Penduduk Cedera Pencerobohan di Nablus


Rabu , 27/09/06 –
Untuk hari ketiga berturut-turut, gerombolan tentera rejim Zionis meneruskan pencerobohan ketenteraan keatas Bandar Lama di Nablus, dibahagian utara Tebing Barat, memecah masuk berdozen-dozen rumah, menembak dan mencederakan seorang penduduk, menurut sumber tempatan.

Mesir secara rasmi mengutuk tindakan Israel menghampiri terminal Rafah


Rabu , 27/09/06 –
Mesir secara rasminya mengutuk tindakan Israel menghampiri terminal Rafah di selatan Jalur Gaza, iaitu satu-satunya laluan keluar/masuk Palestin yg di tutup Isnin lalu atas arahan Israel (IOA).

Kesepakatan Palestin, Citarasa Amerika ?


Rabu , 27/09/06 –Setiausaha Agung fraksi Perubahan dan Reformasi (Hamas) di parlimen Palestin menuduh beberapa pihak Palestin melakukan usaha mencapai kesepakatan politik baru sesuai citarasa Amerika setelah Presiden Bush menolak “piagam kesepakatan nasional Palestin”.

Ramadhan di Palestin Terus Berdarah


Pemuda Palestin bersama anaknya melintas di hadapan runtuhan rumahnya
selepas serangan jet rejim Zionis pada malam 19 September 2006 di selatan Jalur Gaza.



Pekerja bank Palestin memegang senjata memeriksa kesan serangan rejim Zionis
di bank Al Alhi di bandar Nablus, Tebing Barat pada 20 September 2006. Rejim Zionis
di laporkan telah menceroboh rumah dan pejabat. Kerugian harta yang dirampas
berjumlah 1.5 juta. Sekurang-kurangnya 8 pejabat pengurup wang telah di musnahkan
dalam pencerobohan di Nablus, Jenin, Tulkarem dan Ramallah.

Kesatuan Eropah membayar elaun kepada pekerja-pekerja penduduk Palestin


Selasa , 26/09/06 –Suruhanjaya Eropah itu telah memulakan pembayaran elaun sosial kepada pekerja-pekerja penduduk Palestin, berkata dari sumber Kesatuan Eropah pada hari Isnin. Di dalam satu penyataan pada Isnin, suruhanjaya berkata, 40,000 daripada penduduk Palestin yang sangat memerlukan itu akan mendapat pembiayaan Kesatuan Eropah itu.

PANAS !! Hubungan Rahsia Israel-Saudi


Selasa , 26/09/06 –Akhbar Israel Yediot Aharonot edisi Jumaat, menyiarkan tajuk utama berita hubungan rahsia antara Israel dan Saudi dengan tajuk “Hubungan rahsia antara Israel dan Saudi”.

Walaupun tidak sepakat, Hamas tetap optimis terhadap kerajaan kesatuan


Selasa , 26/09/06 –Meskipun kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semasa Parhimpunan Agung PBB bahawa kerajaan kesatuan nasional akan mengiktiraf Israel adalah tidak benar menurut pegawai-pegawai Hamas, namun pergerakan itu masih menyokong penubuhan satu kerajaan yang bersepadu dan mahukan dialog penubuhan tersebut diteruskan.

Mahkamah Tentera Israel tolak pembebasan pegawai Hamas


Selasa , 26/09/06 –
Satu mahkamah tentera Israel pada Isnin lalu telah memutuskan bahawa 18 penggubal undang-undang Palestin dari parti politik Hamas akan terus dipenjarakan sehingga perbicaraan mereka berakhir dan satu keputusan dicapai. Perintah tersebut dikeluarkan selepas pejabat pendakwaraya tentera mengemukakan tuntutan untuk membebaskan pegawai-pegawai yang ditahan ketika perbicaraan mahkamah sedang dilangsungkan.

Sayap bersenjata Hamas berkata Fatah akan lakukan pemberontakan


Selasa , 26/09/06 –
Briged Ized-deen Al Qassam, sayap bersenjata Pergerakan Hamas berkata pada Sabtu lepas bahawa ia tidak akan “membisu terhadap cubaan pemberontakan oleh pergerakan Fatah.”

Ramadan bermula, askar Rejim Zionis tutup Masjid Ibrahimi di Hebron.


Selasa , 26/09/06 –
Tentera rejim Zionis yang berpangkalan di dalam Masjid Ibrahimi di Hebron, salah satu bandar di Palestin yang diduduki, yang rata-ratanya kurang senang dengan peningkatan jumlah mereka yang masuk ke masjid tersebut untuk menunaikan solat sejak bulan Ramadan yang mulia bermula semalam, telah bertindak menutup masjid tersebut sewenang-wenangnya, sehingga ke satu tarikh yang tidak diketahui.

Haneyya: “Niat kami untuk bina satu kerajaan kesatuan nasional serius”


Selasa , 26/09/06 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, dari parti Hamas berkata pada Ahad lepas bahawa pergerakannya mempunyai niat yang serius untuk menubuhkan satu kerajaan kesatuan nasional, dan bahawa pergerakan tersebut berminat untuk menjayakan rundingan bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Abu Marzuq: Abbas dan Fatah Berusaha Gulingkan Kerajaan Yang Sah


Selasa , 26/09/06 –
Wakil Ketua Biro Politik gerakan Hamas, Musa Abu Marzuq menyatakan bahawa Presiden Mahmud Abbas dan gerakan Fatah sedang berusaha menggulingkan kerajaan sekarang, Ketika gerakan Hamas begitu serius untuk membentuk kerajaan campuran bersama gerakan
Fatah.

Zahar Tolak Iktiraf Kewujudan Israel


Isnin , 25/09/06 –Dalam sidang akhbar di Gaza, Jumaat (22/9) Menteri Luar Palestin, Dr. Mahmud Zehar menolak kenyataan bahawa kerajaan campuran yang dipersetujui bersama akan mengiktiraf Israel.

Bincang Kerajaan Campuran: Front Rakyat Bertemu Haneyyah


Jumaat , 22/09/06 –

Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin menegaskan keinginannya membincangkan isu kerajaan campuran dengan melakukan perbahasan dan dialog dengan syarat yang sesuai untuk mendapatkan kata sepakat.

Peres bertemu Abbas dalam pertemuan sampingan Mesyuarat Perhimpunan Agung


Jumaat , 22/09/06 –Timbalan Perdana Menteri Israel, Shimon Peres, bertemu dengan Presiden Palestin pada Selasa lalu, di dalam sebuah pertemuan sampingan Perhimpunan Agung PBB di New York. Peres memberitahu Abbas bahawa Olmert tidak akan bertemu dengannya selagi Hamas menolak untuk mengiktiraf Israel, dan membebaskan askar Israel yang ditawan.