
Selasa, 4/12/07 – BAITULMUQADDIS,PIC– Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert Ahad lalu menyatakan persidangan Annapolis yang diadakan baru-baru ini amat penting untuk keselamatan Israel dan ia disertakan sekali dalam rundingan bersama Palestin pada masa akan datang ke arah pelaksanaan penuh rancangan damai.

Isnin, 3/12/07 – Ramallah: Namr Hammad, Penasihat politik Mahmud Abbas mengritik apa yang dilakukan kumpulan pejuang Palestin yang melepaskan peluru berpandu ke tempat-tempat Zionis. “Akibatnya ia dijadikan alasan pihak Rejim Zionis untuk menyerang beberapa tempat di Semenanjung Gaza,” kata Hammad.

Selasa, 27/11/07 – Gaza: Ahli politik dan akademik berpendapat persidangan Annapolis amat membahayakan nasib Palestin. Menurut mereka, persidangan ini tidak akan memberikan hasil penting bagi rakyat Palestin. Sebaliknya, ia hanya sebahagian dari konspirasi melenyapkan isu Palestin.

Selasa, 27/11/07 – Beit Hanun, (PIC)—Komander Rejim Israel mengakui bahawa tujuh daripada askarnya cedera di dalam serangan Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di utara Gaza. Akhbar Hebrew melaporkan bahawa tujuh orang askarnya dimasukkan ke hospital selepas menghidu gas daripada ‘bom asap’ tetapi tidak menyebut secara terperinci.

Isnin, 26/11/07 – Gaza: Jumlah mereka yang syahid akibat kekejaman Israel menjelang pertemuan Annapolis semakin meningkat. Sehingga kini, sembilan orang pejuang gugur syahid sejak Sabtu (24/11) dan Ahad (25/11).

Isnin, 26/11/07 – Dalam kejadian lain yang hampir sama, sekitar 200 peneroka-peneroka Yahudi yang bersenjata telah menceroboh sebuah kampung dekat Qalqilia di Tebing Barat Ahad lalu dan memecah masuk ke rumah-rumah dan mencetuskan kemusnahan serta mengganggu penduduk kampung.

Selasa, 20/11/07 – GAZA, (PIC)– Ahli Parlimen Palestin, Jamal Al-Khudari mahu Israel bertanggungjawab atas kematian seorang kanak-kanak Palestin berumur 9 tahun di Semenanjung Gaza Isnin lalu selepas dihalang untuk membenarkannya mendapatkan rawatan dari luar walaupun keadaan kesihatannya bertambah buruk.

Khamis, 15/11/07 – Gaza: Pusat Hak Asasi Manusia (HAM) Palestin menegaskan, kes 6 orang penunjuk perasaan terbunuh sewaktu majlis peringatan kematian Yasir Arafat, Isnin lalu(12/11), dilakukan oleh penembak curi.

Khamis, 15/11/07 – Gaza: Elit Hamas mengingatkan bahaya pemerintah Palestin ikutserta dalam muktamar Anapolis dengan dasar usul, tertegaknya negara “Israel†dan balasannya pengiktirafan ‘Israel’ terhadap kewujudan negara Palestin. Ini merupakan kesalahan besar yang mengancam kewujudan Palestin.

Khamis, 15/11/07 – GAZA, (PIC)– Seorang bayi Palestin berumur enam bulan mati di Hoispital Nasr, Gaza semalam selepas Israel enggan membenarkannya menerima rawatan di tempat yang diceroboh sejak 1948 itu. Sumber perubatan berkata bayi perempuan itu mati akibat sakit buah pinggang dan tidak boleh dirawat di Semenanjung Gaza yang sedang dikepung Israel. Salah seorang saudara bayi itu berkata penutupan sempadan oleh askar Rejim Israel menyebabkan mereka tidak boleh membawa bayi tersebut ke luar untuk mendapatkan rawatan lanjut sehingga membawa kepada kematian.

Rabu, 14/11/07 – GAZA, (PIC)– Seorang wanita Palestin berumur 45 tahun tercedera dalam satu serangan Rejim Israel di pusat timuran Gaza Strip bandar Deir Al-Balah tengah hari Selasa lalu, menurut laporan sumber perubatan. Mereka berkata Aisha Hassan mengalami cedera ringan di tangannya berikutan askar-askar Rejim Israel melepaskan tembakan rambang semasa mereka melakukan serbuan. Saksi-saksi berkata sejumlah kenderaan-kenderaan Rejim Israel telah dilihat menuju ke kampung Wadi al-Salaqa dan menembak secara rambang. Saksi-saksi juga berkata Aisha sedang bekerja bersama wanita lain semasa dia ditembak.

Rabu, 14/11/07 –Kementerian Kesihatan dalam kerajaan Palestin pada Selasa lepas (13/11/2007) telah mengingatkan
akan kondisi kesihatan di Jalur Gaza semakin serius akibat tekan berterusan dari pihak rejim.

Selasa, 13/11/07 –Mona Mansour pada Isnin lalu (12/11/2007) memberikan amaran kepada seluruh dunia bahawa satu ‘ledakan’ akan berlaku di Timur Tengah berhubung dengan kemurungan dunia terhadap jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin oleh pihak rejim Zionis.

Isnin, 12/11/07 –
Pergerakan Hamas menyeru Presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar segera menghentikan rundingan “sia-sia” dengan kerajaan Israel bagi membantah penculikan askar-askar rejim Zionis terhadap penggubal undang-undang dan tokoh-tokoh terkemuka Palestin di Tebing Barat.

Isnin, 12/11/07 –
Polis-polis pihak berkuasa Palestin (PA) yang tidak berdisiplin dan tidak terlatih telah bertempur dengan pejuang-pejuang Fatah di kem pelarian Balata, berhampiran Nablus Isnin lalu. Sekurang-kurangnya sembilan orang kebanyakannya penduduk awam tercedera. Dua dilaporkan serius.