Categories
Berita Semasa

Lebih separuh tahanan Palestin yang ditahan di Ofer dijangkiti COVID-19

Isnin, 07-02-2022 – Lebih separuh daripada tahanan Palestin yang ditahan di penjara Ofer Israel telah dijangkiti oleh COVID-19, demikian pendedahan oleh Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Khamis.

PPS mendakwa yang pentadbiran penjara Israel telah mula menggunakan epidemik sebagai alasan untuk menganiaya dan menzalimi para tahanan.

Pentadbiran penjara mempergunakan epidemik sebagai alasan untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas para tahanan yang memang sudah sedia menderita, PPS menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Liga Arab mengalukan laporan Amnesty tentang dasar diskriminasi Israel

Isnin, 07-02-2022 – Liga Arab telah mengalu-alukan laporan baru-baru ini oleh Amnesty International mengenai rejim apartheid Israel dan dasar serta amalan perkauman terhadap rakyat Palestin; menyeru supaya tindakan susulan terhadap penemuannya untuk menguatkuasakan resolusi antarabangsa yang berkaitan.

Berucap pada sidang akhbar pada hari Khamis, Sa’eid Abu Ali, penolong setiausaha agung untuk Palestin dan wilayah Arab yang diduduki Liga Arab, menyifatkan laporan itu sebagai “dokumen perundangan antarabangsa yang penting,” terutamanya memandangkan jenayah perang Israel yang sedang berlaku, dan jenayah terhadap kemanusiaan yang meningkat pada 2021 di Palestin.

“Laporan itu adalah kesaksian baharu yang telah mendedahkan realiti sistem pendudukan dan alat eksekutifnya, yang mengamalkan diskriminasi, apartheid dan jenayah pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin di wilayah Palestin dan Arab yang diduduki,” kata Abu Ali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Israel benarkan pembinaan semula pos tentera di Tebing Barat yang telah dikosongkan

Jumaat, 04-02-2022 – Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit telah meluluskan pembinaan semula penempatan Evyatar di bandar Beita selatan Nablus, di utara Tebing Barat, media Israel mendedahkannya pada Rabu.

Sumber Hebrew melaporkan yang Avichai Mandelblit telah meluluskan tindakan itu pada hari terakhir perkhidmatannya.

Penempatan Evyatar telah dikosongkan tujuh bulan lalu, di tengah-tengah gesaan Yahudi agar membinanya semula. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bot Pembedil Israel Serang Nelayan Gaza

Jumaat, 04-02-2022 – Tentera Israel telah menyerang nelayan Palestin di luar pantai Bandar Gaza dan memaksa mereka pulang ke darat pada pagi Rabu.

Menurut sumber setempat, bot pembedil Israel melepaskan tembakan mesingan ke arah nelayan dan bot mereka dalam jarak tiga batu nautika dari pantai kawasan as-Sudaniya di barat laut Bandar Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembakan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi masuk ke masjid al-Aqsa

Jumaat, 04-02-2022 – Berpuluh orang penceroboh Yahudi masuk ke masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Rabu di bawah perlindungan ketat polis Israel.

Pihak Berkuasa Wakaf berkata bahawa berpuluh penceroboh menyerbu tapak suci umat Islam itu diiringi pendeta-pendeta mereka melalui pintu Magharibi di bawah perlindungan ketat polis.

Sumber berkenaan juga berkata penceroboh berkenaan melaksanakan ritual ajaran Talmud semasa kunjungan mereka ke tapak suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Perancangan Israel yang baru untuk mengosongkan kampung Khan al-Ahmar

Khamis, 03-02-2022 – Rejim zionis (IOA) meluluskan perancangan baru untuk mengosongkan kampung Khan al-Ahmar di Baitulmuqaddis dalam masa terdekat.

Sumber media Israel mendedahkan pada Rabu yang kampung Khan al-Ahmar akan dikosongkan segera dan akan dibina semula di jarak 300 meter dari lokasi sekarang.

Selama beberapa tahun, terdapat perancangan untuk memindahkan kampung Khan al-Ahmar, yang terletak di timur Baitulmuqaddis. Namun begitu, tekanan dari Eropah telah menghalang proses itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Serang Keluarga Palestin, Kereta di Utara Nablus

Khamis, 03-02-2022 – Sekumpulan peneroka ekstremis Yahudi menyerang sebuah keluarga Palestin dan kenderaan penduduk bandar Sebastia, barat laut Nablus di Tebing Barat pada pagi Rabu.
|
Datuk Bandar Sebastia Mohamed Azem berkata sekumpulan peneroka menyerang rumah Ahmed Ghazal di bandar itu dan mencederakan beberapa ahli keluarganya. Azem menambah pasukan Israel menutup semula penghadang jalan Shavei Shomron berhampiran bandar dan membenarkan peneroka membaling batu ke arah kereta penduduk
Palestin yang sedang dalam perjalanan di jalanraya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis tahan dua penduduk Gaza selepas seberangi sempadan

Khamis, 03-02-2022 – Tentera penceroboh rejim Zionis pada pagi hari Rabu berkata anggotanya menahan dua orang pemuda warga Palestin selepas mereka menyeberangi sempadan pada malam semalam melalui pagar keselamatan di bahagian tenggara Semenanjung Gaza.

Seorang jurucakap rejim mendakwa sebiji bom tangan ditemui di dalam milikan salah seorang pemuda tersebut.
Kedua-dua pemuda tersebut di bawa untuk soal siasat. Identiti mereka masih belum diketahui.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Gerombolan peneroka haram Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa

Khamis, 27-01-2022 – Segerombolan peneroka haram Yahudi mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi ahad dibawah pengawasan ketat oleh polis rejim zionis Israel. Warga Jerusalem berkata peneroka menceroboh masuk ke dalam kawasan suci umat Islam melalui pintu Maghera dan mencemari perkarangan Masjid dengan upacara keagamaan Yahudi.

Pencerobohan oleh polis rejim zionis meletakkan kekangan ke atas warga Palestin di kawasan tanah suci terutama di pintu masuk el-Amud dan memeriksa kad pengenalan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pendatang cuba melanggar pemuda Palestin dan bapanya

Khamis, 27-01-2022 – Seorang pendatang Yahudi yang memandu laju cuba melanggar seorang pemuda Palestin dan bapanya dekat sekatan jalan Hawara selatan kota Nablus pada petang Jumaat.

Sumber tempatan menyatakan pendatang itu merempuh keretanya pada gerai warga Palestin dan memusnahkah ia sepenuhnya. Manakala para penjual berjaya melarikan diri dengan selamat.

Sekatan jalan tentera rejim zionis memang diketahui ramai kerana penganiayaan yang dilakukan terhadap warga Palestin yang cuba melaluinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tolak Normalisasi, Seruan Boikot Persidangan Perubatan Di Dubai

Khamis, 27-01-2022 – Kumpulan yang menyeru boikot terhadap pendudukan Israel menuntut agar para doktor dan persatuan pekerja Arab memboikot persidangan perubatan yang akan dihoskan Emirat Arab Bersatu (UAE) bulan depan, setelah dipastikan bahawa syarikat-syarikat Israel terlibat turutserta.

Kumpulan tersebut dan sejumlah aktivis media sosial turut menyeru untuk memboikot persidangan Gigi Antarabangsa “EDIC”, yang akan diadakan di Dubai bermula 1 Februari depan yang akan berlangsung selama tiga hari dengan tanda pagar #normalisasi_adalah_pengkhianatan.

“Koalisi Teluk Melawan Normalisasi” menuntut, melalui Twitternya, syarikat dan badan negara-negara Teluk yang terlibat untuk menarik diri dari menyertai pameran setelah mengesahkan penglibatan badan pemerintah Israel iaitu Institut Eksport Israel.

Mereka memberi alasan untuk memboikot pameran perubatan kerana akan mempromosikan industri Israel di pelbagai bidang.

Di sisi lain, BDS (gerakan boikot Israel anatabangsa) menganggap bahawa persidangan EDIC antarabangsa merugikan dan melukai etika profesion perubatan, dengan melegitimasi regim kolonial rasis di bawah nama perubatan

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tangkap Warga Palestin di Tebing Barat, Jerusalem

Khamis, 27-01-2022 – Rejim Zionis menangkap sembilan warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem pada subuh hari Ahad dan Sabtu malam.

Rejim itu menahan dua warga Palestin di kem pelarian Tulkarem dan dua lagi dari timur Tulkarem termasuk Sheikh Jamal al-Hadaide, 55 tahun yang menjalani hukuman 16 tahun di penjara Israel dalam tempoh berbeza di mana beliau telah diseksa dengan kejam. Sementara itu, dua pemuda ditahan di bandar Azzeun di timur Qalqilia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Ahli Kongres AS menyeru agar dihentikan perobohan rumah rakyat Palestin

Khamis, 27-01-2022 – Anggota Kongres AS Mary Newman menyeru pihak berkuasa regim Zionis Israel, dalam tweet pada hari Sabtu, untuk menghentikan perobohan rumah Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis yang dijajah oleh Israel.

Mary Newman mengisytiharkan penolakannya sepenuhnya terhadap dasar perobohan sistematik Israel.

Lima belas rakyat Palestin menjadi gelandangan selepas polis Israel menghalau mereka dari rumah mereka sendiri pada tengah malam, tulisnya.

Dia menegaskan bahawa tentera Zionis Israel melakukan lebih daripada 1,000 perobohan sejak 2016 di kawasan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor Syuhada

Categories
Berita Semasa

Jentolak rejim Israel cetuskan kekacauan di tanah milik warga Palestin di al-Khalil

Khamis, 27-01-2022 – Pihak berkuasa penceroboh rejim Israel (IOA) menghantar jentolaknya ke tanah milik warga Palestin di bandar Dura, selatan al-Khalil pada pagi hari Ahad dan meratakan 50 dunum (12.35 ekar) lot tanah pertanian.

Walid Abu Sharar, salah seorang mangsa tindakan tersebut berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa tindakan meratakan tanah tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tanah yang bersambung ke penempatan penceroboh Yahudi yang berdekatan.

Dia juga berkata bahawa penceroboh di penempatan tersebut pernah berkali-kali cuba merampas tanah yang dimiliki oleh keluarga Abu Sharar dan Nasr.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pengusiran keluarga Salhia di kawasan Sheikh Jarrah adalah satu jenayah.

Isnin, 24-01-2022 – Pergerakan Hamas mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu, menyatakan pengusiran dan pemusnahan kediaman keluarga Salhia di kawasan Sheikh Jarrah dan penahanan warga Palestin serta penyokong Palestin adalah satu jenayah dan peningkatan yang merbahaya dalam penentangan bandar Jerusalem dan warga Jerusalem.  

Pencerobohan itu sengaja dilancarkan ketika waktu subuh musim sejuk dan kegelapan untuk mengelakkan pejuang keluarga Salhia yang menentang keputusan merobohkan kediaman tersebut.Hamas mengesahkan kegiatan jenayah penceroboh tidak akan mematahkan azam rakyat Palestin di Jerusalem yang akan sentiasa berhadapan dan menentang pelbagai cara terhadap pihak penjajah

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad