal Turki mendominasi perbincangan.

“Masanya telah tiba untuk menamatkan kepungan di Gaza,” kata Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan dalam sidang media bersama Presiden Syria, Bashar al-Assad. “Kami tidak mahu wujud sebuah penjara terbuka di dunia ini.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel buka dua laluan ke Gaza

Khamis, 10/06/2010 – Pihak berkuasa Israel telah membuka sebahagian daripada laluan masuk ke Gaza di laluan Karem Abu Salem dan Al Montar. Dua laluan ini dibuka untuk membolehkan bekalan minyak dan bantuan lain yang terhad dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Menurut Raed Fatouh, pegawai Palestin di laluan tersebut, sebanyak 77 hingga 87 buah van yang membawa bekalan dan bantuan untuk sektor pertanian dan industri akan dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa Israel.

Dia menambah, mereka akan menggunakan bekalan gas memasak dan minyak yang terhad itu untuk menghidupkan stesen janakuasa di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Pendeta Yahudi (Rabbi) menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dengan kawalan Tentera Zionis

Khamis, 10/06/2010 – Sumber Palestin menyatakan bahawa sekumpulan Pendeta Yahudi Zionis (Rabbi) telah menceroboh masuk ke dalam ruang halaman Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak pada waktu pagi hari Selasa 8/6/2010 melalui Pintu Al-Magharibah,dan perlakuan tersebut telah dilakukan dengan kawalan Pasukan Tentera Pendudukan Zionis,mereka juga telah memanjat ke bahagian atas masjid yang berbumbung itu dan telah melakukan rondaan di sekitar masjid dalam keadaan yang mencurigakan dengan alasan menjaga keamanan.

Memetik ulasan Dr.Talib Abu Sya’ar Menteri Hal Ehwal Agama dan Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds telah mengutuk pencerobohan yang dilakukan oleh sekumpulan Rabbi Zionis itu ke dalam ruang halaman Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak,beliau menganggap pencerobohan tersebut merupakan suatu jenayah yang sungguh tidak berakhlaq dan bertentangan dengan syariat agama-agama Samawi yang lain kerana mereka telah mengotorkan Masjid Al-Aqsa dengan kasut-kasut mereka dan dengan keadaan mereka yang tidak bersih,dan perkara ini dituntut oleh para pemimpin, para alim ulamak dan para muslimun yang lain agar bangkit menentang pencerobohan terkutuk ini yang semakin menjadi-jadi sekarang ini.

Dan Dr.Talib Abu Sya’ar memberikan peringatan di dalam kenyataan akhbarnya pada hari Selasa 8/6/2010 bahawa pencerobohan ini tersenarai di dalam Siri Peningkatan dan Serangan Zionis yang semakin berleluasa menyerang Al-Quds dan Al-Aqsa,dan mengingatkan tentang kebahayaan Gerakan Yahudisasi dan betapa besarnya pengaruh gerakan tersebut dari berbagai bentuk dan berbagai cara yang meracuni segenap aspek kehidupan penduduk Al-Quds.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Categories
Berita Semasa

Peranchis Usul Tamatkan Sekatan

Khamis, 10/06/2010 – Perancis mengajukan cadangan menamatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza yang sudah berjalan selama empat tahun. Pihaknya mengusulkan agar Kesatuan Eropah memainkan peranan yang lebih besar dalam menjamin kejayaan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui darat, iaitu melalui pintu Rafah serta melalui laut dengan melakukan kawalan terhadap kapal-kapal antarabangsa yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza.

Menteri Luar, Prancis Bernard Kouchner mengatakan dalam sidang akhbar bersama dengan rakannya dari England, William Den Haag, di Paris, “Ada kemungkinan Kesatuan Eropah melakukan kawalan terhadap kapal-kapal kargo yang membawa barang ke Semenanjung Gaza dan mengawasi sempadan Rafah, Mesir.”

Kouchner mengatakan, “Dalam waktu tertentu kita harus mengawasi pintu masuk Rafah. Kita menyarankan sekali lagi bahawa Kesatuan Eropah boleh mengambil alih kawalan pintu masuk ini dengan sangat ketat.”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Penjajah Zionis berhasrat menghancurkan 45 perkampungan arab di wilayah Negev (النقب)

Rabu, 09/06/2010 – Badan “Kerajaan” Zionis yang disebut sebagai Jabatan Pembinaan dan skim Perumahan Zionis telah membuat persiapan untuk menghancurkan ribuan rumah Arab di wilayah Negev dalam rencananya untuk mengambil tindakan keras terhadap warga Palestin dan membina penempatan secara intensif. Perkara tersebut dilakukan atas dasar untuk melaksanakan pemindahan secara paksaan bagi penduduk, serta pembersihan etnik di wilayah Negev.

Ahli Parlimen Arab, dalam Kabinet Zionis (Knesset), Talab al-Sani`, membuat kenyataan dalam sidang media yang diterbitkan pada Isnin (06/07) bahawa Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan di bawah Kementerian Zionis telah mengadakan lawatan lapangan di perkampungan Arab di wilayah Negev, dengan beberapa penyertaan dari kontraktor-kontraktor dalam rangka mengajukan permohonan untuk tender, selepas kerajaan Zionis mengumumkan bajet kewangan untuk melaksanakan rancangan mereka terhadap wilayah Negev dengan kedatangan satu juta pendatang Zionis ke wilayah tersebut.

Al-Sani` memberi amaran bahawa tindakan provokatif Zionis itu, akan menyebabkan tercetusnya “Intifadah (pemberontakan) tanah dan perumahan,” di Negev, serta meminta agar kerajaan penjajah mempertimbangkan kembali rancangannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel menahan dua remaja Palestin di Tebing Barat

Rabu, 09/06/2010 – Semalam, Tentera Tejim Zionis menahan dua budak Palestin di Bethlehem dan Hebron di Tebing Barat.

Tentera Rejim Zionis menahan, Ahmad Abu Amira di salah satu pintu masuk Al-Haram Al-Ibrahimi kerana memiliki pisau. Di Bethlehem, Tentera Rejim Zionis menahan, seorang budak lelaki yang tidak diketahui namanya, kerana dikatakan membaling batu pada kereta pengdatang haram yahudi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah