Bethelem, Selasa , 12/07/2005 – Satu kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Mustakbal di Tebing Gaza menunjukkan 51.1% akan mengundi HAMAS dan 21.1% akan mengundi FATAH sekiranya pilihanraya diadakan sekarang.
Isnin , 11/07/2005 – Palestinkini kini cuba membuka ruang kepada peminat chatter yang menggunakan aplikasi chat Yahoo Messenger (YM) untuk sama2 beramal dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan staff Palestinkini. Cara-caranya adalah …
Al Quds , Isnin , 11/07/2005 – Seorang tentera Zionis-Israel mati dan 3 rakannya cedera apabila jip yang mereka naiki terbalik dan musnah. Menurut sumber, jip itu sedang melakukan tugasan dikawasan pergunungan Palestin. Jip itu dikatakan melanggar sebuah batu besar dan terus hilang kawalan.
Jumaat , 08/07/2005 – Remaja, kanak-kanak Palestin cedera dalam tembakan Israel di Rafah July 7 2005 Rafah – Tentera Penceroboh Israel (TPI) yang ditempatkan di penempatan haram Israel Morag telah membedil penempatan Palestin dengan tembakan mesingun hingga menyebabkan seorang remaja dan seorang kanak-kanak tercedera pada waktu subuh hari Khamis, sumber tempatan melaporkan.
Jerusalem – , Jumaat , 08/07/2005 – Apa yang dipanggil sebagai Mahkamah sentral di Israel pada Khamis lepas telah menjatuhkan hukuman ringan kepada tiga askarnya yang dikaitkan dengan kumpulan militant yang dipanggil pengawal sempadan kerana merompak pekerja Palestin selepas mereka di pukul pada bulan Mac tahun lepas.
Jumaat , 08/07/2005 –
Gerakan HAMAS hari ini telah mengutuk siri serangan bom ke atas orang awam di London di dalam salah satu kenyataan akhbar rasmi mereka. Menurut HAMAS, tindakan ke atas orang awam yang tidak bersalah itu merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab.
Gaza, Jumaat , 08/07/2005 – Sumber Palestin menyebutkan, seorang pakar perisik(komandan intelijen) Palestin syahid apabila jenazah beliau dijumpai di salah satu jalan. Terdapat kesan-kesan siksaan pada tubuh badan beliau.
Khan Younis, Khamis , 07/07/2005 – Seorang fanatik Yahudi telah melanggar dengan sengaja Jaryo Shubair, 57, semasa yahudi itu pulang ke penempatan haram Israel di Gush Katif menyebabkan kecederaan ke atas tubuh yang lemah dan kecederaannya adalah sederhana dan mungkin perlu menjalani pembedahan mengikut laporan doktor.
Khamis , 07/07/2005 – Sumber medikal tentera Zionis-Israel menyatakan kegusaran mereka terhadap penyakit merebak radang hati yang menjangkiti tentera dan polis mereka. Wabak ini merebak kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti pengunduran rakyat Israel di Semenanjung Gaza.
Al Quds , Khamis , 07/07/2005 – Akhbar Asy Syarq Ausath, mengeluarkan berita bahawa Zionis-Israel sedang menyiapkan satu dokumen arahan bagi memohon kepada kerajaan Palestin agar dapat menghalang Hamas daripada menyertai pilihanraya legislatif yang akan datang.
Rabu , 06/07/2005 – Pihak berkuasa rejim Zionis semalam telah memusnahkan sebanyak 18 buah rumah rakyat palestin disebuah perkampungan Beit Furik berhampiran Nablus.
Setelah bertan? air liur dan kertas dibazirkan hanya untuk mengatakan Tembok yang di bina rejim Zionis itu HARAM, maka pemuda perkasa Palestin melaksanakan tuntutan tersebut setelah umat Islam hanya menjadi kakak tua sahaja !! Lihat gambar di dalam …
Gaza , Selasa , 05/07/2005 – Ahli Knesset mengesahkan sebanyak 2 buah naskah Al-Quran telah dikoyakkan sebagai tanda penghinaan oleh polis Israel selepas mereka menyerbu Penjara Megiddo.
Jerusalam , Selasa , 05/07/2005 – Pihak berkuasa Zionis telah menghalang pemimpin Islam Sheikh Ra’ed Salah yang ditahan dari memasuki Jerusalem masjid al-Aqsa, menurut sumber Palestin dan Israel hari ini.
Al Quds , Selasa , 05/07/2005 – Tentera Zionis-Israel menangkap tiga pemuda Palestin di wilayah Dlahiriah selatan Hebron dengan tuduhan terlibat dalam kejadian serangan dan didakwa menjadi anggota Jihad Islami. Perkara yang sama turut berlaku di baldah Qabathiah.