Categories
Berita Semasa

Erdogan: Palestin adalah isu kami.

Selasa , 09/03/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’. Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihilangkan segera sebagai memenuhi ‘tanggungjawab kemanusiaan’ sebelum menunaikan ‘tanggungjawab keislaman’.

Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata: “Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.” Beliau menambah: “Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda.”

Beliau juga menambah: “Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Komik “Footnotes in Gaza” karya Sacco, tiada yang sepertinya.

Selasa , 09/03/2010 – Komik bertajuk “Footnotes in Gaza (Nota kaki di Gaza)”, karya Joe Sacco, diiktiraf sebagai tiada lain sepertinya. Cerita komiknya tiada watak hero and kurang karakter tertawa, tetapi hanya segelintir pembaca yang akan mengharapkan banyak unsur lawak daripada kisah komik yang berlatar belakangkan wilayah yang sentiasa dikepung dan dibom oleh Israel. Namun, tragedi-tragedi semasa yang melanda Gaza mampu menjadi latar belakang kepada watak utama, iaitu penulis sendiri, mengembara dalam 388 muka surat bergambar, menepis serangan peluru berpandu dan penembak tepat Israel, di mana beliau cuba untuk menghidupkan semula suasana dua kejadian penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel pada tahun 1956.

Karya Sacco itu menyebabkan ramai penduduk Gaza yang terkejut dan ada juga yang melahirkan rasa marah. Mereka selalu memberitahu penulis berbangsa Amerika itu bahawa tragedi 1956 telah lama berlalu. Pada masa kini, pesawat Israel terus menembak bertalu-talu ke arah para pejuang yang lari menyelamatkan diri, manakala jentolak mereka terus merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin yang berdekatan wilayah yang dirampas Israel. Mengapa Sacco tidak menulis tentang kisah yang berlaku sekarang? Tetapi Sacco tidak berganjak daripada karyanya selepas mendengar pengakuan seorang pejuang Muslim yang menjadi mangsa penyembelihan di Khan Younis itu; “peristiwa itu telah meninggalkan parut di hati saya yang tidak akan sembuh selamanya… Mereka (Israel) telah menanamkan kebencian di dalam hati-hati kami.”

Pengakuan itu amat bermakna kerana ia diucapkan oleh Abed El-Aziz el-Rantisi, yang digambarkan oleh Sacco dalam mukadimahnya, sebagai seorang pejuang kanan Hamas yang kemudiannya telah dibunuh oleh roket Israel. Dan dalam rangka penyiasatannya, Sacco yang telah memenangi anugerah sebagai wartawan kartunis, dan telah menerbitkan karya tentang Bosnia dan wilayah-wilayah Palestin, menghasilkan kes yang meyakinkan bahawa peristiwa dua penyembelihan beramai-ramai itu adalah isu penting yang pada masa itu hanya menerima sedikit perhatian dalam laporan PBB dan media, kini merupakan kunci penderitaan dan kemarahan 1.5 juta penduduk Palestin yang sedang terkepung di Gaza pada waktu ini.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Filem Turki paparkan keganasan Zionis ke atas Palestin.

Selasa , 09/03/2010 – Sebuah syarikat perfileman akan menghasilkan sebuah filem yang memaparkan kezaliman Zionis-Israel ke atas Palestin. Filem yang bakal menaikkan kemarahan Zionis-Israel ini akan ditayangkan bulan November. Sebelum ini, sebuah filem yang menceritakan bagaiman seorang doktor yahudi mencuri organ mereka yang di tahan di Iraq.

Kos pembikinan dijangkakan mencecah 10 juta dollar dan merupakan antara filem yang termahal. Pengarah filem Bahader Ozdiner, menyatakan beliau akan membuat filem apa yang sebenar berlaku di Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Tentera Abbas culik pemimpin Hamas.

Selasa , 09/03/2010 – Pihak tentera yang masih setia kepada bekas Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas, telah menculik Sheikh Abdullah Yassin, seorang pemimpin Hamas yang berpengaruh di Tulkarem, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya Sabtu lalu.

Yassin baru sahaja dibebaskan oleh tentera rejim zionis Rabu yang lalu setelah menjalani tahanan politik selama 34 bulan. Sheikh Yassin amat dikenali di bandar tersebut dan menganggotai persatuan pemikir agama Palestin disamping keahlian dalam lain-lain badan agama dan mewakili Hamas dalam kesatuan nasional dan gerakan Islam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Israel menolak lawatan rasmi Kesatuan Eropah ke GAZA.

Isnin , 08/03/2010 – Media Ibrani melaporkan Israel menolak permintaan oleh Catherine Margaret Ashton, Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah, untuk mengunjungi Semenanjung Gaza sempena lawatan seminggu beliau ke Timur Tengah.

Mereka memetik beberapa sumber politik yang mengatakan bahawa Tel Aviv telah memutuskan untuk tidak memberikan keizinan kepada Ashton untuk melawat Gaza pada pertengahan Mac.Sumber tersebut menambah bahawa Israel biasanya menolak permintaan seperti takut bahawa hal itu boleh menggambarkan sebagai pengakuan atas ‘kerajaan Hamas, turut menambah bahawa Ashton boleh melawat Gaza dengan menyeberangi Rafah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Israel akan mengeluarkan laporan baru membela serangan terhadap masjid.

Selasa , 09/03/2010 – Pasukan rejim Zionis akan mengeluarkan penemuan-penemuan baru mengenai mogok di Masjid Ibrahim Al-Maqadma sepanjang Operasi mereka di Gaza tahun lalu, dalam usaha untuk menyangkal dakwaan Laporan Goldstone yang menyatakan Israel mensasarkan serangan terhadap orang awam.

Laporan tersebut menyatakan bahawa insiden itu adalah bukti penting untuk tuduhan bahawa rejim Zionis sengaja mensasarkan orang awam dalam operasi tersebut. Bukti baru itu adalah berdasarkan laporan daripada Hamas dan Jihad Islam yang menunjukkan bahawa lebih separuh daripada mereka telah terkorban dalam serangan bersenjata tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Para penjaga penjara Israel melancarkan operasi pencarian terbesar di Hadarim.

Isnin , 08/03/2010 – Selasa lalu, Pusat pengajian tahanan menyatakan bahawa satu Pasukan khas telah bergabung dengan pihak berkuasa penjara Israel melancarkan operasi pencarian terbesar ke atas sejumlah sel-sel tahanan di dalam penjara Hadarim selama bertahun-tahun.

Pengarah pusat Ra’fat Hamdona mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa puluhan pasukan khas tersebut berpecah menjadi sembilan bilik di bangsal ketiga penjara. Beliau menambah bahawa pasukan tersebut melakukan operasi mengejut dan menyeluruh yang berlangsung selama hampir 6 jam setengah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Rundingan damai bermula Ahad, Sidang Abbas dan Perez di Rom.

Isnin , 08/03/2010 – Akhbar berbahasa Ibrani, Herts menjangkakan rundingan tidak langsung antara kerajaan Zionis dengan pihak berkuasa Ramallah yang diketuai oleh Mahmud Abbas (yang sudah tamat tempoh pemerintahannya) mungkin bermula lebih awal, pada hari Ahad akan datang, setelah Abbas menerima persetujuan beberapa buah negara Arab untuk memulakannya.

Akhbar itu mengatakan utusan Amerika di Timur Tengah, George Mitchell akan tiba ke Israel pada petang Sabtu akan datang, sambil mengisyaratkan bahawa pentadbiran Amerika berharap kedua-dua pihak mengisytiharkan pada pagi keesokannya bahawa rundingan tidak langsung itu akan bermula, iaitu sebelum ketibaan Joe Biden, Naib Presiden Amerika ke Israel.

Dalam perkembangan berkaitan, Saluran 10 televisyen Zionis memaklumkan rundingan Zionis-Palestin-Itali akan berlangsung di Rom pada 22 April akan datang dengan disertai oleh Presiden Israel Simon Perez, Ketua Pentadbiran Ramallah Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Terowong Rafah runtuh, pemuda Gaza terkorban.

Isnin , 08/03/2010 – Seorang pemuda Palestin terbunuh malam Rabu lalu dalam kejadian terowong runtuh di selatan Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Muhammad Subhi Al-Najjar, 18, terbunuh dalam satu runtuhan terowong berdekatan kejiranan Alqeshout di Rafah.

Menurut laporan pemuda itu yang tinggal di kawasan Al-Brazil, telah disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Abu Yousef Al-Najjar di Rafahy.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

600 unit penempatan akan dibina di kawasan penaklukan Baitulmuqaddis timur.

Isnin , 08/03/2010 – Menurut laporan Haaretz pada hari jumaat lalu, Pemerintah pendudukan Israel bercadang membina 600 unit penempatan baru untuk diduduki di Baitulmuqaddis timur.

Suruhanjaya perancangan daerah telah meluluskan rancangan untuk menambah 600 unit perumahan berhampiran mukim Pisgat Zeev. Bilangan itu telah diskalakan semula menjadi 600 daripada 1,100 buah asalnya selepas didedahkan bahawa sebahagian besar tanah masih dimiliki secara sah oleh orang Palestin, menurut laporan Haaretz.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel ceroboh timur Rafah di Gaza.

Jumaat , 05/03/2010 – Tentera Israel menceroboh timur Rafah pada hari Rabu berdekatan dengan pos sempadan Karem Abu Salem. Sumber dari pasukan keselamatan memberitahu beberapa buah kereta kebal dan jentolak masuk dan memusnahkan kawasan di sekitar pos sempadan Karem Abu Salem. Beberapa buah pasukan tentera khas Israel juga menyertai pencerobohan tersebut yang diawasi helikopter diudara.

Sebelum itu, tentera Israel menyerbu utara Baitul Lahia dan memusnahkan tanah penduduk Palestin disitu walaupun tembak menembak berlaku dengan dasyhatnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

PM Israel masih menunggu Hamas untuk pertukaran tahanan.

Jumaat , 05/03/2010 – Israel masih menunggu jawapan dari Hamas, tiga bulan selepas menawarkan untuk pertukaran tahanan bagi tentera-tentera yang ditawan di Gaza, menurut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu Selasa lalu.

“Sehingga hari ini, tiga bulan telah berlalu dan kita belum menerima jawapan dari Hamas,” Netanyahu memberitahu sidang parlimen tertutup komiti hubungan luar dan pertahanan, menurut pegawai atasan yang hadir dalam mesyuarat itu.

Netanyahu berkata Israel telah bersetuju untuk membuat pertukaran beberapa tahanan untuk tentera Israel Gilad Shalit, 33, yang ditawan oleh tentera Hamas dan militan dari 2 kumpulan lain dalam satu serbuan maut melepasi sempadan dari Gaza pada Jun 2006.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  Aznil

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kami tidak akan layan rundingan dengan Zionis.

Jumaat , 05/03/2010 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan kerajaannya tidak akan melayan rundingan dengan regim Zionis sama ada secara rahsia atau terang-terangan, secara langsung atau tidak langsung, sambil mengatakan bahawa kerajaannya tidak akan memperakui mana-mana perunding untuk membuat rundingan dengan pihak Zionis ketika serangan dilancarkan terhadap bandar al-Quds dan al-Aqsa. Ia juga akan tetap menolak manouver politik dalam hal ini.

Haneyya menambah sepatutnya para menteri negara Arab yang sedang bermesyuarat di Kaherah mengambil pendirian lebih tegas bagi menolak pencerobohan yang sedang dihadapi oleh beberapa kawasan suci di Palestin, namun resolusi yang dikeluarkan kelihatan lemah apabila ia membenarkan mana-mana perunding untuk berunding dengan pihak Zionis meskipun bandar al-Quds sedang hebar diserang dan proses mengyahudikannya dengan berjalan lancar.

Kenyataan Haneyya ini dikeluarkan semasa sidang yang diadakan oleh Dewan Perundangan Palestin di bandar Gaza pada hari Rabu (3/3) bagi membincangkan pencerobohan dan rampasan yang dilakukan regim Zionis terhadap bandar al-Quds dan kawasan sekitarnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Lagi daerah Palestin dicerobohi.

Jumaat , 05/03/2010 – Pasukan tentera penceroboh Israel Rabu lalu telah memasuki daerah-daerah berbeza di Hebron, Tebing Barat namun tiada tangkapan dilaporkan.

Sumber keselamatan mengatakan pasukan penceroboh Israel telah memasuki bandar Saeer dan Al-Shyoukh , timur laut Hebron dan membuat rondaan di jalanraya.Pemeriksaan pasukan penceroboh Israel hampir setiap hari dibuat di sekitar Hebron bagi melakukan serangan dan mengadakan kempen pencarian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz_79

Categories
Berita Semasa

Hamas: Mossad Ada kepentingan dengan pembunuhan Mabhuh.

Jumaat , 05/03/2010 – HAMAS menafikan bahawa pihaknya telah menuduh terdapat beberapa negara Arab kerana terlibat dalam pembunuhan Mahmud Mabhuh dan pernah memburu Mabhuh sebelum beliau dibunuh di Dubai. HAMAS tegas menyalahkan Mossad yang merancang pembunuhan ini.

HAMAS turut menyatakan, “Kami menyeru kepada media massa agar tidak memainkan dan terperangkap dengan isu dan mengalih tumpuan kepada perkara yang benar. Perkara pokok di sini ialah kezaliman Mossad dalam isu pembunuhan Mahbuh. Berita untuk menjauhkan diri dari kebohongan dan pendistorsian dan mengalihkan jarum kompas dari isu sumbtansi, yaitu terorisme negara dan kejahatan Mossad dalam pembunuhan pemimpin Hamas Mahmud Mabhuh. Berita seperti ini tidak akan membantu rakyat Palestin malah hanya memberi kekuatan kepada Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif