
Isnin , 20/07/2009 – Dua rakyat Palestin tercedera semasa pertempuran dengan tentera Mahmoud Abbas, bekas ketua Palestin Authority (PA) yang menyerang kem pelarian Jalazone di Ramallah dengan tujuan untuk menculik seorang pemimpin terkemuka Hamas.

Isnin , 20/07/2009 – Dua rakyat Palestin tercedera semasa pertempuran dengan tentera Mahmoud Abbas, bekas ketua Palestin Authority (PA) yang menyerang kem pelarian Jalazone di Ramallah dengan tujuan untuk menculik seorang pemimpin terkemuka Hamas.

Isnin , 20/07/2009 – Penulis dan pengkaji Palestin, Ibrahim Hamami menegaskan bahawa tuduhan Pemimpin Fatah dan Ketua Bahagian Politik Palestinian Liberation Organization (PLO) Faruk Qadumi terhadap Presiden Palestin Mahmud Abbas dan pemimpin kumpulan pengkhianat Fatah, Muhammad Dahlan yang dianggap terlibat dalam pembunuhan Presiden Yasser Arafat, adalah sangat penting.

Isnin , 20/07/2009 – Para tawanan HAMAS dalam penjara Zionis mengutuk tindakan pemburuan dan penyeksaan yang dilakukan secara berterusan oleh militia Abbas terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat. Mereka juga turut mengutuk secara khusus tindakan menculik yang dilakukan oleh militia tersebut terhadap tawanan yang dibebaskan sebelum mereka tiba di rumah mereka.

Jumaat , 17/07/2009 –Pasukan Keselamatan yang setia kepada bekas pemimpin PA dan Fatah, Mahmoud Abbas pada Rabu lalu telah menculik tujuh penduduk yang menyokong Hamas di daerah Tulkarem, Nablus dan Jericho termasuk dua bekas tahanan penjara Israel dan seorang anggota majlis perbandaran.

Jumaat , 17/07/2009 – Sekali lagi Faruq al-Qaddumi, setiausaha agung pergerakan Fatah menegaskan penglibatan Abbas dan Dahlan seorang pemimpin yang khianat dan telah melarikan diri itu dalam konspirasi pembunuhan Presiden Arafat dan para pemimpin pejuang lain. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf kerajaan Palestin di Ramallah.

Khamis , 16/07/2009 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menutup pejabat saluran satelit Al-Jazeera di Tebing Barat selepas ia menyiarkan pertuduhan Farouq Al-Qaddoumi, salah seorang pemimpin kanan Fatah, terhadap Mahmoud Abbas dan Mohamed Dahlan pada hari Selasa lepas.

Khamis , 16/07/2009 – Pada hari Rabu lalu Hamas berkata pengakuan daripada askar Israel (IOF) kepada organisasi Israel Breaking the Silence merupakan keterangan yang jelas dimana askar-askar IOF telah melakukan jenayah perang semasa peperangan terbaru di Semenanjung Gaza.

Rabu , 15/07/2009 – Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas berkata pada hari Selasa lepas bahawa pengumuman Salam Fayyad (PA) bahawa mereka perlu menempatkan lebih banyak anggota keselamatan Palestin di Tebing Barat untuk mencegah serangan pejuang Palestin ke atas pihak Israel itu membuktikan bahawa pihak keselamatan pimpinan Fayyad sememangnya mensasarkan penghapusan penentangan dan seterusnya menghalalkan pencerobohan Israel.

Rabu , 15/07/2009 – Penjara Israel Di Hadarim telah mengurangkan dua pertiga makanan kepada tahanan Palestin, demikian didakwa Kelab Tahanan Palestin pada hari Selasa.

Selasa , 14/07/2009 – Khalil Al-Hayya, ahli Biro Politik Pergerakan Hamas mendedahkan bahawa pihak Fatah sebenarnya tidak berminat untuk menjayakan dialog kebangsaan untuk mengakhiri konflik dalaman Palestin.

Selasa , 14/07/2009 – Dr. Yousuf Rezqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, berkata bahawa keterbukaan rakyat Eropah kepada pergerakan Hamas dan kerajaannya adalah hasil daripada keteguhan penduduk Gaza berhadapan kezaliman dan pengepungan Israel.

Isnin , 13/07/2009 – MP British, George Galloway telah mengumumkan bahawa beliau telah merancang satu konvoi kebajikan yang ketiga iaitu lifeline-3 dengan penyertaan presiden Venezuela, Hugo Chavez.

Isnin , 13/07/2009 – Perdana Menteri Palestin ,Ismail Haneyya Ahad lalu menyatakan delegasi Mesir yang melawat Ramallah telah mencadangkan beberapa penyelesaian untuk menghapuskan faktor-faktor yang menimbulkan perbalahan diantara Hamas dan Fatah terutama isu tahanan politik di Tebing Barat.

Jumaat , 10/07/2009 – Jamal El-Khodary, Pengerusi Persatuan Popular Menentang Pengepungan (PCAS), melaporkan hari ini bahawa “Konvoi Arteri Kehidupan” yang kini berada di Mesir, sedang membuat persiapan untuk memasuki Semenanjung Gaza pada 23 Julai ini. Seramai 180 aktivis akan terlibat di dalam konvoi tersebut.

Jumaat , 10/07/2009 – Beberapa sumber media Norway mendedahkan bahawa keuntungan hasil daripada minyak negara Skandinavia itu dilaburkan untuk memodenkan jet perang Zionis tanpa pemandu yang digunakan bagi melakukan pembunuhan dan tinjauan.