Categories
Berita Semasa

Israel Robohkan 4 Rumah Penduduk Palestin Di Al-Quds

Rabu, 22-01-2020 – Pihak Mahkamah Israel mengeluarkan keputusan merobohkan 4 buah rumah penduduk Palestin di kawasan Wadhi Hims kota Shurbaher, Al-Quds Tenggara.

Mahkamah Israel menyetujui perobohan rumah milik warga Palestin, Naim Aliyah, Usamah Hamad, Muhammad Abu Thair dan sebuah kedai 3 tingkat milik Naim Athras.

Pada 22 Julai tahun lalu, pasukan Israel merobohkan 22 bangunan terdiri dari 70 flat di kawasan yang sama.

Gabernor al-Quds, Adnan Ghaits mengatakan, runtuhan tanah yang berlaku kepada beberapa bangunan di gerbang Silsilah diakibatkan oleh penggalian dan kerosakan yang dilakukan oleh pihak Yahudi untuk merealisasikan proses yahudinisasi Al-Quds dan mengusir penduduk asal Palestin.

Runtuhan dan gelongsoran tanah di kawasan ini sangat berbahaya, ia mengusir paksa warga Palestin dari Al-Quds yang bertentangan dengan semua norma dan resolusi antarabangsa.

Menurut salah seorang warga, Rashid Zahida, sebanyak 22 keluarga Palestin terancam pengusiran dari penempatan mereka dan 7 keluarga menerima arahan pengosongan rumah segera.

Penggalian yang dilakukan Israel di kawasan gerbang Silsilah kawasan Masjidil Aqsa telah mengancam sekitar 200 warga Al-Quds terusir dari rumah mereka. Sebab utamanya adalah penggalian di bawah rumah-rumah mereka, sebagai langkah baru untuk mengusir warga dari kawasan penempatan mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Asing Membanjiri Aqsa, Rakyat Palestin Terus Disekat

Isnin, 20-01-2020 – Puluhan warga Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan, sedangkan kemasukan rakyat Palestin disekat dan semakin diperketatkan sekatan tersebut.

Jabatan Awqaf Islam, Baitulmuqdis berkata bahawa 148 warga Israel, termasuk 7 pegawai risikan, memecah masuk Masjid al-Aqsa pada awal pagi.

Para penceroboh tersebut melakukan ritual Talmud dan menjelajah tempat itu sambil mendengar penerangan mengenai “Kuil Gunung”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis paksa roboh rumah rakyat Palestin

Isnin, 20-01-2020 – Dua rakyat Palestin terpaksa merobohkan rumah mereka di Baitulmuqaddis pada hari Rabu atas perintah rejim zionis.
Sumber tempatan mengatakan bahawa rakyat Palestin Mousa Bashir dan Ammar Nassar meruntuhkan rumah mereka sendiri di bandar Jabal al-Mukabber di Jerusalem Dijajah.

Rejim zionis sudah lama bersikap demikian terhadap banyak keluarga Palestin di Jerusalem Dijajah untuk merobohkan rumah mereka dan mengancam untuk membuat mereka membayar denda berat jika mereka tidak melaksanakan perobohan itu sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pegawai Hamas lawat gereja St Porphyrius di Gaza.

Khamis, 16-01-2020 – Delegasi dari Pergerakan Hamas telah melawat Geraja Saint Porphyrius di Genting Gaza pada ahad lalu bagi berjumpa dengan pegawai-pegawai mereka.

Delegasi tersebut adalah termasuk pegawai tertinggi Hamas Basem Na’im, Taher al-Nanu dan Fawzi Barhoum. Semasa perjumpaan tersebut, kepimpinan Hamas menyampaikan salam sejahtera kepada komuniti Kristian di Gaza yang beliau anggap sebagai “rakan didalam tanahair dan saudara” Pegawai Hamas berkata, beliau berharap rakyat Palestin termasuk penganut agama Kristian dan Islam akan sembahyang di Baitulmaqdis pada tahun depan tanpa pendudukan dan pembahagian negara. 

Beliau mengecam kuasa penjajah Israel yang menghalang Kristian Gaza untuk melawat tempat suci mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis semasa hari perayaan Krismas kerana mereka menyasarkan semua rakyat Palestine tidak mengira bangsa atau agama.

Bagi pihak beliau, Archbishop Alexios mengucapkan terima kasih tanda penghargaan kepada Hamas atas kunjungan mereka dan berharap agar rakyat Palestin akan dapat menikmati kebebasan, kemerdekaan, keadilan dan keamanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis rampas 127 dunum tanah Palestin berhampiran Salfit.

Khamis, 16-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) pada hari Isnin lalu telah meratakan dan merampas sejumlah besar tanah Palestin di bandar Kafr ad-Deik, di barat Salfit, untuk memberi laluan kepada perluasan kawasan penempatan.

Abdulnaser Ahmad, pemilik tanah tersebut berkata bahawa dia terkejut mendapati IOF telah meratakan tanahnya dan memagar sekelilingnya dan mendakwa ia adalah “tanah negeri”.

Ahmad menegaskan bahawa dia mempunyai semua surat-surat dan dokumen yang sah yang membuktikan pemilikannya terhadap tanah yang diratakan itu.

Beliau menambah bahawa dia mengetahui tentang percubaan pihak berkuasa Israel untuk merampas tanah tersebut bagi membina unit penempatan baru.

Kira-kira 25 penempatan yang dikhaskan untuk kaum Yahudi telah dibina di atas 18 tanah komuniti perumahan Palestin di wilayah Salfit di Tebing Barat.

Kerajaan Israel baru-baru ini telah meluluskan satu rancangan untuk membina unit perumahan baru untuk memperluaskan kawasan penempatan Brukhin di barat Salfit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul


Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis akan memusnahkan rumah yang dibina semula di Jenin

Khamis, 16-01-2020 – Bapa seorang tahanan Palestin Ahmed al-Qumba menerima arahan pemusnahan rumahnya yang telah dibina semula setelah dimusnahkan pada April 2018 di Jenin.

Sebagai balasan ke atas serangan yang dilakukan warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, rejim Israel (IOA) memusnahkan rumah keluarga mereka secara sistematik, dan mendakwa tindakan itu bertujuan menghalang kemungkinan serangan.

Jamal al-Qumba, bapa kepada tahanan itu memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang IOA memaklumkannya melalui peguam beliau yang rumahnya akan dimusnahkan lagi pada Selasa, 14 Januari, 2020.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor
idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Bangunkan 4 Penjara Lagi untuk Tampung 4 Ribu Tahanan Baru

Khamis, 16-01-2020 – Pemerintah penjajah Israel telah bersetuju dengan rancangan komprehensif untuk menambah jumlah penjara mereka. Mereka bercadang membangunkan dua blok baru untuk menampung 4 ribu tahanan baru Palestin.

Saluran televisyen Israel “Channel 7” menyatakan bahawa akan ada 4 penjara lagi yang akan didirikan untuk menampung sekitar 4.000 tahanan baru. Ini berdasarkan kepada rancangan jangka panjang hingga 2040.

Televisiyen Israel ini menjelaskan bahawa fasiliti yang akan dibangunkan tersebut meliputi tempat penahanan, pejabat polis dan pengadilan.

Menurut televisyen itu lagi, Otoriti Penjara Israel ketika ini sudah memiliki 30 penjara dan pusat penahanan. Pihak otoriti penjajah Israel ketika ini sedang menahan 5700 warga Palestin di penjara-penjara Israel. Seramai 47 antaranya adalah tahanan perempuan, 250 kanak-kanak, 6 anggota dewan legislatif, 500 tahanan administratif (tanpa tuduhan dan proses hukum serta boleh dipanjangkan tempoh tahanan) serta 700 tahanan dalam keadaan sakit.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

2 kanak2 antara 7 penduduk Palestin ditahan rejim Zionis.

Khamis, 16-01-2020 – Pada subuh hari ahad yang lalu, Rejim Zionis telah menahan tujuh rakyat palestin termasuk dua kanak-kanak ketika penahanan dari rumah ke rumah di Tebing Barat.

Persatuan Tahanan Penjara Palestin berkata, Rejim Zionis telah menahan Momen Zabboun, 17 dan Mustafa Oweis, 18, di kem pelarian Aida di Wilayah Bethlehem.

Tiga rakyat Palestin yang di kenali sebagai Belal Ebeiat, Eyad Ebeiat dan Ayyoub Ebeiat telah di tahan di kampung Fasayel di Jericho. Manakala di Tulkarem, Rejim Zionis telah menyerang rumah seorang rakyat Palestin bernama Abdullah Abu Shaddad dan menahan beliau.

Rakyat Palestin yang ketujuh pula diculik semasa kempen yang menyasarkan kem pelarian Shu’fat di Baitulmaqdis. Penduduk tempatan berkata, nama beliau adalah Omar al-Hindi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi


Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Sampaikan Belasungkawa Atas Kemangkatan Sultan Qabus, Oman

Selasa, 14-01-2020 – Delegasi Gerakan Pejuang Islam, Hamas yang dipimpin Ismail Haniyeh sebagai ketua biro politik gerakan mengungkapkan belasungkawa kepada Sultan Haitham bin Tariq Al Said atas kemangkatan Sultan Qabus bin Saeed, atas nama rakyat Palestin dan gerakan Hamas, semoga Allah mengampuninya.

Dalam kesempatan tersebut Haniyeh mengingat kembali posisi Sultan Qabus, dalam pelbagai keadaan dan forum yang senantiasa menyokong rakyat Palestin.

Pada waktu yang sama, Ketua Gerakan dan delegasi yang menyertainya turut menyampaikan ucapan selamat dan tahniah kepada Sultan Haitham bin Tariq Al Saeed atas pelantikanya dan kepemimpinan Kesultanan.

Beliau berharap Sultan sentiasa berjaya dalam pemerintahannya, aman, stabil, terjaga dan mencapai kemakmuran yang lebih baik.

Dalam pertemuan tersebut Haneya menegaskan bahawa bangsa Palestin akan tetap memegang janjinya mempertahankan Al-Quds, mematuhi hak-hak mereka dan perlembagaan nasional.

Sementara itu, Sultan mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut, berjanji akan meneruskan pendekatan Kesultanan terdahulu untuk tetap menyokong bangsa Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik 4 belia Gaza di kawasan sempadan.

Selasa, 14-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) pada hari Ahad lalu telah menculik empat rakyat Palestin semasa mereka sedang berada di kawasan sempadan di Semenanjung Gaza.

Menurut media Ibrani, IOF menculik tiga belia lelaki selepas mereka cuba menyusup ke dalam Israel melalui pagar sempadan di utara Gaza.

Seorang lagi pemuda juga ditahan secara berasingan dalam kejadian yang serupa.Tiada senjata ditemui dalam simpanan mereka. Keempat-empat tahanan telah ditahan untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim musnahkan empat kediaman, menyebabkan sejumlah keluarga hilang tempat tinggal di timur Yatta

Isnin, 13-01-2020 – Tentra rejim Israel pada Selasa memaklumkan warga Palestin di timur bandar Yatta, selatan al-Khalil tentang perancangan untuk memusnahkan rumah mereka.

Pegawai tempatan berkata yang rejim Israel menyerbu Kampung Tuwani di timur Yatta dan menyerahkan arahan pemusnahan empat rumah warga Palestin.

Tentera rejim mempertahankan tindakan mereka atas alasan kediaman mereka dibina tanpa lessen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram Israel tebang 50 pokok zaitun berhampiran Nablus.

Isnin, 13-01-2020 – Sekumpulan peneroka haram Israel telah memotong puluhan pokok zaitun di kebun Palestin di desa al-Sawiya di selatan Nablus pada hari Rabu lalu.

Para saksi mengatakan bahawa peneroka haram Israel dari penempatan Rahalim, yang telah dibina menggunakan kekerasan di atas tanah milik Palestin di al-Sawiya, telah memotong sekitar 50 pokok zaitun di kawasan al-Wad.

Mereka menambah bahawa pokok-pokok yang dimusnahkan adalah milik warga Palestin Hamad Hakmeh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel Lakukan 760 Serangan Terhadap Jurnalis Palestin Sepanjang 2019

Isnin, 13-01-2020 – Persatuan Wartawan Palestin hari Rabu (8/1/2020) mengumumkan hasil laporan Jawatankuasa Kebebasan Wartawan, yang mengandungi laporan sepanjang tahun 2019 terdapat sebanyak 760 pelanggaran dan kejahatan terhadap jurnalis Palestin yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel.

Ketua Jawatankuasa Kebebasan Wartawan, Muhammad Lahham, dalam sidang akhbar pada hari Rabu semalam melaporkan 12 jurnalis cedera parah dengan peluru tajam, 62 mangsa cedera akibat peluru tajam berlapis logam, 58 mangsa terkena tembakan meriam atau bom gas secara langsung dan 78 mangsa mengalami sesak nafas akibat terkena gas yang dituju ke arah para jurnalis.

Lahham mengatakan terdapat serangan terus-menerus yang dilakukan pasukan penjajah Israel terhadap kalangan media Palestin selama bertahun-tahun. Akhir-akhir ini turut berlaku penutupan badan-badan media. Antara yang terakhir adalah penutupan pejabat TV Satelit Palestin di al-Quds. Di samping itu terdapat juga 30 pelanggaran lain yang dilakukan terhadap jurnalis di Kota Suci al-Quds.

Dalam laporan tersebut dinyatakan, “Serangan terhadap aspek elektronik para jurnalis mencapai jumlah pelanggaran tertinggi. Sebanyak 250 akaun mediasosial disekat dan ditutup.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

J’kuasa Israel membincangkan pengapungan Lembah Jordan

Khamis, 09-01-2020 – Jawatankuasa negara haram Israel akan bersidang pada hari ahad tentang pergabungan Lembah Jordan meskipun dihalang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menurut laman web Haaretz, persidangan itu akan tetap dijalankan meskipun diberi amaran oleh Mahkamah Antarabangsa kerana perluasan kawasan kedaulatan Israel ke Tebing Barat akan digunakan didalam siasatan kepada pegawai-pegawai Israel jika perkara tersebut dibuka. 
Bagaimanapun, Perdana Menteri Netanyahu telah mengakui peralihan kuasa kerajaan akan menghadapi kesukaran jika perkara tersebut berlaku.
 
Sumber yang dipercayai sudah biasa dengan penubuhan jawatankuasa antara kementerian berkata melalui Haaretz, desakan untuk perbincangan tersebut adalah bagi membuktikan idea tersebut akan diteruskan kerana tekanan antarabangsa. 

Sumber jawatankuasa tersebut berkata, persidangan tersebut akan diadakan untuk membincangkan persediaan bagi mempersiapkan cadangan rasmi untuk merampas kawasan tersebut secara sah. 

Ahli Jawatankuasa tersebut dijangka akan mencadangkan peralihan kuasa rasmi kepada kerajaan atau Knesset. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh pejabat Netanyahu, Jeneral Ronen Peretz dan ahlinya termasuk wakil Menteri Luar Negera, tentera dan majlis keselamatan negara. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Israel Memulakan Semula Proses Penggalian Di Sekitar Tembok Al Aqsa

Khamis, 09-01-2020 – Kementerian wakaf Islam dan urusan Masjidil Aqsa mengingatkan tentang otoriti penjajah Israel telah memulakan kembali projek tembok selatan Masjidil Aqsha di kota Al-Quds terjajah.Para pekerja pembinaan Israel telah memulakan kerja ubahsuai tembok selatan Masjidil Aqsha di kawasan Istana Umawiyah dengan alasan kerja-kerja pengubahsuaian tembok khusus Masjidil Aqsha.

Kementerian wakaf meminta pihak polis untuk segera menghentikan kerja-kerja tersebut dan membersihkan semua bahan bangunan yang telah dipasang di tembok masjid.

 Pihak polis juga diminta memulangkan batu yang dicuri dan menempatkannya ke tempat asal di semua pagar Masjidil Aqsa bahagian barat.

Kementerian Wakaf mengingatkan bahawa tindakan ini merupakan pelanggaran terhadap Masjidil Aqsha yang memiliki keluasan 144 aekar secara keseluruhan, mencakupi ruang solat, halaman, madrasah dan pagar serta jalan dan Masjidil Aqsa merupakan waqaf murni  milik kaum muslimin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman