Khamis, 27/04/2006 –
Dr. Nasseruddin Al-Sha’er, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Palestin berkata kementerian beliau akan membina 23 buah sekolah dengan bantuan kewangan dari Bank Pembangunan Islam (IDB).
Khamis, 27/04/2006 –
Dr. Nasseruddin Al-Sha’er, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Palestin berkata kementerian beliau akan membina 23 buah sekolah dengan bantuan kewangan dari Bank Pembangunan Islam (IDB).
Rabu, 26/04/2006 –
Timbalan Menteri Kewangan Amerika yang bertanggungjawab terhadap
anti teroris akan berkunjungg ke Tel Aviv untuk melakukan tindakan embargo (sekatan)
ekonomi lebih lanjut kepada Palestin.
Rabu, 26/04/2006 –
Hamas dan beberapa parti politik Palestin sangat mengutuk tindakan mereka yg melakukan tiga pengeboman di Dahab, Semenanjung Sinai. ?Mereka merupakan penjenayah yg membunuh org yg tidak bersalah.?
Rabu, 26/04/2006 –
Sheikh Tayseer Rajab Al-Tamimi, ketua hakim syarie Palestin, menyatakan bahawa letupan di bandar peranginan Dahab malam semalam yang mengakibatkan kematian rakyat Mesir sebagai ?tindakan teroris?.
Rabu, 26/04/2006 –
Pemimpin Muslim Brotherhood, Mohamed Mahdi Akef, memberi amaran kepada bahayanya konspirasi Amrica-Israel yg mensasarkan rakyat Palestin dan negara tersebut, dan meminta negara-negara Arab untuk menyokong rakyat Palestin dan kerajaan Palestin yg dipilih itu.
Selasa, 25/04/2006 –
Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), akan bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, di Amman Jordan, sempena kunjungannya ke Timur Tengah, 25 April hingga 3 Mei ini. Pertemuan ini akan membincangkan peranan
lebih besar yang boleh dimainkan oleh Indonesia dalam proses perdamaian di Timur
Tengah.
Selasa, 25/04/2006 –
Diplomat Barat dan pegawai Palestin mengumumkan bank-bank serantau dan antarabangsa, dengan tekanan dariapda AS, tidak dibenarkan untuk memindahakan dana daripada pihak penderma kepada kerajaan pimpinan Hamas.
Isnin, 24/04/2006 –
Buat pertama kalinya, Usamah Ben Laden muncul di rakaman videonya di al-Jazeera membuat ualasan mengenai HAMAS. Menurut Usamah, keengganan barat mengiktiraf kerajaan HAMAS di Palestin merupakan salah satu daripada siri peperangan salib di zaman moden ini. Menurut beliau lagi, ianya adalah peperangan salib tajaan kristian dan Zionis terhadap umat Islam.
Isnin, 24/04/2006 –
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pihak Berkuasa Palestin (PA), Khaled Abu Hilal telah menerangkan bahawa kementeriannya telah memberi kuasa penuh kepada kelengkapan keselamatan PA dan sayap bersenjata pertahanan Palestin yang lain dengan cara bekerjasama dengan mereka untuk menghalang mereka yang melanggari undang-undang.
Isnin, 24/04/2006 –
Setelah lewat tengah malam, akhirnya diperolehi kesepakatan antara gerakan pejuang
Hamas dengan Fatah berkaitan dengan ketidaksefahaman antara kedua-dua belah pihak
dalam tempoh dua hari ini.
Isnin, 24/04/2006 –
Persatuan Doktor2 Arab bersetuju untuk menghantar 50,000 dolar ke Gaza untuk menyediakan perubatan untuk pesakit kanser selepas menteri kesihatan Palestin menyatakan keperluan segera perubatan untuk penyakit tersebut.
Isnin, 24/04/2006 –
Tentera Zionis pada hari Ahad membunuh 2 orang dan menahan seorang lagi atas alasan mereka adalah orang dikehendaki. Mereka yang syahid ialah Ahmed Muslih dan Daniel Abu Hamameh. Mereka adalah pejuang Briged Aqsa dan Israel akan menerima balasan yang hebat atas perbuatan mereka itu.
Seorang rakyat Palestin terbujur kaku setelah dibunuh oleh polis rahsia Israel semasa operasi pencerobohan di Tebing Barat di bandar Bethlehem pada hari Ahad, 23/4/2006.
Dalam kejadian yg sama, seorang rakyat Palestin
yang cedera parah diheret manakala kiri
seorang rakyat Palestin ditutup matanya.
Gambar close-up mangsa yang cedera parah itu.
Isnin, 24/04/2006 –
Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Aziz Duwaik menegaskan akan menghantar surat kepada Abbas agar beliau menetapkan satu masa dan pertemuan dengan semua kumpulan Palestin bagi menerangkan dan berbincang krisis ekonomi Palestin.
Jumaat, 21/04/2006 –
Ismail Haneyya ,Perdana Menteri Palestin telah menafikan berita mengenai konvoi keretanya diserang oleh kumpulan bersenjata dan menganggap laporan itu sebagai tidak berasas.