
Rabu, 06/02/08 – Pergerakan Hamas di Tebing Barat Selasa lalu menuduh anggota keselamatan PA kerana memaksa ahli-ahli pergerakan itu memberi kenyataan mengikut kehendak mereka sambil menegaskan yang pendirian rasmi Hamas hanya dijelaskan melalu pejabat politiknya atau jurucakap rasmi mereka.

Isnin, 04/02/08 –Kerajaan sementara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Ismail Haneyya Ahad lalu telah menyatakan harapan beliau berikutan pembukaan lintasan sempadan Rafah sehingga membolehkan penduduk Gaza berpeluang masuk ke Mesir dan mengangkut barangan dan keperluan mereka melaluinya.

Isnin, 04/02/08 –Gerakan Hamas mengecam projek penempatan Israel di Al-Quds yang bertujuan menghilangkan kewujudan syiar Islam dan Palestin di wilayah tersebut. Hamas
menegaskan, Al-Quds adalah sebahagian daripada Palestin yang tidak boleh dipisahkan.
Isnin, 04/02/08 –
Akhbar Israel berbahasa Ibrani, Ha’aretz edisi Khamis (31/01) menyiarkan berita berkenaan pihak bertanggungjawab bahan sejarah Israel telah memutuskan untuk memulakan penggalian terowong baru di kampung Islam di Kota Lama, al Quds Timur,
berdekatan al Haram al Qudsi (al Aqsa).

Jumaat, 01/02/08 –Pergerakan HAMAS telah mengumumkan bahawa pimpinannnya telah bersedia melakukan kerjasama dengan Egypt dalam usaha menguruskan sempadan Rafah seterusnya mencapai kebebasan tanpa
campurtangan asing.

Rabu, 30/1/08 – Gaza: Gerakan Hamas mengecam keras penglibatan presiden Autoriti Palestin (AP) Mahmud Abbas melalui pertemuannya dengan pihak Israel dalam konspirasi yang dirancang Amerika Syarikat dan Israel dalam mmenjayakan rangkaian rancangan menghancurkan Hamas dan menyingkirkannya dari dunia Palestin.

Rabu, 30/1/08 – GAZA, (PIC)– Penggubal undang-undang Palestin di Semenanjung Gaza telah mengesahkan Selasa lalu bahawa lintasan sempadan Rafah mestilah kekal sebagai Palestin-Mesir sahaja dan tidak boleh jatuh di bawah kawalan Israel dan menerima apa-apa gangguan.

Selasa, 29/1/08 – Gaza: Hamas menegaskan bahawa bangsa Palestin tidak akan membiarkan pintu masuk Rafah ditutup semula, walau berapa harga yang harus dibayar.

Selasa, 29/1/08 – DAMSYIK,PIC– Pemimpin kanan Hamas dan juga ahli biro politik pergerakan itu, Sami Khater pada Isnin lalu mengatakan bahawa beratus ribu warganegara penduduk Palestin yang melintasi sempadan ke Mesir adalah tindakan popular sebagai tindak balas akibat kepungan yang tidak adil.

Isnin, 28/1/08 – Riyadh: -Delegasi Hamas yang diketuai Ketua Biro Politiknya, Khalid Mish’al tiba di Riyadh untuk menyambut jemputan pemimpin tertinggi Arab Saudi untuk membincangkan konflik dalaman Palestin.

Isnin, 28/1/08 – GAZA, (PIC)– Pergerakan Hamas pada Ahad lalu menegaskan bahawa perjanjian lama mengenai laluan sempadan yang mendapat jaminan kawalan daripada Eropah dan Israel di terminal Rafah telahpun berlalu dan tidak boleh dikembalikan lagi.
oleh : Maszlee Malik, Durham, UK
Ketika lebih 2000 orang para aktivis politik dan juga ahli parlimen sayap kiri dari Israel bertumpu ke Gaza membawa bekalan perubatan, makanan dan juga barang-barang keperluan untuk rakyat Gaza, Husni Mubarak telah mengerahkan tenteranya untuk menangkap para demonstran di Kaherah. Para demonstran yang terdiri dari kalangan para aktivis politik tersebut telah keluar untuk membantah tindakan Israel menutup penyaluran minyak, bahan makanan dan juga bekalan ubatan ke Gaza. Kepungan yang disifatkan oleh pengarah UNRWA sebagai bakal menyaksikan krisis kemanusiaan yang akan membawa kepada malapetaka. Kepungan tersebut dikenakan di sempadan timur dan selatan Gaza yang bersempadan dengan Israel dan juga jalan laut ke Gaza. Sempadan Gaza-Mesir pula, rejim Zionis hanya menyerahkannya kepada Husni Mubarak untuk berkhidmat bagi pihak mereka.
Khamis, 24/1/08 –
Berpuluh-puluh ribu penduduk Gaza memasuki Mesir hari ini selepas pejuang Palestin memusnahkan tembok sempadan iaitu tindakan dramatik sebagai membantah penutupan semua pintu masuk oleh Israel yang mendapat sokongan Kaherah. Penduduk Gaza berbondong-bondong memasuki kawasan sempadan itu dengan menaiki kereta, pedati dan berjalan kaki.

Khamis, 24/01/08 –
Mursyid ‘Am Jama’ah Ikhwanul Muslimin (IM), Mahdi Akef, melihat apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza adalah sebagai “Perang antara hidup dan mati
melawan Amerika dan Zionis ‘Israel'”. Beliau menuduh para pemimpin Arab dan kaum muslimin “Ikut serta dalam menyekat Semenanjung Gaza,” demikian tegas Akef.
Selasa, 22/01/08 –
Pergerakan Hamas telah mengganggap rancangan-rancangan jenayah yang didedahkan oleh bekas menteri dalam negeri Sa’eed Siyam termasuk satu komplot untuk membunuh Ismail Haneyya, mengebom satu jamuan untuk para jemaah Gaza dan menculik anggota polis dan pejuang-pejuang Qassam sebagai mencerminkan trend sifat buas dalam kumpulan Fatah. Dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC, Dr. Sami Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas menyatakan kumpulan itu “telah menjual diri mereka kepada syaitan” dan Israel hanya untuk kepentingan dunia dan menunjukkan web konspirasi ini membuktikan peranan trend tersebut berikutan pengeboman yang telah berlaku Jun lalu.