Categories
Berita Semasa

Bot Pembedil Israel Serang Nelayan Gaza

Jumaat, 04-02-2022 – Tentera Israel telah menyerang nelayan Palestin di luar pantai Bandar Gaza dan memaksa mereka pulang ke darat pada pagi Rabu.

Menurut sumber setempat, bot pembedil Israel melepaskan tembakan mesingan ke arah nelayan dan bot mereka dalam jarak tiga batu nautika dari pantai kawasan as-Sudaniya di barat laut Bandar Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembakan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi masuk ke masjid al-Aqsa

Jumaat, 04-02-2022 – Berpuluh orang penceroboh Yahudi masuk ke masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Rabu di bawah perlindungan ketat polis Israel.

Pihak Berkuasa Wakaf berkata bahawa berpuluh penceroboh menyerbu tapak suci umat Islam itu diiringi pendeta-pendeta mereka melalui pintu Magharibi di bawah perlindungan ketat polis.

Sumber berkenaan juga berkata penceroboh berkenaan melaksanakan ritual ajaran Talmud semasa kunjungan mereka ke tapak suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Perancangan Israel yang baru untuk mengosongkan kampung Khan al-Ahmar

Khamis, 03-02-2022 – Rejim zionis (IOA) meluluskan perancangan baru untuk mengosongkan kampung Khan al-Ahmar di Baitulmuqaddis dalam masa terdekat.

Sumber media Israel mendedahkan pada Rabu yang kampung Khan al-Ahmar akan dikosongkan segera dan akan dibina semula di jarak 300 meter dari lokasi sekarang.

Selama beberapa tahun, terdapat perancangan untuk memindahkan kampung Khan al-Ahmar, yang terletak di timur Baitulmuqaddis. Namun begitu, tekanan dari Eropah telah menghalang proses itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Serang Keluarga Palestin, Kereta di Utara Nablus

Khamis, 03-02-2022 – Sekumpulan peneroka ekstremis Yahudi menyerang sebuah keluarga Palestin dan kenderaan penduduk bandar Sebastia, barat laut Nablus di Tebing Barat pada pagi Rabu.
|
Datuk Bandar Sebastia Mohamed Azem berkata sekumpulan peneroka menyerang rumah Ahmed Ghazal di bandar itu dan mencederakan beberapa ahli keluarganya. Azem menambah pasukan Israel menutup semula penghadang jalan Shavei Shomron berhampiran bandar dan membenarkan peneroka membaling batu ke arah kereta penduduk
Palestin yang sedang dalam perjalanan di jalanraya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis tahan dua penduduk Gaza selepas seberangi sempadan

Khamis, 03-02-2022 – Tentera penceroboh rejim Zionis pada pagi hari Rabu berkata anggotanya menahan dua orang pemuda warga Palestin selepas mereka menyeberangi sempadan pada malam semalam melalui pagar keselamatan di bahagian tenggara Semenanjung Gaza.

Seorang jurucakap rejim mendakwa sebiji bom tangan ditemui di dalam milikan salah seorang pemuda tersebut.
Kedua-dua pemuda tersebut di bawa untuk soal siasat. Identiti mereka masih belum diketahui.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Gerombolan peneroka haram Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa

Khamis, 27-01-2022 – Segerombolan peneroka haram Yahudi mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi ahad dibawah pengawasan ketat oleh polis rejim zionis Israel. Warga Jerusalem berkata peneroka menceroboh masuk ke dalam kawasan suci umat Islam melalui pintu Maghera dan mencemari perkarangan Masjid dengan upacara keagamaan Yahudi.

Pencerobohan oleh polis rejim zionis meletakkan kekangan ke atas warga Palestin di kawasan tanah suci terutama di pintu masuk el-Amud dan memeriksa kad pengenalan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pendatang cuba melanggar pemuda Palestin dan bapanya

Khamis, 27-01-2022 – Seorang pendatang Yahudi yang memandu laju cuba melanggar seorang pemuda Palestin dan bapanya dekat sekatan jalan Hawara selatan kota Nablus pada petang Jumaat.

Sumber tempatan menyatakan pendatang itu merempuh keretanya pada gerai warga Palestin dan memusnahkah ia sepenuhnya. Manakala para penjual berjaya melarikan diri dengan selamat.

Sekatan jalan tentera rejim zionis memang diketahui ramai kerana penganiayaan yang dilakukan terhadap warga Palestin yang cuba melaluinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tolak Normalisasi, Seruan Boikot Persidangan Perubatan Di Dubai

Khamis, 27-01-2022 – Kumpulan yang menyeru boikot terhadap pendudukan Israel menuntut agar para doktor dan persatuan pekerja Arab memboikot persidangan perubatan yang akan dihoskan Emirat Arab Bersatu (UAE) bulan depan, setelah dipastikan bahawa syarikat-syarikat Israel terlibat turutserta.

Kumpulan tersebut dan sejumlah aktivis media sosial turut menyeru untuk memboikot persidangan Gigi Antarabangsa “EDIC”, yang akan diadakan di Dubai bermula 1 Februari depan yang akan berlangsung selama tiga hari dengan tanda pagar #normalisasi_adalah_pengkhianatan.

“Koalisi Teluk Melawan Normalisasi” menuntut, melalui Twitternya, syarikat dan badan negara-negara Teluk yang terlibat untuk menarik diri dari menyertai pameran setelah mengesahkan penglibatan badan pemerintah Israel iaitu Institut Eksport Israel.

Mereka memberi alasan untuk memboikot pameran perubatan kerana akan mempromosikan industri Israel di pelbagai bidang.

Di sisi lain, BDS (gerakan boikot Israel anatabangsa) menganggap bahawa persidangan EDIC antarabangsa merugikan dan melukai etika profesion perubatan, dengan melegitimasi regim kolonial rasis di bawah nama perubatan

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tangkap Warga Palestin di Tebing Barat, Jerusalem

Khamis, 27-01-2022 – Rejim Zionis menangkap sembilan warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem pada subuh hari Ahad dan Sabtu malam.

Rejim itu menahan dua warga Palestin di kem pelarian Tulkarem dan dua lagi dari timur Tulkarem termasuk Sheikh Jamal al-Hadaide, 55 tahun yang menjalani hukuman 16 tahun di penjara Israel dalam tempoh berbeza di mana beliau telah diseksa dengan kejam. Sementara itu, dua pemuda ditahan di bandar Azzeun di timur Qalqilia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Ahli Kongres AS menyeru agar dihentikan perobohan rumah rakyat Palestin

Khamis, 27-01-2022 – Anggota Kongres AS Mary Newman menyeru pihak berkuasa regim Zionis Israel, dalam tweet pada hari Sabtu, untuk menghentikan perobohan rumah Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis yang dijajah oleh Israel.

Mary Newman mengisytiharkan penolakannya sepenuhnya terhadap dasar perobohan sistematik Israel.

Lima belas rakyat Palestin menjadi gelandangan selepas polis Israel menghalau mereka dari rumah mereka sendiri pada tengah malam, tulisnya.

Dia menegaskan bahawa tentera Zionis Israel melakukan lebih daripada 1,000 perobohan sejak 2016 di kawasan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor Syuhada

Categories
Berita Semasa

Jentolak rejim Israel cetuskan kekacauan di tanah milik warga Palestin di al-Khalil

Khamis, 27-01-2022 – Pihak berkuasa penceroboh rejim Israel (IOA) menghantar jentolaknya ke tanah milik warga Palestin di bandar Dura, selatan al-Khalil pada pagi hari Ahad dan meratakan 50 dunum (12.35 ekar) lot tanah pertanian.

Walid Abu Sharar, salah seorang mangsa tindakan tersebut berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa tindakan meratakan tanah tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tanah yang bersambung ke penempatan penceroboh Yahudi yang berdekatan.

Dia juga berkata bahawa penceroboh di penempatan tersebut pernah berkali-kali cuba merampas tanah yang dimiliki oleh keluarga Abu Sharar dan Nasr.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pengusiran keluarga Salhia di kawasan Sheikh Jarrah adalah satu jenayah.

Isnin, 24-01-2022 – Pergerakan Hamas mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu, menyatakan pengusiran dan pemusnahan kediaman keluarga Salhia di kawasan Sheikh Jarrah dan penahanan warga Palestin serta penyokong Palestin adalah satu jenayah dan peningkatan yang merbahaya dalam penentangan bandar Jerusalem dan warga Jerusalem.  

Pencerobohan itu sengaja dilancarkan ketika waktu subuh musim sejuk dan kegelapan untuk mengelakkan pejuang keluarga Salhia yang menentang keputusan merobohkan kediaman tersebut.Hamas mengesahkan kegiatan jenayah penceroboh tidak akan mematahkan azam rakyat Palestin di Jerusalem yang akan sentiasa berhadapan dan menentang pelbagai cara terhadap pihak penjajah

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Dubai Menjadi Sasaran Mafia Selepas Perjanjian Normalisasi

Isnin, 24-01-2022 – Saluran Televisyen 13 mengatakan dalam sebuah siarannya bahawa perjanjian normalisasi dengan negara-negara Arab telah membuka peluang dan “pasar emas” bagi kejahatan Israel terutama perdagangan dadah, pencucian wang dan pelacuran.

Pegawai Israel mengatakan, “Israel sangat terkenal dan mahir dalam mengeksport penjahat di seluruh dunia di sektor pencucian wang dan perdagangan dadah.

Mereka mengeksploitasi perjanjian kerjasama (normalisasi) untuk menjalin hubungan dengan kumpulan mafia antarabangsa.”

Laporan tersebut menunjukkan bahawa perjanjian normalisasi dengan Emirat Arab yang memasuki tahun pertama menjadikan Dubai sebagai sasaran penting bagi mafia jenayah Israel.

Kumpulan ini telah membuka pasar pelacuran, perjudian, pencucian wang dan ubat-ubatan, terutama kokain.

Seorang pegawai polis Israel mengatakan bahawa sejumlah besar penjahat dan mafia jenayah telah mengalihkan perdagangan mereka ke Dubai. Polis tidak akan dapat mengejar dan menangkap mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Sheikh Bakirat, Halau Halawani dari Aqsa

Isnin, 24-01-2022 – Polis rejim Zionis Israel pada hari Rabu telah menculik Sheikh Najeh Bakirat, timbalan pengarah Awqaf Islam di Baitulmaqdis.

Anak perempuannya, Fatima Bakirat, berkata di laman Facebooknya bahawa pegawai polis menculik bapanya dari Pintu Silsila Masjid Aqsa dan membawanya ke pusat tahanan Moskobiya di kota suci itu.

Sheikh Bakirat, yang juga ketua Akademi Sains dan Warisan Aqsa, terdedah kepada penganiayaan sistematik di tangan polis Israel.Beliau pernah ditahan dan dihalau dari Masjid Al-Aqsa berkali-kali sebelum ini.

Sementara itu, polis Israel petang semalam membebaskan aktivis Baitulmaqdis Hanadi al-Halawani dan menyerahkan notis larangan masuk ke Masjid Al-Aqsa selama seminggu.

Perintah larangan terhadapnya boleh dilanjutkan selama enam bulan, menurut notis polis.

Polis menculik Halawani pada waktu pagi berhampiran Bab Hitta, salah satu pintu Masjid AlAqsa.

Halawani dapat memasuki Masjidil Aqsa Disember lalu selepas dia sewenang-wenangnya dihalang dari memasuki tapak suci itu selama enam bulan.

Halawani merupakan seorang aktivis Baitulmaqdis yang terkenal dan salah seorang guru Masjid Al Aqsa yang terdedah kepada penganiayaan berterusan oleh polis dan perisikan Israel.

Disebabkan pendiriannya yang menyokong Masjid AlAqsa, dia telah dipanggil, ditangkap, disoal siasat dan diserang oleh polis Israel beberapa kali sebelum ini.Polis juga sebelum ini telah berkali-kali melarang Halawani dari masuk ke Masjid dan daripada ke luar negara.

Hanadi Halawani adalah salah seorang daripada ramai wanita Baitulmaqdis yang insurans perubatannya telah dibatalkan kerana aktiviti mereka dalam mempertahankan Masjid AlAqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Tangkapan terbaru oleh IOF berlaku di Jenin, Baitulmuqaddis

Isnin, 24-01-2022 – Isnin, 24-01-2022 -Tentera rejim zionis (IOF) menjalankan serbuan dan penangkapan besar-besaran di Jenin dan Baitulmuqaddis, yang mencetuskan pertelingkahan ganas pada subuh Khamis.

Sumber tempatan mengesahkan yang pertelingkahan bersenjata berlaku di kemasukan bandar Qabatia, selatan Jenin, setelah diserbu tentera IOF.

Seorang lelaki kurang upaya dan anak lelakinya ditahan ketika serserbuan, setelah tentera IOF menyerbu dan menggeledah kediaman mereka di bandar iitu. Seorang lagi pemuda turut ditahan ketika serbuan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati