Categories
Berita Semasa

(Terkini) Namr Hammad ugut Suha Arafat.

Isnin , 27/07/2009 – Beberapa sumber menegaskan bahawa Soha Arafat, isteri bekas presiden Yaseer Arafat, mendapat tekanan agar menafikan kenyataan yang pernah beliau berikan kepada akhbar Turki ‘Jumhuriyyet’, bahawa suaminya membenarkannya melihat laporan mesyuarat tiga hala (Amerika-Israel-Palestin) sebagaimana dibongkar oleh al-Qaddumi, bahawa beliau (Arafat) bimbangkan keselamatan nyawanya daripada ancaman Abbas dan Muhammad Dahlan.

Categories
Berita Semasa

Israel rancang musnahkan Bustan.

Jumaat, 24/07/2009 – Pertubuhan Ir Amin memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel (IOA) yang mencerobohi Jerusalem sedang merancang untuk memusnahkan seluruh kawasan kejiranan Busan, seperti yang dipetik daripada akhbar Hebrew pada Khamis lepas. Israel merancang untuk membina taman peringatan Yahudi di atas tapak kawasan yang akan dimusnahkan itu.

Categories
Berita Semasa

HAMAS menolak ketegangan di perkhemahan Lubnan.

Jumaat, 24/07/2009 – Gerakan HAMAS di Lubnan menegaskan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan keamanan di semua perkhemahan di Lubnan dan menolak ekploitasi menjadikan perkhemahan sebagai tempat pertembungan bersenjata serta merosakkan keamanan, kestabilan dan keselamatan penduduk tempatan Lubnan.

Categories
Berita Semasa

Abu Salim: Tiada guna berunding dengan Zionis.

Jumaat,   24/07/2009 – Salah seorang wakil rakyat daripada al-Harakah al-Islamiyyah dalam Majlis Perundangan, Ibrahim Abu Salim menegaskan syarat-syarat yang diletakkan oleh Netanyahu untuk berdamai dengan Palestin telah mengecilkan peluang untuk mencapai perdamaian. Antara syarat tersebut ialah mengiktiraf Yahudi penjajah dan melarang pelarian Palestin daripada kembali semula ke negara mereka. Beliau menegaskan syarat-syarat tersebut membuktikan rundingan dengan Zionis adalah sia-sia.

Categories
Berita Semasa

Dakwaan terlibat dengan Al Qaida, seorang pemuda Palestin dihukum penjara.

Jumaat,   24/07/2009 – Siaran radio tentera Israel semalam melaporkan, pihaknya (mahkamah) telah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun ke atas seorang penduduk Palestin, 21, selepas dibuktikan bersalah. Pemuda tersebut didakwa terlibat dengan rangkaian pengganas Al-Qaida.

Categories
Berita Semasa

Hamas kecam kerajaan Abbas atas pemecatan anggota Majlis Bandar Qalqiliya.

Jumaat,  24/07/2009 – Pergerakan Hamas pada Rabu lepas mengutuk tindakan kementerian tempatan yang memecat 3 anggota Majlis Bandar Qalqiliya. Kementerian tersebut ditubuhkan secara haram oleh Mahmoud Abbas, bekas ketua pemerintah PA.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Tahanan Palestin bertindak mogok lapar enam hari.

Khamis, 23/07/2009 – Tahanan Palestin, Riyadh Al Amour mogok lapar sejak enam hari lalu berikutan bantahannya yang mengdepani keadaan hidup teruk di penjara tersebut dan kekerapan serangan-serangan oleh askar Israel yang mengawal.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Balik dari Geneva terus diculik Israel.

Khamis, 23/07/2009 – Askar Israel telah menculik seorang warga Palestin di kampung Ni’lin Rabu lalu berhampiran pusat bandar Ramallah, Tebing Barat sebaik sahaja ia kembali dari Geneva selepas memberi keterangan kepada jawatankuasa PBB dan sebelum mereka menyiasat serangan Israel di Semenanjung Gaza dan pencabulan Israel yang lain.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) 11 lagi rakyat Palestin ditangkap tentera rejim Zionis

Rabu , 22/07/2009 – Angkatan tentera rejim Zionis semalam menangkap 11 lagi rakyatPalestin daripada pelbagai daerah di Tebing Barat antaranya di Tulkarem, Bethlehem dan Al-Khalil.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Pendatang Yahudi bakar ladang rakyat Palestin.

Rabu , 22/07/2009 – Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh pendatang Yahudi telah membakar tanah pertanian milik rakyat Palestin pada pagi Isnin lalu, yang terletak di beberapa buah kampung di selatan bandar Nablus, Tebing Barat.

Categories
Berita Semasa

Al-Zahhar: Perdamaian tidak akan tercapai jika Fatah teruskan polisinya

Rabu , 22/07/2009 – Seorang anggota Biro Politik HAMAS, Mahmoud al-Zahhar menegaskan kedegilan Fatah menyebabkan dialog nasional tertangguh ke tarikh 25 Ogos akan datang, sebagaimana jika Fatah terus dengan polisinya, maka perdamaian tidak akan dapat dicapai.

Categories
Foto/Video/Muzik

Hayati rintihan Al Aqsa kepada dunia.

Pergi minit ke 3:36 untuk rintihan seorang kanak2 terhadap ayahnya yang tidak pulang.

Categories
Berita Semasa

Gaza Utara: Seorang kanak-kanak ditembak mati tentera Israel.

Selasa , 21/07/2009 – Sumber perubatan Palestin melaporkan, seorang kanak-kanak Palestin yang cedera ditembak tentera Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza, petang Ahad lalu mati dalam perjalanan ke Hospital Be’er Sheva’.

Categories
Berita Semasa

Nunu : Kerajaan sokong penentangan.

Selasa , 21/07/2009 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza menegaskan bahawa mereka menyokong konfrontasi terhadap pencerobohan Israel. Kerajaan menyifatkannya sebagai usaha untuk menentang kezaliman dan serangan-serangan oleh pihak Israel terhadap penduduk Gaza.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Stok terhad. Baju Tee HAMAS.

Assalamualaikum,

Sebagaimana tahun tahun sebelum ini, Pkini akan mengeluarkan tshirt berlatarbelakangkan perjuangan rakyat Palestin. Jadi , jika berminat, sila isi  borang pesanan di menu sebelah kanan utk tujuan pesanan.

Terima kasih.

Gunx