Categories
Berita Semasa

Nunu: Tiada pertemuan dibuat antara Haneyya dan deligasi Fatah.

Isnin, 23/06/2008 –Taher Al-Nunu, jurucakap kerajaan, mengatakan bahawa Perdana Menteri Ismail Haneyya tidak ‘dijadualkan’ untuk bertemu deligasi Fatah yang datang melawat Gaza dari Ramallah.

Categories
Berita Semasa

Israel Musnahkan 3 Rumah Penduduk Palestin di Jerusalem.

Isnin, 23/06/2008 –
3 buah rumah penduduk Palestin di kawasan jajahan Jerusalem di Beit Hanina dan Wadi Kaddoum telah diruntuhkan oleh bulldozer Israel atas alas an tidak mempunyai permit.

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Prioriti untuk rancangan-rancangan ekonomi.

Isnin, 23/06/2008 –Ismail Haneyya, ketua kerajaan yang bertanggungjawab ke atas PA, telah menegaskan bahawa prioriti perlu diberi kepada rancangan-rancangan ekonomi di Semenanjung Gaza dalam fasa seterusnya untuk menolong warganegara Palestin and meningkatkan tahap kesabaran mereka.

Categories
Berita Semasa

Kepungan Gaza Makin Tenat ?

Jumaat, 20/06/2008 –Satu laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Eropah yang berkempen untuk membatalkan kepungan menyatakan bahawa jumlah mangsa kepungan telah meningkat kepada 116 pesakit Palestin termasuk kanak-kanak sejak awal 2008 yang menunjukkan Semenanjung Gaza menyaksikan satu kenaikan kematian pesakit yang ketara.

Categories
Berita Semasa

Delegasi Fatah ke Gaza menemui jurucakap untuk Kerajaan Haneyya.

Jumaat, 20/06/2008 –Taher Al-Nunu, jurucakap untuk Kerajaan yang bertanggungjawab untuk PA. diketua oleh Ketua kerajaan, Ismail Haneyya, bertemu pada petang Rabu dengan delegasi Fatah yang dihantar oleh Kepimpinan PA ke Semenanjung Gaza, dimana mereka membincangkan inisiatif dialog kebangsaan.

Categories
Berita Semasa

Khudari di Austria, mengajak dunia untuk hentikan sekatan ke atas Gaza.

Khamis, 19/06/2008 –Penggubal undang-undang dan ketua jawatankuasa anti-sekatan berpusat di Gaza, MP Jamal Al-Khudari
berada di Austria dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan rasmi untuk mengakhiri sekatan ekonomi
Israel yang tidak adil ke atas Semenanjung Gaza

Categories
Berita Semasa

Pegawai Rasmi Mesir: Keredaan bermula pada pagi Khamis.

Rabu, 18/06/2008 –Seorang pegawai kanan kerajaan Mesir pada hari selasa lepas mengumumkan keredaan akan berlaku antara kumpulan-kumpulan penentang Israel dan Palestin pada pagi Khamis nanti.

Categories
Berita Semasa

Penggubal Undang-Undang Swiss: Kesenyapan Eropah terhadap kepungan di Gaza.

Selasa, 17/06/2008 –Ketua Pertubuhan Swizelend-Palesinte, MP Daniel Vischer menyatakan sikap pasif kerajaan Eropah terutamanya terhadap apa yang berlaku di Semenanjung Gaza dan amnya di Palestin amat memalukan.

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Perjanjian damai akan dirumus berasingan daripada isu Shalit.

Selasa, 17/06/2008 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin, menyatakan Isnin lalu bahawa satu perjanjian damai akan disimpulkan tidak lama lagi, menunjukkan yang isu tawanan askar Israel Gilad Shalit akan diuruskan secara berasingan.

Categories
Berita Semasa

Hamas Bersedia Berdialog Dengan Fatah.

Selasa, 17/06/2008 –Pergerakan Hamas Isnin lalu telah menyatakan mereka telah bersedia untuk memulakan dialog kebangsaan dengan kumpulan Fatah pada bila-bila masa sambil mengatakan ia akan menggunakan segala kemudahan yang ada untuk mencapai kejayaan.

Categories
Berita Semasa

Israel luluskan pembinaan 40,000 unit rumah di Jerusalem.

Isnin, 16/06/2008 –Majlis Perbandaran Jerusalem yang dkuasi Israel telah meluluskan pelan yang dibentangkan oleh Datuk Bandarnya, Uri Lupolianski untuk membina lebih kurang 40,000 unit rumah di beberapa pinggir kota bandar suci itu.

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Kami berusaha untuk satu mekanisma bagi memastikan kejayaan dialog.

Isnin, 16/06/2008 –Dalam satu sidang akhbar diadakan di Ghaza, Ismail Haneyya, ketua kepada kerajaan yang bertanggungjawab ke atas PA, menyatakan bahawa kerajaan dan pergerakan Hamas tidak cuba untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan kumpulan Fatah, sebanyak usaha mereka ke arah satu mekanisma untuk melahirkan keadaan yang sesuai bagi kejayaan dialog kebangsaan.

Categories
Berita Semasa

Khudari: Eropah Perlu Main Peranan Besar.

Isnin, 16/06/2008 –
Ahli Parlimen Palestin Jamal Al-Khudari yang juga Ketua Jawatankuasa Anti Sekatan Israel menegaskan di Itali bahawa Eropah memegang tanggungjawab besar dalam menghalang sekatan Israel ke atas Gaza atas sebab Eropah mempunyai pengaruh kuat dalam setiap keputusan antarabangsa. Beliau berkata demikian dalam satu perhimpunan di bandar Siena Itali yang dihadiri masyarakat awam termasuk datuk bandar, ahli politik dan aktivis masyarakat yang pro-Palestin.

Categories
Berita Semasa

Hamas : Kenapa Dahlan ?

Isnin, 16/06/2008 –
Timbalan Ketua blok Parlimen Hamas bagi Badan Perundangan Palestin, Yahya Mousa Ahad lalu menuduh pihak tertentu dan media perantara dalam kumpulan Fatah yang cuba untuk menggagalkan dialog kebangsaan dengan mencadangkan nama Mohammed Dahalan ke dialog itu.

Categories
Berita Semasa

2 Pejuang Palestin Syahid Semalam.

Jumaat, 13/06/2008 –Dua pejuang Palestin telah terbunuh pada pagi Khamis lalu sewaktu konfrontasi bersenjata dengan askar-askar rejim Zionis di timur Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza yang meningkatkan bilangan para syuhada kepada sembilan orang rakyat Palestin sejak Selasa lalu.