
Rabu, 22/11/06 –
Tokoh Politik Jihad Muslim,Khaled Al-Batesh telah sama sekali menyangkal kenyataan-kenyataan terdahulu yang dibuat oleh MP Azzam al Ahmad (FATAH) bahawa kumpulan Jihad Muslim bersetuju menghentikan serangan sebagai penyelesaian ke atas orang Israel.

Rabu, 22/11/06 –
Rejim Zionis semalam (21/11/06) telah melepaskan tembakan kepada sekumpulan rakyat awam Palestin di kem pelarian Jabalia , sumber perubatan melaporkan.

Rabu, 22/11/06 –Isnin lalu, Dr. Ismail Redwan, jurucakap pergerakan Hamas menafikan laporan media yang menyebut mengenai kegagalan rundingan di antara Hamas dan Fatah berhubung usaha pembentukan kerajaan campuran. Penafian yang sama turut disebut oleh MP Dr. Mustafa Al-Barghouthi yang mengetuai rundingan di antara kedua-dua paksi tersebut.

Selasa, 21/11/06 –
2 rakyat Palestin syahid di bandar Gaza semalam selepas satu serangan rejim Zionis di Jalur Gaza. Seorang rejim turut tercedera dalam satu serangan balas oleh pejuang Palestin di bandar Sderot semasa lawatan Louise Arbour, pesuruhjaya hak asasi manusia
UN semalam.

Selasa, 21/11/06 –
Mahkamah Tentera Israel di Pusat Pertahanan Salem, penahanan PA menteri kewangan Profesor Omar Abdul Razek dan sepuluh timbalan PLC dilanjutkan 70 hari selepas perbicaraan mereka ditangguh pada 30 Januari 2007.

Selasa, 21/11/06 –
Perdana menteri Palestin, Ismael Haneyya menyatakan kekecewaanya atas tidak terlaksananya keputusan menteri-menteri luar Arab untuk membebaskan embargo rakyat Palestin. Beliau menyeru agar semua bangsa Arab dan Islam bertindak secepat mungkin melindungi rakyat Palestin dari kekejaman Israel.

Isnin, 20/11/06 –
Sebuah keluarga Palestin yang disokong oleh beratus-ratus penduduk yang lain di kem pelarian Jabalia telah Berjaya menghentikan serangan udara Israel ke atas rumah mereka selepas mereka enggan meninggalkan rumah itu. Mereka kemudiannya membentuk satu benteng manusia di atas dan di sekeliling rumah terbabit. Rumah tersebut adalah milik keluarga Wael Baroud, salah seorang pemimpin Kumpulan Pejuang Popular.

Isnin, 20/11/06 –Satu mesyuarat tertutup antara Haniyya Ismail dan Perdana Menteri Abbas Presiden Palestinin Mahmoud berakhir dengan perbincangan kearah untuk pembentukan kerajaan kesatuan national.Perjumpaan itu berakhir tanpa adanya media.

Isnin, 20/11/06 –Kerajaan Palestin menyambut baik inisiatif Eropah untuk menyelesaikan konflik
politik di wilayah Timur Tengah, dengan mempersiapkan jalan penyelesaian akhir bagi
masalah Palestin. Pada masa yang sama, Palestin mempersoalkan sikap Israel yang
menolak inisiatif tersebut.

Jumaat, 17/11/06 –Keputusan dari Menteri Luar Arab beberapa hari lalu tentang usaha untuk menyelesaikan sekatan terhadap rakyat Palestin masih belum boleh di laksanakan. Di atas penundaan itu, 2 Menteri Palestin telah membawa 2 beg berisi wang tunai ke dalam semenanjung Gaza Rabu lalu.

Khamis, 16/11/06 –
Pada hari Rabu (15/11/06), rejim Israel telah menculik seorang ibu kepada 5 anak di bandar Tebing Barat Dura, selatan bandar Al-Khalil selepas memecah masuk rumah ibu tersebut.

Khamis, 16/11/06 –
Gerakan Perjuangan Islam Hamas menegaskan bahawa kerajaan perpaduan nasional yang akan dibentuk melibatkan ramai menteri dari Hamas, tidak akan mengiktiraf entiti Zionis Israel. Kerajaan baru tersebut juga tidak akan menerima idea dua negara sebagai penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Khamis, 16/11/06 –Rejim Zionis (RZ) jangka akan membebaskan jurucakap PLC, Dr. Aziz Duwaik, dalam beberapa hari akan datang setelah formasi oleh kerajaan unit national PA disahkan, laporan sumber media.

Rabu, 15/11/06 –
Wakil Ketua Dewan Kabinet dan juga Menteri Luar Negeri Kuwait, Syaikh Muhammad Shabah menyeru agar diberhentikan rundingan dan perjanjian dengan Israel dan juga berhenti dari hanya mengecam,mengkritik dan memprotes sahaja.

Rabu, 15/11/06 –
Salah seorang ahli Bridge Qassam, sayap Pergerakan Hamas, mengalami kecederaan teruk ketika berhadapan dengan tentera rejim Israel di Beit Hanun, utara jalur Gaza pada malam Ahad lepas.