Boikot Persidangan Israel-Amerika November Ini.


Rabu, 10/10/07 –Pergerakan Hamas telah memanggil semua pihak yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin untuk memboikot persidangan musim gugur yang dihadiri presiden George AS Bush pada November ini seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

MESTI BACA : Ucapan Aktivis Hamas di Indonesia.

Pada hari Jumaat, 28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428 H, Indonesia menerima kunjugan seorang pejuang Palestine yang istimewa. Syeikh Abu Bakar pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis sehingga mengakibatkan beliau buta. Beliau yang datang sebagai memenuhi jemputan Eramuslim (http://www.eramuslim.com/) dalam Majlis Iftar Jama’iy itu mengenakan pakaian gamis putih dan turut memberikan ucapan kepada hadirin.

Syria Desak Masukkan Isu Bukit Golan Dalam Sidang Damai.


Selasa, 09/10/07 –
Presiden Syria, Basyar Al Asad menegaskan bahawa negaranya tidak akan menghadiri persidangan damai antarabangsa di Timur Tengah yang diselia oleh Amerika Syarikat jika isu penawanan Israel ke atas tanah tinggi Golan di Syria sejak tahun 1967 tidak dibincangkan

Hamas Dan Fatah Bermesyuarat di Beirut.


Selasa, 09/10/07 –
Ahli pertubuhan Hamas yang berpengaruh berkata, satu mesyuarat rahsia telah diadakan antara ahli biro politik pertubuhan itu, Muhammad Nizal dan Jibril Al Rojub, penasihat Presiden Palestin merangkap ahli majlis revolusi pertubuhan Fatah.

Syria Tegas Hak Mereka Bertindak Balas Ke atas Israel.


Selasa, 09/10/07 –
Presiden Syria, Basyar Al Asad berkata, pesawat Israel yang telah menyerang kem-kem tenteranya bulan lepas, tidak lagi digunakan di negaranya.

Israel Bebas Tahanan Palestin.


Selasa, 09/10/07 –

Pihak berkuasa Israel telah membebaskan berpuluh-puluh tahanan warga Palestin yang kebanyakannya dari anggota pertubuhan Fatah setelah kelewatan beberapa jam disebabkan oleh kawalan keselamatan yang melewatkan pembebasan tahanan semenanjung Ghaza.

Hamas Kutuk Pembunuhan Terhadap Pemudah Kristian Palestin.


Isnin 08/10/07 –
Hamas mengutuk pembunuhan Rami Ayyad, 30 tahun yang ditemui mati pagi Ahad lalu di daerah Zaitoun, Bandar Gaza dengan luka-luka akibat tikaman dan sebutir peluru di kepala.

Hamas : Pertemuan Olmert-Abbas Merupakan Kegagalan.


Jumaat, 05/10/07 –
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyatakan yang mesyuarat antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang menghasilkan banyak kegagalan menggambarkan perbincangan dengan Israel hanyalah “satu sandiwara dan mengejar fatamorgana.”

Perjanjian Rahsia Hamas dan Kerajaan Mesir ??


Khamis, 04/10/07 –
Hamas telah menyangkal laporan yang menuduh pergerakan itu mengadakan perjanjian rahsia dengan kerajaan Mesir di mana 85 pemimpin Hamas dan anggotanya yang terkandas di Mesir dibenarkan untuk melintasi sempadan Rafah dan memasuki Semenanjung Gaza dan dalam masa yang sama ditukar dengan anggota Al-Qaeda yang dikehendaki ke Mesir.

Imej Hamas Diburukkan Dalam Media Israel.


Khamis, 04/10/07 –
Sebuah akhbar Israel berhaluan kanan dan organisasi Fatah telah bekerjasama untuk memburuk-burukkan Hamas selaku pergerakan Islam Palestin.

Hamas: Pernyataan Dougart Bukti PBB Memihak kepada Israel


Selasa, 02/10/07 –
Gerakan Hamas memuji pernyataan John Dougart berkait laporan Lembaga Hak Asasi PBB yang menganggap PBB memihak kepada kepentingan Israel dan pura-pura tidak tahu terhadap kejahatan Israel.

Rayyan : Dakwaan Terhadap Hamas Tidak Benar.


Isnin, 01/10/07 –Dr Nizar Rayyan, salah seorang pemimpin Hamas di Jalur Gaza menolak dakwaan bahawa dia membocorkan rahsia kekuatan Hamas kepada akhbar Kuwait.
Rayyan berkata beliau tidak bercakap kepada mana2 media beberapa bulan yang lepas dan dakwaan tersebut menurut beliau adalah khabar angin semata2.

Masjid Ditukar Menjadi Sinagog Yahudi ?


Isnin, 01/10/07 –
Ketua hakim Palestin, Sheikh Tayseer Al-Tamimi, pada Ahad lalu telah menuduh kerajaan Israel menukar Masjid Islam Ibrahimi yang terletak di tengah-tengah bandar Al-Khalil, Tebing Barat menjadi sebuah Sinagog Yahudi.

Abu Zuhri Minta Abbas Jadi Presiden yang Sebenar.


Isnin, 01/10/07 –
Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menyeru Presiden Palestin, Mahmud Abbas untuk mengkaji semula kesepakatannya berkait tindak ganas Israel terhadap Gaza.

Kesihatan Menteri Yang Dipenjarakan Kian Meruncing.


Isnin, 01/10/07 – Yasser Mansour, seorang anggota Hamas yang mempunyai kuasa mengubah dan menyusun semula blok berparlimen Rabu lalu telah memberitahu yang askar-askar rejim Zionis mengambil kesempatan atas sikap diam antarabangsa untuk melanggar kekebalan Ahli Parlimen (MP) Palestin serta menyerang mereka.