Categories
Berita Semasa

Mishaal bertemu Presiden Asad: bincang perkembangan terbaru.

Jumaat, 04/07/2008 –Satu deligasi Hamas yang diketuai oleh Khaled Mishaal, ketua Gerakan Biro politik, bertemu dengan Presiden Syria, Bashar Al-Asad Khamis lalu. Hamas membuat kenyataan bahawa pertemuan tersebut mengambil masa selama 1 jam 30 minit membincangkan hal ehwal semasa di Palestin dan rantaunya.

Categories
Berita Semasa

Gaza Bakal Bencana ?

Jumaat, 04/07/2008 –Pergerakan Hamas memberi amaran bahawa situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza menjangkau kepada tahap membawa bencana yang tidak terkawal, sambil merayu kepada Mesir agar mencari formula bagi membolehkan pembukaan lintasan Rafah seperti asal sehingga persetujuan dicapai dalam mekanisme untuk mengoperasikannya secara tetap.

Categories
Berita Semasa

Haniyya menyeru Mesir untuk terus membuka laluan Rafah buat selamanya.

Jumaat, 04/07/2008 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata pada hari Khamis bahawa kejadian yang berlaku pada hari Rabu di laluan Rafah adalah secara spontan dan tidak dirancang, beliau juga menyeru Kerajaan Mesir supaya mempercepatkan pembukaan laluan Rafah itu secara rasmi.

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis bunuh 78 kanak-kanak Palestin; menculik 260 orang dalam 6 bulan.

Khamis, 03/07/2008 –Rejim Zionis membunuh 78 kanak-kanak Palestin, dan menculik lebih daripada 2,500 rakyat Palestin,
termasuk 260 kanak-kanak, diserata Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, ditegaskan oleh satu laporan dikeluarkan oleh Nafha Society.

Categories
Berita Semasa

HAMAS : Israel Langgar Lagi Perjanjian

Rabu, 02/07/2008 –Pergerakan Hamas menyatakan Selasa lepas bahawa keputusan Israel untuk menutup laluan Gaza sebagai satu perlanggaran kepada perjanjian damai dan bertujuan untuk mengugut pecahan Palestin dan penduduk Palestin dan menambah bahawa keputusan tersebut telah mencacatkan peranan Mesir.

Categories
Berita Semasa

Gaza Lumpuh ? Mana PBB ?

Rabu, 02/07/2008 –Jawatankuasa popular terhadap pengepungan memberi amaran sektor swasta di Semenanjung Gaza kini berada diambang kejatuhan dan menjadi lumpuh manakala institusi-institusi PBB hanya berpeluk tubuh bagi menyelamatkan situasi ini daripada semakin teruk.

Categories
Berita Semasa

Abbas : Rundingan Dengan Israel Gagal.

Selasa, 01/07/2008 –Presiden Mahmoud Abbas pada Isnin lalu telah menyatakan rundingan PA dengan kerajaan Israel gagal mencapai apa-apa kemajuan ketara setakat ini, sambil berharap situasi tenang antara Israel dan puak penentang Palestin akan menggesa ke arah “usaha damai” kelak.

Categories
Berita Semasa

Agha: Penutupan Sempadan Rafah Satu Mesej Kepada Mesir.

Isnin, 30/06/2008 –Menteri Pertanian Palestin Dr. Mohamed Al-Agha penutupan sempadan Rafah merupakan satu mesej kepada Mesir yang menaungi gencatan senjata tentang keangkuhan Israel.

Categories
Berita Semasa

Ekonomi Gaza Musnah ?

Isnin, 30/06/2008 –Persatuan Palang Merah Antarabangsa menyatakan kepungan Israel yang dikenakan sejak dua tahun lepas telah mengakibatkan kesan yang teruk ke atas seluruh aspek kehidupan harian bagi satu setengah juta rakyat Palestin yang tingal di Gaza, sambil menambah “Ekonomi Gaza telah runtuh”.

Categories
Berita Semasa

Damai Perlu Dibayar Oleh Israel !

Isnin, 30/06/2008 –Pergerakan Hamas pada Ahad lepas telah menekankan bahawa mereka komited terhadap perjanjian ke amanan dengan penjajah Israel dengan balasan bahawa Israel bersetuju menghentikan keganasan mereka dan sekatan yang dikenakan.

Categories
Berita Semasa

Al-Khudari : Kami akan hadapi kepungan yang menggila di Gaza ini.

Jumaat, 27/06/2008 –Ahli Parlimen Jamal Al-Khudari selaku Ketua Jawatankuasa Popular bagi pengepungan menyatakan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza memahami erti ketabahan untuk menghadapi realiti pahit dalam kehidupan mereka dan akan mengalahkan mereka yang bertaruh bahawa pengepungan itu menguji kesabaran mereka, sambil menambah penduduk Palestin akan berjaya lantaran keadilan sebagai asas perjuangan mereka.

Categories
Berita Semasa

Gilad Shalit Mesti Di Tukar Dengan … ?

Khamis, 26/06/2008 –Pergerakan Hamas Rabu lalu menyatakan yang puak-puak tentangan Palestin yang menahan askar rejim Zionis, koperal Gilad Shalit masih bertegas dengan syarat mereka untuk menukaarkannya dengan tawanan-tawanan Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak di penjara Israel.

Categories
Berita Semasa

NGO Israel Kecam Tentera Rejim Zionis.

Khamis, 26/06/2008 –Sebuah pertubuhan NGO yang dikenali sebagai Jawatankuasa Awan Anti Kekejaman Israel telah mengecam tindakan tentera Israel yang sering mendera tahanan Palestin termasuk yang masih kanak-kanak.

Categories
Berita Semasa

Masri : Keadaan reda ini tidak seperti dahulu.

Rabu, 25/06/2008 –
MP Mushir Al-Masri, setiausaha agung Hamas, menyatakan bahawa perjanjian damai yang diselesaikan di antara penduduk Palestin dan penduduk Israel tidak akan menjadi seperti sebelum ini kerana ianya bukan lagi di bawah naungan Arab dan tidak mengenakan apa-apa kewajipan terhadap Israel.

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Bukan Kerajaan Dakwa Tentera Israel Cabuli Hak Tahanan.

Isnin, 23/06/2008 –Jawatankuasa Awam Menentang Seksaan Israel (PCATI), sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendakwa penjajah Israel telah mencabuli hak-hak tahanan Palestin di penjara Israel termasuklah mereka yang kurang upaya.