Categories
Berita Semasa

Pendatang Zionis Mula Bina Penempatan Baru Di Selatan Betlehem

Selasa ,12/10/2010 – Puluhan pendatang Zionis, Ahad (10/10) memulakan pembinaan penempatan baru di wilayah hijau, selatan Betlehem Tebing Barat. Mereka membawa alatan pembinaan berat untuk melakukan penggalian di kawasan tersebut.

Tindakan mereka ini berlaku ketika penduduk Zionis berusaha memperluas penempatan di wilayah warga Palestin sejak berakhirnya tempoh pembekuan pembinaan penempatan Zionis di Tebing Barat, selain di kota Al-Quds terjajah.

Di samping itu, pasukan Zionis menangkap tujuh warga Palestin sejak pagi ini (Ahad) dari beberapa kawasan di Tebing Barat. Tentera Zionis juga menempatkan ramai anggotanya di beberapa lokasi di kota Hebron dan daerah Bet Kahil di utara kota.

sumber : COMES
8penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

MSD memfailkan aduan di Geneva untuk menghentikan Israel daripada mengasingkan pegawai Jerusalem

Isnin, 11/10/2010 – Pembangunan masyarakat Al-Maqdesi (MSD) mengatakan pihaknya memfailkan aduan terhadap Majlis HAM PBB di Geneva untuk mengelakkan Israel dari mengasingkan empat pegawai Jerusalemite yang dipilih dari bandar asal mereka.

MSD menyedari langkah ini diambil setelah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan kedudukan para pegawai Jerusalemite, tiga anggota parlimen dan satu bekas menteri, dan menyangkal justifikasi atas keputusan Israel untuk mengusir mereka dari kota suci itu.

MSD meminta dewan hak asasi manusia sedar tanggung jawabnya terhadap para pegawai Palestin dan menekan Israel dari mengusir mereka, terutama ahli parlimen Mohamed Abu Tir, yang ditahan di penjara tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Projek penempatan haram Zionis diteruskan.

Isnin, 11/10/2010 – Penduduk Zionis di penempatan Mekhora, timur laut utara Lembah Jordan telah memulakan pembinaan baru di bahagian barat penempatan tersebut, menurut saksi di daerah Tobas yang melaporkan pada Khamis lalu.

Mereka mengatakan para penduduk meratakan tanah bagi persiapan untuk membina tiga unit rumah baru, dan menyatakan penempatan itu terkenal kerana selau mengambil tanah pertanian Palestin di kawasan tersebut. Sementara itu, pada Khamis lalu sebuah kenderaan tentera Israel sengaja melanggar kereta Palestin di jalan antara Nablus dan Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Erdogan : Turki tidak akan berpeluk tubuh di hadapan kanak-kanak Gaza yang kebuluran

Isnin, 11/10/2010 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tidak akan mendiamkan diri sahaja melihat kekejaman rejim Zionis mahupun memalingkan wajah dari Gaza dan kanak-kanaknya.

Beliau memberi ucapan ini semasa majlis pembukaan Forum Perdagangan Antarabangsa Kali Ke-14 yang dianjurkan oleh MUSIAD, Pertubuhan Bebas Penggiat Industri dan Perniagaan pada Rabu lalu di Istanbul. Forum itu disertai oleh lebih daripada 25 menteri dari pelbagai negara, 5,000 ahli perniagaan dari 65 buah negara, 150,000 pelawat serta 550 peserta pameran dari Turki dan negara-negara lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Netanyahu langgar keputusan mahkamah di Tebing Barat

Isnin, 11/10/2010 – Media menyebutkan bahawa PM Zionis-Israel, Benjamin Nentanyahu telah melanggar keputusan mahkamah agung yang mana keputusan mahkamah itu mengarahkan kerja-kerja pembinaan sinagog dihentikan. Sinagog itu didirikan di Tebing Barat di atas tanah rakyat Palestin. Arahan mahkamah itu telah di keluarkan ketika Ehud Barak menjadi PM. Tindakan Nentanyahu turut mendapat sokongan anggota Knesset dari parti Likud.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Menteri menyeru negara-negara Arab selamatkan wanita Palestin

Isnin, 11/10/2010 – Menteri Hal-Ehwal Tahanan di Palestin, Mohammed Faraj Al-Ghoul menggesa Negara-negara Arab agar menyelamatkan wanita Palestin daripada keganasan Israel. Beliau berkata, “Di manakah maruah Arab yang seharusnya rasa tergugat dengan apa yang berlaku pada wanita Palestin.”

Beberapa hari yang lalu media menyiarkan video memaparkan seorang tentera Israel menari mengelilingi seorang tahanan wanita yang dihadapkan mukanya ke dinding dalam keadaan tangan diikat dan bertutup mata.

Dalam satu ucapannya di ibu pejabat Kementerian yang dihadiri ratusan menteri, ahli PLC, keluarga tahanan, ketua kesatuan pekerja dan organisasi-organisasi lainnya pada Khamis, Ghoul mengatakan, “Tentera-tentera biadab ini akan terus menari dan mendabik dada selagi tiada yang menghentikan, dan selagi tiada rasa marah dalam darah orang Arab dan Muslim.” Ghoul menambah bahawa video tersebut hanyalah merupakan secebis daripada kekejaman tentera Israel terhadap tahanan baik lelaki mahupun wanita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Az-Zehar : Fattah setujui pandangan Hamas tentang Suruhanjaya Pilihanraya

Isnin, 11/10/2010 – Doktor Mahmoud Az-Zehar, wakil Biro Politik Hamas mendedahkan bahawa Hamas dan Fattah sudah mencapai beberapa persepakatan dalam sebahagian besar isu berhubung dengan keamanan Palestin yang telah diutarakan dalam mesyuarat pembaikan negara itu tempoh hari. Beliau menyatakan bahawa perbahasan selanjutnya berkenaan hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat di antara kedua-dua pihak Hamas dan Fattah pada masa yang akan datang.

Dalam temubual eksklusif beliau bersama dengan Pusat Informasi Palestin – yang bakal diterbitkan nanti – , Az-Zehar berkata bahawa Fattah telah mencapai persetujuan dengan Hamas secara khususnya di dalam isu Suruhanjaya Pilihanraya, Badan Kehakiman Khas Pilihanraya dan halatuju serta kepimpinan depan PLO, yang mana isu-isu ini pada awalnya tidak diendahkan oleh Fattah apabila dibangkitkan oleh Hamas sebelum ini.

Az-Zehar menambah lagi : “ketiga-tiga isu ini telah dibincangkan oleh Hamas selepas diabaikan oleh pihak mereka (Fattah) sebelum ini, maka kini hanya tinggal satu isu, iaitu mencari penyelesian berkenaan masaalah keamanan, dan isu terakhir ini akan dibincangkan pada bulan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Israel, 11 Cedera

Isnin, 11/10/2010 – Mangsa serangan udara Israel ke beberapa wilayah di Semenanjung Gaza Khamis pagi (7/10) meningkat menjadi 11 orang. Salah seorang mangsa adalah dari pejuang Batalion Helang Palestin yang menjadi sasaran pembunuhan pasukan Israel. Sejumlah rumah penduduk mengalami kerosakan akibat serangan ini.

Dalam serangan terakhir, empat penduduk cedera setelah kenderaan mereka diserang pesawat tempur Israel dalam usaha membunuh seorang pejuang Palestin. Dalam satu kenyataan akhbar, sayap ketenteraan Hamas Batalion Izzuddin Al-Qassam mengatakan bahawa pesawat tempur Israel berusaha membunuh seorang pimpinan Batalion Helang Palestin. Namun mangsa yang berada dalam kereta ketika diserang hanya mengalami kecederaan.

Beberapa pesawat tempur Israel jenis F16 melepaskan roketnya ke pos Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap militan Hamas di barat daya kota Gaza dan kampung Zaitun bahagian tenggara kota Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu menterbalikkan keputusan Mahkamah Agung untuk menutup rumah ibadat

Isnin, 11/10/2010 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memerintahkan untuk membekukan keputusan Mahkamah Agung untuk menutup rumah ibadat orang Yahudi yang dibina di Tebing Barat yang dijajah, sumber media Israel berkata .

Mahkamah Agung Israel sebelumnya telah mengeluarkan keputusan untuk menutup rumah ibadat Al Matan, yang dibina sebagai sebahagian di penempatan harama berhampiran penempatan Shomron Ma’ale di Tebing Barat selepas warga Palestin mengajukan tuntutan bahawa bangunan itu didirikan di tanah mereka.

Menurut sebuah laporan dari laman web channel 10 Israel pada hari Rabu, menteri perang Israel Ehud Barak memerintahkan Mahkamah Agung untuk menghentikan keputusan untuk menutup rumah ibadat. Sumber itu berkata keputusan itu dibuat Selasa dalam mesyuarat kabinet selepas penduduk haram Israel meletakkan batu besar dan kawat berduri di jalan ke rumah ibadat dalam usaha untuk menggagalkan keputusan mahkamah.

Ahli Parti Likud Danny Danon mengatakan dia berpuas hati atas keputusan Netanyahu, yang bertentangan dengan harapan media. Isu membekukan penempatan haram tidak dibincangkan dalam pertemuan kabinet menteri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Paris menjadi tuan rumah pertemuan Abbas-Netanyahu pada 21 Oktober

Isnin, 11/10/2010 – Richard Prasquier, Presiden Majlis Perwakilan Lembaga Yahudi Perancis, mengatakan pertemuan yang akan datang dapat diadakan pada 21 Oktober di bawah naungan Perancis di Paris. Pertemuan itu akan menemukan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan Menteri Luar Negeri AS, Hillary Clinton.

Prasquier mengatakan setelah pertemuan dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy: “Presiden mengatakan kepada saya dia akan melakukan segala daya untuk memajukan rundingan. Saya percaya ada sesuatu yang diantisipasi pada 21 Oktober di Paris antara Perdana Menteri Israel, Mahmoud Abbas, dan Clinton. ”

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa itu adalah pasti, tetapi ia merupakan kemungkinan yang kuat,” tambah Prasquier. Presiden Perancis menolak untuk memberi komen lebih lanjut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Nofal: hukuman terhadap Mujahidin menafikan adanya niat baik kearah perdamaian

Isnin, 11/10/2010 – Emad Nofal, MP Islam di Majlis Perundangan Palestin bagi Wilayah Qalqilya, mengutuk hukuman yang tidak adil yang dikeluarkan oleh Mahkamah “Kerajaan Fatah” di Tebing Barat terhadap kumpulan mujahidin rakyat Palestin.

Dia berkata: “Kami mengutuk hukuman yang tidak adil dan zalim ini keatas hak mereka sebagai warganegara, dan kami menegaskan bahawa ketetapan hukuman yang kasar seperti ini, tidak menunjukkan adanya niat yang baik untuk tujuan perdamaian (fatah dan hamas) dalam rangka perbincangan yang berterusan tentang hasil positif atas usaha untuk menghapuskan hambatan dan memulihkan kembali kesatuan antara dua sayap negara (fatah dan hamas), tetapi sebaliknya, kita mendapati kempen panggilan meningkat dan operasi penculikan dalam beberapa hari terakhir menunjukkan tidak adanya niat untuk rapatkan hubungan. ”

Nofal menambah lagi : bahawa ketetapan hukuman ini tidak memberi apa-apa kebaikan dan hanya memihak kepada kepentingan sebelah pihak iaitu penjajah “. dan pihak berkuasa (fatah) dituntut supaya “segera membebaskan kesemua yang telah diculik bagi membuka jalan kejayaan perdamaian nasional”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang bina gerbang baru di tembok al-Quds

Jumaat ,08/10/2010 – Media Zionis melaporkan terdapat rancangan untun membina gerbang baru di tembok al-Quds. Menurut berita, perincian rancangan telah di serahkan ke kerajaan Zionis Israel. Tujuan utama Zionis Israel adalah untuk menampung ribuan Yahudi yang datang melawati tembok ratapan.  Kali terakhir tembok itu di ubahsuai adalah ketika zaman pemerintahan khilafah Uthmaniyah.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Hamas Kutuk Keputusan Mahkamah Tentera Terhadap Para Pejuangnya

Jumaat ,08/10/2010 – Hamas dalam satu kenyataan pada hari Rabu mengutuk keputusan mahkamah tentera kononnya sebagai “politik, menindas” di Tebing Barat.

Dikatakan bahawa keputusan itu politik semata-mata dan dimaksudkan untuk melayani kehendak penjajah Israel dan keselamatan penduduk haram Israel, yang hanya mendatangkan kerosakan di Tebing Barat. Hamas menyatakan kekecewaan pada fakta bahawa mereka dihukum yang mempertahankan tanah mereka dan tidak hormat kepada penjajah, memberi amaran bahawa keputusan tersebut akan membawa kesan negatif pada usaha perpaduan nasional.

Gerakan ini mendesak Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk melepaskan semua tahanan politik, menutup penjara dan menamatkan semua tindakan terhadap pejuang dan penyokong perjuangan di Tebing Barat. Ia meminta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia untuk menekan PA di Ramallah untuk membebaskan para tahanan politik dan melindungi keselamatan warga Palestin.

Sementara itu, kumpulan pejuang di Jalur Gaza memberi amaran dalam sebuah sidang akhbar pada hari Rabu bahawa amalan kuasa Fatah telah mencapai “tahap serius” menggambarkan puak Fatah yang dikuasai PA bertindak terhadap pejuang dan para pendukungnya sebagai “ganas”.

Kumpulan Keselamatan PA bertindak secara mutlak mengabaikan usaha perpaduan, menambah bahawa tentera Israel dan penduduk yang mengeksploitasi amalan PA ‘untuk melakukan kejahatan di siang hari terhadap warga Palestin.

Abu Obeida, juru bicara Briged Qassam sayap bersenjata Hamas, berkata sebagai wakil kepada kumpulan pejuang, memberi amaran bahawa kesabaran mereka atas amalan-amalan Fatah di Tebing Barat telah sampai pada tahap maksima. Dia menggambarkan kumpulan keselamatan PA sebagai “alat” Israel yang melengkapkan peranan dan memudahkan misinya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Wanita di dalam video menyaman tentera Israel

Jumaat ,08/10/2010 – Wanita yang menjadi tahanan di dalam rakaman video di mana tentera Israel menari mengelilinginya ingin menyaman pihak tentera Israel di atas penghinaan dan aib yang dialaminya.

Saluran 10 TV Israel menayangkan sebuah video Youtube menunjukkan seorang tentera Israel menari mengelilingi seorang wanita Palestin yang diikat dan ditutup matanya serta dipaksa menghadap dinding.

Wanita terbabit, Ihsan Dababisa, 35, dari Kampung Al-Khalil, Nuba berkata, “Saya tonton rakaman itu di saluran Jazeerah. Selepas menonton, saya tidak boleh tidur, saya rasa sangat dihina. Suara ketawa dan muzik yang mereka mainkan kedengaran bingit di telinga saya.”

“Saya telah menghubungi Persatuan Penjara Palestin, kami akan mengajukan kes terhadap tentera itu dan tentera Israel keseluruhannya,” Dababisa terus menambah. Beliau mengatakan, beliau ditahan pada 11 Oktober 2007 di atas tuduhan bersekutu dengan gerakan Jihad Islam serta dipenjarakan selama 22 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam tindakan ketenteraan terhadap penggeraknya di Tebing Barat

Jumaat ,08/10/2010 – Hamas mengecam hukuman politik yang tidak adil yang dijalankan oleh Badan Kehakiman Ketenteraan Kumpulan Oslo di Ramallah terhadap hak-hak penduduk yang mempertahankan tanah mereka dan mendedahkan sikap ganas Zionis.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu (6 Oktober), Hamas percaya bahawa tindakan sebegini adalah semata-mata untuk kepentingan politik yang menguntungkan Zionis dan pendatang haram mereka di Tebing Barat, selain memberi kesan negatif dan menambahkan lagi kekangan untuk sebarang dialog persepakatan dan pembaikan Palestin.

Hamas menuntut Presiden Fatah yang hampir tamat pentadbirannya, Mahmoud Abbas, agar dengan segera membebaskan tahanan-tahanan politik, menutup kesemua penjara-penjara, dan menghentikan segala tindakan tidak adil dan hukuman politik yang dikenakan terhadap Hamas dan penjuangnya di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen